Friday, January 17, 2014

Dan Najib Terus Menari...



Diplomasi Politik Kangkung...dari Hikayat Hang Tuah

Kehebatan dan kebolehan Hang Tuah sebagai seorang yang cepat mempelajari dan memahami budaya bangsa lain merupakan antara sebab beliau dilantik menjadi ketua rombongan ke kerajaan China oleh Raja Kisna Rayan.

Maka belayarlah Hang Tuah sehingga Bingkam Hainam, sebuah pelabuhan di kerajaan China itu. Di sana, Hang Tuah disambut oleh salah seorang menteri empat Maharaja China yang merupakan shahbandar pelabuhan itu.

Tiba di negara yang baru menjadi satu perkara yang sangat menarik bagi Hang Tuah kerana sifatnya yang ingin tahu membuatkan beliau bersemangat untuk menimba pengalaman baru. Hang Tuah walaupun tahu bahawa beliau adalah wakil Raja dari empayar Keling dan bukan mewakili Melaka tidak sedikitpun memberikan kejanggalan dalam melakukan tugasan tersebut. Malah beliau yakin untuk memperkenalkan dirinya kepada orang-orang besar di sana.

Setelah berjumpa orang itu dan orang ini, maka akhirnya Hang Tuah dibawa ke istana besar Maharaja China. Sebelum sampai ke dewan besar di mana Maharaja akan muncul menerima kunjungan mereka, sempat juga Hang Tuah memberi tahu orang-orangnya bahawa orang China ini banyak adat dan undang-undang, dan adalah baik untuk mereka semua memerhati dan mempelajari tutur cara tersebut.

Sempat juga ketika itu menteri dan pembesar empayar itu memberitahu bahawa adalah menjadi larangan yang amat hebat untuk melihat wajah Maharaja China. Jika sesiapa yang melihat wajah tersebut makanya mereka akan dipancung.

Hairan akan larangan itu, maka tunggulah Hang Tuah dan rombongannya di dalam dewan besar lagi merah itu. Setibanya Maharaja China untuk duduk di atas kerusi gahnya yang kelihatan seperti naga, Hang Tuah kelihatan bahawa menteri-menteri dan sida-sidanya semua sujud dalam baris-barisan tidak berani untuk mendongak ke atas untuk melihat Maharaja mereka yang berada di atas pentas yang mempersonakan itu.

Maharaja China agaknya musykil dan tertanya bagaimanakah agaknya adat orang Keling menjemput Hang Tuah dan rombongannya santap bersamanya pada keesokkan harinya. Hang Tuah mendengar akan pelawaan itu terus berkata bahawa beliau kini hanya makan sayur oleh itu mahukan sayur kangkung. Dan sayur-sayur itu mestilah tidak dipotong. Maharaja China yang hairan itu bersetuju akan permintaan itu. Bagi baginda barangkali ini memang adat orang keling.

Keesokkan harinya tiba. Maka pelbagai makananlah yang dibuat oleh tukang masak istana dan semuanya adalah kangkung-kangkung belaka. Maharaja yang ingin sekali melihat bagaimana orang dari empayar Keling makan menjemput Hang Tuah untuk santap. Maka Hang Tuah teruslah bersila di tengah dewan itu bersama makanan-makanan itu. Diambilnya kangkung itu, didongakkan kepalanya dan dimakannnya sedikit demi sedikit.

Dalam Hang Tuah mendongak kepalanya itu, beliau mengambil kesempatan untuk mengintai Maharaja itu yang berada di atas kerusi naganya itu. Hulubalang-hulubalang istana itu yang tersedar akan kelakuan Hang Tuah terus menghunus pedang mereka ke kepala Hang Tuah. Maharaja China itu yang tersedar akan kejadian itu terus menghalang hulubalang-hulubalang itu daripada memancung kepala Hang Tuah walaupun dia sedar akan helah Hang Tuah sebenarnya.

Maka Hang Tuah pun teruslah makan sehingga ke pencuci mulutnya. Maharaja itu menitahkan bahawa jarang sekali baginda melihat seorang yang begitu berani dan bijaksana serta berkata alangkah bagusnya orang sebegini ramai di kerajaannya.

Menghargai kebolehan Hang Tuah itu, Maharaja itu pun menghadiahkan jubah keraian bersama barang-barangan kemas untuk menunjukkan bahawa Hang Tuah adalah seseorang yang patut dihormati dan dihargai. Ini juga menyebabkan Maharaja memberi juga hadiah dan juga sepucuk utusan surat yang ditulis sendiri oleh baginda kepada Raja Kisna Rayan untuk menandakan perhubungan kerajaan mereka berdua.

Ini adalah salah satu rombongan yang berjaya bagi Hang Tuah dan terbukti keberanian bukan saja diperlukan dalam medan perang tetapi dalam urusan diplomatik. Lagi sekali Hang Tauh menjadi wirawan yang berjaya. Hang Tuah The Hero.

15 comments:

Anonymous said...

Hang Ajib

Anonymous said...

Kita mahukan PM yg tegas dan bertindak pantas. Kita tak mahu Mahathir dilantik semula jdi PM tapi kita mahu keberanian dan kecekalan Mahathir dicontohi oleh PM sekarang....Adakah kita masih mengharap kpd Najib...Bagi aku Najib telah menemui jalan mati dlm karier politiknya. Maaf Najib...Seorang PM tak boleh bergantung penuh kpd penasihat atau rumusan kajian lab dalam membuat sesuatu keputusan besar utk masahah negara dan rakyat...

Anonymous said...

Kalau lah Maharaja tu UMNO agaknya apa akan jadi pada Hang Tuah yg bijak tu. Tak ada hadiah pada jawapan yg betul..

Anonymous said...

kalau maharaja tu umno tentu dibiarkan saja macai yg mengaku cerdik tapi tak sedar di tipu pemimpin pr.

usin malaun said...

cerdik sangat tu yg kawin dgn bini org.tu la pemimpin yg dipilih dah la sijil beli dan menabur duit semacam menabur jagung kepada ayam.lain kali pilih yang berkelayakan bukan dgn org yang mencuri balak dan tidak berpelajaran.

Anonymous said...

org bukan suka sangat ke dompoknya tapi org menyampah kat pemimpin pr setiap kali pilihan raya berebut kerusi dan ada yg pandir pergi sokong ke bunga raya tu buat apa...itulah sebabnya ini kalilah dah jadi lain kalilah

Jong tailong said...

kenapa nak gaduh2 dengan rancangan orang...kalau rancangan ade kebaikan dah confirm ape salah kite tumpang? kalau belum jadi mintak bagi jadi...tajuk utama yg ni bukan tntang politik dah,tajuk kite rancangan kemajuan...rase x ok kite pulak bagi cadangan lg baek dr dok cakap kutuk2,bahasa kesat2, aku tengok boley sengih ajelaaa...macam x cukup matang pulak da...peace yoooo

kas budak jantet said...

org jepun pun dah tahu putar belit anuar cuma geng beruk terencat akal pr je yg masih bangang dan akan terus diperalat oleh syaitan berwajah manusia seperti anuar

Anonymous said...

Tgk buletin utama umpama tgk berita syok sendiri,tak pun mcm tgk maharaja lawak atau bintang mencari bintang,nama berita perdana tp hanya tiga negeri je sebut tiap tiap hari iaitu penang,selangor,dan kelantan,kalau org cerdik boleh mnilai dah tv3 ni memang stesen tv tak berkembang,sapala bodo sgt editor berita ni,tak cukup lagi nk burukkan pembangkang,makcik2 percayala cite tv3 tu tp anak muda pyh cikit

Anonymous said...

susah kalau otak dah bercampur taik ni,apa saja yg terkena kat pemimpin mereka pasti dipusing cerita ataupun disalahkan pemimpin umno atau bn.kalau dah berkarat hijau ibarat nama je ada otak tapi tak der akal lebih kurang otak lembu

Anonymous said...

Memang umno dah lemah sekarang sejak media sosial berkembang di malaysia ni,dah banyak tembelang dan penipuan umno selama ni rakyat tidak tahu,sejak,adanya page2 fb pr umno sudah jadi cuak sebab penipuan umno semakin hari semakin banyak tersebar di media sosial,ramai rakyat sudah terbuka hati untuk mnyokong pr,hanya yg bodoh dan pengampu je lg ingin bersama umno dan pertahankan parti penipu ini,hakikatnya mereka sedar semua ni,sebagai contoh golongan2 cikgu,mereka ni pendidik blh kira cerdik dari segi akal dan teknikal,mereka nila byk yg bodoh masih mnyokong umno walaupun mereka tahu umno byk merosakkan agama,umno gunakan rasuah dan kronisme untuk kpntgan orang2 yg di atas je,seblum pru mcm2 najib berjnji untuk mndgar kesusahan rakyat,tp bila menang semua najib bebankan rakyat bermula dgn kenaikan minyak,gula bil elktrik dan tol,dimana janji2 najib untuk mmbntu rakyat,brjnji trunkan hrga kereta tp diam membisu,napa rakyat masih tak nampak lg barisan nasional dan umno memang terang2 menipu rakyat,takut sgt ke kita cuba tukar kerajaan baru mntadbir negara,kalau pr tak membela rakyat kita tukar semula bn ni,tapi bn tahu dah,klu pr memerintah mereka tidak berpeluang lagi untuk perintah negara sebab keburukan bn semakn ari semakin byk tersebar didlm negara dan juga luar negara,bykla kluar cerita duit bank bumiputera 52b lenyap,duit tabung haji,kwsp,semuanya akan pecah terburai,tula sb pemimipin2 umno bn tkut sgt bn klah,mereka tidak dapt lg mngecapi kemewahan dgn penipuan mereka selama ni,bangkitla rakyat kita lawan kerajaan zalim ni,kalau tidak negara kita musnah lebih2 kita ada 2 pm sekarang ni,kalau masih bodoh tak terbuka hati seperti golongan2 cikgu serta pnsyarah di malaysia ni memang punahla negara kita

Anonymous said...

aku tak hairan langsung dgn kekuatan pr,sbb parti pr ni gah diluar gelangang je bila pru hanyut.bila kalah main mcm mcm isu kalaudulu mungkin org percaya tapi sekarang rakyat dah muak dgn sandiwara pr.cuma daalm tak sedar semakin hari semakin ramai pemimpin pr yg lari meninggalkan parti yg tinggal cuma macai yg telah dipusing otaknya supaya semua benda nampak terbalik

usin malaun said...

pr gagah dikawasan bandar sebab org bandar nak kos sara hidup rendah.org kampung aje menyokong umno walaupun kos sara hidup tinggi,disuap duit 5ringgit dan meumpang rumah mak bapak walaupun dah beranak pinak.

Anonymous said...

usin duduk setinggan padanlah sokong pr,pastu kerja kuli cina sedara pulak guan eng tu yg kuat meroyan kalah pru lalu

usin malaun said...

minta maaf ya aku tak duduk rumah setinggan tp aku duduk bandar.entah2 engkau kot menumpang rumah mak bapak tapi anak berdozen2.apa yg aku tengok ramai penyokong kuat BN tp menumpang rumah mak bapak walaupun dh berkeluarga.kos sara hidup tinggi bising tp itu pilihan awak sendiri.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024