Thursday, December 8, 2011

Projek Jalan Sungai Lembing -Jerantut Menjadi Kenyataan!



Cadangan pembinaan Jalan Sungai Lembing-Jerantut dijangka dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di kedua-dua kawasan tersebut yang kini telah DILULUSKAN oleh Kementerian Luar Bandar.

Ini kerana kedua-dua kawasan itu mempunyai tarikan tersendiri iaitu Sungai Lembing terkenal dengan bekas lombong bijih timah terbesar dunia manakala Jerantut popular dengan Taman Negara di Kuala Tahan.

Cadangan pembinaan jalan yang dikemukakan sejak tahun 1985 itu bukan sahaja dapat menjimat masa dan kos tetapi meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini.

Dengan pembinaan jalan itu, pelancong hanya mengambil masa kira-kira 40 minit berbanding tiga jam pada masa ini.

Sepanjang jalan antara Jalan Sungai Lembing-Jerantut, pelancong akan melalui kawasan peranginan yang terdapat lebih 20 air terjun dan sungai yang menarik dan ada antaranya masih belum diteroka.

Kerajaan telah memasukkan projek Jalan Sungai Lembing-Jerantut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Selain merancakkan sektor pelancongan, projek tersebut dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat di sepanjang jalan tersebut iaitu di Sungai Lembing, Lepar Utara dan Jerantut Feri.

Projek yang dijangka menelan kos sebanyak RM300 juta ini mendatangkan banyak manfaat kepada penduduk di sekitarnya dan negeri.

Dalam pembinaan projek jalan tersebut, kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada kawasan bukit dan gunung terutama kawasan tadahan air bagi mengelak sebarang bentuk penerokaan kerana akan memberi kesan ke atas alam sekitar.

Dengan terbinanya projek jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti ini bermakna orang Ipoh boleh terus ke Kuantan nanti tanpa lalu Karak highway. Ipoh-Cameron Highlands-Sungai Koyan-Lipis-Jerantut-Sungai Lembing-Kuantan dan kalaulah jalan Ulu Tembeling-Terengganu boleh dilaksanakan,orang Terengganu bolehlah ke Kuala Lumpur tanpa lalu Kuantan dan jika ada jalan Ulu Cheka-Bentong, lagilah mudah perhubungan Dungun-Jerantut-Ulu Cheka-Bentong-Kuala Lumpur

Secara tak langsung Jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan orang timur dan barat.Tapi boleh ke PM Najib beri peruntukan kepada kita orang-orang Jerantut yang sudah lama ketinggalan ini? WZWH harap blog WZWH boleh  jadi suara rakyat Jerantut untuk bawa idea-idea ini kepada PM Najib.

Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting. Kalau tengok kat peta memang patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan. Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu. Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut. Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Harap semoga  cadangan-cadangan ini akan menjadi kenyataan.

20 comments:

Anonymous said...

WZWH: SEBELUM JALAN JERANTUT-SG LEMBING MENJADI KENYATAAN.....JADIKAN JALAN KUALA TAHAN KE KG PAGI-BANTAL-MAT DARLING SELAMA INI MENJADI IGAUAN.
WZWH JANGAN JADIKAN JALAN JERANTUT-SG LEMBING MENJADI MIMPI NGERI DAN ATAU MENGIGAU DI SIANG HARI

Anonymous said...

bodo bebeno anon di atas ni..kan jalan tu tengah buat..baghal tak habis2,suruh g tengok taknak, bila org bgtau xnak percaya, talengong linkun betoi..
jgn pesimis sangat..

-MIKAWA BUNSHI

Anonymous said...

pelacong juga boleh melihat secara live aktiviti penebangan balak dan industri balak yang akan wujud disepanjang tersebut nanti .... wzwh dan si dompok bolehlah menjadi pemandu pelancong kepada pelancong2 yang ingin melihat industri ini secara dekat kerana kepakaran mereka berdua dalam bidang ini .

Anonymous said...

Tahniah .. ini sepatutnya dilakukan 10 tahun dulu lagi.. tapi tak pe perlu diteruskan segera..untuk kemajuan Jerantut. Baru laa Jerantut pesat membangun. Kena terus segera sementara PM orang Pahang ni kalau tak mungkin melapas lepas ni..

Anonymous said...

Tahniah WZ pedulikan apa orang nak kata, yang penting jalan Jerantut ke terengganu, ke Kuantan dan ke Bentong di teruskan dan berjalan lancar tanpa tergendala. Ini penting untuk kemajuan Jerantut apabila org Terengganu Ipoh mula guna laluan ini untuk kemudahan semua. Sektor pelancungan akan meningkat. Ini yang saya dah kata dari dulu lagi. Jalan utama penting untuk perhubungan dan kepasatan Jerantut. Syabas..

Anonymous said...

Bergeliga jugak otak tuan penasihat Jerantut ni.. Tak sia-sia belajar sampai UK. Patut buat Highway 1 Bentong-Jerantut-Kuala Terengganu. Highway 2 Kuantan -Jerantut - Kuala Lipis - Kg Raja Cameron - Ipoh. Baru laa maju. Senang orang bandah nak melawat air terjun dan Taman Negara.. org bandah dah boring dah main kat Sunway Lagoon tu eh.. cuma sekaran ni nak pergi mandi air terjun jauh sangat..

Kutukandewata said...

Buat kerja,orang nak mengata dia punya pasal.sebab memang kerja dia orang.Siap aje jalan tu orang yang sibuk guna jalan tu gerenti orang yang kuat mengata tu.
tengok pembangkang lah kutuk kedai rakyat i malaysia tapi dia oranglah yang sibuk membeli belah di situ.sape tak nak barang murah weiii!

Relevan said...

terbaek !

Borokpolitikweh said...

teruskan adinda..

Anonymous said...

jerantut ke ipoh kuala terengganu kuantan dan kuala lumpur jadi lagi dekat.untung orang jerantut sebab jerantut ni strategik cuma takde infrastruktur je.

Anonymous said...

Lepas ni Temerloh ngan Mentakab pulak jadi bandar koboi kalau macam ni.

Anonymous said...

Jalan Benta-Jerantut-Maran apa cite pulak?Banyak pulak projek jalan baru kat Jerantut bila nak pilihanraya ni ye.hhehehe

dobit127 said...

RMK10...
Xpe.. Kita tunggu... Jangan jadi macam jalan Maran- jerantut-Benta yang dalam RMK8 sampai sekarang tak siap2 lagi...
Xpe lah.. Janji perancangan dah ada dan yang paling penting lulus...Lama2 dia buat jugak...

Anonymous said...

Pemipin takdok iran dia ko amno ko kaloh,hok peting prujik bulih sokmo dapat masuk dalan dun tahan. Pas pru 13 nih senang2 nak meliwat kawasan nok tunjuk dio sokmo buat keja. Bulih lagi naik helikopter, naik mutur terbang atah batu sebab elaun yb dah naik 100% dari rm5,000 - RM5juta bile ade prujik.

Melayu militan said...

Anon di atas otak bangang,negatif thinking!Kuat tabur prasangka buruk.Kuat buat fitnah.Kesian mak dia dapat anak terencat akal macam dia ni!!!!!!

Anonymous said...

Anon 9:39,anon 11:57 anon 12:24, ketahuilah kamu hanya 3 ekor berok busuk hati takde tamadun & pendusta umno,kerna dari 15 komen di atas kamu hanya 3 ekor yg nampak jenisnya busuk hati,maka teori2 kedai kopi dr mana kumpulan kamu ini adalah tepat!yakni serpihan antu raye tak bertuan yg merayau meroyan...12-3 sekali kono,amekaww..kikiki..slmt brjuang la kamu dgn labu-labumu..

Anonymous said...

apa apa pun jgn kasi Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil Wan Abdul Jalil tu terlibat.kaki tipu dan temberang yg merosakkan nama baik umno jerantut

Nizam said...

Bila nak buat ni??

Sekarang ni, jauhla orang Ipoh nak ke Kuantan & Orang KL nak gi Terengganu. Krem punggung duk dlm kete / bas.

FaizalRSD said...

Sejak 20 tahun dulu pun kawasan yg bakal dilalui oleh projek jalan ni nanti memang kawasan membalak.Xpayah tunggu projek ni jalan.Saya sangat sokong projek ni tapi bukan untuk dilalui lori balak dan treler sawit 40 tan.Hancur lebur jalan ke kampung saya.

FaizalRSD said...

Sejak 20 tahun dulu pun kawasan yg bakal dilalui oleh projek jalan ni nanti memang kawasan membalak.Xpayah tunggu projek ni jalan.Saya sangat sokong projek ni tapi bukan untuk dilalui lori balak dan treler sawit 40 tan.Hancur lebur jalan ke kampung saya.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024