Wednesday, May 4, 2011

Agenda Mengaudit Politik DUN Tahan



















DUN Tahan adalah DUN yang paling mundur sekali dalam Pahang dan Malaysia. Maka DUN Tahan memerlukan wakil rakyat yang berpesonaliti dan berkeupayaan "superman".

Sebab itu PAS kurang yakin untuk menang dalam PRU 12 dengan meletakkan calon wanita di DUN Tahan Pada PRU 12.

Jumlah pengundi PRU 12 ialah 11,326, keluar mengundi 9056 peratus 80%. Dato' Wan Amizan Wan Razak BN-UMNO 5112, Nuridah Mohd Salleh PAS 3755. DUN BN menang majoriti 1357.

Sepatutnya Dato' Wan Amizan menang lebih besar majoriti lagi sebab Nuridah walaupun Ketua Muslimah PAS Malaysia beliau bukan anak tempatan beliau orang Pekan. Sokongan kepada PAS juga kuat kerana pengundi di DUN Tahan protes kepada isu ketinggalan pembangunan selama 50 tahun.

Itu cerita semasa PRU 12. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dalam masa tiga tahun ini telah bekerja kuat membawa beratus-ratus juta nilai projek pembangunan melibatkan:
  • Projek jalan Ulu Tembeling Fasa 1 sedang berjalan
  • Projek Pembesaran kampung-kampung melibatkan berbagai kemudahan, jalan, jambatan, bekalan air , pemilikan tanah lot dan pertanian dll.
Projek jalan Ulu Tembeling fasa 2 sedang menyusul. Banyak lagi projek-projek akan turun mencurah-curah dari peruntukan Kerajaan Pusat.

Dari segi kerja ADUN Tahan tidak ada ruang untuk dicari kekurangannya menyebabkan pembangkang menggunakan isu-isu peribadi yang remeh temeh dan tidak boleh dibuktikan.

Masalah keciciran saham FELCRA adalah isu yang biasa mana-mana DUN ada masalah yang serupa. Dengan program RPK dan RTK ini akan boleh diharap menyelesaikan masalah  itu.

WZWH tidak boleh ulas dan komen positif banyak-banyak kerana WZWH terlibat secara lansung dengan perancangan ekonomi dan politik DUN Tahan. Adalah tidak adil untuk WZWH mengaudit diri sendiri. Bacalah  beratus-ratus posting blog WZWH mengenai pembangunan politik,ekonomi dan sosial DUN Tahan. Itu buktinya hasrat niat dan pemikiran WZWH.

Apa yang WZWH cakap dalam beratus-ratus posting itu WZWH yakin  boleh direalisasikan menjadi kenyataan dengan memerlukan iltizam dan "will power" yang tinggi. Kritik mengatakan itu semua adalah "PUNGKAR". Maka YB Dato' Wan Amizan perlu menjadikan "PUNGKAR" menjadi kenyataan. Berikan beliau sepenggal lagi WZWH percaya kenyataan pasti menjelma.

Oleh kerana WZWH tidak boleh mengaudit politik DUN Tahan kerana ditakuti bias dan "conflict of interest" maka terpulang kepada pengundi DUN Tahan dan orang Jerantut menilainya sendiri. Sumbangan kritikan membina dari anda semua membantu memantapkan lagi politik DUN Tahan.

11 comments:

Anonymous said...

perkara biasa ke, hanya dua ke tiga orang sahaja pemastautin merting yang mendapat menjadi peserta saham felcra, yang lain di bolot oleh kroni tok penghulu juga kawan kawan dompok, dah menjadi lumrah jika ada kuasa, menyalahgunakan kuasa, sama kes kuala tahan, penghulu dollah botak menyalahguna kuasa, dengan meletakkan semua saudara mara dia mendapat penenpatan dan saham, adakah ini kes terpencil,,jika setiap perkara yang di lakukan di selewengkan?, tolak wahai pengundi dun tahan jika orang semacam ini lagi di calunkan menjadi yb kita, biar kita beri pada pasa atau pembangkang, sudah pasti hati kita tidak sakit jika ada lagi baki baki pemberian tempat saham apa apa sekali pun yang tak betul, kerana yb kita tidak terlibat, hati pun senang, sebagi contoh, aruah yb malik, tidak terlibat dengan perkara perkara yang saya bincangkan, tapi tangan tangan kotor dari yb lain,(adun kawasan lain) tetap akan melakukan, setidak tidaknya hati kita tak sakit sangat?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 7:28,
WZWH faham hati yang sakit Anon. Apa yang berlaku pada pengurusan pengagihan saham FELCRA lepas itu keputusan yang kita tidak boleh ubah. Sesiapa yang tercicir perlu dibela. Mungkin Allah tidak beri rezeki ini, dilain peluang orang Merting mendapat rezeki yang lebih baik lagi. Kita perlu lebih banyak bersabar. Kita perlu melihat kepada gambaran DUN Tahan yang sepenuhnya dan seluas-luasnya. Kita ada banyak agenda-agenda yang lebih besar mahu kita jayakan di DUN Tahan. Satu program ekonomi orang kampung yang lebih berdaya maju memberikan pulangan yang lebih besar dari saham FELCRA yang tidak seberapa akan kita usahakan.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Agenda Mengaudit Politik DUN Tahan

Lombong emas yang dimaksudkan ke...!!! Sanggupkah tok wakil berikan k/sama yang sepatutnya kepada masyrakat DUN Tahan, khususunya penduduk Kg. Merting. Takkan w/emas disuruh mendulang emas lagi. Yang didepan mata terlepas, inikan pula yang belum tentu. Rezeki dipinggir mulut belum tentu kepunyaan kita... Seelok2nya berikan saham Felcra yang mereka mahukan tu.

P5 Banir, minta dijauhkan "lempar batu sembunyi tangan"....

Anonymous said...

betul betul p5 banir, setelah memperolehi kuasa, perkara yang kecil pun tak boleh di pertimbangkan dengan waras, apakah jadaahnya ini, kita senang berkatakata, mungkin ALLAH tidak memberi rezki, saya mempercayai rukun iman, tetapi saya tidak mempercayai orang orang yang mempunyai kuasa yang mempunyai sikap tamak dan mempinyaui agenda tersendiri bersama orang bawahannya.

Walau pun kesilapan di akaui tapi tidak dapat merubah keputusan yang di buat, dan ianya akan berterusan selama lamanya, silap di lakukan oleh tok penghulu, tapi yang bertanggun jawab adalah yb, ada faham?, jangan mau tipu, jangan jadi DSAI tak pernah mengaku akan kesilapan dan tabiat buruk yang di lakukan?

Sri Tri Buana said...

Saya berasa sedih sebenarnya jika membaca sebuah blog yang enggan moderate komen. Kononnya pemilik blog itu ingin memberi kebebasan kepada warga Jerantut memberi apa saja pendapat tentang hampir apa saja. Masalahnya, ditangan orang yang mengamalkan budaya rendah dan mengaibkan sesama Islam, kebebasan seperti ini diambil kesempatan untuk memalukan sesama Islam, sesama parti.

Kebebasan bersuara juga perlu ada pertimbangan. Jik blog menjadi tempat memfitnah dan mengaibkan seseorang maka pengendali blog sepatutnya bertanggungjawab. Ada ketika, apa yang dibahaskan tidak ada kena mengena dengan individu yang dibangkit, dengan fitnah dan cerita dalam kelambu yang tidak sepatutnya diluahkan dalam blog.

Saya menapis semua komen yang bersifat peribadi. Jika ada komen yang tidak sependapat dengan saya, jika ia akademik saya akan lepaskan. Saya akan bahas secara akademik. Sebenanrnya reputasi blog-blog Jerantut dan sesetengah blogger Jerantut memalukan. Rakan-rakan blogger saya dari tempat lain sering menyindir kualiti blog Jerantut. Ini kerana blog Jerantut lebih suka mengaibkan orang dari mencari kebaikan.

Janganlah cari populariti dengan cara murahan. Jangan aibkan sesama Islam dan sebangsa. Ini bukan amalan mulia.

Sri Lang Buana said...

Hoi Sri Tri Buana, blog awak blog untuk orang intelek dan minda tinggi Jerantut mana boleh banding dgn blog WZWH blog rakyat Jerantut. Saya suka blog WZWH sebab WZWH menerima pemikiran semua orang. Blog WZWH lagi ADVANCED dari blog awak. Hehehehehehehe...

Anonymous said...

Haa mana dia komen-komen yang selama ini kuat mengutuk Datuk Wan Amizan. Sudah letih ke. Kutuklah, WZWH dah bagi peluang nih. Mana orang Kuala Tahan, mana orang Kg Gol.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
WZWH sudah semak 18 orang Kg Merting yang tercicir saham FELCRA itu telah dimasukkan nama semua. Ini bermakna nama 18 orang Merting sedang diproses semula. Insyallah 18 orang Kg Merting ini akan dapat saham FELCRA itu. Kita bina bab baru. Bukannya orang lain 18 orang Kg Merting tu sedara WZWH belaka. Takda guna WZWH kuat berpolitik kalau tidak boleh tolong sedara-sedara yang betul susah.

Anonymous said...

hahahaha....siapa yg kutuk yb dun tahan..? org kuala tahan, org gol..? org kuala tahan berjuang untuk org kuala tahan sahaja...org kuala tahan tak peduli...yg penting org kuala tahan dapat apa yg mereka nak, yg penting yb dh setuju dengan kehendak org kuala tahan..sebab tu undi di kuala tahan untuk yb dato wan mizan boleh dikatakan tertinggi jika dibandingkan dengan tempat lain..itu lah perjuangan untuk mempertahankan dato wan mizan....yg penting sesiapa saja calon di dun tahan, kami akan sokong...jangan peduli dengan kata2 dri org lain, perjuangan untuk umno harus di perhebatkan, tak guna berjuang dengan pati lain kerana marahkan pemimpim umno..tun mahadhir pernah berkata " gunakan kelemahan yg ada untuk melawan yg berkuasa"...

Anonymous said...

kome org kotahan,org padang n orn gol,tak kesah sapa nak betanding betanding la sebagai calon dun tahan,tak betoi dengan calon nye kome kerat 13,alang alang hancur bior lebur,apa nak jadi jadi la,nak nak pulok calon dari kalangan orang mcm dompok,lagi sedap mengerat,kome dah benci pegi jahanam la

Anonymous said...

Anon 2.44,
Anon nak kerat 13 ke 14ke 100 ke ikut Anonlah yang handal, pandai dan bijak amat. Pergi mampuslah Anon...Sakai Tembeling lebih matang dari Anon.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...