Sunday, January 26, 2014

Sokong Dan Cintai DS Najib Kerana Allah...





Malaysia moden, berbagai kaum, bermacam permasalahan dan cabaran masa kini mengenai politik , ekonomi dan sosial serta agama untuk membina Malaysia yang makmur, aman dan sejahtera memerlukan pemimpin.

Telah ditakdirkan oleh Allah bahawa DS Najib Tun Razak telah diberi keistimewaan untuk mentadbir negara ini sebagai Perdana Menteri sejak 2009 hingga kini.

Setiap PM mempunya era ekonomi, sosial dan politik yang ada kelebihan dan kekurangan. Rakyat tidak boleh memuji PM hanya bila era ekonomi senang dan sebaliknya mengutuk, mencela dan memperlekeh PM bila ekonomi sukar tanpa membantu mencari jalan penyelesaian.

Ditambah dengan supply chain, pemborong dan middleman golongan peniagaan, pemborongan dan peruncitan yang suka-suka menaikkan lagi harga-harga barangan pun tidak membantu.

Cadangan untuk menganti PM yang sedia ada dengan yang baru hanyalah expressi untuk lari dari permasalahan dan tidak berpijak di bumi nyata.

Kenapa dulu ahli politik-ahli politik yang bijak dan stateman like seperti King Ghaz, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh tidak berupaya menjadi PM?

Hanya Allah yang tahu kenapa DS Najib diletakkan di tempat sekarang walau DS Najib bukan ahli politik yang suka 'short cut' dan terlalu 'schema political animal' namun DS Najib akhirnya diangkat menjadi PM.

Kenapa suka timbulkan bermacam-macam persepsi politik, ekonomi dan sosial serta agama hanya semata-mata the endnya hanya untuk menjatuhkan DS Najib sebagai PM tanpa mengkaji scenario politik serantau dan dunia?

Sokong dan cintai DS Najib kerana Allah....dan kerana tuhan serta dewa-dewa bagi yang bukan Islam.

UMNO dan negara tidak mampu untuk mengantikan DS Najib PM yang ada sekarang kerana Malaysia perlu seorang PM yang sederhana dan sabar melayan karenah politik perkauman dan agama.

Adakah orang bukan Melayu mahu seorang PM yang lebih ultra Melayu dan pelampau agama untuk memimpin negara ini untuk mengantikan DS Najib?

PAS dan PKR sudah kendur dari memusuhi melampau DS Najib sebagai PM. Yang tinggal hanya DAP yang simply menganggap DS Najib sebagai PM yang 'lame duck' kerana pendirian PM dalam isu kalimah Allah.

DS Najib berpendirian bahawa 10 resolusi itu boleh diambilkira namun hal agama Islam adalah hal negeri-negeri. Semua PM Malaysia yang tahu undang-undang akan berpendirian sama.

Kenapa DAP mahu menekan DS Najib dalam isu Kalimah Allah ini? Apa agenda? Tidakkah DAP belajar dari sejarah bahawa pentadbiran British dulu pun sedia maklum bahawa hal-hal Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah urusan eksklusif Raja-Raja Melayu.

Di negeri-negeri yang tidak beraja, hak itu dibawah kuasa YDP Agong. Malah Enakmen mengecualikan orang bukan Islam dari mengggunakan 25-40 patah perkataan Arab telah dikuatkuasa di Pulau Pinang pada tahun 2010 semasa Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri!

Sebenarnya Lim Guan Eng pun faham Enakmen ini secara tersurat dan tersirat tetapi kenapa masih DAP mahu bermain dengan isu Kalimah Allah.

Kenapa DAP mahu bermain api dengan isu-isu sensitif yang telah diperundangkan yang mana akhirnya boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara kaum dan agama.

Negara Malaysia masih terkawal dari segi ekonomi dan politik bukanlah diparas peringkat status krisis ekonomi dan politik. Namun DAP terutamanya suka memainkan bahawa Malaysia ini tidak ada PM. Bahtera tanpa nakhoda memetik kata-kata YB Raub Sakmongkol.

Ini bukan bahtera tanpa nakhoda tetapi sebenarnya ada segelintir anak kapal yang selalu pening dan mabuk laut yang sememangnya berniat mahu menenggelamkan bahtera!

Apa yang DS Najib perlu ialah sokongan dari semua untuk mentadbir negara dari rakyat berbilang bangsa, dari 3.4 juta ahli UMNO yang solid, dari 100% bumiputera, dari parti-parti komponen.

Jika ada blogger-blogger mamak yang gila bahasa sudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan Sakmongkol hari-hari menghentam DS Najib jangan ambil peduli.

Sokong dan cintai DS Najib sebagai PM kerana Allah...

2 comments:

Anonymous said...

Tak nak la,kecuali ds turunkan harga minyak dan naikkan gaji seluruh rakyat,knapala ramai lagi yang mnyokong pm yang ni,tumbangla bn pru14

Anonymous said...

sbbnya yg nak ganti bn tu lagi teruk

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024