Wednesday, May 25, 2011

Thorium Logam Mineral Masa Depan Dan Selamat


Thorium adalah logam mineral dari "rare earth"-di panggil bumi nadir yang mahu dibuat loji pemprosesan thorium terbesar di dunia di Gebeng Kuantan. Projek ini telah menjadi modal pembangkang untuk mempengaruhi rakyat menentang kerajaan bina projek bernilai RM1.3 bilion dengan pendapatan eksport RM8 bilion setahun dan memerlukan 5000 pekerja.

Ketika ini China merupakan pengeluar thorium terbesar dunia menguasai 95% pasaran dunia. Jika loji thorium Gebeng berjaya siap dibina, Malaysia akan menguasai 1/3 pasaran dunia.

Pembangkang melalui ahli parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh telah berkempen bahawa projek itu merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk berdekatan. Liputan media banyak memberi gambaran salah tentang bahaya thorium.

Masalahnya mereka yang memberi pendapat ini bukan lah pakar. Kebanyakannya ahli politik yang tidak dapat maklumat sepenuhnya. Hinggakan YB Pang Tsu Ming, ADUN Semambu (BN) telah terpengaruh dengan kempen ini dan mencadangkan supaya kerajaan menarik balik kelulusan projek loji thorium Gebeng ini dalam sidang dewan DUN Pahang baru-baru ini.

WZWH hari ini berkesempatan berjumpa dengan Anthony MacGhill seorang pakar mineralogi dan uranium dari Australia. Beliau berpengalaman lebih 50 dalam di dalam bidang perlombongan. Beliau pernah bekerja dengan kerajaan Australia, menjadi penasihat kepada Kementerian Mineral dan Perlombongan Australia, konsultan kepada beberapa syarikat perlombongan Australia dan profesor mineralogi di beberapa universiti termasuk di Australia dan China.

Beliau berkata thorium itu logam tidak merbahaya. Tiada "chain reaction" hanya "chemical reaction" yang biasa sahaja. Beliau pernah membawa logam plutonium dalam poketnya sahaja. Beliau pernah membelah kristal uranium yang pada beliau sangat cantik, lutcahaya berwarna hijau.

Jangan dengar kata ahli politik pembangkang dan media yang laporan mereka bersifat "rubbish"-sampah. Mereka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Saya seorang yang sangat berpengalaman dan pakar dalam bidang mineral ini.

Beliau merujuk kepada media New York Times yang ada menyentuh tentang risiko loji pemprosesan thorium di Gebeng, Kuantan.

Berikut perbincangan WZWH dengan Anthony MacGhill :

WZWH: Apa pendapat tuan tentang bencana loji nuklear Fukushima?

MacGhill: Pereka Jepun telah membina loji nuklear dengan baik. Kita kena ambil kira berapa tinggi tsunami yang melanda pantai timur Jepun itu. Ketinggian lebih 10 meter dengan kelajuan lebih 1000 km/jam telah memusnahkan dinding loji. Loji itu tidak terus meletup. kegagalan sistem coolant akibat terputusnya bekalan elektrik telah menyebabkan reaktor panas dan berlaku letupan. Bencana semulajadi  alam yang menyebabkan krisis nuklear itu.

WZWH: Bagaimana bencana nuklear di Chernobyl? Boleh tuan terangkan?

MacGhill: Rekabentuk loji nuklear Chernobyl adalah dari generasi pertama yang sememangnya menjadi percubaan jurutera dan saintis Rusia. Kegagalan Rusia mengesan rekabentuk yang perlu diupgradekan dan teknologi ketinggalan zaman telah menyebabkan berlakunya kebocoran. Hanya 60 orang yang mati akibat dari bencana itu yang majoriti terdiri dari orang tua. Dunia nuklear sekarang ada teknologi terbaru.

WZWH: Akhir sekali apa pendapat tuan tentang cadangan kerajaan Malaysia mahu bina loji tenaga nuklear?

MacGhill: Itu satu cadangan yang baik. Teknologi nuklear lebih murah, cekap dan berkesan. Bersih kepada alam sekitar. Akan datang dunia akan menghadapi krisis tenaga. Malaysia perlu bersedia ke arah itu. Australia adalah negara punyai deposit uranium terbesar dunia namun rakyat Australia pun berfikiran konservatif.

Demikianlah perbincangan WZWH dengan pakar mineralogi dari Australia ini.
Rakyat Malaysia perlu dengar pandangan pakar. Jangan dengar cakap ahli politik yang sememangnya suka membangkang apa jua perancangan baik kerajaan dan menghasut rakyat menentang kerajaan. Betul juga kata MB Pahang DSD Adnan Yaakob- elok tutup saja semua kilang chemical di industri Gebeng itu yang pembangkang mahu. Tidakkah akan menjerit lebih 20,000 pekerja kilang di Gebeng nanti!

Ini semua telah dipolitikkan oleh DAP, PKR dan PAS sebagai isu politik.

5 comments:

Anonymous said...

Begini aje lah, kalau tak mau usaha2 meningkatkan bekalan tenaga di malaysia dilakukan, rakyat malaysia perlu akur dengan krisis tenaga dan wajib membayar harga tinggi untuk minyak, bil elektrik dan barang2 harian..tidak ada apa pun yang free dalam dunia ini..setiap usaha yang dibuat mesti ada risiko, kerajaan cuba sedaya upaya kurangkan risiko..bukan hanya tau cakap macam pemimpin pas dan pkr - sorry to say, ketua pembangkang pon ijazah third class macam mana nak pimpin negara???

The Pahang Economists said...

China’s bid to gain control of the world’s richest rare earth deposit in 2009 was blocked by Australia’s Foreign Investment Review Board on concern it would threaten supply to non-Chinese buyers.

Even without Lynas, China controls more than 95 percent of the world’s supply of rare earths, used in Research in Motion Ltd.’s BlackBerrys, Apple Inc.’s iPods and General Dynamics Corp. tanks. In 2010, China said it would slash exports of the metals, souring ties with major users including the U.S. and Japan and causing prices to surge.

China invested $26.6 billion in Australia in 2008-09, according to the review board’s annual report, the most recent available. That put China second only to the U.S. as the largest source of foreign investment in Australia.

Japanese trading house Sojitz Corp. and Lynas agreed in November to seek as much as $250 million to double the capacity of the Mount Weld mine, Lynas said. Sojitz will request financing from the Japan Oil, Gas and Metals National Corp., a government agency.

Lynas will allocate at least 8,500 tons a year to the Japanese market for 10 years, once the funding is secured. Japan is the world’s biggest consumer of rare earths and the second- biggest buyer of Australia’s commodity exports.

U.S. officials and lawmakers began calling for development of domestic rare-earth supplies after China’s July announcement.

Ringkas cerita Australia dan Amerika Syarikat tidak mahu China monopoli bekalan "rare earth" (batu jarang). Ini politik ekonomi dunia melibatkan China, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat.

Australia mahu lokasi di Gebeng Kuantan sebagai loji pemprosesan batu jarang terbesar di dunia. Tidak salah untuk kerajaan Pahang mengambil peluang pelaburan ini. Loji Gebeng boleh membekalkan 1/3 batu jarang dunia.

Anonymous said...

Pertama nya blog ni mengatakan yg is sebuah blog politik tetapi memaparkan pandangan yg bebas politik. Macam mana? Kita paham paham le ye.

= = =

Keduanya Lynas bukan nak kan thorium tu tapi elemen elemen rare earth atau nadir bumi yg terdiri dari Lanthanide series dalam periodic table (Siri Lanthanide) bg mereka yg biasa dlm subjek kimia. Bagi mereka yg tak biasa, tengok wikipedia atau google saje le.

Thorium ada gunanya tapi itu cerita kemudian.

= = =

Ketiganya Lynas hanya mengambil 350 org sebagai pekerja tetapnya bukan nya 5000 org. Kalau ada lebih pon mungkin pemain import le untuk jadi pekerja harian mengangkut, memunggah, membersih, kerja kerja buruh kasar.

Loji ni bukannya berteknologi tinggi, ia guna proses kimia menggunakan asid yg kuat (ekstraksinya dipanggil leaching (larutan)). Yg lainnya 'material handling' yg biasa nya automatik

= = =

Lepas tu kononnya mat ni dia bercakap dgn pakar. Kita tak sangkal pakar ni sebab kita tak tahu topik apa sebenarnya yg dia bincang tapi mat ni paham tak apa yg diperkatakan dlm perbincangan / wawancara tu. Sebabnya saya kata begini, kalau kamu terus membacanya akan timbul persoalan dimana apa kena mengena Loji Lynas nadir bumi ni dengan loji tenaga nuklear? Itu yg kelakarnya. Jadi mat ni wawancara dgn pakar tu pasal apa? Loji nuklear ke loji nadir bumi?

Kamu percaya tak ni, dia ni penasihat ekonomi dan (of course) politik DUN.

Anonymous said...

Aok tu..budak Ekonomi buat aje cerita ekonomi..

Kalo' dema kata Uranium selamat, suruh aje Omputeh tu letak Isotop Uranium 238 kat Poket Seluar dia..baru tahu melucas k*t*...ha ha ha..

Jadi dema kate Loji Lynas guna Monazite dan "Acid Bleaching"..Aok tau tak Acid Bleaching tu menda..try Google..

Bila dema bleching, semua Heavy Metal terkeluor dari Monazite (Heavy Metal ni nak dibuang kemana??)..yang Lanthanium tu larut di lakukan beberapa proses sampai dapat Thorium...Abis tu Logam Lanthanide yang lain dema buat apa...tu yang Lynas kena explain kat orang ramai..

Setakat ni kalo' sisa heavy metal kita ada akta yang mengawalnya..tapi Kalo' sisa Isotop Lanthanide ni siapa yang kawal selia?...Kita belum bersedia lagi.

Kenapa tak di buka di Australia..sebab undang-undang Alam sekitar Australia ketat... jadi kalo' di buka kat Australia, Lynas Rugi..jadi lebih murah buka kat Kuantan walaupun Kos Transpotation tinggi...fikir-fikirkan lah..

Anonymous said...

Dari kecik lagi aku telah DIDEDAHKAN dengan HEAVY METAL. Tak da apa yang memudaratkan pun.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...