Monday, May 9, 2011

Bolehkah Najib Menjinakkan Harimau Cina?



Selama lebih 40 tahun PM Malaysia boleh menjinakkan harimau Cina dengan selesa kecuali pada PRU 1969 dan 2008. Najib PM yang belum diuji mandatnya menghadapi cabaran bolehkan Najib menjinakkan harimau Cina?

Penganalisis politik mengatakan harimau Cina sudah mahu jadi naga Cina tetapi harimau Cina pun sedar limitnya dan sedang menghadapi dilema seperti fakta dibawah:
  • Populasi orang Cina berjumlah 6.5 juta dari 28 juta rakyat Malaysia pada tahun 2010. Peratusnya ialah 23%. 
  • Dari 222 kerusi parlimen hanya 40 kerusi yang majoriti Cina melebihi 65%.
  • Ada 30 kerusi yang bercampur.
  • Baki kerusi lain majoriti Melayu dan Bumiputera.
  • Di Selangor, orang Cina hanya 29% dari populasi 5 juta.
  • Di Pulau Pinang orang Cina bukan majoriti dari 1 juta populasi.
  • Tahun 2035, orang Cina turun peratus kepada 18.6%.
  • Sokongan pengundi Melayu dan India kembali menyokong BN.
Najib berharap MCA akan menunggang kembali harimau Cina seperti dulu yang kini ditunggang oleh DAP dengan megah dan bangga.

MCA memberi peringatan kepada orang Cina bahawa MCA akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan pusat, negeri dan tempatan jika prestasi PRU 13 buruk.

DAP merasakan peringatan MCA akan beri ancaman kepada dominasi DAP menguasai undi Cina. DAP memberi respon yang  ugutan MCA itu mahu menakutkan orang Cina. MCA hanya mahu simpati. MCA hanya kubu kosong. MCA terikat dengan UMNO.

DAP dakwa parti berbilang bangsa. Tetapi hanya berani bertanding dikerusi majoriti Cina saja. DAP tidak berani bertanding di DUN Tahan atau Parlimen Jerantut.  DAP bercakap tentang sistem dua parti tetapi mahu memonopoli politik Pulau Pinang dan pakar mengeksploitasi emosi orang Cina.

Kenapa DAP rasa tercabar dengan cadangan MCA? MCA membuat orang Cina berfikir di persimpangan dan dalam dilema. Tiada MCA bermakna tiada wakil orang Cina dalam kerajaan. Bila orang Melayu, Buniputera dan India dalam kerajaan manakala orang Cina dalam pembangkang. Siapa yang lebih rugi?

MCA sebenarnya lebih agresif cara kempen kepada orang Cina. Ini yang buat DAP rasa terancam kerana apabila orang Cina berfikir dan kembali rasional maka ada sebahagian orang Cina mahu menutup jurang ini kepada perseimbangan politik. Sebahagian orang Cina mahu memperbetulkan ketidakseimbangan politik orang Cina. Ini yang DAP tidak mahu berlaku.

DAP tidak biasa dengan kempen MCA yang sebegini. MCA sedang merangka masa depannya. MCA mahu mewakili orang Cina dalam kerajaan tetapi tidak mahu bergantung kepada BN jika tidak mendapat mandat orang Cina sepenuhnya.

MCA bersedia berundur tetapi mahu kekal dalam BN. Langkah seterusnya apa yang MCA perlu tawar  kepada orang Cina jika MCA survive dan makna sokongan orang Cina kepada BN beri manafaat kepada komuniti Cina.

DAP sedar sekarang permainan MCA yang luarbiasa ini. Walaupun DAP menguasai sekarang namun sokongan orang Cina mungkin boleh berubah.

DAP sedar PKR dan PAS tidak boleh "deliver" kerusi Melayu Bumiputera ini bermakna menawan negeri dan Putrajaya sukar. Akhirnya orang Cina dalam pembangkang. Akhirnya corak pengundian menuju jalur ras dan bangsa.

Adalah malang MCA yang banyak berjasa kepada komuniti Cina terutama dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan politik dilupakan begitu saja oleh orang Cina. Ramai orang Cina yang kuat mengkritik MCA banyak mendapat faedah dari MCA.

Patutkah orang Cina undi kepada pembangkang tetapi jumpa MCA meminta bantuan dan pertolongan? MCA tidak mahu selamanya orang Cina bersikap undi beri kepada PR tetapi pertolongan minta dari BN melalui MCA.

Ultimatum MCA jelas, buruk prestasi MCA pada PRU 13 nanti maka MCA menolak semua sebarang apa jawatan dalam kerajaan. Ini bukan ugutan tapi pilihan dan kehendak orang Cina jika tidak mahu MCA. Kena hormat keputusan orang Cina yang tidak mahu wakil Cina dalam kerajaan.

Persoalannya samada komuniti Cina mahu jadi king maker, berada dalam kerajaan atau pembangkang pada PRU 13 akan datang.

Orang Cina sudah biasa dengan situasi menyimpan kek dan memakannya. Dengan cara ini orang Cina boleh dapat kedudukan penting dalam kabinet walaupun tidak mengundi BN, tidak kira banyak mana pujukan DS Najib tidak boleh mengubah hati orang Cina. Tidaklah WZWH kira ekstrem untuk mengatakan orang Cina hanya mahu menang dan tidak mahu untuk berkompromi secara sukarela.

Namun untuk semua komuniti Cina secara niatnya bersungguh mahu berada di luar kerajaan boleh dibaca sebagai cabaran secara terus terang dan nyata kepada ketuanan politik Melayu. WZWH hanya boleh membayangkan di mana ini akan bawa dan kesan jangka panjang polarisasi dan prejudis ras serta ketegangan  antara orang Cina dan masyarakat majmuk Malaysia yang lain.

Bolehkah Najib menjinakkan harimau Cina? PRU 13 akan memberi jawapannya.

4 comments:

Anonymous said...

Najid like father like son, apa bolih buat rezeki mah..............

FARHAN PAHANG said...

masalah, trend remaja skrng,

-mempersoal kenaikan harga mnyak
-mmprsol kenaikan harga gula
-mmprsoal kenaikan harga barngn lain
-dan isu trbaru, hnya 8A+ shaja lyk biasiswa JPA (meraka mempersoal apa guna pergi temuduga hari tu kalau bawah dr 8A+, x layak terima biasiswa, sebab rmai yg dpt kurang dr 8A+ dpt temuduga)

bagaimana BN tangani smua ini? lihat sahaja di group pelajar SBP batch 2006-2010 di facebook, rmai yg hentam kerajaan, BN bakal tumbang...............

Jas Salleh said...

Kumpulan SBP tidak mewakili kesemua majoriti penentu undi tapi ada eloknya pemikiran seperti ini kerana lambat laun mereka akan tau juga kenapa mereka perlu bekerja keras untuk mengecapi kenikmatan

Anonymous said...

ntahnya,asyik nk duduk atas tilam empuk je.asal krajaan xbg,trus nk pangkah pmbangkang.dasar rakyat tak berkualiti susah nak paham hati perut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...