Friday, July 20, 2012

DS Najib Lancar Skim Bantuan Kasih Felda di DUN Tahan



















Hari ini DS Najib melancarkan Skim Bantuan Kasih Felda di Felda Padang Piol DUN Tahan parlimen Jerantut. Ini bantuan membaikpulih rumah di kampung tradisional berdekatan Felda.

DS Najib mengumumkan:

  • Bantuan Kasih Felda RM5000 sebuah rumah berjumlah RM2.5 juta untuk kampung-kampung tradisional berdekatan.
  • Peruntukan rumah generasi ke dua Felda Padang Piol RM25 juta.
  • Peruntukan RM2 juta kepada SMK Padang Piol.

DS Najib juga menyatakan durian runtuh RM5000 bagi isteri peneroka yang akan dibayar semasa bulan Ramadan. Itu tidak termasuk duit raya. Lain-lain pengumuman menarik akan DS Najib umum nanti.

DS Najib mahu semua permohonan pinjaman membesarkan rumah tanpa feadah RM40,000 diluluskan kepada semua permohonan peneroka secepat yang segera.

DS Najib berkata penyenaraian Felda untuk kebajikan peneroka. Felda go global dan menarik pelabur luar.

DS Najib memberi jaminan keutamaan peneroka didahulukan. Hanya ada satu Felda di dunia.

DS Najib mahu Felda Padang Piol menjadi kubu kuat BN di DUN Tahan pada PRU 13 nanti.

Turut hadir TS Isa Samad Pengerusi Felda, Dato' Ahmad Maslan Penerangan, dan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.

8000 peneroka dan penduduk DUN Tahan menghadiri Majlis Pelancaran Skim Bantuan Kasih Felda.




















Antara sebahagian 8000 peneroka dan penduduk DUN Tahan yang hadir.



















DS Najib di Kampung Air Itam melawat sebuah rumah yang diberi Skim Bantuan Kasih Felda.



















DS Najib meletakkan cermin di sebuah rumah Skim Bantuan Kasih Felda.



DS Najib mengangkat atap untuk dipasang di perkampungan Orang Asli Batu 10.

DS Najib memasang atap disebuah rumah Orang Asli di Kampung Batu 10.


DS Najib PM kesayangan rakyat. Beliau sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Felda Padang Piol. Sebelum itu DS Najib berehat dirumah seorang peneroka Felda Padang Piol.


Doa selamat untuk keberangkatan pulang DS Najib PM.

DS Najib mengaku beliau banyak memanjakan peneroka dengan berbagai bantuan. Peneroka Felda perlu sedar dan menghargai jasa baik DS Najib.

DS Najib tahu ramai orang kampung tradisional tidak puas hati.

Bukan sahaja kebajikan peneroka malah generasi ke dua Felda turut dilimpahi kenikmatan dari Felda dan Kerajaan BN.

Bagaimana dengan orang kampung tradisional dan generasi kampung tradisional?

DS Najib ada menyatakan hasrat mahu melawat Kampung Ulu Tembeling.  WZWH pun menunggu apa pula pengumuman DS Najib nanti di Kampung Ulu Tembeling.

DS Najib sedang memikirkan sesuatu untuk kampung tradisional....

9 comments:

Anonymous said...

Bila agknya DS Najib nak ke Ulu Tembeling? Nak sangat rasanya tengok DS Najib naik bot.

Anonymous said...

.....murid2 buat ayat dari perkataan berikut...bola.hari-hari cikgu main bola. tidur.... hari-hari cikgu tidur....ponteng....hari-hari cikgu ponteng...mmmm...kesian betul anak murid.....ponteng lagi cikgu koi ni

Anonymous said...

Najib buat org kampung n org felda mcm budak kecik. . Digulakan saja. .org felda n org kg diperbodohkan saja oleh si najib ni. . Kesian . . Janji tetap janji. . Tunai nnt dulu. , rakyat didahulukan (dikenakn. . )

Anonymous said...

Bila Tun Razak membuka peta Pahang, beliau melihat sesautu yang besar.Ekonomi Dan Keselamatan untuk rakyat. Semua dapat untung samaada Melayu, Cina Atau India.
Begitu juga yang miskin dan kaya.
Hasilnya terbukalah Felda Gugusan Jengka, Cini,
Pancing, Bera, Bera Selatan, Lepar dan sebagainya.
Ia adalah satu visi yang hebat dan mantap untuk
semua rakyat termasuk luar Pahang.
Hingga terbentuk block orang Ulu Tembeling Di
Felda Pancing dan Felda Lepar.

Tetapi DNJ datang ke Jerantut dengan membawa
Visi yang amat kecil. Untuk menghulur duit poket Dan bantuan asas.
Perkara ini boleh dilakukan oleh Kebajikan, JKK, Adun dan DO.
Jangan buang masa DNJ untuk pegang tingkap Dan
atap.
DNJ kena melihat perkara yang besar. Bagaimana nak mengecilkan Daerah Jerantut yang besar. Bagaimana nak menghubungkan setiap kampung dalam Dearah Jerantut dengan Bandar Jerantut.
Tidak seperti ketika ini. Jarak begitu Jauh disebabkan oleh infrastruktur dalaman yang teruk.

Setiap Rakyat Asal perlu kemudahan Dan jalan singkat untuk ke Bandar Jerantut. Ini menyebabkan
mereka Lebih produktif untuk mengerjakan tanah
mereka yang hanya 2-3 ekar dan ini Akan menaikikan ekonomi setempat.

Jangan hanya memikirkan produktif Dari sudut negara baru nak beri peruntukan tapi fikir juga dari segi kesejahteraan rakyat.

Salam Ramadhan.

putera_cekak said...

G padang piol naik helikopter,mane rasa jalan yang dilalu rakyat setiap hari. Saya mencadangkan pemimpin2 besar lain kali kalau nak melawat mana2 tempat di malaysia ni datanglah naik kereta. Baru blh rasa susah dan senang rakyat.

Anonymous said...

Sonang je,
Orang Batu Balak,
Jomput Felda buet ladang dokat situ
Nanti adolah jambatan dokat Labu.

Anonymous said...

Tak rasa malukah ADUN Tahan bila DS Najib terpaksa memasang cermin,menghulur atap dsb (saje nak menunjuk )bahawa masih wujud lagi masyarakat yang terabai dan diabaikan oleh YB Adun Tahan.Ini menunjukkan YB-Yb tak prihatin nasib rakyat bawahan,kalau tidak benda-benda ni tak wujud lagi di zaman RAKYAT DIDAHULUKAN !

Anonymous said...

SENARAI PERDANA MENTERI DAN GELARAN.

1)Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj( BAPA KEMERDEKAAN )

2)Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein ( BAPA PEMBANGUNAN )

3)Tun Hussein bin Dato' Onn
( BAPA PERPADUAN )

4) Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
( BAPA PERMODENAN )

5)Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
(BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN/BAPA MERTUA)

6) NAJIB (BAPA PENGUMUMAN )

Anonymous said...

kesian...kesian..kesian...gula2 PRU la katakan...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024