Tuesday, May 17, 2011

Usul Ekonomi Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011



Usul Menyokong Projek Lynas Bumi Nadir Gebeng Demi Memajukan Ekonomi Pahang 
21 Mei 2011

Usul Ekonomi Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011 

MEMAHAMI 
  1. Jarak antara bandar Kuantan yang berkepadatan lebih 600,000 orang dengan Kawasan Perindustrian Gebeng, yang menempatkan banyak kilang memproses bahan petrokimia ialah kira-kira 25 kilometer. 
  2. Untuk ke Kuala Lumpur pula kira-kira 250 kilometer dan hanya mengambil masa kira-kira dua setengah jam perjalanan menaiki kereta menerusi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). 
  3. Oleh demikian, tidak hairan jika ramai individu dari Lembah Klang yang diarahkan majikan masing-masing, sama ada bekerja di pejabat cawangan di bandar ini atau di kawasan perindustrian itu berulang alik setiap hujung minggu untuk bertemu keluarga mereka. 
  4. Kedudukan geografi itu juga membolehkan Kuantan turut dikenali sebagai Zon Istimewa Ekonomi (SEZ), satu daripada zon seumpamanya yang terbesar di rantau Asia dengan keluasan kira-kira 390,000 hektar yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi termaju di sebelah Pantai Timur. 
MENYEDARI 
  1. Berikutan itu, bandar Kuantan mengalami proses transformasi termasuk kehadiran pelaburan syarikat asing yang berminat membuka kilang mereka termasuk ke Kawasan Perindustrian Gebeng, seperti yang dilakukan sebuah firma dari Australia, Lynas Corporation Ltd, yang terbabit dalam pemprosesan bahan kimia, ‘rare earth’ atau sumber bumi. 
  2. Syarikat itu memilih kawasan perindustrian berkenaan kerana kedudukannya berdekatan kemudahan prasarana termasuk memiliki kemudahan pelabuhan iaitu Pelabuhan Kuantan dan jajaran jalinan pengangkutan yang lengkap. 
  3. Sebelum ini, Lynas memperoleh kelulusan pembinaan kilang di China tetapi oleh kerana kerajaan negara berkenaan mengenakan had eksport ke atas semua produk pengeluarannya serta cukai eksport, pihaknya membatalkan hasrat untuk melabur di negara itu sebaliknya memutuskan untuk melabur di Kuantan. 
  4. Kehadiran syarikat itu beroperasi di kawasan perindustrian itu bersama beberapa lagi nama besar dalam industri petrokimia seperti MTBE/Polypropylene (M) Sdn Bhd, BASF PETRONAS Chemicals, BP Chemicals, Flexsys, Bredero Shaw Eastman Chemical, Kaneka, Polyplastics, Mieco, KNM, JiKang, W.R. Grace, Cryovac, PPSC dan AMC memberi banyak manfaat kepada penduduk di bandar Kuantan kerana menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik. 
  5. Penduduk bandar ini sememangnya memerlukan kehadiran lebih banyak pelaburan syarikat asing kerana mereka bukan saja menawarkan ribuan jawatan kosong untuk diisi tetapi juga untuk merancakkan kitaran ekonomi serta pertumbuhan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh. 
  6. Kehadiran syarikat Lynas itu boleh memberi perspektif baru kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Pahang kerana ia berkaitan pemprosesan bahan kimia sumber bumi, yang penting dalam penghasilan barangan berteknologi tinggi. 
  7. Ia juga dapat memperkenalkan Kuantan kepada masyarakat antarabangsa sebagai pusat pengeluar bahan kimia berkenaan selain China, seterusnya menarik minat pelabur lain yang ada kaitan dengan sektor hiliran untuk turut beroperasi di kawasan perindustrian berkenaan. 
MENGINSAFI 
  1. Kilang Lynas dibina untuk memproses pekatan bahan kimia yang dibawa masuk dari loji pengeluaran firma itu di Gunung Weld, Australia, sebelum dieksport semula ke seluruh dunia. 
  2. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut percaya penduduk bandar ini serta penduduk berhampiran kawasan perindustrian itu dapat menerima kehadiran syarikat itu untuk beroperasi walaupun ada desakan dan bantahan mengenai projek itu kerana ia dikatakan akan menjadikan Malaysia sebagai tapak pelupusan produk sampingan radioaktif yang dihasilkan daripada proses penapisan bahan kimia sumber bumi. 
  3. Keyakinan itu bersandarkan beberapa faktor termasuk syarikat itu sudah mematuhi semua syarat peraturan dan perundangan ketat kerajaan berkaitan kelulusan untuk memproses bahan mentah yang memiliki unsur radiasi. 
  4. Syarikat berkenaan juga pastinya mengutamakan aspek kawalan keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar kerana sebagai pelabur antarabangsa sudah tentu reputasi dan imej mereka sentiasa dijaga dengan baik. 
MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan: 
  1. Menyokong hasrat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang meluluskan Projek Lynas Bumi Nadir Gebeng yang boleh memajukan lagi ekonomi Pahang. 
  2. Justeru, Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tidak melihat projek Lynas itu akan menggugat dan menjejaskan penduduk mahu pun pekerja di sekitar kawasan perindustrian itu. Ironinya, kenapa pula masih ada pihak yang berada di luar kawasan begitu beriya-iya bercakap mengenainya serta kuat menentangnya? 
  3. Kerajaan juga sudah mengumumkan penubuhan panel bebas termasuk dianggotai pakar antarabangsa yang diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengkaji pembinaan kilang berkenaan dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu dan sewajarnya menunggu dengan penuh sabar rumusan laporan mereka akan kemukakan. 
  4. Kerajaan jangan pedulikan kempen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS yang setiap hari menghasut rakyat Pahang menentang Projek Lynas ini. Pembangkang sememangnya tidak mahu Kerajaan BN memajukan Pahang

Ramai aktivis DAP, PKR dan PAS diimport dari luar untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi di Kuantan menentang projek Lynas. Majoriti rakyat Pahang menyokong projek ini.

2 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha..

Bro,,cuma ada satu aje yang tak cukup...Siapa yang akan monitor aktiviti sisa radio aktive? Adakah peruntukan akta Alam Sekitar mencakupi skop Sisa Radio Aktiv?

Persoalan yang timbul, Lembaga Atom Negara akan memantau aktiviti ini..tetapi sejauhmana keberkesanan tersebut di pertikaikan. Bagaimana pula Tindakan Pihak Lynas jika berlaku musibah (Preventive Action). Ini perlu dihebahkan sebagaimana Industri Berbahaya lain (Di bawah CIMAH Regulation). Malangnya, Regulasi tersebut tak ada dalam barang beradioaktiv.

Ini menimbulkan kekusutan dalam menangani isu tersebut.

Anonymous said...

SAYA MENYOKONG USUL INI DAN MENCADANGKAN AGAK USUL INI DULULUSKAN OLEH MESYUARAT PEMUDA UMNO JERANTUT TANPA DIBAHASKAN . SEKIAN TERIMA KASIH.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...