Tuesday, August 21, 2012

Perpecahan BN Jerantut, Pelancaran DAP Damak Buat Parlimen Jerantut Bakal Tumbang!

Cikgu Koh Boon Heng Pengerusi DAP Jerantut melancarkan Bilik Gerakan DUN Damak PRU 13.

Bila MCA tidak diberi tempat bertanding di DUN Damak akan menjejaskan sokongan pengundi Cina kepada parlimen Jerantut. Majoriti pengundi Cina Jerantut akan mengundi PAS parlimen Jerantut. BN Jerantut akan kehilangan parlimen Jerantut.

Kehadiran pengundi Cina Jerantut di Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DAP DUN Damak.






WZWH bertanggungjawab menceritakan perkembangan sebenar politik Jerantut. Soal pimpinan Putrajaya dan Kuantan hendak dengar atau tidak itu WZWH tidak peduli.

Perpecahan BN Jerantut boleh buat parlimen Jerantut tumbang dan boleh menjejaskan masa depan DS Najib mencapai agenda.

UMNO Bahagian Jerantut telah membuat kesilapan besar bila mengadakan referendum dari semua Ketua Cawangan UMNO di DUN Damak mahu bukan saja mahu buang YB Dato' Lau Lee ADUN Damak malah mahu buang MCA dari DUN Damak.

Kalau mahu buang Dato' Lau Lee mungkin MCA Pusat boleh terima lagi tapi bila mahu buang MCA dari DUN Damak dan mengantikan dengan calon UMNO maka itu sudah meretakkan hubungan BN Jerantut.

Referendum itu yang mahu dihantar ke PM dikatakan kononnya kehendak akar umbi semua Ketua Cawangan UMNO di DUN Damak tapi yang sebenarnya adalah kehendak 'top to bottom' kepimpinan UMNO bahagian Jerantut sendiri.

YBM Tengku Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut perlu bertanggungjawab dalam hal ini. Pandangan bahawa jika sekiranya MCA bertanding di DUN Damak akan kalah di DUN Damak pada PRU 13 perlulah diperhalusi dan dikaji sedalam-dalamnya.

Apa kesan dan risiko yang sepatutnya difikir dulu tidak diambil berat oleh kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. 

YB Dato' Lau Lee sudah berpatah arang dan berkerat rotan. Beliau pun punya kekuatan yang tersendiri dan berakar umbi. Dato' Lau Lee sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin UMNO Bahagian Jerantut.

Tindakan UMNO Bahagian Jerantut itu tidak bijak dan matang pada pandangan WZWH. Parlimen Jerantut PRU 13 akan tumbang ke tangan pembangkang.

Malam kelmarin pada 19 Ogos 2012 di bandar Jerantut, DAP telah melancarkan Bilik Gerakan Operasi DUN Damak dihadiri lebih 6000 orang Cina Jerantut.

Kesannya bila MCA tidak diberi tempat di DUN Damak pada PRU 13 akan menjejaskan kemenangan  BN di parlimen Jerantut.

Majoriti pengundi Cina akan mengundi PAS yang akan bertanding di parlimen Jerantut. Akibatnya dengan larinya pengundi Cina dan pengundi muda Jerantut yang mahukan perubahan dan transformasi akan kecewa jika sekiranya calon lama BN bertanding lagi buat penggal ke empat maka BN akan kalah lebih 8000 majoriti (-8000).

WZWH sudah beritahu fakta dan ramalan ini. Soalnya terpulang kepada DS Najib untuk menilainya. Tanggungjawab WZWH kepada UMNO dan BN Jerantut sudah lepas bila WZWH bersuara yang benar demi kebaikan UMNO dan BN Jerantut.

Terpulang kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut mahu buat pengorbanan atau tidak. Parlimen Jerantut sudah hitam legam bagi BN Jerantut sekarang.

Tunggulah keputusan PRU 13 nanti jika betul dan tepat pandangan WZWH.

37 comments:

Helang Buana said...

TAKUT . CINA ADA BERAPA % UNDI DI PARLIMEN JERANTUT? TAK KAN YANG RAMAI TAKUT KALAH!!! BIAR DIA KALAH JANGAN DI PERBUDAK-BUDAK KAN

Anonymous said...

DUN Damak ni kalau berikan kepada UMNO pun boleh mengundang masalah juga sebab pengundi Melayu berpecah (ada undi UMNO, ada undi PAS/DAP)ditambah pula pengundi cas keting (pengikut mereka yang tak dapat jadi calon), kawasan hitam di DUN Damak ni kebanyakan terletak di Jerantut Hilir, kalau nak bagi UMNO bertanding juga kena bagi kepada orang Jerantut Hilir yang ramai saudara mara dan dikenali...., tp orang ni mesti sangup terima kecundang ditangan lawan..

Anonymous said...

Saudara Wan membuat fakta yang salah.Kalau hendak menguis YM mulia tengku azlan sekali pun janganlah membuat fakta yang salah.

Anonymous said...

Hahahahahaha..UMNO sudah bergaduh sama sendiri. Yang ini kami suka. Tunggu sahaja PR 13 nanti...bagus2 WHWZ.

Anonymous said...

Aku berpendapat adalah lebih baik tanggungjawab memenangkan BN Jerantut ini diberikan kepada mereka yang telah diberikan gelaran dato', sebab mereka adalah orang yang telah diiktiraf banyak berkorban dan berjasa dalam umno bahagian jerantut ni, sebagai contohnya - Dato' Ust Abdullah Majid, Dato' Azli, Dato' Jalal dan banyak lagi gelaran dato'-dato' yang diberikan kepada rakyat jerantut yang dikatakan banyak jasa....

Anonymous said...

Jangan pula lupa dengan jasa-jasa Dato' Dolah Kicap, Dato' Hartini, Dato' Wok Kelabu....menyusul kemudian Dato' Wok Hitam........

Anonymous said...

Dgn perkembangan ini, Dr Hamza akan menang di Parlimen J'tut...Orang Melayu tak rugi apa2 sebab jika UMNO kalah PAS yg akan menang. Jika ini berlaku pastinya Islam bertambah terbela.
Elok juga jika kesemua calon UMNO peringkat DUN kalah pada kali ini...biar PAS yg mentadbir negeri. Belum cuba belum tau...UMNO tak payahlah memperbodohkan orang Melayu seolah2 jika UMNO kalah DAP yg menang...DAP berlawan dgn MCA manakala UMNO vs PAS...mana mungkin bila UMNO yg kalah tetiba DAP yg menang...orag yg percaya perkara ini adalah mereka2 yg tak bersekolah...pandir!!!

Anonymous said...

Dalam 3 Dun di parlimen Jerantut,yg paling nampak kuat bekerja untuk rakyat di Dun mereka ialah YB Lau Lee, aku yg duduk di Dun Tahan ni klu minta bantuan dr Yb Lau Lee tak pernah di kecewakan,paling-paling dpt 2 atau 3 ratus untuk majlis di kampung aku, Adun lain.... banyak songeh

Anonymous said...

YB Lau Lee ni memang kerja kuat. Baru2 ni aku ada komplin pasal jalan yg menghala ke rumah tok imam kg ku yg rosak teruk dan tak pernah dibaiki semejak belau tinggal disitu. Tau tak apa yg dia kata..."Walaupun kg Temin BN tak menang, saya tetap mahu tolong org sini". Itulah kata2yg diungkap oleh YB Lau. Aku senyum jer....aku tau duit untuk bina jalan bukanlah duit dari kantong UMNO/BN tetapi ia merupakan duit rakyat yg diurus tadbir oleh wakil mereka yg ada perasaan adil. 2 minggu selepas komplin, jalan tar pun dibina...Inilah YB UMNO kena belajar dgn org kafir jenis baik.
Entahlah, kekadang susah nak percaya dgn orang UMNO ni, tanah reserve kubur kampung ku pun diambilnya oleh puak2 ini untuk tanam sawait. Sepatutnya pimpinan UMNO menjadi motivator kpd pihak JKKR Temin, macaman nak menjadikan tanah terbiar ini boleh mendatangkan hasil kpd tabung JKKK...
Sedih! Sesedih kesan drp tanah tapak lapangan terbang Temin seluas 600 ekar terlepas kpd Mr Goh hasil kerja jahat pemimpin yg kita sanjungi!!

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang dihormati,

Perpaduan dalam BN adalah penting sekira BN mahukan BN berjaya saperti dahulu di peringkat DUN dan parlimen .UMNO tidak perlu tamak.Kekuatan BN terletak atas perpaduan komponen parti bekerjasama menjadikan BN lebih mantap.Kampong man sebagai orang luar setuju sekira status quo yang dulu dimaintain demi perpaduan BN keseluruhannya.Kampong man cuma melihat dari kaca mata orang luar dan pernah pun sampai di Jerantut .Isu dalaman Jerantut ana tidak tahu.

UMNO tidak boleh lagi berpecah belah. Perpecahan melayu kepada berbagai parti sudah cukup menghanyutkan kekuatan pengusaan politik orang melayu.Sedangkan orang cina kini berlonggok dibawah DAP kali ini.

MCA pula harus jangan tidur tidak berbuat apa sekira mahu relevan bersama BN.Tidak hairan kal ini di PRU 13 akan menyaksikan UMNO vs DAP.UMNO harus memberi konsession pada MCA di DUN untuk kejayaan parlimen yang pastii lebih penting. Penambahan parlmen akan memberi kemantapan BN bagi terus menerajui Putrajaya.Look at the bigger picture .Jangan menang sorak kampong tergadai.

Di Pahang ini Kampong man sikit pun tidak khuatir kerana pengundi Pahang tetap dibelakang BN.Kita mahukan lebih kerusi BN di parlmen dan tidak salah kita bekorban dan tunjukan UMNO tidak racis saperti DAP.

Orang melayu yang mengundi DAP kerana marah UMNO harus berfikir semula kerana kali ini DAP akan membuka temerlang perkauman menebal mereka dan tambah pulak dengan sokongan UMNO veteran saperti rakan saya bro Sakmongkol dan bro Aspan meyakinkan orang melayu DAP itu bagus, multiracial dan sangat adil dan akan sama sama memperjuangkan Islam ! .Betul ke ? .Anda fikirlah sendiri.

PAS tidak akan dominan dalam PR itu ana boleh confirm.Kampong man telah menilai ini semua secara neutral dan bebas sama saperti di DAH IKHWAN blog kerana Kampong man lebih berminat pada analisis begini dari beremosi.Penat ana belajar bertahun tahun dengan Engineering dan MBAnya kalau ana tidak objectif dan kritikal dan prejudice dalam panulusan ana kerana ana yakin UMNO ini parti orang melayu yang adil untuk semua rakyat Malaysia terutama dalam memperjuangkan apa yang hak bagi orang melayu secara total.

Orang melayu harus dibelakang Najib/UMNO bukan PKR dan bukan PAS.Agenda Islam dan bangsa dan raja telah lama di perjuangkan UMNO dan kestabilan dan perpaduan yang ada adalah banyak dari usha UMNO yang sanggup berkongsi kuasa bersama MCA, MIC dan komponen lain.

BN harus kalahkan PKR di Kuantan dan Indera Mahkota untuk 14/14 kerusi Parlimen Pahang .Kalau markah penuh di Pahang tidak tercapai sedangkan PM negara kita dari Pahang Kampong man akan kechewa dan akan pau Wz denga two nights free lodging di Jerantut.

Kita serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan BN negeri apa yang terbaik dan hormati keputusan dan rapatkan barisan.

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara dan jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang.Salam.





Anonymous said...

yang menjadi kepala hantunya ialah haji rusdi awang sulung yang mana telah mencadangkan perkara ini berlaku, elok lah bn kalah, dah lama sangan duk bawah pemerintahan bn ne, yang kenyangnya haji rusdi dolah kicap yang bodor tapi pandai mengambil peluang dari ahli politik yang bodoh seperti MP DAN ADUN semua,MP dan ADUN juga kuncu kuncu nya lagi lah pulak, menhgabiskan peruntukan kerajaan untuk kepentingan perut dia orang jer, termasuklah WZWH ne

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:26,
Jangan cuba fitnah WZWH. Demi Allah, WZWH tidak pernah mengunakan peruntukan mana-mana ADUN atau parlimen walau 1 sen pun. Lagi pun WZWH tidak terlibat dengan hal-hal peruntukan mana-mana ADUN atau parli en. Tak percaya Anon gi tanya semua wakil rakyat Jerantut.

Anonymous said...

datuk-datuk yang kau orang sebutkan tadi adalah datuk tender yang langsung tak berjasa.kalau kau orang nak datuk kau orang beli ekor 6D 3rm bila kena 300000rm kau orang jumpa halim chap gajah dapatlah kau orang gelaran datuk sebab halim chap adalah broker datuk yang semua benda dia nak buat duit untuk kayakan diri sendiri.halim chap uttar pradesh mari!!!

Anonymous said...

wzwh walau pun tak ambik duit peruntukan mp atau adun tapi mengunakan pengaruh mereka untuk mendapatkan kekayaan, contohnya mengunakan pengaruh atan pungkar mendapat kekayaan?, contohnya mendapat bahagian dalam lesen balak dan macam macam lagi, jika wzwh yang ada sekarang ne tidak menumpang pengaruh pemimpin politik hamrak ne, tak ada sape kenal wzwh selain saudara maranya haja.

Anonymous said...

Kebodohan dan Kepandiran Ku Lan adalah memberi gelaran Dato' atas kuota Ku Lan sebagai adik Sultan Pahang kepada orang yang bukan hak dan ditempatnya serta layak. Ku lan lah yang sebenarnya telah menjatuhkan kualiti, maruah dan nama baik Dato'-Dato' Pahang. Lepas ini Ku Lan nak beri Bintang Kebesaran kepada semua Ketua Cawangan pula dengan harapan menyokong Ku Lan untuk bertanding buat penggal ke empat! Nok jadi ahli parlimen tapi tak reti nak buat apa-apa, peruntukan parlimen diseleweng melancong ke Thailand, Filipina dan Indonesia....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1.20,
Anon jangan buat fitnah lagi. Anon bolek semak sama Pengarah Hutan Pahang adakah Wan Zamzuri Wan Hasenan @ WZWH pernah dapat lesen balak. Dalam hidup WZWH tidak pernah dapat lesen balak. WZWH dikenali kerana Blog WZWH blog politik Jerantut dan penampilan politik WZWH diarena politik Jerantut.

Anonymous said...

wzwh, sape kata balak, besi ada ke?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:54 boleh semak dengan Dato' Pengarah PTG Pahang tiada permohonan dan kelulusan besi atas nama WZWH.

Durian Gugur said...

Wzwh, Jerantut,Temerloh,Kuantan,Indera Mhkota,Raub,Kuala Krau akan bertukar ke Parlimen PR,manakala Kerusi Dun Pula BN @ PR hanya mempunyai kelebihan 4 kerusi.

Kita tunggu...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Durian Gugur,
WZWH lebih berminat dengan politik Jerantut. Kalau ikut formula WZWH....Jerantut boleh menang....WZWH tahu caranya.

Anonymous said...

Ayat yang guna cuma nak menang saja,

Apa punya bodoh orang Jerantut.

Cuba bincang bagaimana nak majukan daerah Jerantut , bukan majukan
bandar Jerantut.
Setakat ada Tunas Manja, Lampu Lip-lap waktu malam, Up town Dikatakan maju.

Itu tak maju beb.

Harap blogger je yang ramai. Samaada blogger pro ameno atau pro pakatan.
Yang lain blogger cerita pelik.
Itu juga bukan tanda maju.

Cuba kaji yang matang sikit.

Infrastruktur jalan raya dan jambatan. Pendidikan , Sekolah Berasrama Penuh ,
College Dan Universiti.
Takkan puas hati dengan Tahap sahaja.
Pertanian di kampung tradisional dengan munculnya towkey tanah yang baru dan
Berkulit gelap.

Jangan cuma harap pada balak, besi dan kontrak saja. Itu kerja libat politik
dan 5 tahun sekali .

So Jerantut, Please Focus..........

Biarkan orang politik dengan labunya.
Banyak yang tenggelam Dan yang timbul akhirnya tenggelam.

i






Anonymous said...

Anon 5:59,
Kalau ahli parlimen lembab tak kreatif do nothing camna nak jayakan apa yang Anon nyatakan....heheheehehhe..

Durian Gugur said...

Tak payah cerita pasal nak membangunkan Jerantut la..he333..cuba memandu kereta dari jerantut menghala ke kuala tembeling,wzwh boleh nikmati lubang jalan raya yang berterabur sepanjang perjalanan tersebut.wzwh juga boleh pergi ke Pej Tanah Jerantut dan semak permohonan tanah yang masih belum diluluskan kpd org kg2 tradisional.wzwh juga boleh semak berapa ramaikah orang melayu pemungut kayu api mampu membeli premis di bandar jerantut?
Jerantut perlu berubah,Pahang akan berubah,Malaysia perlu diubah..
Dengar citer harga kereta akan diturunkan jika PR memerintah.nampaknya tangguh dulu niat nak beli kereta dan bantu pihak yang membuat tawaran tersebut..

Anonymous said...

Wzwh, sudahlah awok tu mulut tempoyak.butir lahlahawok.bende nya luli pendek tucina opurtunistau tak,dekat pr buat tu buat buat ni, kalu ia tanding lagilawan cikgu koh lah yg menang.palat lah luli cina pendek kemetot,opotunis. Tanah lapang terbang itu disewa oleh goh di sengkokol oleh luli.konon nya sewa utk neseri tapi tanan sawit.malang nya kerajaan bn tak ambil tindakan. Kan jelas goh dan luli menipu dan langgar syarat sewa. Dikatakan tanah tu dipajak konon. Wahai orang jerantut itu lah kesah sebenarnya. Pergi lah semak atau minta salinan pejanjian. Sah luli dan goh dah kelentong orang jerantut. Wzwh ada tahu kah..

Anonymous said...

Nampaknya Durian gugur tak boleh pakai keretalah selama 55 tahun lagi.Belajarlah naik keenderaan awam, boleh save duit.Kelakarlaj durian yang ini.

Anonymous said...

wzwh, memang tak guna nama ong, tapi ong ada dalam salah satu syarikat lombung yang di berikan pada dompok dan kroni kroni, termasuk along wan seperi, lau wan mizi lagi nampak, bolot lah kekayaan semua ne sebelum pru 13 nanti, pas tu, semua pr sumbat dalam penjara.

Anonymous said...

Umno menang ke kalah ke aku peduli hapa? aku tak untung apa apa pun.Yg untung dolah kicap and the gang aje.Aku tetap mcm ni jgk.

Anonymous said...

anon 9.24,
kenapa bodoh sangat,sah tak pernah sembahyang.ulama dah cakap haram undi dap kau undi juga.hanya melayu makan babi aje yang undi dap ni.

Anonymous said...

kalu haram undi DAP, mcmana pulak dgn undi MCA????...ish ish ish

Anonymous said...

Hram undi dap sebab dia menentang hufud fn negara islam maka lagi la haram undi umno sbb dia menentang hudud dn negara islam sdgkn dia islam.dap menentang tak la pelik sebab dia kafir.

Anonymous said...

Hram undi dap sebab dia menentang hufud fn negara islam maka lagi la haram undi umno sbb dia menentang hudud dn negara islam sdgkn dia islam.dap menentang tak la pelik sebab dia kafir.

Anonymous said...

Hram undi dap sebab dia menentang hufud fn negara islam maka lagi la haram undi umno sbb dia menentang hudud dn negara islam sdgkn dia islam.dap menentang tak la pelik sebab dia kafir.

Anonymous said...

bodohlah kau,dap kafir harbi yang nyata.mca kafir zimmi.bodoh,islam apa kau!

tuduh umno tentang hudud,sedangkan pas yang menjaja hudud tak pernah bentangkan draf hudud di parlimen.bentanglah baru tau sokong atau tolak.jaja aje tau buat draf hudud pun bertahun2 tak siap.buat draf hudud pastikan masukkan hukum menentang kerajaan yang sah.jangan yang menguntungkan diri sendiri aje yang masuk yang terkena pada diri sendiri dibuang.buat jangan tau cakap aje!

Anonymous said...

Ramalan kas: Parlimen J'tut = PAS menang dgn majoriti tipis < 1000 undi, DUN Damak = DAP menang dgn majoriti besar > 1500 undi, DUN P.Tawar = UMNO menang tetapi dgn majoriti tipis < 700 undi, DUN Tahan = UMNO menang dgn majoriti sangat tipis < 500 undi.

Tak percaya...mintak Najib bubar parlimen dan adakan PRU13 segera...

Drp:Peramal sulit

Anonymous said...

DUN TAHAN UMNO MENANG SEBAB CALON PAS USTAZ ZAKUAN ADIKNYA ADA KES ROGOL BUDAK PADANG PIOL.IMEJ TERCALAR.

DUN DAMAK MENANG DAP SEBAB ORANG PAS DERHAKA KAT NIK AZIZ YANG CAKAP UNDI SELAIN PAS TAK DAPAT PAHALA DAPAT DOSA.ORANG PAS AKAN BERDOSA UNDI KOH.

DOSA PUN DOSALAH SEBAB NIK AZIZ AKAN PASTIKAN ORANG PAS MASUK SYURGA SEBAB SYURGA ADALAH KEPUNYAAN MAK BAPAK NIK AZIZ!

PARLIMEN PAS MENANG SEBAB DR HAMZAH TARAF MALAIKAT YANG DIPUJA.WALAUPUN MERAYAKAN THAIPONGGAL DI MARKAZ PAS DI TEMIN.

P.TAWAR UMNO MENANG SEBAB ORANG PAS P.TAWAR HANYA RAMAI KAT BUKIT RANG AJE.TEMPAT LAIN TAK ADA PENGARUH.

PAS ATAU UMNO MENANG TAK APALAH.

TAPI KALAU ORANG MELAYU PANGKAH DAP MAKA JADILAH MELAYU MAKAN BABI!
ORANG PASLAH MAKAN BABI SEBAB DERHAKA TAK DENGAR NASIHAT TGNA!

Anonymous said...

mudah2an Allah SWT membuka hati Anon 1:39AM dan menjadi seorang yg berakhlaq mulia....

Kutukandewata said...

anon 1.39 berakhlak mulia apa?dia melihat dari sudut logikal mantik.dia tak bimbang pas atau umno menang.dia hanya anti dap yang jelas kafir yang anti islam.

anon 7.14 cakap macam tu sebab dia serba salah nak undi koh atau mca kerana tgna cakap hanya undi dapat pahala.undi lain berdosa.jadi undi mca atau dap tentu dapat dosa.tgna yang cakap.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...