Thursday, October 7, 2010

Program Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut



Salam. Semua dijemput hadir ke Program Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut dan Jamuan Raya DUN Tahan pada 9 Oktober 2010, Sabtu jam 8 malam di perkarangan tapak pekan sehari Felda Padang Piol.

Majlis ini juga adalah Jamuan Aidilfitri Peringkat Parlimen Jerantut bersama DUN Tahan. Ahli parlimen Jerantut YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak turut hadir.

Bertepatan dengan tema "Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut" adalah dijangka semua golongan muda Jerantut yang berumur 40 tahun ke bawah yang berjumlah 40,000 orang di Jerantut dijemput hadir.

Menepati sasaran generasi muda Jerantut dijangka turut hadir memeriahkan Program Sehari Bersama generasi Muda Parlimen Jerantut:

  • Ketua-ketua pemuda UMNO cawangan dan ahli
  • Himpunan anak-anak peneroka dari 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut
  • Golongan belia Jerantut melalui berbagai pertubuhan seperti 4B, MAYC dsb.
Disamping rakyat di DUN Tahan semua dijemput hadir. Kepada rakyat Jerantut semua juga dijemput hadir.

Kombinasi dan "team" antara YBM Ku Lan dan YB Dato' Wan Amizan adalah perlu untuk kestabilan politik Jerantut. Bila kedua pemimpin ini bersatu sebagai satu pasukan, banyak benda-benda besar boleh dibuat di Jerantut ini.

YBM Ku Lan perlukan sokongan. Kena dengan "team" yang sesuai maka parlimen Jerantut bakal diwarna-warnikan dengan berbagai projek-projek pembangunan ditambah pula dengan bantuan idea dan pandangan generasi muda parlimen Jerantut.

WZWH berpandangan kunci kepada kemenangan parlimen Jerantut dan 3 DUN pada PRU 13 nanti adalah sangat bergantung kepada generasi muda parlimen Jerantut yang membentuk 65% dari 48,000 pengundi parlimen jerantut.

Suara generasi muda adalah penentu kepada PRU 13. Golongan muda baik di kampung-kampung Tradisional, 14 kawasan Felda di Jerantut, 80 taman-taman perumahan sekitar bandar Jerantut perlu didekati dan dimesrai oleh pemimpin-pemimpin UMNO, wakil-wakil rakyat, AJK 4 lapisan kepimpinan UMNO dan JKKK.

WZWH menyifatkan ini adalah program pengerak perintis kepada kebangkitan sokongan dan suara generasi muda parlimen Jerantut. WZWH berharap ramai golongan generasi muda hadir ke Program Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut.

6 comments:

Awangmaseru said...

salam wzwh ...dah lbh 2 penggal Ku Lan jd ahli parlimen tapi jtut masih terkial-kial dgn projek pembangunan , lambat sgt tu , setakat kolej kommoniti yg mampu kita dpt.. sedihkan?. Jln jrtut - benta tu apa jadi ? kami org kg miskin kereta buruk absober lama teruklah terhentak terantuk keatap kereta ,mcm kerajaan dah tak mampu nak siapkan projek ni.
Lemahnya keprihatinan pemimpin jerantut ni!...

Anonymous said...

Saya generasi muda ingin jalur lebar berkelajuan tinggi masuk ke bandar Jerantut.Orang tak pakai Streamyx dah sekarang ni.Tiada kualiti,mahal dan lembap sebab dimonopoli pihak berkepentingan.Kami mahu HSBB yang Encik Najib sibuk war-warkan dulu walaupun ianya juga dimonopoli oleh mereka yang sama.Tiada pilihan.HSBB dapat menyumbang kepada KDNK negara katanya.Bila agaknya boleh sampai ke tempat terpencil seperti Jerantut ni?Kalau tak boleh pun,tolonglah usahakan supaya P1 Wimax boleh sampai ke sini dalam masa terdekat ni di JERANTUT.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam sahabat Awangmaseru,
Isu Projek Jalan Jerantut-Benta dalam perhatian WZWH. WZWH akan bawa isu ini kepada pengetahuan DS Najib. Kita masukkan peruntukan ini dalam mid-term review RMK10.
Salam Anon 1:09,
HSBB dan P1 Wimax akan diusahakan sampai ke Jerantut. Ini akan WZWH sampaikan kepada Menteri DS Rais Yatim.
WZWH mahu suara-suara generasi muda parlimen Jerantut lantang berkemundang menyatakan apa yang kita orang muda Jerantut mahu. TK.

Anonymous said...

WZWH..
kalau anda org yg berpengaruh harap dpt selesaikan masalah jalan di depan BSN (jalan utama, lupa jalan apa nama dia. sila berbincang dgn pihak JKR utk buang benda yg tajam2 berterabur atas jalan tu, benda tu sebenarnya boleh merosakkan kenderaan terutamanya tayar dan suspension. pihak JKR boleh buat alternatif lain seperti meletakkan lampu isyarat. komen ni dah banayk saya dengar bukan hanya dari penduduk Jerantut tetapi pelancong tempatan dari luar yg mengunjungi Jerantut. benda ni dah lama saya nak komen dlm suratkhabar tapi kalau WZWH boleh bawa perkara ni ke pihak atasan. terima kasih.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:43,
Tiada masalah, WZWH akan menghubungi dengan segera sedara WZWH Puan Wan Norizan, Setiausaha Majlis Daerah Jerantut. Masalah yang Anon bangkitkan ini akan ditangani dengan segera.

Anonymous said...

banyak2 terima kasih dan berbesar hati di atas jawapan dan tindakan yang diambil oleh WZWH selepas saya mengenengahkan perkara di atas (Anon 5:43), boleh kata majoriti yang melalui jalan tersebut kereta2 sederhana, habis dashboard dan pintu bergegar...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024