Thursday, August 12, 2010

Piagam Madinah Penyelesai Masalah Kaum

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis dan kontrak sosial yang pertama di Dunia. Apakah kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.

  • Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
  • Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
  • Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Huraian mengenai Piagam Madinah :

  • Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu;

Beberapa aspek utama Piagam Madinah ialah:

  • Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.
  • Semua penduduk hendaklah bersatu-padu, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
  • Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
  • Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
  • Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

  • Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
  • Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
  • Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
  • Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
  • Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
  • Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
  • Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
  • Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
  • Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
  • Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
  • Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Kesimpulan :

  • Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
  • Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
  • Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
  • Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

3 comments:

Anonymous said...

I hardly drop comments, however i did some searching and wound up here "Piagam Madinah Penyelesai Masalah Kaum".
And I do have some questions for you if you do not mind.
Is it simply me or does it look like a few of the remarks look as if they are left by brain dead individuals?
:-P And, if you are writing on other online social sites, I would
like to keep up with everything new you have to post.

Could you make a list of the complete urls of your public pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?



Here is my web page - ranger forum

Anonymous said...

Today, I went to the beachfront with my children. I found a sea shell
and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear."
She put the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and
it pinched her ear. She never wants to go back!
LoL I know this is completely off topic but I had
to tell someone!

Feel free to surf to my webpage - ford ranger forum

Anonymous said...

I was wondering if you ever thought of changing the page layout of your website?
Its very well written; I love what youve got to say.
But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with
it better. Youve got an awful lot of text
for only having one or 2 pictures. Maybe you could space it
out better?

Also visit my page ... http://www.chiflatiron-straightener.com/blog/discover-chi-flat-iron-subsequent/

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024