Monday, May 23, 2011

Peringatan Kepada DS Najib Dari 400,000 Guru!

DS Najib sebagai PM Malaysia perlu berbuat sesuatu untuk kepentingan 400,000 guru Malaysia kerana TS Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran gagal menjaga kepentingan guru.

400,000 guru di seluruh Malaysia sudah tidak yakin dan percaya kepada CUEPAC, NUTP dan KSN dalam memperjuangkan kepentingan guru.

Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin gagal dalam memperjuangkan nasib guru bila janji berita baik pada Hari Guru peringkat kebangsaan di Kuching baru ini hanya menyenangkan hanya segelintir 3000 orang guru dari kelompok Pengetua dan GPK sahaja.

Ternyata 400,000 orang guru kecewa dengan berita yang indah khabar dari rupa.

WZWH ingin memberi peringatan kepada DS Najib sebagai PM bahawa 400,000 guru yang kecewa kerana gaji tidak naik menyebabkan mereka derita dengan kesempitan kenaikan harga barang makanan dan minyak. Mereka ini akan melepaskan geram dengan mengundi pembangkang pada PRU 13 nanti.

Golongan guru 400,000 rata-rata berpendapat tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menawarkan insentif RM500 sebulan lebih menarik hati.

WZWH ingin beritahu DS Najib, kesan 400,000 guru ini melibatkan keluarga dan kawan-kawan mereka dan guru sebenarnya agen perubahan boleh mempengaruhi masyarakat. Nilai undi 400,000 guru boleh bawa undi blok lebih 1.5 juta undi.

Jika guru 400,000 ini nekad mengundi pembangkang dalam PRU 13, Kerajaan BN dan UMNO boleh tumbang.

DS Najib jangan ingat guru hari ini semangatnya seperti guru sebelum merdeka dan sebelum Anwar Ibrahim masuk aktif UMNO. Betul dulu guru adalah tulang belakang UMNO tetapi sekarang tidak lagi. Mereka tidak berpuas hati. Inilah "feedback" yang WZWH dapat dari kajian sikap guru-guru Malaysia.

Pendirian WZWH ialah walaupun gaji guru tidak naik, WZWH tetap undi UMNO dan BN kerana WZWH adalah pejuang UMNO. WZWH adalah AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Tetapi apa yang WZWH bimbang ialah guru-guru lain sudah tidak peduli nasib UMNO dan BN jika DS Najib tidak berbuat sesuatu untuk golongan 400,000 guru. Mereka hanya fikir kepentingan mereka sahaja sekarang kerana sekarang adalah zaman era politik kepentingan kumpulan.

WZWH ingin menyatakan kepada DS Najib bahawa jika 400,000 guru dan keluarga serta rakan-rakan mereka yang WZWH anggarkan berjumlah 1.5 juta "swing" kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti itu bermakna:

  • DS Najib akan kehilangan jawatan PM
  • TS Muhyidin Yassin akan kehilangan jawatan TPM dan Menteri Pelajaran.
  • Menteri-Menteri BN akan tidak berjawatan
  • MB-MB dan Ketua Menteri akan kehilangan jawatan
  • Ahli parlimen dan ADUN BN akan mengganggor
WZWH amat berharap DS Najib berbuat sesuatu sebelum terlambat dan nasi sudah menjadi bubur. DS Najib ada kuasa dan pengaruh untuk buat keputusan yang memuaskan hati guru 400,000 Malaysia.

DS Najib jangan dengar sepenuhnya pandangan KSN, Kementerian Pelajaran, JPN dan CUEPAC serta  NUTP yang gagal membawa suara kepentingan guru.

DS Najib boleh buat pilihan: mahu menang atau kalah dalam PRU 13.

Ini adalah peringatan WZWH kepada DS Najib. 

WZWH tetap menyokong UMNO dan BN tidak kira apa keputusan DS Najib. Tetapi WZWH tidak boleh jamin 400,000 orang guru Malaysia akan tetap menyokong UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

DS Najib fikirlah sehabis-habis baik.

25 comments:

Anonymous said...

mahyiddin dan dsn bukan nak jaga guru sahaja, ramai lagi kakitangan awam lain yang juga memerlukan pembelaan dari mereka juga cuepac.

begitu juga, kebajikan rakyat wajib mereka utamakan, tak payah ugut lah pm ?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:50,
400,000 guru Malaysia boleh buat BN dan Pakatan Rakyat Tumbang. Ugut atau tidak ugut bukan isu. Soalnya DS Najib mahu menang atau kalah dalam PRU 13? WZWH hanya memberi "feedback" pandangan majoriti guru Malaysia. WZWH tetap menyokong UMNO, BN dan DS Najib.

Anonymous said...

salam wzwh, 400 ribu, baki kaki tangan awam ada lagi 800 ribu, mana yang lebih, untung juga gyru dapat yang lain ada apa, keranai ada ke hari kerani, par ada ke hari par dan banyak lagi jawatan yang tidak mempunyai hari hari hari khusus buat mereka, mereka tak menjerit pun, guru boleh tunggu 16hb may tiap tiap tahun kot kot ada durian nok runtuh, bersyukurlah anda guru guru dapat menjawat jawatan sekarang dan mempunyai hari khusus untuk di kenang?

Anonymous said...

Remember 80% rule?
80% dari guru adalah golongan sederhana dan pertengahan.
Begitu juga 80% dari pengundi adalah golongan sederhana dan pertengahan.
10% adalah golongan atasan dan 10% lagi golongan bawahan.

Anda kini berkedudukan tinggi dan berada dan merasa seperti dalam 10% golongan atasan. Jika insentif hanya untuk 10% dari populasi (golongan anda), maka anda hanya akan mendapat sokongan 10% sahaja.
Untuk menang, anda sepatutnya perlu memancing 80% dari populasi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 3:22,
WZWH amat bersetuju dengan pandangan Anon 80% rule.

Bekas guru said...

Salam Sdr ,

Terima kasih kerana mengingatkan PM tentang masalah sebilangan besar guru-guru yang sering diabaikan dan dipinggirkan oleh TPM dan kerajaan , Isteri saya masih seorang guru dan jika kerajaan BN merasakan undi kami dan ahli keluarga termasuk anak-anak , adik beradik , ipar duai yang berjumlah lima puloh orang tidak relevan , maka teruskan lah pinggirkan kaum guru di Malaysia.

P.s. Saya adalah ahli UMNO sejak lewat tahun 70 an lagi .

Anonymous said...

saya hanya minta kerajaan berterus terang, kalau xde duit, ckp sahaja xde duit, kita faham keadaan ekonomi sekarang, tapi jngalah umum sesuatu pemberian yg nampak gempak, tapi sebenarnya x seberapa, dan satu lagi, kalau nak bagi sesuatu, jgnlah berat sebelah, apa yg diumumkan pda hari guru di srawak hri tu, hnya mlibatkan segelintir pihak, mnyebabkan ramai kalangan guru yg x puas hati

FARHAN PAHANG said...

TS Muhyiddin Yassin gagal?
jgn salahkan TS MUHYIDDIN saja

kebanyakan kputusan dibuat tidak mngambilkira usul yg dibawa kesatuan guru serta tiada perbincangan bersama kesatuan sebelum sbrng kputusan dibuat, kerajaan perlu buat kputusan dgn mngambil kira usul dr kesatuaan, tlglah dgr usul kesatuan, mereka lebih memahami kehendak guru, kerajaan pula lebih memahami kemampuan kerajaan, jika keputusan bersama dapat dicapai, saya yakin sbrang pemberian dr kerajaan dpt disalurkan secara adil, buat masa skrng nampaknya kerajaan hnya mmberi kpd yg tidak memerlukan, selepas DS NAJIB umum di sarawak hari guru hari tu, dewan hampir lengang sbb kbnyakan hadirin bertindak keluar dewan
(marah & x puas hati)

Anonymous said...

Guru sekarang Terlalu Dimanjakan Setiap Tahu Minta Naik Gaji Keje haram Xbuat Staff Sokongan JUga yang buat Mengajar pun ala Kadar je Masalh disiplin budak makin teruk...keje asyik mengulor je kakitangan sokongan dan penjawat awam yg lain ada ke macam guru yang manja nak mampus ni...buat keje xdee plak nak marah kerajaan minta naik gaji...golongan Dg ni plak Buat keje ckit minta duit ni lah tu lah minta gaji naik lah keje xjalan pun..sebab terlalu berlagak lah Golongan dg ni banyak hutang tu...Beza sangat Guru2 zaman dulu dengan sekarang...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.....

"KERJA HARAM X BUAT"... Pada saya tuduhan Anom 8.16 tu adalah keterlaluan..... adakah 400 000 guru tak buat kerja? Nasihat saya kpd anom 8.16... fikir dulu sebelum memberi komen. Doa saya semoga keturunan Anom 8.16 dididik oleh kumpulan guru yang tak buat kerja ni.....

Anonymous said...

Untuk Anonymous

Agak tuan atau puan ini sewaktu membesar diajar oleh siapa?

Jangan nanti ilmu yang diterima tidak diredha.

Jangan kita pandang soal gaji, kita tengok soal jasa.

Kalau semua ajaran guru sekarang buruk dan tak bagus dah lama negara kita ini penuh dengan penjenayah dan lanun dan penyangak.

Gaji anda jika besar agaknya jika tiada ajaran guru-guru mampukan anda?

Jika tidak bersetuju jangan ungkit soal yang buruk sahaja. Tengok yang baik....

Dr Mohammad said...

semua pihak asyik mementingkan nasib golongan guru diploma sahaja, terutamanya ntup, kami guru berijazah selalu diketepikan. ini membuahkan rasa tidak puas hati dan diterjemahkan semasa mengundi. untuk apa belajar tinggi2 tapi orang yang tak perlu belajar tinggi dapat habuan lebih. bandingkan gaji dga32 dengan dg41kerajaan asyik umumkan kenaikan gaji pentadbir yang macam budak pengawas, kerja sendiri tak buat.check lah di sekolah berapa ramai yang mengajar subjek teras, pengetua mesti ada jadual bogus, kalau nazir datang ada jadual kedua, siapa yang kerja teruk mengajar pelajar hingga ke petang, apa yang mereka ni dapat?
nutp yang diterajui oleh golongan pemegang diploma asyik perjuangkan golongan mereka. kami pemegang masters, bagai menanti jering yang takan gugur2. tak de apa yang kami rasa walaupun telah menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi. janji kosong 2 kenaikan gaji, impian yang tak kunjung tiba.kami ada satu undi sorang. setiap ketua keluarga yang tidak puas hati mempunyai sekurang2nya 4 orang yang boleh mengundi. fikirkanlah mahu undi kami ke tidak. kami bukan pembelot, namun kekecewaan memudarkan semua semangat.umno mahu terus hidup, kami juga begitu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Semua,
Terutama kepada 400,000 guru, terutama guru-guru berijazah Masters dan Phd. WZWH mahu luahkan pandangan anda dan ketidakpuasan hati anda dalam blog WZWH. Ini adalah satu-satunya blog dari Pahang yang ada "direct access" dengan DS Najib PM. Gunalah blog WZWH ini untuk menyampaikan mesej kepada DS najib. WZWH hanyalah mediator 400,000 orang guru. Terima kasih kepada semua guru 400,000 Malaysia yang berjasa mendidik anak bangsa. Kepentingan anda semua perlu UMNO dan BN jaga. "You take care us, we take care you". VERY SIMPLE APPROACH!

Anonymous said...

salam wzwh,
ugutan atau sungutan tidak dapat mengubah keadaan.memang benar apa yang disungutkan oleh kaum guru benar belaka.cuma yang bodohnya PM dan TPM mengumumkan perkara yang mendatangkan backfire kepada kerajaan.pengumuman yang naif.kami guru-guru tidak mengharapkan bulan dan matahari.cuma yang kami harapkan jeling-jeling lah masalah kami ini.guru merungut kerana beban tugas sudah sampai tahap melampau.jadi selesaikanlah.ini tidak,apa jadahnya diberikan keistimewaan kepada golongan pentadbir yang hanya tahu bercakap dan mengarah saja tapi yang teruk terbeban guru pencacai macam kami.masalah kami tidak selesai tetapi kerajaan beri kenaikan pangkat kepada pentadbir sekolah.tidak relevan langsung.yang sakit gigi tapi yang kena bedah perut.bengong betul.kalau macam ini aku pangkah ajela PR dapat juga rm500 sebulan.orang lain dia punya pasal.yang penting hati yang sakit puas kerana kerajaan boleh mempermainkan kami maka kami juga boleh mempermainkan kami.memang kami sedikit tapi kita tengoklah nanti pru13 akan jadi saksi siapa kuat.undi popular kerajaan dahulu hanyalah sejuta lebih seluruh malaysia.sekurang2nya kami boleh kurangkan undi ppopular tersebut.saya tak penah terlibat dengan politik.tapi pru13 nanti saya akan turun berkempen sokong pakatan rakyat.

itulah antara luahan hati guru-guru yang kitadengar.umno tolong ambilperhatian.

1.ketidakpuasan hati guru angkara muhyiddin.

2.ketidakpuasan hati orang2 melayu angkara hishamuddin yang cepat bertindak kepada orang melayu tetapi takut bertindak terhadap kaum bukan melayu yang terang2 menghina orang melayu dan islam.(tak hairan sebab muka hishamuddin memang muka orang nak menangis sokmo).

saya cuma sebut 3 golongan saja.itu pun dah cukup untuk menjamin BN tersungkur pada pru 13.
jangan rasa selesa sangat.revolusi rakyat susah nak dijangka.

rentaka puaka;
wahai kaum guru,bersabarlah.anda semua adalah jutawan akhirat.miskin di dunia tidak mengapa.berbaktilah dengan ikhlas tanpa merintih dan merungut.akan ada hikmah untuk mu.insyaAllah!
3.ketidakpuasan hati golongan bawahan yang terhimpit oleh masalah harga barang.

Anonymous said...

balik2 guru,balik2 guru!!
apa kome yang bukan guru ni tak mengundi ke nanti!!
deme guru2 claim yg deme spt lilin yang mmbkar diri,xkan mende mcm ni pun tak boleh nak tahan..
cuba awok compare kan guru ngan kerani cabuk,kerani cabuk tu lagi lah seksanya nak hidup..
xkan sbb tak naik gaji,terus nak swing kerajaan..apa deme ni giler ke..
nampok sangat deme ni lagi bodo dari pekerja rendah awam..
terlalu mementingkan periuk nasi deme aje,periuk nasi org lain deme taknok kaji pulok!!
TAPI bukan semua mcm tu..

wan zurik said...

kita pakat aje keluar daripada umno ni.umno dan kerajaan ni hanya perjuangkan nasib guru aje.orang kampung sebelah mata pun tak dilihat.buat apa nak undi umno,tak dapat apa2 pun.

shaifful said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat rakan2 yang menghina guru dengan bermacam kata nista.

Sedarkah tuan/puan, anda menjadi manusia kerana guru yang mengajar anda membaca dan menulis. Ilmu yang anda perolehi kerana berkat guru yang sentiasa mendoakan anak muridnya berjaya. Guru bukan pengemis, tetapi kaum guru lah yang paling banyak harta kerana ilmunya. Tidak kah anda nampak, siapa yang menjaga anda dan anak2 di sekolah? 7.30~3 pm di SMK? Tidak kah anda sedar anda kebanyakkannya melepaskan tanggungjawab anda kepada guru menjaga sakit demam anak2, karenah dan disiplin mereka, tahukah anda? Ada dikalangan guru2 mengambil inisiatif menjaga waktu solat anak2 anda yang anda semua kian abaikan. Kenapa lah anda menghina guru2 yang meminta hak mereka? Jika anda tidak puas hati hak anda tidak terbela, maka perjuangkan hak anda dan jangan mengganggu hak kaum guru yang tidak pernah mengganggu anda.

Andaikata guru2 ini seramai 400,000 orang mogok tidak berkerja, tahukah anda ini akan mengakibatkan ramai lagi kakitangan awam akan terganggu tugas mereka, kerana dari 800K penjawat awam lain, tentunya mereka memiliki anak2 yang bersekolah. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya guru2 ini mogok? Tentunya anda turut terkesan dengan perkara tersebut, terpaksa memohon cuti untuk menjaga anak2 tidak bersekolah dan macam2 lagi akibat yang tidak boleh dijangka.

Tuan/Puan, Sarang Tebuan jangan diJolok. Buruk padahnya. Guru bukan nak mogok pon sebab kami tahu tanggungjawab kami, tetapi jangan menghina orang yang menuntut hak masing2. Kalau anggota 2 dalam perkhidmatan awam lain nak mintak jugak perjuang la. Bangkit..

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

Cuba deme bezakan guru dulu dan sekarang?Ada kalangan guru skang terlalu mementingkan material..Kalau bleh setiap titik peluh perlu dibayar..
Kalau deme pikir deme punya swing sahaja,KOME KERANI CABUK NI TAK BOLEH NAK SWING JUGEK KE?JANGAN INGAT KERANI BERGAJI CIPUT MCM KOME NI ADA 500 ORANG SAHAJA DALAM MALAYSIA NI..!!!

Anonymous said...

Ini hanya perbincangan tantang perolehan pendapatan guru,tetapi bukan sekali2 mempertikaikan kredibiliti dan kesetiaan guru dalam konteks pendidikan anak bangsa..
Diharap deme semua dapat bezakan dua perkara tersebut..
Mintak jangan diadunkan sekali..
Pertikaian tantang gaji guru bukan bermaksud menidakkan atau melupakan jasa2 guru yg telah mendidik kita..

Dr Mohammad said...

nak jadi kerani cabuk tak payah pandai, tak payah belajar sampai universiti. nak jadi guru kena pandai dan kena belajar sampai universiti. kalau tak paham jugak, analogi lain, awak durian muda, kami durian masak, yang mana ada harga, yang mana kena buat gulai lemak. kalau nak juga naik gaji, mintaklah sendiri,boleh tak jangan sebok hal otang lain.
ini titujukan kepada anom kerani cabuk yang asyik mengangu perbincangan orang lain. keperluan kami dengan awak berbeza, perbelanjaan ke universiti begitu banyak. awak ade ke anak belajar ke universiti sampai peringkat masters, kalau ada,cuba kira berapa belanjanya. kemudian kira pulak berapa pendapatannya, kalau anak awak dah belajar tinggi2 tapi dapat gaji kurang dari pegawai dibawahnya, sebagai bapa , apa awak rasa. kalau nak gaji dinaikkan, cuba sandarkan sijil spm tu, laku tak.
Biarlah cikgu2 berdiskusi dengan tenang, kali manusia yang paling waras, paling bersih luar dan dalam,hati, akal dan fikiran. Kami minta keluhan kami didengari. Untuk pengetahuan anom kerani cabuk, gred M41 selepas tiga tahun masuk M44, untuk guru DG41 selepas 10 baru tahun masuk DG44. buka mata, buka minda, buka hati dan buka fikiran.kami menuntut hak kami. kalau awak nak tuntut hak awak, silakan berbuademikian, insyaallah kami sokong,

Anonymous said...

jawatan guru adalah tanggung jawab yang harus di terima setelah anda guru guru semua di lantik secara rasmi, tidak timbul mengenang budi, atau jika tiada guru semua akan jadi lanun atau perompak.

CUBA KITA TAWARKAN JAWATAN GURU YANG TIDAK MEMPUNYAI GAJI HANYA DI BERI BERAS DAN KEPERLUAN DAPUR SERTA SEDIKIT WANG SARA HIDUP, KITA LIHAT BERAPA RATUS RIBU PARA REMAJA MEMOHON JAWATAN GURU?.

BUAT KERJA TU BAIK BAIK, TABUR KAN JASA DENGAN IKHLAS, SEMUANYA AKAN DI LIHAT OLEH KERAJAAN DAN MASAYARAKAT, TAK PAYAH TERPEKIK TERLOLONG, SEOLAH OLAH HANYA JAWATAN GURU SAHAJA YANG AMAT PENTING DI NEGARA INI?, KITA AKUI GURU ADALAH JAWATAN MULIA, TETAPI PENJAWT AWAM LAIN JUGA ADA PERANAN YANG MULIA JUGA

Anonymous said...

salam,
nampaknya anon2 yang bukan guru tidakfaham topikyang sebenar.guru merungut bukan kerana gaji tak naik tapi kerana ketidakadilan telah menimpa mereka.mereka mintak selesaikan masalah bebanan tugas yang mengganggu mereka hingga menjejaskan pengajaran dan pengajaran di dalam kelas.itu saja.
tapi pm buat tak nampak malah menyakitkan hati guru dengan memberi keistimewaan kepada pentadbiran sekolah.yang dapat nikmat hanya 2000 lebih pentadbir sekolah tapi yang kena hina oleh anon2 bodoh yang tak faham isu-isu sebenar,lebih 403000 orang.
masyarakat menuduh guru manja,tak tahu bersyukur,asyik mintak gaji,dan macam2 lagi.JADI NAK TANYA ANON2 BODOH DI ATAS,SIAPA YANG MINTAK NAIK GAJI?PM YANG TAWARKAN TAWARAN YANG TAK RELEVAN LANGSUNG.ORANG LAIN DAPAT UNTUNG MAJORITI GURU DI HINA SEDEMIKIAN RUPA.MASALAH BEBANAN TUGAS KAMI TIDAK SELESAI JUGA.
KAMI CUMA MINTA GURU PENGKERANIAN DI SEKOLAH SUPAYA SEMUA KERJA YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIA YANG BUAT.BIARKAN KAMI SEMUA MENJALANKAN TUGAS KAMI YANG SEBENAR IAITU MENGAJAR DI DALAM KELAS.KALAU KELAS TAK ADA GURU ANON2 BODOH DIATAS JUGA YANG SIBUK2 MARAHKAN SEKOLAH.SEDANGKAN KAMI KENA SIAPKAN DOKUMEN2 DIMINTA JPN DAN KEMENTERIAN.JADI KALAU TAK TAHU ISU JANGAN SIBUK2 MACAM KERANI CABUK DI ATAS YANG HANYA TAHU MENGUTUK.PADANLAH DENGAN TAHAP MINDANYA YANG RENDAH.GAJI BUKAN KEUTAMAAN KAMI,ANAK2 DIDIK KAMI ADALAH ASET YANG TAK TERNILAI DIDUNIA INI.
JADI ANON YANG MENGUTUK DI ATAS,KALAU LAH KAMU ITU BEKAS ANAK MURID SAYA,MAKA SAYA TIDAK HALALKAN ILMU YANG TELAH SAYA CURAHKAN KEPADA KAMU!

MATNYERWEH:
BERGURU KEPALANG AJAR BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.

Anonymous said...

jawab lahh anon kerani cabukkk..

Anonymous said...

cikgu2 jgn amek atilah ke kerani cabok tu, dia tu tak cedik ngat orgnye..ilmu dia te tak berkat gamoknya tu yg tak paham2 mende org bincang...koi bile bace te tegelok sorg2...mendelah budok ni mikei gamoknya..he he he...

Anonymous said...

kerja cikgu tapi dapat gaji mcm keraniii... adil tak?!!
ADIL : maksudnya.. meletakkan sesuatu betul pada tempatnyaa.
semua yg ada pd cikgu adalah contoh teladan terbaik untuk anak-anak kita.. BELAlah nasib guru.. harimau mati meninggalkan belang, kalau cikgu mati.. org tetap panggil dia cikgu..
GURU adalah pelaksana Agenda Negara..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...