Wednesday, May 18, 2011

Miskin Bandar Punca Protes Kepada BN?


Ini satu posting menarik untuk dikaji. Benarkah miskin bandar punca protes kepada BN. Lalu pembangkang menangguk di air keruh. Artikel ini juga perlu untuk 500 perwakilan pemuda UMNO Bahagian Jerantut baca sebelum mengambil bahagian dalam perbahasan usul Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut iaitu Usul Melayu Bandar pada 21 Mei 2011 di dewan MDJ.

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Dengan gaji sekecil itu, terlalu banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak.

Justeru, dalam keadaan banyak kaedah bayaran diterima menggunakan kad kredit, kebanyakan warga kota terpaksa menjelaskan sebahagian bil ‘keperluan’ menggunakan kad kredit demi kelangsungan hidup dan melengkapi keluarga dari semua sudut kehidupan.

Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula, penggunaan kad kredit kini melebihi 10 juta dan daripada jumlah tersebut lebih 70 peratus pemiliknya adalah penduduk bandar.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa takrif miskin bandar yang dikeluarkan oleh kerajaan masih jauh daripada realiti sebenar kehidupan dan masyarakat di kota yang kebanyakannya berumur antara 25 hingga 50 tahun terpaksa ‘bertungkus-lumus’ untuk terus hidup, walaupun bergelumang dengan hutang.

Ekoran keadaan ini, maka wujudlah pelbagai istilah di kalangan warga kota apabila ditanya perkhabaran semasa mereka, antaranya : bolehlah…nak hidup, ok saja…hidup la atau dalam bahasa yang lebih berbunga-bunga : kewujudan suatu kehidupan dari tangan terus ke mulut yang membawa maksud cukup-cukup makan sahaja.

Sebenarnya, di sebalik ungkapan-ungkapan di atas, terselindung suatu kepayahan untuk warga kota bekerja terutama mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai dua hingga empat orang anak untuk menyara kehidupan dalam keadaan serba lengkap seadanya.

Justeru, dari sudut politik tanahair, tidak hairanlah jika dilihat dewasa ini trend kekalahan BNl di kawasan bandar, berpunca dari ketidak puasan hati serta protes kepada parti pemerintah di kalangan warga kota ‘atas pagar’ yang marah tiap kali kadar inflasi melonjak.

Lonjakan inflasi boleh disebabkan oleh kenaikan harga petrol, harga makanan serta minuman asas seperti gula, susu dan tepung selain peningkatan tarif air dan elektrik yang meliputi segenap sektor dari makanan hinggalah kepada perkhidmatan.

Selain isu-isu nasional yang disemarakkan oleh media-media online popular, warga kota yang tentunya lebih dekat dengan internet berbanding mereka di kampung serta desa dengan sendirinya menahan keperitan akibat kenaikan kos sara hidup yang mendadak semenjak akhir-akhir ini dan sebagai tanda protes, mereka ini menterjemahkan kemarahan dalam kertas undi dengan mengundi pembangkang.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa isu miskin bandar ini bukan isu perkauman, kebanyakan warga kota tidak mengira Melayu, Cina atau India bukan tidak menyokong BN atau teruja dengan pembawaan pembangkang, cuma kebanyakan daripada mereka yang berada atas pagar ini pergi ke pusat pengundian untuk menunjukkan protes.

Justeru, selain membuat kajian kelemahan serta kekuatan BN berdasarkan keputusan pilihanraya negeri Sarawak, satu kajian terperinci perlu dilakukan segera bagi mencari jawapan sebenar kepada masalah ‘miskin’ di bandar yang masih dipandang sepi ini.

Ia perlu dikaji secara konsisten mengikut keadaan ekonomi semasa agar segala masalah ini dapat diselesaikan segera.

5 comments:

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & MUJ…,

Miskin Bandar Punca Protes Kepada BN?

Usul Ekonomi Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011

Walaupun aku, ni cucu dah pun boleh hadir sebagai perwakilan mesyuarat PPUMNO Bhg. Jerantut pada tarikh dinyatakan. Apa yang dituntut oleh PPUMNO dilihat hanyalah sebagai pak turut semata2. Sebab ungkapan; MEMAHAMI, MENYEDARI, MENGINSAFI; oleh MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT, telah berkumandang sejak hampir 30/40 tahun yang lalu hanyalah sebagai retorik dan masuk telinga kanan keluar ikut teliga kiri, percayalah...!!! Adakah jika Wok tanya, mereka ini faham atau sebaliknya maksud perkataan tersebut. Yang jelas intipati, Banir ikuti sejak saban tahun ia tak kemana2 pun...!!! Hari ini mereka sokong, esok lusa mereka “pekong”(humban) jauh2. Hari ini mereka ampu, esok lusa mereka “debu & lebu”.

Seperti dulu2, Banir tak menolak pembangunan dan kemajuan lebih2 lagi untuk manfat rakyat Negeri Pahang kesayangan ini. Banyak pesoalan timbul dikalangan pemuda, bahkan Wanita, perwakilan proper hatta masyarakat diluar dan bandar. Sebenarnya mereka ini masih tidur bermimpi yang memerlukan tongkat. Bangsa lain sanggup berdikari hanya sekali dalam dalam lima tahun berpolitik. Tetapi bagi orang Melayu berlainan politiknya yang saban hari, minggu, bulan tahun ke tahun, apa hasil pencapaiannya “senyum sebagai seorang wakil rakyat” memang ada. Bila tiba musim pemilihan diperingkat kepimpinan dan calon dalam PRU, kalau “keruh di gigi air” Sungai Tembeling belum pun jernih, mereka atau wakil dah “tercokoh” dengan satu dua tiga “pal” bagi memulihkan tenaga yang hampir kesepian. Semua orang (pemimpin) boleh bercakap mengenaia ekonomi, politik dan sosial. Siapa yang harus faham... Masyarakat tidak faham, cara memberikan kefahaman pemimpin mesti jelaskan dengan terperinci. Bukan buat sembarangan cakap hai ini lain, esok dan lusa sudah berubah. Diari kecil @ catatan harian perlu ada disisi. Bayangkan hanya bercakap di gigi air, alasanya “tak dan”. Bertuturlah dengan cara terhormat berhadapan dengan masyarakat. Sebagai seorang pemimpin mesti tahu kemahuan rakyat dan masayarakat. Untuk populariti mengenai projek “nuklear” tak perlu ditimbulkan disaat ini, kerana orang tahu hanya sekerat dua akan dapat manfatnya. Yang lain tu tercokoh macam dulu2 juga. Percayalah... Perbetulkan...!!!

Pang5 Banir, maaf bercakap sedikit, tahun2 mendatang merupakan tahun getir bagi UMNO/BN Parlimen Jerantut.

dobit127 said...

Buat anom 11.55am,
kawan amat bersetuju apa pendangan tuan. Kawan risau UMNO terutamanya menjadi hanaya parti untuk segelintir orang mengaut keuntungan sahaja. Dengan masuk UMNO, boleh dapat itu dan ini. Jika tidak dapat mulalah keluar parti dan merosakkan undi ke arah pembangkang dengan pelbagai alasan.
Mulalah kelam kabut pimpinan parti menuduh pihak-pihak berkenaan sebagi jembalang orang Melayu. Mereka ini juga dituduh tidak mengenang jasa orang dahulu. PAdahal siapa yang memulakan arena beri sana beri sini..Kan sendiri dah susah.
Asalnya pada peringkat permulaan, konsepnya bagus. Bantu membantu mengangkat ahli yang kurang berkemampuan. Ya. Dahulu kita dapat melihat siapa yang susah jika tidak mereka-mereka ini juga.
Tapi sekarang, kita melihat siapa yang hidup senang lenang. Geng mereka-mereka ini juga. kerajaan BN dalam dilema. Hendak ditolong dibenci rakyat. Tidak ditolong nanti mereka menjerit dan terlolong kat dipinggirkan.
Itu hakikatnya. Macam kes subsidi minyak RON95 sekarang. Itu makmal NKRA dah kena naikkan sekarang tetapi kalau naik alamat tak baik menjelang PRU ke-13 nanti.

Terpulanglah kepada yang berkenaan untuk bertindak.

Anonymous said...

Orang ramai lebih marah lagi kerana pemimpin pemimpin UMNO serta balaci balacinya dengan megahnya berkereta mewah seolah olah menujukkan bahawa hanya orang disekeliling pemimpin UMNO sahaja yang layak berkereta mewah.Kalau bukan orang UMNO mereka tak layak.Nmaun kenyataannya sememangnya terlalu banyak rasuah dikalangan pemimpin pemimpin UMNO yang perlu di basmi jika UMNO ingin rakyat kembali kepangkuan UMNO

Anonymous said...

dah rezeki dema nak berkereta besar, jika saudara tukar pemerintah mungkin masa saudara dan kroni kroni saudara pulaj berlagak, ini hukum dunia lag mangkuk?.

Jas Salleh said...

Assalamualaikum wbt

Artikel menarik. Ada satu benda hendak dikongsi bersama mengenai MISKIN BANDAR.

Ada 64 agensi kerajaan yang membantu MISKIN BANDAR secara terus dengan pemantauan.

MISKIN BANDAR ini diberikan bantuan kewangan setiap bulan dan menjadi terlalu selesa dengan pemberian percuma tersebut sehingga mereka enggan keluar dari belenggu kemiskinan mereka.

Hujah mengatakan bahawa pendapatan RM3 000 tidak mencukupi buat penghidupan di bandaraya seperti Kuala Lumpur sebenarnya jauh tersasar.

MISKIN BANDAR yang dikatakn bermasalah adalah sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Tapi sejauhmana kebenaran FAKTA ini?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...