Sunday, May 1, 2011

Luahan Jiwa Orang Tembeling Blog Kampungku



Blog Kampungku adalah satu blog luahan jiwa orang Tembeling dari kategori Ulu Tembeling. Blog ini baru dilancarkan pada 4 April 2011. Blog ini dari genre blog Urag Drrulug.

Blog ini banyak menulis posting tentang keindahan dan suasana kampung. WZWH sebagai orang Tembeling cukup suka membaca karya sastera dari luahan "authentic" asli orang kampung.

Ulu Tembeling terbahagi kepada lima kampung besar bermula di hilir dari Kampung Pagi hingga Kampung Bukit Mat Daling di ulu Sungai Tembeling. Kampung Sat, Kampung Bantal dan Kampung Gusai di Sungai Sepia.

Blog Kampungku adalah dari Kampung Pagi menghilir maka gaya bahasa Ulu Tembeling blog ini bukan dari laras dialek Ulu Tembeling yang "pure".

Namun ini menambahkan lagi khazanah blog Jerantut dan kita lebih memahami aspirasi pemikiran dan luahan hati blog Kampungku.

Amat menarik bila setiap kali posting Blog Kampungku menyelit pantun empat kerat sebagai penutup posting akhir kalam. Pantun-pantun ini begitu menyentuh perasaan bagi pembaca yang berfikir. Sesungguhnya blogger Kampungku adalah orang seni yang tinggi sasteranya. Pandangan hidupnya adalah hak dan pemikiran dari lingkaran tingkap dunia "welchantung" blogger.

Kebimbangan blogger Kampungku terhadap pembangunan yang mencurah-curah masuk ke DUN Tahan ditakuti merosak alam sekitar. WZWH menyifatkan ini adalah reaksi normal orang Tembeling yang cintakan alam sekitar, flora dan fauna dan suasana budaya kampungnya.

Berikut beberapa pantun yang WZWH kutip dari blog Kampungku.

Salam kome dari kampung,
Untuk deme melepas rindu,
Amalan kome bergutong ruyung,
Bagi kuntrek kome sapuuuu!


Pergi menjala di Lubuk Lenting,
Ikan tak dapat penuh sampah,
Sungai kome sangatlah penting,
Jangan lah gon buat tak kisah!



Katak jantan nok "seround",
kata betina kata "wait",
kampung bukan macam "town",
Nak kencing pun kena bayor singgit.



Asam rom perah campur ikan,
Asam rom getah berpucuk lembut,
Azam kome jaga kebersihan,
Untuk memancaskan satu Jerantut.



Pokok meranti lurus meninggi,
Sungkai layu bawah naungan,
Balak di tebang kome yang rugi,
Tolonglah kome yang berkenaan.....



Loji nuklear cetusan pemikir,
Mahu di bina di tanah Pahang,
Sudahnya Melayu jadi fakir,
Kerana tanahnya mahu di dagang....



Sekapur sirih seulas pinang,
Pinang muda tersangat malan,
Adat Melayu perlu di sayang,
Budayanya lembut hidup bersopan.
  

Gasing di lilit di pusing ligat,
Pangkahan layang tepat mengena,
Hidup berbudaya beriadah sihat,
Nilai bangsa teguh terbina.


Menahan lukah di air keruh,
Lukah di tahan mengena tilan,
Melayu beradat bersatu teguh,
Takkan hilang di telan zaman.


Lipas di tangkap mengumpan Lawang,
Lawang di taut di tukar ganti,
Bersatu padu hidupnya senang,
Nilainya bangsa tak buleh di beli.


Tengkujuh di hulu keruh di hilir,
Tohor di lubuk berlumpur di kuala,
Tuan kaya kome si fakir,
Terus menduga minta di bela. 

5 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH,
Syabas WZWH. Tak sangka WZWH juga punya pandangan seni dan meminati satera rakyat kampungan. WZWH boleh jadi ahli politik yang sensitif kepada orang Lembah Tembeling. WZWH adalah suara Tembeling yang CULTURED dan SUARA BARU POLITIK JERANTUT.

Anonymous said...

hehehe, ayat dan gaya bahasa macam wzwh sendiri yg tulis, baguslah tum masuk bakul sendiri angkat, kahkahkah!

Anonymous said...

hahaha, anon 2:13 mungkin WZWH juge yg tulis gamoknya.

Anonymous said...

salam wareh..

nak tumpang tanye..dekat2 dengan daerah tembeling ade tak nama KG.TANJUNG MAS..

TQ

Anonymous said...

I think I'll bookmark your blog, as it brings a lot of new great and useful ideas and sollutions! kamagra oral jelly

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...