PRU 11 UMNO dan BN score rekod terbaik pencapaian sejarah BN selama 50 tahun. Lonjakan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN kerana apa?
Rakyat mengharapkan expectasi terbaik dari kerajaan. Tetapi Tun Abdullah dan KJ gagal mencorakkan Malaysia seperti yang diharapkan rakyat.
Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah putus asa. PRU 12 apa yang buat Pakatan Rakyat score pula rekod terbaik pencapaian sejarah Pakatan Rakyat. Lonjakan sokongan rakyat kepada PKR, DAP dan PAS kerana apa?
Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan beliau berperanan sebagai leader menyatupadukan PKR, DAP dan PAS menghentam UMNO dan BN habis-habisan.
Strategi berganda Pakatan Rakyat digunakan pada PRU 13 nanti.
Anwar hanya mahu undi Cina saja menyokong beliau. Anwar tidak kisah sangat undi Melayu. Undi India sudah lama Anwar berjaya 'hindraf'kan. Tidak banyak estet-estet tempat orang India tinggal lagi sekarang untuk MIC menjuarai.
Ketika BN kuat selalu menang 2/3 pada banyak PRU undi orang Cina hanya 30% menyokong BN. Pada PRU 12 bila mana 5 negeri tumbang hanya 20 peratus menyokong BN.
Anwar hanya mahu 10-15% orang Cina menyokong BN pada PRU 13 maka Pakatan Rakyat akan menuju Putrajaya.
Anwar mudah bercakap kepada orang Cina," Orang Cina punyai kuasa ekonomi, orang Cina perlu kuasa politik, orang Cina boleh jadi Perdana Menteri, selama ini pun UMNO bergantung harap kepada duit tauke Cina tolong PRU, orang Cina boleh punya kuasa ekonomi dan kuasa politik tapi sokong Pakatan Rakyat kasi saya jadi PM dulu....!"
Mana-mana orang Cina bila diyakini hujah ini terbang menyokong Pakatan Rakyat. Orang MCA dan orang Gerakan pun lari bertempiaran menyokong Pakatan Rakyat.
Anwar kata UMNO parti rasis, UMNO parti kasta, UMNO parti projek, UMNO tidak jaga kepentingan orang Melayu.
DAP kata UMNO parti anti orang Cina. UMNO tidak mahu tolong orang Cina. UMNO sengaja mengaji ramai orang Melayu dalam kerajaan.
Masalahnya UMNO tidak tahu menjawap isu. UMNO tidak tahu di dalam peperangan ini apa bentuk musuh yang dihadapi?
Strategis UMNO tidak ada idea-idea mahu mematahkan psywar Pakatan Rakyat.
Pemimpin UMNO tidak perasan bahawa UMNO ada ahli lebih 3.3 juta. Prestasi UMNO tidaklah seteruk yang dijangka pada PRU 12 dulu. Prestasi komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan ya betul buruk prestasi.
Penasihat-penasihat yang mengelilingi DS Najib selalu memberi nasihat yang salah.
1Malaysia menimbulkan polemik. Ramai orang Melayu lari...
Polisi ekonomi entah apa-apa ETP, GTP, NKRA orang Melayu tidak faham apa relevannya model ekonomi baru ini. Ramai orang Melayu lari...
Kalau polisi ekonomi berdasarkan RMK setiap 5 tahun sekali atau sambungan 'Corridor Pak Lah' tak payah lah.
Lebih banyak penasihat memberi nasihat yang salah kepada DS Najib setiap kali DS Najib buka mulut...lebih banyak orang Melayu lari..
Bercakap banyak politik pembangunan pun tak guna juga. Kelantan selama 20 tahun Nik Aziz tidak bercakap politik pembangunan tapi PAS menang juga...
Penasihat DS Najib menasihat Najib supaya suruh Taib Mahmud KM Sarawak undur semasa PRN Sarawak. Tapi nasib baik Taib Mahmud orang politik berpengalaman tahu penasihat DS Najib bodoh lalu dengan pengalaman politiknya parti Taib Mahmud menang 100%. Soal orang Cina tidak menyokong lantas DAP menang di bandar-bandar Taib Mahmud peduli apa.
Felda adalah kubu terakhir orang Melayu merupakan the last bastion of Malays maka isu FGV listing dihentam habis-habisan. Kenapa penasihat DS Najib mahu juga memberi idea FGV listing sebelum PRU 13 adalah satu tindakan yang kurang bijak bila tiada siapa mahu bertanggungjawab roadshow menerangkan kepada peneroka Felda malah Pakatan Rakyat turun padang mensmash bola tanggung!
DS Najib memperkenalkan konsep 'winnable candidate'. Calon UMNO dan BN yang boleh menang bukan sahaja dalam UMNO dan BN tapi calon ini mendapat sokongan dari luar. Tidak semestinya dari orang kuat parti.
Pada PRU 13 rakyat hanya tahu mahu pangkah BN atau Pakatan Rakyat. Kecenderungan lebih mahu melihat BN tumbang itu memang naluri rakyat Malaysia yang sudah terlalu cerdik..!
WZWH mahu tambah 'winnable candidate' ialah mana-mana kerusi baik yang parlimen mahu pun DUN yang UMNO punya dulu atau UMNO boleh menang kerana majoriti orang Melayu itu perlu UMNO ambil balik kali ini.
Orang UMNO yang terlibat dengan salahguna kuasa, rasuah, angkuh, kaya kerana parti tidak ramai tidak sampai pun 0.05% ada lagi 99.95% dari 3.3 juta orang UMNO yang sayangkan parti, yang mahu parti UMNO menang, yang tidak sanggup melihat parti UMNO terkubur.
DS Najib perlu jangan malu-malu buang orang UMNO yang menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Buat apa simpan lagi.
DS Najib perlu ingat beliau adalah PM Malaysia, Ketua Kerajaan Malaysia. DS Najib perlu ingat UMNO dan BN masih lagi ketika ini memerintah Malaysia.
Gunakan segala kuasa dan kelebihan at disposal untuk memenangkan parti UMNO dan kerajaan BN. Tidak peduli jika Anwar dan DAP suka lihat patern pengundi ada pola etnik let it be..
Hari ini DAP mahu guna orang veteran UMNO bagi menarik sokongan orang Melayu kepada DAP. DAP sudah siap siaga mempertaruhkan calon-calon profesional muda Melayu dan orang veteran UMNO bertanding bagi DAP dalam PRU 13 nanti kerana DAP pun mahu menjadi MB dan PM.
Terimakasih TS Muhyiddin Yassin TPM yang menyerang DAP semasa ucapan perasmian serentak sayap-sayap parti.
Strategi Berganda Pakatan Rakyat nampak menjadi apa DS Najib harus buat?
Bila ketika Tun Mahathir tidak mahu bercakap banyak, Tengku Razaleigh menjauhkan diri (atau dijauhi), Tun Musa Hitam tidak mahu mengulas panjang, Tun Abdullah bersulok, Tun Daim menghilang, Sanusi Junid hanya mampu berblog, apa pilihan yang DS Najib ada?
WZWH bukan PM. DS Najib adalah PM, Presiden UMNO dan BN, Orang Besar Berempat Pahang-Orang Kaya Indera Syahbandar, anak almarhum Tun Razak, keturunan Kesultanan Gowa yang ke 19, jadilah anak bangsawan yang sebenar...
Beritahu orang Melayu...UMNO fight for Malays.
Beritahu orang Cina...long term stability and peace is good for the interests of Chineses.
Beritahu orang India...UMNO also take care the future of Indians.
Beritahu orang UMNO...3.3 millions UMNO members cannot be simply wipe out just like that.
Beritahu orang BN...BN is not so weak as Anwar whispers...