Monday, May 2, 2011

Kerusi Majoriti Melayu Wajar Beri UMNO Bertanding Jamin Kemenangan


Parlimen Hulu Selangor dan Labis di Johor, adalah contoh bagaimana UMNO tidak bertanding mewakili orang Melayu yang menjadi majoriti dalam kedua-dua Parlimen tersebut,

Hulu Selangor diberikan kepada parti MIC untuk bertanding, manakala parlimen Labis telah diberikan kepada parti MCA, selain 28 kerusi yang lain seumpamanya di seluruh negara.

Lihat kerusi di Parlimen, ada lebih kurang 30 kerusi di parlimen diseluruh Malaysia yang mana pengundinya majoriti orang Melayu, tetapi UMNO beri kepada MCA bertanding, beri kepada MIC bertanding, beri kepada Gerakan bertanding

Negeri-negeri majoriti penduduk Melayu telah memohon untuk ditambahkan bilangan kerusi Parlimen, tetapi di tolak oleh mantan PM Tun Mahathir ekoran merosotnya undi Melayu semasa PRU 1999 dan kuatnya sokongan Cina kepada BN.

Apabila UMNO-BN kalah di banyak kerusi parlimen pada tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tahun 2008, pemimpin Umno mendakwa kuasa Melayu tergugat, sedang UMNO yang memberikan 30 kerusi kepada bukan Melayu.

Keputusan PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 lalu akan menjadi model kepada pengundi Cina dalam PRU 13 kelak. DAP berjaya menyatukan kaum Cina bagi memonopoli undi supaya kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP mendapat kemenangan yang cemerlang.

MCA dan GERAKAN akan menjadi 'gajah puteh' kepada BN. Pengundi Cina sudah tidak percaya kepada perjuangan parti MCA dan GERAKAN lagi. Orang Cina telah menolak MCA dan GERAKAN sejak pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. MCA dan GERAKAN tidak boleh diharap.

UMNO marah apabila pengundi Cina menyokong DAP, tuduhan DAP adalah sebuah parti perkauman terus didendangkan, pengundi patut undi MCA, Gerakan atau SUPP yang berkongsi kuasa dengan UMNO.

DAP berjaya menyatukan pengundi Cina yang menyebabkan parti itu menang banyak ditempatnya bertanding, manakalah UMNO pula tidak dapat menyatukan pengudi Melayu yang menyebabkan UMNO kalah banyak kerusi.

Sebenarnya kita tak payah takut kepada DAP, parti itu bukanlah kuat sangat kalau hendak dibandingkan dengan kekuatan yang ada pada Kerajaan BN. DAP hanya boleh berlagak buat sementara waktu sekiranya UMNO betul-betul dapat memikat hati rakyat supaya bersatu dibawah payung 'Kerajaan Perpaduan' yang berlandaskan kejujuran dan tradisi membela rakyat.

Kalau slogan kerajaan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan digabungkan dengan 'Tradisi Membela Rakyat, Membangun Bersama Islam' maka natijah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan akan dapat dilaksanakan dan tentunya Melayu yang menjadi tuan kepada negara ini akan dapat meranapkan kemenangan DAP dalam pilihanraya umum ke 13.

Dan pada waktu itu, BN akan bertambah kuat kerana Melayu sudah tidak banyak berpecah. Kerajaan Perpaduan akan ujud setelah UMNO, PAS dan PKR akan bergabung. Mahukah PM Najib dan pemimpim UMNO lain berkerja kearah itu?

Sudah terang sekarang ini dimana kawasan yang majoritinya tidak dimiliki oleh Melayu, BN akan kalah dalam PRU kerana MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan lain-lain sudah tidak kuat lagi, hanya UMNO satu-satunya parti dalam kemponan BN yang masih dipercayai oleh rakyat dan masih boleh kemenangan.

Kelewatan menyusun Kerajaan Perpaduan akan menyebabkan PAS dan PKR akan terus bersama DAP menerjah BN dalam PRU ke 13 nanti dan ini boleh menyulitkan kemenagan yang bergaya oleh BN terutamanya UMNO, tambahan lagi kawasan yang majoritinya Melayu diberi pula kepada MCA, GERAKAN, MIC dan PPP bertanding yang menyebabkan BN akan terus menerima kekalahan.

Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO hanya ada dua pilihan bagi menyelamatkan kuasa dalam kerajaan iaitu sama ada ujudkan Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada UMNO, PAS dan KEADILAN yang mana pemimpinnya Melayu atau ajak DAP menyertai BN yang sudah dianggap parti perkauman. Dalam politik semuanya boleh jadi.

Kempen lah 'lagu mana' pun, orang Cina tidak akan menolak DAP buat masa ini kerana mereka boleh hidup senang dengan menikmati apa yang disediakan oleh kerajaan hasil daripada dasar berkonsepkan 1Malaysia. Yang akan merana adalah bangsa Melayu kerana dihina dan dicaci oleh bangsa Melayu sendiri.

Bukan rakyat tidak sedar bahawa kuasa Melayu akan terhakis, tapi rakyat Melayu lebih 'loya dan muak' dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri yang tidak melaksanakan tugas dan amanah sebagai profession membela rakyat. Apa yang berlaku kini mereka itu melaksanakan kuasa dengan rakus untuk kepentingan diri dan puak masing-masing.

PM Najib telah minta supaya pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian semuga mewujudkan pasukan dan jangan mewujudkan puak tapi malangkan saranan PM Najib itu masih tidak dapat dihayati oleh pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian. Berpuak-puak masih lagi menjadi amalan dibanyak Bahagian UMNO kini.

UMNO perlu lebih kuat bagi mewajarkan kerusi majoriti Melayu diberi kepada UMNO bertanding jamin kemenangan.

Menarik WZWH petik komen dari blog WZWH:
Anonymous said...

As far as politics concerned, Najib warning to MCA and the Chinese urban voters is not a threat. Seriously, why should UMNO allow MCA to win seats in Malays heartlands while MCA fight for the rights for silly chauvinist agendas like vernacular schools and promoting alien language Mandarin which is even more alien to the Hokkien speaking Chinese of Malaysia...which is a mockery to the Malay voters..imagine the silly Chinese had to depend on Malay votes to get them some representation in the cabinet..pathetic.If I were Najib I kick MCA to join DAP and they can buld the Chauvinist Alliance as they have always been. 

Onwards for PAS-UMNO unity talks...the dau of racial representation has ended in Malaysia. No more appeasing the MIC and MCA, the new BN will rally its resources along the core Malay/Bumi voters who will play a significant role in the future compared to the shrinking Chinese and Indians who will make a poaltry 20% of the population by 2050. 

By then the MOE can convert all those empty vernacular schoools into National schools and empower Bahasa Melayu as the national language. The Chinese can languish in their islands of isolations in PJ, Seri Kembangan, Ipoh and Kucing Utara. May 2, 2011 9:17 AM

1 comment:

dobit127 said...

Adakah DS Najib berani melakukan perubahan itu...
Sedangkan Agenda 1 Melayu yang dicetuskan oleh Presiden NUJ pon menyebabkan beliau kena pecat oleh Utusan sendiri, inikan transformasi yang bercorak besar-besaran sebegini..
Walaupun angin perubahan sudah bergoyang, tetapi kawan rasa goyangnya haya sekejap...
Kita sama-smaa nantikan....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...