Saturday, December 10, 2011

Gerai Mamak Pokok Ceri Jalan Bukit Ubi Kuantan

Gerai Mamak Pokok Ceri di Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Rojak dan mee goreng mamak serta minuman cendol membangkit nostalgia.



















Di depan gerai mamak pokok ceri ini , seberang Jalan Bukit Ubi kelihatan Kedai Rakyat 1Malaysia yang baru-baru ini dirasmikan oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Gerai Mamak Pokok Ceri Jalan Bukit Ubi Kuantan terkenal dan mengamit nostalgia. Bagi golongan remaja, rakyat marhein, tidak kira apa latar belakang termasuk anak-anak Raja pasti teringat gerai mamak ini. Sampai sekarang gerai mamak ini tetap ramai dikunjungi.

WZWH masih ingat lagi sewaktu bersekolah menengah di SEMSAS Kuantan pada awal 1980an inilah tempat makan bersama rakan-rakan semasa ke luar ke bandar Kuantan selain Benteng tepi Sungai Kuantan.

YBM TS Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut bila ada urusan di Kuantan kerap singgah di gerai mamak ini kerana mee goreng mamaknya sungguh sedap. Kalau tidak sempat Ku Lan akan suruh drivernya beli tapau bungkus mee goreng mamak gerai mamak pokok ceri walaupun tinggal di Hotel Vistana.

Adik Ku Lan iaitu YM Tengku Azman pun suka makan di gerai mamak pokok ceri bersama kawan-kawan beliau bila turun dari Kuala Lumpur

YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan pun yang suka bermalam di Hotel Hyat bila ada urusan di Kuantan pun suka suruh driver bungkus mee goreng mamak gerai mamak pokok ceri.

Gerai mamak pokok Ceri ini sudah lama sejarahnya. Perniagaan gerai ini sudah bermula pada tahun 1959. Semua peniaga yang asal sudah meninggal kecuali seorang yang sudah tua masih lagi menyelia anak-anak buah.

Tapak gerai mamak ini di atas sebidang tanah kepunyaan keluarga Cina Hock Bee yang dulu merupakan landlord bagi kebanyakan tanah-tanah di bandar Kuantan. Sewanya murah RM100 sahaja sebulan. Dulu RM80. Lebih mahal lagi lagi lesen meniaga gerai MPK RM380.

Sudah ada beberapa pelabur mahu membeli tanah ini kerana dibelakang gerai mamak ini ada beberapa bidang tanah yang masih luas ditengah bandar Kuantan juga kepunyaan keluarga Hock Bee. Tetapi tidak jadi. Semua pelabur ini memberi jaminan kepada peniaga gerai mamak ini bahawa mereka tidak akan kacau perniagaan gerai mamak pokok ceri kerana tahu sejarah gerai mamak dan populariti gerai ini mahu perniagaan gerai mamak ini diteruskan.

Begitulah uniknya gerai mamak pokok ceri Jalan Bukit Ubi Kuantan menjadi tempat makan terkenal orang Kuantan tidak kira golongan pelajar, pekerja 'working class', rakyat marhaein dan anak-anak Raja. Barangkali itu sebab Mendiang Hock Bee berpesan kepada anak cucunya supaya hanya mengenakan sewa tapak gerai itu di atas sebidang tanah betul-betul di tengah bandar Kuantan hanya RM100 sebulan!

Bila WZWH bertanya kepada pengusaha asal gerai mamak pokok ceri yang terakhir di mana pokok ceri kerana WZWH tidak nampak sebatang pun pokok ceri. Jawap mamak tua itu," itu pokok ceri MPK sudah tebang!"

5 comments:

Kutukandewata said...

Masa aku sekolah dulu aku selalu minum cendol selepas sembahyang jumaat di luar masjid.Cendolnya sedap sangat!
Kemudian aku terus pergi kat gerai mamak pokok ceri ni makan roti putih cecah sup kambing mamak ini.apaklah sedapnya.

Nostalgia masa sekolah dahulu teramat indah!

Anonymous said...

jerantut pun ade keee. semua limchap sapuuuu

Anonymous said...

rindu nak makan sup kambing cicah roti...tak pun mee goreng mamak..dulu kalau ponteng sekolah..mesti gi pekena mee goreng..ketagih la...tapi lama dah tak jumpa tokey tuh...mana yerk?

Rohani Hamid said...

.Kalau balik Kuantan mesti singgah situ.

Unknown said...

kat mana ye kedai ni... mcm teringin nk try..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024