Nuffnang Ads

Pages

Thursday, January 2, 2014

Malaysia Perlu Sekular 100% Untuk Neutralise Konflik Antara Agama Demi Keamanan



Malaysia sudah melalui ketegangan kaum; cukup menyakitkan. Malaysia tidak mampu untuk menghadapi ketegangan agama; samada antara agama dan dalam agama.

Gabungan polemik emosi kaum dan agama boleh menghancurkan masyarakat Malaysia dan akhirnya Malaysia pun hancur.

Sejarah dunia menunjukkan konflik dan peperangan lebih banyak disebabkan agama samada antara agama dan dalam agama. 

Lebih banyak masalah demi masalah melanda negara-negara anbiya tempat kelahiran nabi-nabi dan hingga kini tidak selesai.

Adakah Allah atau tuhan telah membazir menghantar nabi-nabi ini hingga kini tidak boleh menyelesaikan masalah umat manusia buktinya rantau Timur Tengah terus bergolak.

Di Malaysia penduduk 29 juta. Statistik agama 2013:

Muslim (or Islam - official) 60.4%, Buddhist 19.2%, Christian 9.1%, Hindu 6.3%, Confucianism, Taoism, other traditional Chinese religions 2.6%, other or unknown 1.5%, none 0.8%

Konflik agama di Malaysia boleh dibahagi kepada 2:

  • Konflik dalam agama
  • Konflik antara agama

Konflik  dalam agama di Malaysia lebih dipengaruhi oleh politik. PAS kata UMNO kafir. Maka UMNO mahu 'kelihatan lebih PAS' dari PAS.  Orang yang berdemo turun harga barang boleh dibunuh umpamanya.

Konflik antara agama pula Kristian mahu guna istilah Allah dalam bible Bahasa Melayu. Islam Malaysia tidak beri kebenaran  atas hujah teologi agama. Semenanjung tidak boleh tapi Sabah dan Sarawak dibolehkan sejak lama dulu.

Bila Kristian berkeras mahu guna kalimah Allah dan Penguatkuasa Islam mula bertindak yang punya otoriti dari Sultan Penjaga Agama Islam maka konflik berlaku.

Bila isu-isu agama dimain yang melibatkan bangsa dan etnik maka konflik akan melahirkan percikan api yang membara dan semakin lama semakin membesar dan boleh jadi time-bomb!

Malaysia akan hancur.

Bila juga agama digunakan oleh ahli politik dan parti politik sebagai alat @ means maka masyarakat juga akan rosak.

Apa yang dikatakan oleh Karl Marx bahawa agama itu candu masyarakat mungkin betul dalam konteks di Malaysia.

WZWH sebagai seorang Islam yang percaya bahawa Islam itu adalah addin, Islam itu indah kalau macam ini senario-senario yang sedang dan akan berlaku maka lebih baik agama itu dipisahkan dari politik @ fully secular demi kebaikan untuk semua.

Zaman Tunku baik zaman Tun Razak dulu-dulu tiada pula puak fanatik Islam dan fanatik Kristian. Walau perempuan-perempuan tidak bertudung, pakai skirt pendek, ahli parlimen-ahli parlimen bebas minum arak di kantin parlimen tidak banyak masalah-masah sosial berlaku ketika itu. Tidak banyak rasuah. Rakyat berbagai bangsa boleh bebas bergaul.

Sekarang zaman fanatik Islam dan fanatik Kristian kononnya masing-masing kuat pegangan agama tapi lebih banyak masalah-masalah sosial berlaku. Hubungan antara kaum makin renggang.

Penyelesaiannya Malaysia perlu 100% sekular untuk neutralise konflik agama demi keamanan.

UMNO perlu kembali sekular
PAS perlu lebih sekular
PKR perlu sekular
DAP perlu sekular dan nasihat ahli parlimen dan ADUN jangan kuat sangat fanatik Kristian.

6 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya bukan salah mana mana agama ,yang salah pemimpin yang mengunakan ugama untuk kepentingan periadi

Anonymous said...

Salam wan..penulisan aok agak natural lately. .less bias..keep it up..yg betul x betul semua..yg salah pn xkn slh semua ye dak..xdapat buat semua jgn di tgl semua...

Anonymous said...

puak bengong pr ni rujuk al quran dan hadis lain sbb tu fatwa dia orang berubah ubah sekejap boleh sekejap tak boleh tapi macai yg totok tak reti nak berfikir lagi.sampai mampus la

Anonymous said...

Setuju malaysia perlu menjadi sekular secara total.

Anonymous said...

Kenapa x rujuk piagam madinah.?
Rasul tokoh pemimpin jg tokoh agama...pentadbiran berasaskan al-quran...masyarakat majmuk pelbagai budaya dan agama....

Anonymous said...

Zurik ong ki artikel ni dariq manek wek......dengor cite nyek ong kena tukor ye.... Kemane yek.... Kola tahan yek... Bagus lah behidemat tempat sediriq... Didik anaok bangso ong.

Anok kg labu dah jadi labi serta melabon. Adios.mari kiteq berjuget... Dad dah dong....dong...dond.