Sunday, August 12, 2012

Keberangkatan Tuanku Sultan Pahang Berbuka Puasa Di DUN Tahan



















KDYMM Tuanku Sultan Pahang berangkat ke majlis berbuka puasa dan mengurnia kepada golongan memerlukan di Felda Sungai Retang DUN Tahan parlimen Jerantut pada 10 Ogos 2012.

Keberangkatan Tuanku Sultan Pahang melengkap lagi siri lawatan VVIP ke DUN Tahan. Sebelum ini DS Najib datang ke Felda Padang Piol, DUN Tahan sehari sebelum puasa.

Kalau ikut program asal DS Najib mahu berbuka puasa di Jerantut. Namun oleh kerana DS Najib baru saja melawat Jerantut maka Raub diberi peluang.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah juga berangkat ke Kampung Jerantut Feri, DUN Tahan pada 1 Ogos 2012.

Maka WZWH rasa cukuplah dengan kehadiran VVIP memberi penghormatan kepada DUN Tahan. Tiada apa lagi WZWH mahu komen dan ulas.

Tahniah kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang patut mendapat penghormatan itu.



















Keberangkatan Tunku Sultan Pahang diiringi oleh Sultanah Pahang dan Tengku Temenggong. Kelihatan DS SUK Pahang turut hadir. 4000 rakyat DUN Tahan hadir.



















Tengku Temenggong memberi taklimat kepada Tuanku Sultan Pahang dan rakyat jelata berkenaan laporan progres Temenggong Initiative satu NGO Alam Sekitar yang cukup popular memberi kesedaran kepada rakyat Pahang supaya menjaga alam sekitar, flora dan fauna juga kebersihan kampung-kampung tradisional Pahang.

Sebelum itu YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan berucap. ADUN Tahan mengalu-alukan keberangkatan Tuanku Sultan Pahang pemerintah Pahang dan jajahan takluknya bersama Sultanah, dan Tengku Temenggung ke DUN Tahan.

ADUN Tahan juga mengisahkan betapa Tengku Temenggong cukup komited dengan NGO Temenggong Initiative. ADUN Tahan sembah bahawa 3 hari lepas Tengku Temenggong telah berangkat ke kampung-kampung pedalaman di Ulu Tembeling berjumpa dengan rakyat dan memberi kurnia.

Keberanian dan kesungguhan Tengku Temenggong mudik hilir Sungai Tembeling menempuh tujuh jeram merbahaya, melawat ke kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling pada bulan puasa dari pagi sampai ke malam membuktikan Tengku Temenggong anak raja berjiwa rakyat betul-betul mewarisi kepimpinan Paduka Ayahanda Tuanku Sultan Pahang.

ADUN Tahan juga menyembah maklum memberi persembahan sebidang tanah dua ekar di Kuala Tahan untuk dibuat Pejabat Temenggong Rangers dan Istana Hinggap Tengku Temenggong. Ini bukan tanah kerajaan tapi tanah milik ADUN Tahan sendiri yang dibeli oleh beliau ketika menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Untuk pengetahuan pembaca blog WZWH, di Ulu Tembeling ada sebuah Istana Sri Tembeling di Kampung Bantal tempat Tuanku Sultan Pahang bersemayam ketika berangkat ke Ulu Tembeling. ADUN Tahan telah mendapat peruntukan RM2 juta bagi membaikpulih Istana Sri Tembeling tersebut.

Ini membuatkan Tuanku Sultan Pahang teruja untuk berangkat ke Ulu Tembeling bila Istana Sri Tembeling itu siap di renovation. Istana Sri Tembeling adalah sebuah istana yang unik di negeri Pahang kerana di istana inilah rakyat Ulu Tembeling bebas mengadap Tuanku Sultan Pahang dan mengadu hal dan masalah.

Istana Sri Tembeling ini adalah simbolik hubungan Raja dan Rakyat Pahang serta Sejarah Kesultanan Pahang.



















Para golongan yang patut menerima sumbangan berbaris untuk menerima kurnia dari Tuanku Sultan Pahang.



















Kadi Daerah Jerantut mendoakan selamat keberangkatan pulang Tuanku Sultan Pahang. Kelihatan DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut.




















Tuanku Sultan Pahang raja berjiwa rakyat disayangi dan dikasihi rakyat Pahang. Tuanku Sultan Pahang sangat mengambil berat dan perihatin kepada rakyat baginda. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mengiring keberangkatan pulang Tuanku Sultan Pahang. 



















Kanak-kanak di Pahang sejak kecil diasuh menyayangi dan mengasihi Tuanku Sultan Pahang. Sememangnya rakyat Pahang sangat taat kepada pemerintah dan pemimpin. Ini adalah kerana secara tradisional struktur masyarakat Pahang telah disusun dan dibentuk sebagai satu akarumbi yang kukuh dan jalinan Raja dan rakyat berpisah tiada. Raja adalah payung dan pelindung Rakyat jelata.



















Tuanku Sultan Pahang yang berusia 82 tahun masih gagah memandu sendiri berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Semoga Allah memanjang usia Tuanku semoga sihat walafiat boleh memerintah Pahang dan jajahan takluknya memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Ampun Tuanku, patik WZWH tiada apa mahu dipersembahkan melainkan coretan blog kerana itu tugas patik sebagai blogger Diraja Pahang. Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...

11 comments:

naza said...

dualattuanku...raja dan rakyat berpisah tiada. selepas pru13 lawatan ke dun tahan adun dari pas pula akan menyambut keberangkatan tuanku.insyaallah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Naza, aok berdoalah banyak-banyak kepada Allah semoga Allah memakbulkan PAS selepas PRU 13 boleh ADUN PAS menyambut keberangkatan Tuanku. Tapi kalau ditakdirkan kena WZWH menyambut...ekekekeekek....aok kena terima lah qadar dan qadar!

Anonymous said...

Daulat Tuanku

Tuanku segak pakai baju warns Hijau.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

ekekekekekeeke....

Anonymous said...

Tengku Temenggong pun pakai baju Melayu warna hijau PAS....hahahaahha

Anonymous said...

macam tuuu la YB yg kita hendakkkk, kawe org pdg piollll, tetappp sokong Dato YBBBBB

Anonymous said...

Assalamualaikum......

Asal warna hijau aje PAS.... Hijau aje ..... Kepala Hotok..... Katak dan Sesumpah hork Hijau tu Pas juga Kot?

Anonymous said...

Hijau tetap pilihan dalam hati setiap Melayu yang
Muslim.
Hanya masa Dan munasabah diri untuk mencuci Dan menyucikan agar hati tersebutt tetap
Berwarna Hijau.

Anonymous said...

Bawalah turun presiden amerika pun kitaorg tak heran, sebab bukan diaorang yang akan mengundi di Dun ni..... Hahaha buatlah apapun yang penting bn kalah juga kat dun than ni.... apatah lagi jika yb leher pendek ni tanding lagi...emhhh alamatlah PR akan menang besar..huhu

Anonymous said...

Anon 11:16 ni dah lama ke duduk Pahang. Kalau nak merasa kena buang negeri cuba lah....

Gua Musang said...

haah.... kita rasa anom 11.16 ni nok balik kelate gamok nye....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024