Tuesday, May 31, 2011

WZWH Blog Rakyat Jerantut


WZWH ialah blog rakyat Jerantut. Terutamanya rakyat Jerantut yang berpolitik ingin menyatakan pendirian mengenai isu-isu politik semasa Jerantut.

Kalau baca komen-komen dalam blog WZWH mewakili berbagai kumpulan dalam UMNO Jerantut. UMNO Jerantut perlu satu wadah untuk ahli-ahlinya menyatakan pandangan, kritikan, luahan, ketidakpuasan politik mereka.

WZWH menerima komen-komen mereka kerana itu pandangan "grassroot" UMNO Bahagian Jerantut. Kita perlu mendengar keluh kesah mereka dan apa yang disuarakan itu adalah suara rakyat marhein.

WZWH bersikap terbuka. Walaupun ada komen-komen itu bersikap mengadu domba dan tuduhan-tuduhan tidak berasas namun WZWH perlu meneliti kenapa komen-komen menjurus sedemikian.

Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) pun tidak terbuka, semalam WZWH lihat ada tiga komen dari blogger Patpatsikulipat telah dipadam dari blog SPU!

UMNO Bahagian Jerantut tidak menguasai media alternatif. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut tidak cuba untuk berbuat sesuatu menanganinya. UMNO Bahagian Jerantut sendiri tidak ada halaman website yang boleh ahli UMNO dan rakyat Jerantut boleh berhubung secara online.

Rakyat Jerantut mahu mengakses website UMNO untuk mendapat maklumat dan mahu pertolongan. Rakyat Jerantut dan ahli UMNO mahu berhubung secara online terus kepada YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Sebelum PRU 13, YBM Tengku Azlan perlu mengarahkan satu pasukan untuk buat website UMNO Bahagian Jerantut. Perjumpaan dengan semua blogger Jerantut, pengamal media alternatif/sosial, facebookers, twitters dsb perlu diadakan untuk Ku Lan menjelaskan hala tuju.

Pengundi berdaftar parlimen Jerantut telah bertambah kepada 52,000 pengundi. Ramai dari pengundi muda.  WZWH mahu lihat pengundi muda ini berinteraktif dengan UMNO Bahagian Jerantut melalu media sosial seperti blog, Facebook, Twitter, dsb supaya pengundi muda ini kenal perjuangan dan tokoh UMNO Bahagian Jerantut.

Jika UMNO Bahagian Jerantut menguasai media sosial maka sudah tentu kerja untuk memenangkan calon-calon BN pada PRU 13 akan berjalan lancar.

Biarkan rakyat Jerantut, ahli-ahli UMNO dan pengundi-pengundi muda ini meluahkan perasaan dan pandangan serta kritikan mereka dalam media sosial yang dikuasai oleh UMNO Bahagian Jerantut, kita mahu dengar suara akar umbi suara mereka yang boleh membantu memenangkan BN Jerantut dalam PRU 13.

Jika UMNO Bahagian Jerantut gagal maka mahu tidak mahu blog WZWH terpaksa ke depan "menjala" suara-suara akar umbi, suara-suara pengundi-pengundi muda, suara-suara rakyat marhein Jerantut untuk diterjemahkan sebagai mesej kepada UMNO Bahagian Jerantut.

6 comments:

Anonymous said...

memuji dan mengangkat diri sendiri merupakan trademark blog ini.

Anti Pemimpin Tak Endah said...

Pengurusan UMNO Bahagian Jerantut sangat lemah. Setiausaha Kerja UMNO @ Setiausaha Eksekutif (yang rekod tidak ada kridibiliti) lebih berkuasa dari Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sendiri. Sepatutnya pengurusan UMNO Bahagian Jerantut dikendalikan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut namun Ketua Bahagian tidak ambil peduli dan bersikap mudah dan enteng. Ku Lan senang ditipu hidup-hidup oleh orang dikelilingnya. Ahli-ahli UMNO Jerantut tidak puas hati.

Anonymous said...

Jangan syokkk sendiri......laaaaaa

Anonymous said...

nak mizi jd ahli parlimen.dia lg pandai bt kerja dr barisan pimpinan umno jtut..yg lain tu tido je.hidup mizi...

bRAVEhEART said...

Malangnya, UMNO Jerantut masih tidak dapat melihat semuanya ini.

Anonymous said...

mizi jujur dan ikhlas bt keje untuk parti.jgn kata ke dia.kalau berani jom jumpa di hijrah la.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...