Wednesday, May 11, 2011

UMNO Anugerah Allah Kepada Tanah Melayu


Dari nabi Adam hingga Muhammad SAW telah dihantar oleh Allah ke dunia untuk manusia mengenal pencipta dan mengikut ajaran yang mengesakan ilahi. Majoriti nabi dan rasul di hantar ke Timur Tengah dengan kitab-kitabnya yang terakhir sekali Al-Quran untuk pedoman manusia.

Untuk siasah atau politik, orang Islam menggunakan ajaran Islam, Al-Quran, hadis dan pengalaman pemimpin-pemimpin yang diberi hidayah dan ilham menjaga umat.

Sejak Islam datang ke Melaka pada abad ke 15, Islam telah berkembang ke seluruh Asia Tenggara. Melaka menjadi pusat pengembangan Islam dan tradisi ilmu.

Bila penjajah Kristian Portugis menjajah pada tahun 1511, Belanda pada tahun 1641 dan Inggeris pada 1824, Islam dan politik Melayu dipertahankan di Tanah Melayu oleh Raja-Raja Melayu, para ulamak, pemimpin Melayu dan orang Melayu sendiri.

Bila British mahu menghapuskan identiti akarumbi bangsa Melayu pada tahun 1946 melalui Malayan Union maka bangkitlah orang Melayu dengan tertubuhnya UMNO di Istana Johor pada 11 Mei 1946.

Ini lah UMNO anugerah Allah kepada Tanah Melayu. UMNO yang menjaga kepentingan orang Melayu dan orang Islam serta rakyat Tanah Melayu. Selama 65 tahun UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair.

UMNO memerintah Tanah Melayu secara "de facto" sehingga Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia pada tahun 1963 hingga Sabah dan Sarawak menyertai sekali.

UMNO parti paling lama memerintah sesebuah negara moden selepas Perang Dunia ke dua. UMNO memegang rekod dalam dunia parti paling lama memerintah secara demokrasi sehingga dicemburui oleh banyak negara.

Banyak negara dalam dunia mengkaji kenapa UMNO mampu dan boleh bertahan memerintah lama di Malaysia. Berbagai "think tank" telah "study". CIA dan KGB kagum dengan cara organisasi UMNO berfungsi.

Hari ini Pakatan Rakyat mahu memadamkan rekod pemerintahan dan pentadbiran UMNO. Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR telah menjadi penyokong tegar DAP parti yang mahu semangat "Malaysian Malaysia" dijadikan eksperimen pemerintahan negara.

PAS dan PKR itu lahir dari perut UMNO. PAS dan PKR itu adalah parti serpihan UMNO yang keluar kerana tidak dapat menguasai kepimpinan UMNO. Perjuangan PAS dan PKR tidak konsisten dengan matlamat parti sendiri senang dimanipulasi oleh pemimpin yang punya agenda peribadi lebih dari agama, bangsa dan negara.

DAP parti yang akan menimbulkan ketegangan dan kehuruharaan kerana mahu menjayakan hasrat matlamat agenda perjuangannya. DAP mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. DAP mahu menghapuskan Islam agama resmi Persekutuan baik secara halus dan tersirat.

DAP tahu untuk melemahkan UMNO perlu negara ini cuba di Kristiankan. DAP telah berjanji kepada Sarawak bahawa Kristian akan menjadi agama resmi Sarawak dalam PRN Sarawak baru-baru ini. DAP akan mengorak langkah yang sama di Sabah.

Usaha penyebaran menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi di Sarawak di jalankan oleh DAP dan ini di lakukan secara terang terangan. Organisasi OHMSI (Oriental Hearts and Mind Studies) merupakan sebuah pertubuhan yang merupakan penyebar dan menjadi alat kepada agenda DAP.

Agak malang PAS parti yang mendakwa parti Islam boleh tertipu dengan permainan halus politik DAP. PAS sudah lari dari matlamat mempertahankan Islam dan orang Melayu.

PKR memang tidak boleh diharap kerana PKR sanggup menjual apa saja baik agama, bangsa dan tanahair dengan syarat Anwar Ibrahim berjaya di PMkan. Itu saja perjuangan PKR.

UMNO selama 65 tahun tetap memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair. UMNO dulu, kini dan selamanya. UMNO anugerah Allah kepada umat Melayu di Tanah Melayu. UMNO juga anugerah Allah kepada rakyat Malaysia.

3.5 juta ahli UMNO perlu terus memperjuangkan kepentingan parti, agama, bangsa dan tanahair. 3.5 juta ahli UMNO perlu setia memenangkan parti dalam PRU 13 nanti.

Selamat Hari Ulang Tahun UMNO yang ke 65 tahun. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Hidup Melayu, Hidup Rakyat Malaysia, Merdeka...Allahu Akbar.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
3.5m ahli UMNO not enough to represent Malay Commnunity in M'sia. Pergabungan dengan PAS akan memartabatkan kedudukan melayu di nusantara.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 3:53,
Pergabungan UMNO dengan PAS itu yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW. Perpaduan ummah untuk kekuatan dan kepentingan Islam. Tapi malangnya ulamak hari ini tidak berfikir seperti Rasulullah kerana masing-masing lebih kepada ego, kepentingan, kepuakan dan pendirian politik masing-masing.

Anonymous said...

UMNO says PAS has ego. PAS says UMNO has ego. I say everybody has ego. Just make peace not WAR,

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 5:11,
Absolutely agreed on Anon's statement. Make peace not WAR and MAKING LOVE ekekekekeke..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...