Sunday, August 26, 2012

Ijazah Dr Phd Calon PAS Parlimen Jerantut Dipersoal!


Ini berita panas. 55,000 pengundi Jerantut mempersoalkan betul ke ijazah Dr Phd seorang calon PAS parlimen Jerantut yang telah bertanding pada PRU 11, PRU 12 dan kemungkinan besar PRU 13 itu asli bukan dibeli?

Ekoran posting WZWH sila klik sini yang mengangkat kemungkinan calon PAS parlimen Jerantut itu boleh menang PRU 13. Terdapat beberapa komen dalam FB WZWH seperti berikut:


  • Like · · @WanZamzuri on Twitter





    Mohd Mokhtar Ghazali

    Mahu jadi pemimpin, tetapi menipu kelulusan Dr, dimana dia belajar semuanya penipu, jadi org pas, tetapi menipu juga. kalau tak percaya tanya Dato Firdaus bekas imam masjid Negara  n ust Hj. saadon. Rahsianya akan terbongkar


    Thursday at 10:12am · Like





    Thursday

    Mohd Mokhtar Ghazali

    w.salam Wan, betul bukan fitnah, Dr tersebut tipu, yg menguruskan ialah Mejar (B) Mokhtar kalau kurang yakin hubungi Dato Firdaus Bekas imam Masjid Negara 012-2840084  n saya secara peribadi memang kenal, sebab Kakaknya Mariam Bte Jaafar kawin dengan bapak saudara Salleh Bin Ismail



    WZWH berpendapat kalau dakwaan saudara Mohd Mokhtar Ghazali ini betul sahih maka calon PAS parlimen Jerantut itu perlu ke depan menerangkan kepada pengundi Jerantut bahawa ijazah Dr Phd itu bukan dibeli.


    Ini ialah isu menyentuh kredibiliti seorang calon bakal parlimen Jerantut PRU 13. Orang Jerantut tidak mahu mempunyai ahli parlimen yang menipu kelulusan akademik.



    Di Amerika dan Eropah kalau ada calon sedemikian bertanding apa-apa jawatan dalam pertubuhan politik atau NGO jika didapati betul maka awal-awal lagi calon itu akan ditolak dan disingkirkan.

    WZWH juga mahu mencadangkan kepada calon parlimen PAS tersebut supaya membuat roadshow kepada semua pengundi Jerantut bagi menafikan isu beli ijazah Dr Phd ini.

    Jika tidak orang Jerantut akan menolak pemimpin yang tidak jujur dan tiada kredibiliti sedemikian dari menjadi ahli parlimen Jerantut bagi PRU 13.

30 comments:

Anonymous said...

Sdr Wan tolong jangan memanjangkan fitnah ini...berdosa. Saya nasihatkan hal ini atas kapasiti kita sesama muslim. Orang cerdik macam kita tidak perlu menjatuhkan seseorang melalui serangan peribadi...kekuatan kita terletak kepada ideologisme yg kita bawa yg boleh diterima umum. Saya tujukan hal ini juga kepada semua orang...tak kira kita orang UMNO atau PAS atau sesiapa saja. Fullstop.

Anonymous said...

Ini aku tak suka politik, dapat dose kering.

Apa lagi,
Kalau ahli Atau pengikut politik percaya Atau menyebar perkara yang salah. Yang berrcakap menyalahi al Quran Dan Hadis.yang bersumpah palsu.Yang menipu Dan bermuslihat untuk
Mendapat Harta. Yang membuat fitnah.
Yang menegak benang yang basah.
Yang berdiam diri untuk kepentingan diri,.

Semua mengumpul dosa kering yang boleh
Membawa ke fasik Dan murtad.

Anonymous said...

biar betul. sapa nak percaya orang pas menipu ni. pimpinan pulak tu. klau wn mizan tu semua orang tau dia pungkar

Anonymous said...

Kah3.bginilah keadaan umno nak mati.fitnah sana fitnah sini.fitnah org main dgn pompuan rupa2nya pemimpin umnolah yg kuat main.fitnah pemimpin pas rembat balak tgk2 pemimpin umno lah yg paling kuat merembat balak dn bijih besi.fitnah org beli sijil tgk2 pemimpin umno lah yg paling byk beli sijil dan gelaran dato'.bab beli sijil ni cuba cek 2 wakil rakyat BN di parllimen jerantut yg tak mengaji pun di universiti tp ada ijazah.kah3.kalau nak dedah kita pakat dedah antara dr hamzah dgn 2 wakil rakyat umno tu.masing2 bwk sijil.kah3.

Anonymous said...

Kah3.bginilah keadaan umno nak mati.fitnah sana fitnah sini.fitnah org main dgn pompuan rupa2nya pemimpin umnolah yg kuat main.fitnah pemimpin pas rembat balak tgk2 pemimpin umno lah yg paling kuat merembat balak dn bijih besi.fitnah org beli sijil tgk2 pemimpin umno lah yg paling byk beli sijil dan gelaran dato'.bab beli sijil ni cuba cek 2 wakil rakyat BN di parllimen jerantut yg tak mengaji pun di universiti tp ada ijazah.kah3.kalau nak dedah kita pakat dedah antara dr hamzah dgn 2 wakil rakyat umno tu.masing2 bwk sijil.kah3.

Anonymous said...

Kah3.bginilah keadaan umno nak mati.fitnah sana fitnah sini.fitnah org main dgn pompuan rupa2nya pemimpin umnolah yg kuat main.fitnah pemimpin pas rembat balak tgk2 pemimpin umno lah yg paling kuat merembat balak dn bijih besi.fitnah org beli sijil tgk2 pemimpin umno lah yg paling byk beli sijil dan gelaran dato'.bab beli sijil ni cuba cek 2 wakil rakyat BN di parllimen jerantut yg tak mengaji pun di universiti tp ada ijazah.kah3.kalau nak dedah kita pakat dedah antara dr hamzah dgn 2 wakil rakyat umno tu.masing2 bwk sijil.kah3.

Anonymous said...

Kesian Dr.Hamzah. Hidup Dr. Hang percaya ke WZWH apasal siap post dengan Lau Lee lagi.

Anonymous said...

Anon-anon semua kena faham WZWH membangkitkan isu ini bila ada pihak mendakwa Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut beli ijazah Phd. Dr Hamzah kena buat kenyataan dan buktikan bahawa apa yang blog WZWH musykilkan itu tidak benar. Selagi Dr Hamzah membisu kesannya 10,000 pengundi atas pagar parlimen Jerantut akan percaya dakwaan dan persoalan diposting blog WZWH.

Anonymous said...

Yeahh...saya setuju Dr Hamzah perlu buktikan ketulenan ijazah Dr Phd, dimana dia belajar. Menipu ijazah kedoktoran itu berat kerana melibatkan kredibiliti dan integriti Dr Hamzah.

Anonymous said...

saya bersetuju kita sepatutnya tiadak sepatutnya membuat fitnah sesama bangsa ini tetapi apabila sesuatu perkara itu telah dibangkitkan, samada pihak yang dibangkitkan itu tanpil memberi penjelasan atau serahkan sahaja perkara ini kepada pihak berwajib untuk melakukan penyiasatan, perkara ini bukan sahaja ditujukan kepada Dr Hamzah malah kepada sesiapa sahaja sebagai pemimpin yang dicurigai kesahihan kelulusannya, cara sebigini lebih baik kerana ianya tidak lagi menjadi kemuskilan dan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.

Anonymous said...

Mohd Mokhtar Ghazali antara lain berkata....." jadi org Pas, tapi menipu juga.. "

Saya selalu mendengar komen pada org Pas yang berbunyi saperti diatas dengan maksud lebih kurang.. kalau jadi orang Pas, tak boleh menipu, tak boleh pakai seluar pendek, tak boleh ponteng sembahyang Jumaat dll lagi. Orang Pas antara lain maksudnya mesti suci dari sebarang dosa.

Andaian ini mungkin disebabkan persepsi bahawa orang Pas kalau berpegang teguh pada ugama tak boleh menipu dan berbuat apa-apa dosa kalau mereka benar-benar mengaku seorang muslim yang sejati.

Saya kira pendapat saperti diatas adalah serong fahamannya, kerana siapa juga yang mengaku islam ( taksub ke, tak taksub ke ) orang Pas ke, orang UMNO ke,tidak dibezakan dosa pahalanya. Kalau orang Pas menipu, sebagai orang islam, dia tetap menipu. Kalau org UMNO islam menipu, dia juga dikira menipu. Tahap dosa org Pas menipu tidak menjadi lebih tinggi dari tahap dosa org UMNO islam menipu.

Saya masih ingat peristiwa dlm tahun awal 70an dlm perlawanan akhir bolasepak di daerah saya. Pasukan sekolah Arab ( sekolah ugama )menentang pasukan sekolah Inggeris. Ketika bergelut didepan pintu gol pasukan sekolah Arab, bola terkena tangan ketua pasukan sekolah Arab. Sebagai penyokong pasukan sekolah Inggeris yg duduk betul2 dibelakang pintu gol sekolah Arab, kami bertempik sepontan " penalty ". Pemain2 pasukan sekolah Inggeris mengerumuni referee mendesak diberikan sepakan penalti, tetapi ketua pasukan sekolah Arab beria2 menyatakan bola tidak kena tangannya. Penalty dinafikan dan keputusan berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada pasukan sekolah Arab. Perlu dinyatakan banyak juga " fault " yg dilakukan oleh pasukan sekolah Inggeris dlm perlawanan ini tetapi referee tak perasan, maka tak jadi isu besar bagi kami penyokong pasukan sekolah Inggeris.

Penyokong2 pasukan sekolah Inggeris menyumpah seranah pasukan sekolah Arab dengan kata2 saperti " nama je sekolah Arab, belajar ugama konon, tapi penipu "

Saya harap Mohd Mokhtar Ghazali tidak jadi saperti saya pada tahun 70an dulu.

Kutukandewata said...

ITLAH SEBABNYA KITA JANGAN MULAKAN MEMFITNAH ORANG.AKHIRNYA ORANG FITNAH KITA.

DUL DALAM PILIHAN KERDAU ORANG TUDUH SYED IBRA TIPU IJAZAH.TUDUH SYED TAK ADA SIJIL TELEKI.
SYED IBRA SIAP TUNJUK SIJILNYA DALAM AKHBAR UNTUK MEMBERSIHKAN YA YANG TELAH DICALAR PENGEMPEN PAS.

DR HAMZAH WAJIB MEMBERSIHKAN DIRINYA SEPERTI YANG TELAH DI LAKUKAN OLEH SYED IBRA.

KALAU MENDIAMKAN DIRI MAKA BERTAMBAHLAH DOSA ORANG MENGATA.

LAGI SATU YANG AKU KELIRU KALAU KENA KAT ORANG PAS MESTI FITNAH TAPI KALAU KENA KE ORANG UMNO MESTI BETUL.

DUNIA,DUNIA....DUNIA KOCARHE!!!

Anonymous said...

Semua bercakap tidak pernah berada Di Tengah-Tengah.

Kalau Umno, Cakapnya memang umno Dan Cuba mengena pas.

Cuba Kita berada ditengah2, ayat Kita mesti betul Dan berpedoman
Dan membantu menaikkan islam, melayu dan negara.

kotasinga said...

saya suka denger dan lihat orang melayu malaysia berugama islam bermusuh sama sendiri sampai jahaman. seronok sekali kerana saya orang melayu islam singapore dapat beli rumah banyak sekali dan sewa kepada orang malaysia yang aksik nak bergadoh saja bukan nak berkerja untok keras.untok pengetahuan orang melayu islam malaysia ,saya ada lima buah rumah dan sewakan kepada orang PAS .KAn bodoh punya orang PAS

Anonymous said...

Bahagian 1 (Respon dari Dr. Hamzah Jaaffar)

Sdr WZWH yg dirahmati Allah.

Posting sdr telah saya teliti dan izinkan saya member respon. Sdr tlh mencadangkan spy saya menjelajah atau membuat roadshow ke seluruh Parlimen Jerantut bg menjelaskan isu Phd palsu. Saya ingin tegaskan bahawa saya akan turun membuat jelajah ke Parlimen Jerantut seperti yang telah saya lakukan sebelum ini tetapi hanya untuk menjelaskan dasar dan tawaran PAS / Pakatan Rakyat jika berjaya memerintah Malaysia dan Negeri Pahang.
Saya tidak akan menjelaskan isu Phd ini di dalam jelajah saya nanti kerana kami dari PAS/PR tidak cukup masa untuk melayan isu sekecil itu jika dibandingkan dengan isu ranapnya tanah melayu dan pupusnya kawasan balak serta penyelewengan projek yang berlaku di Parlimen Jerantut oleh pemimpin-pemimpin melayu.

Namun begitu sekiranya WZWH dan pengundi di Parlimen Jerantut ingin mengetahui kedudukan sebenar mengenai isu tersebut maka saya bersedia memperuntukkan masa berbuat demikian dengan mengikuti prosedur seperti berikut :

1. Oleh kerana WZWH dilihat ghairah dengan isu ini maka saya bersedia bersemuka dengan pengundi di dalam satu majlis terbuka yang boleh diadakan di dewan MDJ atau mana-mana tempat yang boleh memuatkan pendengar yang ramai.
2. Majlis tersebut saya cadangkan diuruskan oleh WZWH sendiri.
3. Majlis tersebut hendaklah wajib dihadiri sama oleh ADUN TAHAN, ADUN PULAU TAWAR, ADUN DAMAK dan AHLI PARLIMEN JERANTUT di mana mereka juga hendaklah mengemukakan ijazah mereka dan hendaklah bersedia disoaljawab oleh pengundi tentang kesahihan ijazah mereka dan latar belakang pendidikan dan pengajian mereka sebagaimana bersedianya saya kearah itu.

Kalau WZWH merasakan saya perlu mengesahkan segala ijazah saya hanya kerana saya diwar-war sebagai bakal calon Parlimen Jerantut bagi mewakili PAS maka ianya menjadi lebih utama dan teramat wajar untuk dilakukan oleh mereka yang telah bergelar ‘WAKIL RAKYAT’.


Anonymous said...

Bahagian 2 (Respon Dari Dr. Hamzah Jaaffar)

4. Majlis tersebut juga hendaklah dijadikan sebagai majlis wacana atau perbahasan mengenai pembangunan ekonomi dan infrastuktur dalam Parlimen Jerantut di mana pihak UMNO/BN hendaklah menyatakan pencapaiannya dalam tempoh 55 tahun mentadbir negara dan negeri manakala di pihak saya pula akan mengenengahkan tawaran untuk 5 tahun jika diberi peluang memerintah dengan merujuk kepada pencapaian pembangunan ekonomi dan infrastruktur di negeri-negeri yang telah diperintah oleh PAS/PR.
5. Majlis tersebut hendaklah dipengerusikan oleh mereka yang dilihat tidak berpihak kepada mana-mana pihak seperti akhbar Sinar Harian.

Walau bagaimanapun suka saya nyatakan di sini sebagai mukadimah bahawa ijazah pertama saya ialah specialist dalam bidang dakwah, seterusnya saya membuat kajian mengenai khutbah Jumaat di peringkat sarjana manakala di peringkat Phd pula saya membuat research mengenai ruh pemakanan As Sunnah. Hasil kajian saya inilah akhirnya saya telah berjaya menjalankan perniagaan dan memproses makanan yang berasaskan As Sunnah sehingga ianya telah menyediakan tapak yang baik untuk saya mencari rezeki.
Selebihnya saya akan jelaskan dalam majlis terbuka dan saya akan bawa sijil-sijil untuk dilihat oleh WZWH.

Anonymous said...

Bahagian 3 (Respon Dari Dr. Hamzah Jaaffar)

Dalam respon ringkas ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat peringatan dan nasihat dalam bentuk nota :
1. Orang yang dikatakan mengurus sijil saya itu adalah seorang pengurus yang telah melakukan penipuan wang saya sejumlah RM30,500 atas nama meminjam dan sehingga kini beliau tidak membayarnya. Perkara ini berlaku pada 10 Mac 2001 dan sebelumnya. Penipuan beliau yang kononnya ingin meminjam wang dan akan dibayar dalam tempoh 45 hari berlarutan hingga kini (telah berlalu lebih 10 tahun lamanya). Saya difahamkan hidup beliau ialah mencari mangsa dan dato’ yang hafal al quran harus berhati-hati dengan beliau.
2. Saya sangsi apakah seorang dato’ yang dikatakan hafaz al quran begitu mudah percaya dengan berita yang disampaikan oleh orang yang fasik sedangkan dalam al quran Surah Al Hujurat Ayat 6 meminta kepada kita supaya menyelidiki terlebih dahulu segala berita. Adalah lebih baik dan lebih manis beliau datang bertemu dengan saya lalu bertanya dan melihat sendiri segala ijazah dan sijil yang ada pada saya? Kalau inilah watak beliau maka wajarlah jika ada yang ragu dengan title ‘HAFIZ’ beliau itu, ditambah pula dengan gelagatnya yang menendang peti-peti undi apabila kalah dalam pilihanraya.
3. Saya juga ingin nasihatkan pada WZWH agar memperlihatkan ciri-ciri seorang wartawan yang baik dan sdr ada potensi untuk menjadi seorang yang baik lebih-lebih lagi jika benar sdr memiliki ijazah sarjana. Tetapi jika sdr tidak menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang yang berilmu, pasti sdr akan dipandang bagaikan seorang yang tidak berijazah atau tidak berpendidikan. Kalau benar sdr seorang yang mencari kebenaran, UMNO bukanlah tempat yang sesuai untuk sdr. Percayalah jiwa sdr akan lebih tenang dan damai bilamana sdr berjauhan dengan pemimpin UMNO yang hidup penuh dengan fitnah dan rasuah.Bukankah Dr. Mahadhir pernah berkata kerosakan UMNO kini dari kepala sampai ke usus??!! Dan baru seminggu yang lalu beliau telah mengakui parti UMNO/BN sebagai syaitan dengan katanya "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal". Tunggu apa lagi wahai ahli dan penyokong UMNO. Keluarlah menuju kepada parti malaikat walaupun anda tak mengenalinya lagi.Bahkan Tun Dr Mahadhir berkata " Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," .....
4. Kepada ahli dan penyokong UMNO, cukuplah rakyat membenci pemimpin anda kerana melakukan kerja-kerja fitnah, bergelombang dengan rasuah, menyeleweng wang rakyat. Janganlah anda yang hanya sekadar penyokong dan ahli pun beraksi sama seperti pemimpin anda.

Anda juga harus insaf apa yang berlaku di Jerantut terutama sekali isu pemilikan tanah dan penebangan kawasan balak. Angkara siapakah balak-balak semakin pupus di DUN Tahan dan DUN Damak? Angkara siapakah tanah-tanah dari Bandar Jerantut ke Jerantut Feri yang telah tergadai itu? Angkara siapakah projek lapangan terbang di Temin gagal dan berpindah milik? Kemanakah perginya wang puluhan juta ringgit untuk membina jalan dari Jerantut ke Benta sejak sekian lama dan berkali-kali peruntukan dikeluarkan sedangkan rakyat menderita dek jalan yang berbelit-belit dan kusut masai?
5. Suka saya nyatakan juga setakat ini saya bukanlah bakal calon PAS bg Parlimen Jerantut. Saya mungkin tidak bertanding mana-mana kerusi. Ini sesuai dengan ucapan saya 2 3 tahun yang lalu bahawa saya lebih suka bekerja membantu PAS untuk menang dari bertanding. Yang akan bertanding di Parlimen Jerantut ialah seorang tokoh korporat yang mempunyai perniagaan di dalam dan di luar Negara. Beliau juga akan bertanding di salah satu kerusi DUN sebagai persediaan untuk menjadi MB Pahang jika rakan PR memilih calon PAS sebagai MB nanti. Siapakah dia itu??? Tunggu!!

Semuga WZWH menyahut cabaran saya untuk mengadakan majlis terbuka!!!
Sekian terima kasih dan mohon maaf.

Anonymous said...

Wzwh,

ayuh, sahut cabaran tu segera...
kami tidak mahu UMNO Jerantut dihina sedemikian rupa.Buktikan kepada semua pengundi Jerantut yang UMNO jerantut bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja..

Anonymous said...

Apalagi?
Haaa.....jgn berani tunjuk batang aje.....tunjuk laa skali dgn buahnya..... PELIR....

Anonymous said...

kepada pemimpin mengakui mereka punyai diploma / ijazah sarjana muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Dr Falsafah, sebagai langkah pertama sebelum bertemu dan berdebat adalah lebih baik mereka scan dulu sijil2/ijazah dan pamerkan dalam blog ni untuk bagi pengundi tengok.., wan zuri, wan dumpok dll kena pamerkan sijil masing-masih..

Anonymous said...



Orang lain tunjuk kehebatan membela kaum dan bangsa sendiri. Malang bagi orang Melayu yang berpolitik nak tunjuk kehebatan pasal kebodohan berbalah sesama ahli sendiri dan mengaku pula mereka terdiri dari gulungan bodoh, terutamanya ohmNo dan hangpas juga pukiar...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut.

WZWH ucap banyak terima kasih kerana Dr Hamzah respon isu posting WZWH.

Itu yang WZWH mahu penjelasan dari Dr Hamzah.

WZWH akan jawab berkaitan isu ini dalam posting blog WZWH malam ini.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

He he
Kens telan buah sendiri

Anonymous said...

Tidak payah lah sampai Dr. Hamzah hendak berdakwah khutbah politik Pas pula . Sebagai tokoh politik Jerantut yang berilmu!! sambil menyelam minum air itu kemungkinan harus ?

Isu yang dipertikai itu kecil , sepatah kata beliau . Senang saja.... paparkan saja sijil2 yang bertauliah beliau . Yang penting isu kebolehpercayaan tersebut telah dikembarkan kemuskilan pada pembaca .

Sebaliknya , jikalau beliau tidak sudi sijil2 itu dipaparkan , itu pun tidak mengapa . Phd yang Dr Hamzah perolehi itu lebih tinggi daripada Phd-Phd yang diterima dari Universiti2 yang ternama di dunia ini . Phd yang Dr. Hamzah terima itu dianugerah oleh Allah SWT kerana ijazah pertama meliputi bidang dakwah ( Islam , BA ) , disambut pula dengan kajian bersimpulkan khutbah Jumaat ( Islam , Master Degree) dan seterusnya kajian mengenai roh pemakanan As Sunnah ( Islam , PHD ) , Alhamdulillah , dari sudut ilmu yang beliau perolehi melambang kesuciaan hajat minda yang memenuhuhi beliau sebagai saorang Khalifah .

Pada saya , kita patut berterima kasih kepada WZWH kerana posting itu jelas membawa keredaan dan memulih daripada unsul fitnah-menfitnah dikalangan yang leka dengan garisan kedosaan .

Pada saya forum yang dicadangankan akan mengaruh lagi suasana sillaturahim di antara kaum Islam dan bangsa Melayu . Isu yang dipetikaikan disini ialah isu kebolehpercayaan Dr. Hamzah yang berpangkatkan Phd , benar atau tidak mengikut kesahihan prosedur yang diamalkan oleh universiti .

Anonymous said...

sebagai manusia ni kita jangan terlalu takabbur dan sombong, dan terlalu membangga-banggakan kawan seolah-olah mendabik dada konon orang kumpulan akulah yang terbaik dsb, kan itu satu sikap dan perbuatan yang tidak baik dan melagakan sesuatu kumpulan serta menggalakkan perbalahan sesama bangsa dan agama, cukup dengan penjelasan yang dibuat oleh orang yang dituduh

Anonymous said...

Orang PAS 'medakwa' ADUN UMNO memiliki ijazah palsu, orang UMNO 'mendakwa' pula orang PAS memiliki Phd palsu.... Ini isu remeh temeh.Tak sudah2! Pandir! Samada ijazah itu 'sah' atau 'palsu', ia tidak menjadi hal dan tidak menjejaskan atau meningkatkan martabah kehidupan orang2 Jerantut. Faham tak...

Yg menjadi isu ialah bagimana utk mebangunkan orang Jerantut dari segi material atau pun dari sudut rohani..Selepas 55 tn UMNO berkuasa di Jerantut/M'sia adakah orang2 Jerantut merasa sudah cukup baik dan berpuas hati dgn apa yg ada...Kg Tradisi seperti P.Tawar, Pedah, Periba, Kg Baru , Damak, K.Tembeling, Som, Kelola, Gintong, Batu Leja, Jom Belabuh bertambah maju atau bertambah mundur...?? Adakah dgn sekadar ada sebuah dewan serba guna (yg hanya digunakan 4 x setahun) dan masjid baru (yg sentiasa lengang) sudah dikira maju...

Bandar Jerantut macamana...berapa % hartanah dimiliki oleh orang Islam/melayu...semakin bertambah atau berkurang (jgn tengok bil tetapi tengok dari sudut %).

Papan tanda selamat datang ke JERANTUT BANDAR TAMAN NEGARA yg dipasang dipersimpangan jln Jerantut-Temerloh adakah mempunyai nilai komersial atau sekadar hiasan bagi menghabiskan bajet MDJ...

Berapa buah sekolah Menengah Agama yg ditambah selaras dgn pertambahan penduduk serta bagi memenuhi keperluan penduduk Jerantut dalam memahamai Tasawur Islamiyah?? atau sekadar bermegah dgn SMA P.Tawar...

Berapa banyak projek2 IKS atau industri berat atau kampus universiti/college cawangan yg telah dibina di Jerantut sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi atau hanya sekadar bergantung nasib kpd sektor sawit/getah yg mana harga komoditi ini sentiasa tidak menentu...


Adakah projek menaik taraf jalan Jerantut-Temerloh yg sentiasa sesak kpd lebuh raya 4 lorng dan meluruskan/membesarkan jalan Jerantut Benta tidak dianggap penting sebagai pengalak kpd pelabur luar untuk melabur di J'tut.
Berapa KM dasar sungai Tembeling telah didalamkan bagi memenuhi keperluan sektor pelancongan yg cukup berpotensi tinggi...atau sekadar cukup dgn infrastruktur yg ada...

Inilah yg perlu bincang..bukan asyik bercerita apakah jenama 'seluar dalam' yg En Wan dan Dr Hamza pakai...

Sekian, full stop kali ke2.
Drp: Mat Periba

Anonymous said...

tidak ada maknanya kalau PAS hanya menang parlimen atau DUN di jerantut ni, kesusahannya lagi teruk....

Anonymous said...

PAS ni kalau betul nak bawak Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan dah lama dia buat di negeri-negeri yang dia menang tapinya tak menjadi kebendapun dah berapa penggal dah memimpin kelantan semua yang dijanjikan tak menjadi dan buat, dia mampu buat yang kecik-kecik je.., pastu dok salahkan UMNO, BN, kerajaan pusat.., dah memang tak patut diberi sokongan dah.., sekarang berhajat nakkan jerantut pulak, orang jerantut ni terutama DUN Tahan dah ada pengalaman, semasa penggal PAS menguasai Tahan - pembangunan takda, itu takda, ini takda...., apa yang ada?????

Kutukandewata said...

di bulan syawal ini kita hendaklah bermaafan sesama islam.biar berbeza pendapat jangan berbeza akidah dan akhlak.

kritikan perlu menyentuh tentang dasar perjuangan bukan peribadi.umno dan pun sama perangai.masing-masing memburukkan peribadi antara satu sama lain.

hentikan perkara yang remeh.iklan kan apa kebaikan yang hendak kita tawarkan untuk pelanggan politik kita.janganlah memburukkan antara satu sama lain.

wassalam saudara2 ku sekalian!!!

Anonymous said...

Wzwh,klu btol pn dia dr tipu tp skurang2nya dia ada spm xdelah mcm wan mizan entah ada doknsijil spm....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...