Sunday, May 1, 2011

Memahami Genealogi Blog Jerantut Dan Ulasan Kritikal WZWH


Genealogi blog Jerantut adalah kajian tentang keluarga dan penelusuran jalur keturunan serta sejarahnya. Mengikut ranking blog-blog Jerantut berdasarkan kekerapan keluar posting adalah seperti berikut.

BLOG JERANTUT

BLOG NASIONAL
Blog yang bermula paling awal ialah Parlimen 81 sejak dari tahun 1998. Selepas itu menyepi dan kembali aktif atas dorongan WZWH.

Braveheart adalah antara blogger yang awal, Braveheart dari kelab blogger BPN yang berpengaruh di persada blog arus perdana. Braveheart masih aktif hingga kini.

Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) adalah penggerak dan billboard kepada blog-blog di Jerantut. Tapi pemilik terakhirnya meninggal dunia maka blog ini sudah sepi dan blog-blog anak didiknya pun bagai anak-anak ayam kehilangan ibunya.

Antara blog-blog nasional yang dilahirkan oleh SPU ialah Melayurayadaily, Suara Majlis dan Rumah Kaca. Salah seorang anak didik Ulu Cheka menulis blog UMNO Kampung Tengah.

Sri Tri Buana adalah blogger nasional. Kupasan isu-isunya menarik ramai pemerhati politik negara dengan bahasa yang mudah dan isi-isi yang meyakinkan. Kini Sri Tri Buana telah melahirkan satu blog baru versi Jerantut.

Ini adalah inisiatif proaktif Sri Tri Buana untuk menggerak dan mengaktifkan kembali blog-blog Jerantut. Ini berlaku bila Braveheart minta WZWH ambilalih blog SPU. Sememangnya arwah pemilik SPU seorang mantan pemimpin UMNO Jerantut pernah beri "hint" suruh WZWH "takeover" SPU. Tapi tidak dipersetujui oleh "inner circle Braveheart".

Terdapat juga blog pro pembangkang parti PAS dan PKR. Blog-blog pembangkang ini kadang-kadang menulis kadang-kadang tidak. Hidup segan mati tidak mahu umpamanya blog-blog pembangkang ini.

Blogger dari Jerantut Hilir dan Pulau Tawar yang pro UMNO tidak ada yang menulis kecuali menulis blog pembangkang. Masalah blogger Jerantut Hilir dan Pulau Tawar ialah mereka tidak pandai melahirkan pendapat dan perasaan serta "express" diri secara bentuk penulisan. Mungkin ini budaya mereka sebab itu mereka gagal melahirkan pemimpin yang boleh diyakini orang Jerantut.

Kecuali Laksamana Jebat, WZWH kira adalah blogger nasional namun ramai mengatakan Laksamana Jebat pakar CUT n PASTE dan memberi tajuk-tajuk posting sensasi. Jangan harap boleh membaca pandangan Laksamana Jebat sendiri berkenaan apa-apa isu lebih-lebih lagi isu Jerantut walaupun Laksamana Jebat adalah seorang AJK UMNO Bahagian Jerantut. Walaubagaimanapun WZWH memuji usaha inisiatif Laksamana Jebat yang jauh lebih ke depan dalam media sosial dari Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut.

Urag Drrulug adalah blog yang diupah untuk memburukkan ADUN Tahan. Bila WZWH muncul maka Urag Drrulug mensasarkan WZWH pula. Keutamaan Urag Drrulug adalah memastikan DUN Tahan mendapat calon baru tidak kira siapa. Urag Drrulug merasakan pandangan dunia "welchantung" Ulu Tembelingnya tidak dibela oleh ADUN Tahan. Urag Drrulug begitu obses dengan pandangan "dunia tidak tahu malunya".

Blogger menyokong ADUN Pulau Tawar pula adalah Sangkakala, Cawan Tembaga, dan Urag Drrulug. Cawan Tembaga dan Habat Maya adalah blog yang dicipa khas untuk mengkritik WZWH. Tapi sudah tidak terkritik lagi dan menyepi begitu saja.

YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut mempunyai blog-blog yang menyokong beliau seperti Politik Jerantut, Muara Sat dan Gerila. Namun mungkin sudah lama tidak berjamu ayam panggang maka blog-blog ini tidak menjelma lagi.

Boleh dikatakan blog "The All Tembeling Bloggers" mendominasi cybermaya Jerantut. Blog-blog Tembeling ialah Braveheart, Sri Tri Buana, WZWH, Urag Drrulug, Sembang Kedai Kopi, Hulu Tembeling, Kampungku, Cagaralam dan banyak lagi.

Ini adalah kerana dalam Sejarah Jerantut, orang Tembeling adalah paling cerdik sekali skil politik dan pengetahuannya jika dibandingkan dengan lain-lain puak di Jerantut sebab itu boleh lama memerintah Jerantut.

Ada juga di Tembeling blog bebudak dari Kuala Tahan yang merasakan mereka juga yang paling cerdik dan "advance" sekali pemikiran politik mereka dan mereka "bangga" dengan perbuatan "seni politik" mereka. Blog Kuala Tahan, Dari Pengor ke Bukit Bisik, Sembang Kedai Kopi sudah lama menyepi menulis blog kecuali Urag Drrulug.

Demikianlah posting WZWH kali ini memahami geneologi blog Jerantut dan ulasan kritikal WZWH. WZWH harap blog-blog Jerantut ini kembali aktif menulis pasal Jerantut. Jika tidak bersetuju dengan pandangan WZWH maka blog-blog ini kena lawan, balas balik, kembali mengkritik dan buktikan apa yang WZWH cakap ini tidak tepat.

Bagaimana menilai blog WZWH? Adalah tidak adil untuk WZWH sendiri memberi ulasan itu tidak adil dan "unfair". Yang boleh beri komen dan ulasan adalah dari blog-blog Jerantut sendiri dan pembaca-pembaca blog WZWH.

8 comments:

anak pion said...

ya,ya! Blog Laksamana Jebata adalah blog CnP, tak ada otak sendiri nak berfikir dan cikgu pian pun bukanlah seorang pemikir yang baik. kepala saja sulah nampak macam orang berfikir hakikatnya tidak, blog dia bagaikan kiambang, pucuk tk sampai ke langit dan akar tak jejak kebumi.

anak pion said...

ya,ya! Blog Laksamana Jebata adalah blog CnP, tak ada otak sendiri nak berfikir dan cikgu pian pun bukanlah seorang pemikir yang baik. kepala saja sulah nampak macam orang berfikir hakikatnya tidak, blog dia bagaikan kiambang, pucuk tk sampai ke langit dan akar tak jejak kebumi.

Anonymous said...

wzwhn cagar alam adalah blog milik mantan yang telah pergi, ia bukan blog ulu tembeling tetapi blog ulu cheka, jangan salah buat tafsiran

Anonymous said...

bagaimana menilai WZWH? bacalah blog uragdrrulug, itulah penilai tentang WZWH

dobit127 said...

Nampaknya WZWH cuba menjadi pengerak kepada blog2 ada ada di sekitar Jerantut ini.
Seperti WZWH analisa, kebanyakkan besar blog ini datang datang lembah yang sama dengan WZWH. Mungkin sebab sealir darah menyebabkan banyak berbeza pendapat dan banyak pula yang berani menzhairkan penentangan perbezaan terus kepada lawannya iaitu WZWH,
Bila WZWH sebut mengenai ketiadaan blog dari Jerantut Hilir dan Pulau Tawar, kawan seperti terasa pula. Tapi betul kata WZWH, seperti tiada isu yang ada dikedua-dua tempat berkenaan terutamanya di tempat wakilnya kawan rapat WZWH ni Dato' Shukri ( Pulau Tawar)..
Isunya ada. Gelombangnya masih tiada. Penyemangat untuk pencetus dan bergerak masih di tahap kosong.
Xpe. Insyaallah. Selain kawan memberi komentar di sini mungkin kawan sendiri akan menulis sedikit sebanyak hal ehwal berkaitan kawasan di blog kawan .
OH..PULAU TAWAR..ku.....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Saudara perlu menulis blog berkenaan Jerantut Hilir dan Pulau Tawar. WZWH perhatikan Dobit127 selalu memberi komen yang bernas dan positif. WZWH menyokong Dobit127 menulis blog.

dobit127 said...

Kawan memang ada blog tetapi menulis blog mengenai politik ini masih bukan agenda keutamaan dan sebenarnya tak pandai nak menulis apa-apa . cuma bila ada agenda di blog WZWH ni, kawan cubalah menyelit dan timbul pelbagai pandangan dari kawan.
Buka blog baru mungkin tidak tetapi menyelit isu-isu tertentu berkenaan politik Pulau Tawar dan Jerantut mungkin akan diolas oleh kawan nanti di blog peribadi kawan..
Pening blog banyak2... 2 pun dah pening... ni nak tambah lagi....

Anonymous said...

Sri Tri Buana the best!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...