Tuesday, May 3, 2011

Agenda Mengaudit Politik DUN Damak

















Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak. Dua lagi DUN ialah Pulau Tawar dan Tahan.

Pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412, keluar mengundi 14,542 (75%) keputusannya:

Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. BN menang dengan kelebihan 509 undi. 

Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut. Mohd Nor bin Jaafar telah meninggalkan PKR dan kini Pengerusi KITA Jerantut.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Peringatan bahawa pada masa aura Pak Lah diperingkat maksimun pada PRU 2004 di DUN Damak masih kuat kekuatan pembangkang.

Apa lagi pada waktu sekarang bila trend pengundi Cina lebih menyokong DAP. Kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan meletakkan calon DAP iaitu Cikgu Koh Beng Seng.

ADUN Damak YB Dato' Lau Lee sudah masuk penggal ke empat. Beliau sangat berpengalaman dalam politik Jerantut. Dalam posting Agenda Mengaudit politik DUN Damak WZWH lebih berminat melihat apakah projek dan peruntukan dalam RMK 9 dan RMK 10 berjalan dengan lancar. Apakah peruntukan-peruntukan dan kemudahan orang DUN Damak yang masih lagi belum dipenuhi.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya. 

Taman-taman perumahan di Jerantut semakin berkembang kepada 126 . Bandar Jerantut yang kedudukannya sangat strategik di tengah negeri Pahang menjadikannya sentiasa sibuk siang dan malam. Pembinaan jambatan Kuala Krau memberi kemudahan kepada penduduk di Felda Jengka-jengka datang berkunjung ke Jerantut.

Industri perlombongan bijih besi turut menyumbang pelaburan kepada Jerantut. Ada banyak lagi kawasan bijih besi akan dibuka di DUN Damak.

Di bandar Jerantut pula projek swasta "Greater Jerantut"-pembesaran bandar Jerantut oleh pihak swasta mahu melabur sektor hartanah beratus juta. Kerajaan turut melabur dengan pembinaan poliklinik 1Malaysia, kompleks bangunan baru polis, kolej ADTEC pusat teknologi lanjutan dengan pelaburan beratus-ratus juta.

Projek flyover bandar Jerantut telah diluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta tapi belum dilaksanakan lagi. Ini memerlukan follow-up dari wakil rakyat DUN Damak.

Ke mana perginya kekuatan UMNO kampung tradisional Ulu Cheka yang tidak segagah tokoh legendanya Pawang Nong? Jika kampung tradisional Pulau Tawar pun UMNO sudah lemah maka ini bukti pemimpin atasan UMNO perlu melihat kenapa sokongan yang selama ini jitu untuk UMNO tetapi mula terhakis.

Adakah isu-isu pembangunan seperti Projek Jalan Jerantut Benta yang terbengkalai atau pembesaran kampung dan infrastruktur masih tidak memuaskan hati pengundi di kampung tradisional Ulu Cheka. Adakah pemimpin UMNO Bahagian Jerantut kerap melawat kawasan Mukim Ulu Cheka ini termasuk Kampung Batu Balai dan Pekan Damak yang dikedua-dua peti undi ini parlimen BN dan DUN Damak BN kalah.

Hal-hal tanah membabitkan projek silang yang melibatkan pengambilan tanah orang Cina di Sungai Lekok telah diselesaikan oleh MB. Orang Cina tidak perlulah risau.

PRU 12 itu cerita lama. Jelas pengundi Cina Jerantut tidak berpuas hati dan protes. Banyak isu telah cuba diselesaikan oleh UMNO Bahagian Jerantut dan ADUN Damak sendiri YB Dato' Lau Lee. Isu tanah sekolah SKJC Sungai Jan sudah selesai. Blok sekolah yang tidak selamat untuk belajar akan dibuat baru.

Kekalahan BN baik parlimen dan DUN di kawasan peti undi Jerantut Hilir seperti Bukit Dinding, Tebing Tinggi, Gintong dan Temin dan juga kawasan bandar Jerantut termasuk perumahan LKNP memerlukan bukan sahaja jawapan untuk mengatasi dari YB Dato' Lau Lee malah kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut perlu cepat mengesannya.

Apakah pemimpin UMNO Bahagian Jerantut dan BN Jerantut  faham fakta ini maka disebabkan itulah usul untuk memenangi kembali hati rakyat bagi mengujudkan gerak kerja yang terbaik bagi DUN Damak perlu dilakukan. Kehadiran 126 taman perumahan harus dilihat dengan positif untuk kebaikkan BN. Apakah program-program mendekatkan diri ADUN Damak dan ahli parlimen Jerantut dengan penduduk 126 taman perumahan sekitar bandar Jerantut kerap dijalankan. 

UMNO perlu meyakinkan pengundi Melayu menyokong calon BN MCA Damak dalam masa yang sama MCA perlu menyakinkan pengundi Cina yang berjumlah 9000 di DUN Damak menyokong kembali BN baik DUN dan parlimen.

8 comments:

Helang Buana said...

Salam wzwh, bagus pos hari ini. Biar betul, ya ke gintong , bkt dinding kalah?

Anonymous said...

Zaman sekarang orang pilih pemimpin, bukan parti, fikir-fikirkan

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cg Pian,
Keputusan PRU 12 Damak bagi peti undi gintong Parlimen BN menang majoriti 18 dan DUN BN majoriti 11, manakala Bukit Dinding Parlimen BN menang majoriti 97 dan DUN BN majoriti 87. So betul Gintong dan Bukit Dinding tidak kalah namun namun undi yang dapat ke Parlimen PAS 43 dan DUN PKR 43 serta DUN Bebas 5 di Gintong manakala Parlimen PAS 178 dan DUN PKR 172 serta DUN Bebas 19 di Bukit Dinding. Pembangkang masih kuat di Gintong dan Bukit Dinding.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cg Pian,
Keputusan PRU 12 Damak bagi peti undi gintong Parlimen BN menang majoriti 18 dan DUN BN majoriti 11, manakala Bukit Dinding Parlimen BN menang majoriti 97 dan DUN BN majoriti 87. So betul Gintong dan Bukit Dinding tidak kalah namun namun undi yang dapat ke Parlimen PAS 43 dan DUN PKR 43 serta DUN Bebas 5 di Gintong manakala Parlimen PAS 178 dan DUN PKR 172 serta DUN Bebas 19 di Bukit Dinding. Pembangkang masih kuat di Gintong dan Bukit Dinding.

Anonymous said...

spin lagi, kalau gintong dan bukit dinding tak kalah, maknanya tak kalah la tak kira undi pas meningkat atau tidak, nasib baik cikgu pian tegur kalau tidak analisis pungkor awk ni mcm betul.

lagi satu jgn ingat hanya pembangunan boleh bawa kemenangan, pengundi skrg dh cerdik, kalau bawa pembangunan lepas tu letak wakil rakyat gemuk, pendik, hodoh, tak de pendidikan, pungkor belajar tak habis mengaku graduate oversee, bawa lari anak dara org, tipu sana tipu sini, kencing org kampung, berlagak dan bodoh sombong mcm wan amizan pengundi tak suka juga.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:05,
Kita kena "prudent" kata kalah kerana undi pembangkang meningkat. Baru ahli UMNO kerja lagi kuat.

Anon 4:05 ADUN Damak ialah YB Dato' Lau Lee bukan YB Dato' Wan Amizan. WZWH akan sentuh ADUN Tahan dalam posting akan datang Agenda Mengaudit Politik DUN Tahan. Sabar Anon 4:05, simpan dulu komen anon ini untuk posting akan datang.

Malam ini insyallah WZWH akan sentuh Agenda Mengaudit Politik DUN Pulau Tawar.

puteri umno jerantut. said...

dun damak kalau xnak kalah teruk kasi kt abu bakar busu aje jadi calon BN akan menang besar,xcaye cuba la taruk.

Sri Tri Buana said...

Saya berasa sedih sebenarnya jika membaca sebuah blog yang enggan moderate komen. Kononnya pemilik blog itu ingin memberi kebebasan kepada warga Jerantut memberi apa saja pendapat tentang hampir apa saja. Masalahnya, ditangan orang yang mengamalkan budaya rendah dan mengaibkan sesama Islam, kebebasan seperti ini diambil kesempatan untuk memalukan sesama Islam, sesama parti.

Kebebasan bersuara juga perlu ada pertimbangan. Jik blog menjadi tempat memfitnah dan mengaibkan seseorang maka pengendali blog sepatutnya bertanggungjawab. Ada ketika, apa yang dibahaskan tidak ada kena mengena dengan individu yang dibangkit, dengan fitnah dan cerita dalam kelambu yang tidak sepatutnya diluahkan dalam blog.

Saya menapis semua komen yang bersifat peribadi. Jika ada komen yang tidak sependapat dengan saya, jika ia akademik saya akan lepaskan. Saya akan bahas secara akademik. Sebenanrnya reputasi blog-blog Jerantut dan sesetengah blogger Jerantut memalukan. Rakan-rakan blogger saya dari tempat lain sering menyindir kualiti blog Jerantut. Ini kerana blog Jerantut lebih suka mengaibkan orang dari mencari kebaikan.

Janganlah cari populariti dengan cara murahan. Jangan aibkan sesama Islam dan sebangsa. Ini bukan amalan mulia.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...