Saturday, November 2, 2013

Ekonomi Gaharu Boleh Meningkatkan Pendapatan Penduduk Ulu Tembeling



Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan mahu Kerajaan Negeri Pahang mengurniakan tanah 3 ekar seorang bagi penanaman gaharu di Ulu Tembeling.

Ekonomi Gaharu boleh meningkatkan pendapatan penduduk Ulu Tembeling.

Gaharu daripada pokok itu boleh cecah RM20,000 sekilogram atau hasilkan pendapatan RM800,000 bagi seekar tanaman.

Paling rendah gred gaharu pun boleh dengan seekar menghasilkan 1000 pokok maka 3 ekar menghasilkan 3000 pokok boleh menjana pendapatan RM200,000 setahun.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia kerana menyedari hasil lumayan sektor penanaman pokok karas sehingga mencecah RM800,000 seekar. 

Tiada tanaman lain yang dilihat mampu memberi pendapatan lumayan dan unik seperti pokok karas yang menghasilkan produk gaharu dan minyak atar. 

Malaysia merupakan negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka Malaysia mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Salah satu strategi FRIM ialah menggalakkan penduduk Ulu Tembeling menanam pokok gaharu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang mengurniakan tanah 3 ekar seorang kepada penduduk Ulu Tembeling.

Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan ialah 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun

Pokok karas mengeluarkan gaharu selepas mencapai usia matang, tujuh tahun. Namun penanaman gaharu untuk 1 ekar tanah boleh memuatkan sehingga 1000 pokok gaharu, yang penting pekebun kecil memastikan pokok gaharu subur, 

Bila umur pokok gaharu mencecah 4 - 5 tahun, pekebun kecil boleh membuat inokulasi pada pokok gaharu dan hasil boleh dilihat dalam masa minimum 4 bulan keatas, keberhasilan penghasilan resin/ damar / gaharu pada satu satu pokok bergantung dengan jenis inokulan yang pekebun kecil gunakan untuk menyuntik pokok gaharu.

Setiap batang pokok karas yang matang mampu mengeluarkan gaharu seberat antara satu hingga satu setengah kilogram, manakala harga sekilogram gaharu ialah dari RM4,000 hingga RM20,000, bergantung kepada gred.

Pasaran gaharu dunia boleh memberi jaminan bahawa pekebun kecil tidak akan berdepan dengan masalah itu kerana hanya 35 peratus daripada permintaan dunia di 80 negara pengguna gaharu mampu dipenuhi, setakat ini. 

Kelebihan tanaman pokok karas ialah ia serasi ditanam bersama tanaman lain seperti getah dan pisang serta tidak memerlukan penjagaan rapi, kecuali sentiasa memastikannya tidak ditenggelami air. 

Golongan pekebun kecil terutama penduduk di Ulu Tembeling digesa supaya merebut peluang itu untuk menambah pendapatan masing-masing. 

FRIM akan memantau setiap peserta atau pekebun kecil yang berdaftar dengan Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) dan Jabatan Perhutanan bagi memastikan tanaman pokok karas yang diusahakan berjaya mengeluarkan hasil maksimum.

Setakat sekarang dianggarkan 1,200 hektar pokok karas ditanam di seluruh negara. Kerajaan Negeri Pahang boleh membantu meningkatkan pendapatan penduduk Ulu Tembeling dengan ekonomi gaharu.

Masa depan Ulu Tembeling ialah dengan penanaman pokok gaharu.

Jika Felda dan Felcra terkenal dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Ada pula Risda untuk tanaman getah.

Apa agensi untuk memperkenalkan tanaman gaharu?

2 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Pandang ke depan akuq nampak balak, akuq kerja kan balok, prujek gharu sama nasib prujek sentang satuk masa duluq. Akuq dah tahu jugeq, apa maksud nya. Jangan sensiwara lah ong , wal dompok.


Al pungkar.

Anonymous said...

orang yang hitam hatinya akan hitamlah tingkahlakunya.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024