Friday, May 6, 2011

Apa Rasional PR Mahu Bubar FELDA Plantation?


Iklan PKR mahu hapuskan FELDA Plantation sebab nak beri borang ladang dan rumah kepada 160,000 generasi ke 2 dan 3 FELDA seperti berikut:

BORANG PERMOHONAN MENJADI PENEROKA BARU UNTUK ANAK-ANAK PENEROKA FELDA

* FELDA PLANTATION akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Negara selepas PRU-13.
* 800,000 anak-anak Peneroka (Generasi ke-2 dan ke-3) diberi peluang menjadi peneroka baru.
* Antara 80,000 hingga 160,000 Generasi ke-2 dan ke-3 boleh menjadi peneroka baru apabila Felda Plantation dimansuhkan.
* Tanah-tanah di Negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak akan dibuka bagi menampung keperluan Generasi ke-2 dan ke-3 seluruhnya menjadi Peneroka baru Felda.
*Ibu bapa kepada Generasi ke-2 dan ke-3 sudah tentu mahu melihat anak-anak mereka mendapat peluang memiliki tanah. Marilah sama-sama berjuang untuk masa depan Generasi ke-2 dan ke-3 Felda.
*PERSEDIAAN AWAL: Borang-borang permohonan menjadi peneroka baru boleh diambil dari pejabat-pejabat Parti Keadilan Rakyat di Cabang-Cabang.

Diedarkan Oleh:
Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau,
37 Jalan Besar, 28050 Kuala Krau, Pahang
hp: 019 988 2115
E-mail: lksuhaimi@gmail.com


PEMBUBARAN syarikat FELDA Plantations adalah antara 10 tindakan yang akan dilakukan parti pembangkang dalam tempoh 100 hari kalau diberi mandat memerintah negara selepas pilihan raya umum, akan datang. Berikutan itu, pembangkang akan menyerahkan ladang yang diuruskan syarikat kepada generasi kedua dan ketiga FELDA. 

Memang cukup mudah membuat janji yang dilihat tidak praktikal dan lebih menjurus sebagai umpan memancing kira-kira 800,000 warga muda FELDA di seluruh negara. Ada jawapan kenapa parti pembangkang beriya-iya mahu memusnahkan antara institusi sosioekonomi Melayu terulung itu, sedangkan ia ditubuhkan hasil keprihatinan serta perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 1956. Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah. 

BN akan mempertahankannya habis-habisan. BN akan pastikan segala masalah dan keperluan di FELDA diatasi dengan baik. Ini termasuk tanah lot tapak rumah generasi kedua.

Pembangkang membangkitkan soal tanah seluas 330,000 hektar milik FELDA Plantations yang mahu diberi kepada anak peneroka. 

Itu janji yang hendak dilakukan dalam 100 hari memerintah. Perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana tanah FELDA Plantations sekarang ini 51 peratus adalah milik peneroka melalui Koperasi Pemodalan FELDA (KPF). 

Segala yang diperoleh daripada hasil itu, FELDA kembalikan dalam bentuk pelbagai program kepada peneroka dan generasinya. Kalau FELDA bagi tanah itu kepada anak peneroka, maka tidak ada segala (faedah seperti) bonus, duit raya, khairat kematian, pendidikan, kemahiran serta faedah dan kemudahan yang FELDA beri kepada peneroka sekarang. 

Begitu juga kenapa FELDA tidak boleh beri (tanah itu) kerana 87,000 hektar daripadanya ada di Sabah. Macam mana orang Semenanjung boleh dapat tanah di Sabah? Lagipun, pemberian tanah ini atas sebab miskin tegar...anak peneroka tidak miskin. Kalau FELDA beri (tanah) kepada generasi baru FELDA, seorang akan dapat sehektar dan kedudukannya di merata-rata tempat yang sesetengahnya tiada jalan, air dan elektrik.

Hasil pendapatan FELDA Plantations juga digunakan untuk membayar gaji 23,000 kakitangan FELDA dan 40,000 pekerja ladang. 

Kalau tanah itu diambil, maka 23,000 kakitangan dan 40,000 pekerja ladang terpaksa berhenti kerja. Mereka ada keluarga dan mereka sudah lama berbakti membangunkan FELDA. Mereka banyak jasa dan tidak dapat tanah, Paling tidak, FELDA beri mereka kerja dan tidak mungkin FELDA akan buang mereka.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

WZWH berpendapat masalah penempatan generasi ke dua dan ketiga FELDA tidak ada kesudahannya. Kalau betul kerajaan ikut cakap PKR bubarkan FELDA Plantation yang boleh menampung 160,000 generasi baru FELDA bagaimana dengan baki 800,000-160,000 anak-anak peneroka yang lain. Apa lagi ladang mahu bubar Sime Darby?, Tabung Haji? LKPP? Guthrie? Island Peninsular?

Tidak ada kesudahannya. Duit lebih yang peneroka dapat elok dilabur dalam pendidikan anak-anak. Melalui pendidikan baik universiti, kolej, institusi dan vokasional itu yang boleh mengubah kehidupan mereka yang lebih baik.

Perlukah kerajaan menyediakan juga tanah dan ladang untuk peneroka-peneroka "original" di kampung-kampung tradisi? Perlukah kerajaan menyediakan tanah dan ladang untuk anak-anak Orang Asli di hutan?

Pemerintahan dan pentadbiran DAP di Pulau Pinang sejak PRU 2008 sampai kini belum satu habuk pun dapat menyediakan perumahan kos rendah dan sederhana buat rakyat hatta sebuah rumah.

PKR hanya pandai bercakap macam Anwar Ibrahim juga. Tin kosong!

1 comment:

tudin5 said...

apa kata bubar dulu KL Kepong punya plantation, bubar IOI punya plantation, bubar sime darby, dan yg private dulu tu yg tak banyak sumbangan kepada masyarakat... yg mentekedarah sendiri jer...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...