Saturday, May 14, 2011

KPI ADUN Tahan Mula Menyerlah.



ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak mula menunjukkan sentuhan pembangunan demi pembangunan umpama penyerang Barcelona, Lionel Messi menyumbat gol demi gol.

Banyak pembangunan yang telah dirancang oleh ADUN Tahan telah, sedang dan akan berjalan mengikut perancangan dan jadual.

Kerajaan negeri dalam proses memperuntukan 75 hektar tanah bagi 400 lot tapak rumah untuk generasi muda Kuala Tahan, Tembeling.

Penyediaan itu bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah sendiri dan secara tidak lansung mengelakkan mereka berhijrah ke bandar.

Lot-lot rumah itu akan melalui pelan perancangan yang komprehensif dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas bagi menampung keperluan serta kebajikan penduduk.

Ini dijelas oleh ADUN Tahan semasa merasmikan Pelancaran Kampung Angkatku di Kuala Tahan pada 12 Mei 2011.

Menurutnya, penyediaan itu akan mengubah taraf hidup penduduk selain membangunkan modal insan dan meningkatkan peluang ekonomi khususnya dalam bidang pelancungan dan pertanian.

Tegasnya masalah penempatan itu akan diselesaikan dengan kaedah dan perancangan tersusun tetapi memerlukan masa serta berharap penduduk bersabar sementara ia dibangunkan.

YB Dato' Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut berkata kawasan di Ulu Tembeling akan memerima pembangunan lebih pesat apabila jalan sepanjang 45 km dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling membabitkan peruntukan RM90 juta siap mengikut jadual.

Jelasnya kerja-kerja membina jalan tersebut yang terbahagi kepada tiga pakej sedang giat dilakukan oleh kontraktor terbabit yang mana kira-kira 15km sudah diratakan dengan tanah merah dan hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Manakala projek jalan Kampung Tuit (dekat Kuala Tahan) ke Kampung Pagi sedang berjalan membabitkan peruntukan RM120 juta.

Sementara itu ADUN Tahan berkata kira-kira 10,000 hektar tanah di Ulu Tembeling akan dimajukan dengan projek pertanian bagi meningkatkan taraf hidup serta pendapatan penduduk Ulu Tembeling.

Tambahnya kira-kira 5,000 penduduk dari 25 kampung antaranya, Kampung Mat Daling, Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi sudah menikmati pelbagai kemudahan prasarana termasuk bekalan elektrik serta air paip.

Usaha mengadakan kemudahan sama kepada penduduk di kampung lain akan dilaksanakan apabila jalan raya yang sedang dalam pembinaan itu siap nanti.

YB Dato' Wan Amizan adalah ADUN Tahan yang cemerlang rekod perkhidmatannya walaupun belum sampai sepenggal menjadi wakil rakyat. Majoriti pengundi DUN Tahan yang berjumlah 11,300 orang menyokong ADUN Tahan ini kerana prestasi kerja KPI beliau memuaskan hati mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH. Kuat betoi awok membodek Dompok yek?berapa komisen awak dpt ni?

Anonymous said...

membodek, menceritakan kebaikan, visi dompok adalah di sebabkan takut dompok tidak lagi di calunkan sebagai wakil rakyat lagi di pru 13 ini, itu sahaja muslihat ENCIK WZWH, mengangkat manusia yang di gelar dompok pungkar ini.

jika tidak lagi menjadi calun, maka ENCIK WZWH dan kuncu kuncunya tidak lagi dapat duit bulanan dari DOMPOK PUNGKAR.

BANYAK KEBURUKAN DARI YANG ELOK DI LAKUKAN OLEH DOMPOK N TE GENG INI, SOAL PUNGKAR tak payah ceritalah, najib kat qatar tapi dia boleh kata baru lepas minum dengan najib di putra jaya krjap tadi, itu contoh, ingat lah orang orang dun tahan, tak payah pangkar lah jika pungkar ini di calunkan sekali lagi......

Anonymous said...

Apa nya KPI Dompok tu, Tak ke itu semua di rancang sebelum beliau jadi ADUN lagi, Tak Percaya tanya lah pada Ustaz Mat Jaafar dan mat daud. Jadi WZWH kalau ndak mengangkat pun , selidek dulu, jangan meraban je..dah berenti memungkar si dompok tu.Jadi ..jadi lah.Leteh dan jemu dengar bcite ni.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...