Wednesday, May 14, 2014

Politik Pembangunan Pinggir Bandar: Perumahan Mat Kilau, Flyover Menjana Greater Jerantut



















Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merasmi Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Perumahan Mat Kilau.

Pinggir bandar atau suburban seperti Perumahan Mat Kilau ini perlu dibangun dan dimajukan. Keluasan tanah hingga ke sempadan DUN Tahan perlu dimajukan bagi industri IKS  dan perumahan.

Kilang-kilang kecil IKS boleh dibangunkan di atas tanah yang bakal disediakan yang diharap boleh menjana ekonomi. Pertumbuhan ekonomi memberi peluang pekerjaan kepada orang muda Jerantut.

Penambahan pendapatan bagi isi rumah disamping cuba mengurangkan perbelanjaan dan berjimat cermat boleh membuatkan isi rumah di pinggir bandar boleh mengharungi kenaikan 'cost of living' dengan selesa.

Rakyat pinggir bandar perlu bekerja rajin dan mempunyai lebih dari satu pekerjaan kalau mahu hidup di bandar yang memberi cabaran-cabaran ekonomi.




















Wan Amizan berjanji mencari peruntukan untuk membina balairaya baru. Beliau menyumbang RM10,000 bagi tabung kegiatan UMNO cawangan Perumahan Mat Kilau yang saudara Mohd Zamri Abd Rahim menjadi Ketua UMNO cawangan merangkap Ketua Pemuda UMNO Jerantut

Suburban ialah kawasan penempatan pinggir bandar manakala flyover ialah jalan paras tinggi bertingkat-tingkat melingkar di atas persimpangan jalan.

Jerantut adalah sebuah bandar yang ada jalan kereta api di tengah dan pinggir bandarnya. Di pinggir bandar Jerantut ada banyak tanah-tanah orang kampung yang kalau dimajukan boleh bukan sahaja menambah nilai harga tanah tersebut tetapi menjadikan bandar Jerantut lebih besar dan cepat membangun-"Greater BandarJerantut".

Harga tanah orang Melayu yang banyak di pinggir bandar Jerantut akan melambung tinggi. Cadangan aktiviti ekonomi samada secara usahasama dengan agensi kerajaan, swasta dan persendirian akan membangunkan ekonomi.

Harga properti seperti bangunan kedai dan rumah di Jerantut lebih tinggi dari Kuantan. Diharap tanah-tanah orang Melayu ini dimanfaat sepenuhnya. Orang Melayu Jerantut jangan pula cepat mencari keuntungan jangka pendek dengan menjual tanah-tanah mereka.

Tapi malang tidak ada "accessibiliti" atau jalan ke kawasan pinggir bandar ini kerana jalan kereta api yang sedikit sebanyak menganggu keluar masuk pengangkutan maka dua flyover perlu dibina mengatasi masalah.

Jalan-jalan di bandar Jerantut pun selalu jem bila ramai pengunjung dari daerah Jerantut dan daerah-daerah lain dari Temerloh, Kuala Krau, Maran, Jengka, Kuala Lipis suka datang ke bandar Jerantut.

Dua flyover telah diluluskan di pinggir bandar Jerantut. WZWH tidak mahu dedahkan lokasi-lokasinya.

Flyover A sedikit dalam kawasan DUN Tahan dan banyak dalam DUN Damak. Nilai projek flyover A ialah RM70 juta. Telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan.

Flyover B dalam DUN Damak. Nilai projek flyover B ialah RM120 juta. Telah diluluskan oleh Putrajaya.

WZWH mahu rakyat Jerantut bayangkan jika projek-projek flyover A dan B ini siap maka Jerantut akan lebih maju, membangun dan boleh menjadi "Greater Bandar Jerantut". Inilah agenda yang lebih besar orang Jerantut perlu fikirkan.

Bandar Jerantut perlu dibangunkan. Kita tidak boleh memandang serong kepada pelaburan yang ingin membina Jerantut. Bila semua properti, bangunan kedai, kompleks beli belah, hotel dan lain-lain dibangun semua itu memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang muda Jerantut.

Kita juga mahu sub-urban pinggir bandar Jerantut yang majoriti tanah masih dimiliki oleh orang Melayu juga menikmati limpahan ekonomi. Kelulusan pembinaan 'flyover' melingkari pinggir bandar yang bernilai RM190 juta itu sangat baik.

Cadangan supaya Jerantut menjadi 'satelit town' dengan mensepadukan sinergi Institut Perikanan Perlok, Institut Biotech Tebing Tinggi, Institut Penyelidikan Sawit Sungai Tekam, Institut Perhutanan Tekai dan Santuari Kelah Taman Negara dan Caviar Park-Sturgeon diharap boleh memberi peluang kepada orang muda Jerantut menambah 'value-added' bagi nilai komersil.

WZWH dapat membayangkan bila projek-projek pembangunan pinggir bandar suburban Jerantut siap nanti bandar Jerantut akan lebih besar dari bandar Temerloh dan bandar Kuantan sendiri. Bandar Jerantut akan berkembang pesat sebagai:

  • bandar hub eko-resort-Setelah kajian Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan oleh ECER diimplementasikan- Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika.
  • bandar pembekal tenaga-Setelah pembinaan Empangan Hidroelektrik Tekai siap.
  • bandar kaviar Malaysia-setelah projek kaviar menetaskan telur 4 tahun lagi di Kuala Tahan dan Perlok.
  • bandar transit kerana kedudukan bandar Jerantut yang strategik ditengah negeri Pahang.

Cuma WZWH mahu Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan perancangan bandar Jerantut perlu lebih kreatif, inovasi, cepat respon kepada kehendak pemaju-pemaju untuk sama-sama bergerak laju. Kita lihat bagaimana China memajukan bandar-bandarnya. 

Persoalannya kepada siapa orang Jerantut mahu pemimpin yang mana untuk memastikan kelulusan peruntukan RM190 juta bagi pembinaan dua flyover itu cepat menjadi kenyataan?

Siapa yang mencipta idea-idea ini dan berusaha  untuk mendapatkan kelulusan walau kerajaan menjawab projek sudah lulus tapi wang belum ada lagi atau tidak cukup lagi?

Perlu kah WZWH menjawapnya?



















Ini budak-budak think-tank pemikir strategik Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Masing-masing ada kepakaran masing-masing. Mereka lah jentera sebenar Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

5 comments:

Anonymous said...

2 flyover ni mesti crossing railway kat piggir bandar ni untuk jalan bypass lingkaran dalam Jerantut.Semua tak payah lalu Sungai Jan lagi nak ke Lipis.Betuk tak.Teka je.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

So-so...

Anonymous said...

"Greater Jerantut" patut tumpu ke kawasan menghala Jerantut Feri sebab kawasan tu yang akan jadi sibuk, lalauan utama nanti.Rasanya tanah dah habis booking dah ni.

Anonymous said...

Jerantut besar dari Temerloh dan Kuantan??! Kalau jadi realiti, pada masa tu Temerloh dah lebih maju daripada Kuantan (bila bandar Temerloh dan Mentakab di cantumkan dan pelbagai projek di sepanjang bypass Tloh-Mtkb dibangunkan)dan kuantan dah menyamai Penang sekarang kot..

Anonymous said...

Temerloh dah macam stagnant dah bandar die sebab jambatan Sungai Pahang tu dah tersangat sendat dah.Jambatan ke-2 dah lama patut ada.Dah boleh pindahkan ibu negeri kat Temerloh.Baru adil.Kuantan pun dah selalu banjir.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024