Wednesday, August 1, 2012

Bravo Hishamuddin! Rafizi Ramli Dicekup Polis 'Akta ISA'?



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap polis pagi ini di Balai Polis Hulu Kelang setelah Bank Negara secara rasmi membuat laporan polis terhadap beliau.
Rafizi kini dibawa ke Mahkamah Magistret Shah Alam untuk didakwa dibawah Akta Bank dan Insitusi Kewangan  1989.
Peguam N Surendran Naib Presiden PKR mengesahkan tangkapan itu berkenaan dengan pendedahan NFC membabitkan sama Johari Mohamad yang mana kerahsiaan kewangan bank syarikat didedahkan.
Rafizi Ramli adalah akauntan yang dilatih di England tapi kurang memahami Akta-Akta Syarikat dan Bank Malaysia.
Bravo Hishamuddin! Menteri KDN.

Terima kasih Zeti Aziz Gabenor Bank Negara yang mengajar ahli politik Malaysia bahawa undang-undang yang digubal oleh ahli parlimen itu di Dewan Rakyat adalah perlu dikuatkuasakan.

Masyarakat korporat Malaysia lega kerana Akta Bafia ini melindungi kerahsiaan strategik perniagaan mereka dan penangkapan dan pendakwaan ke atas Rafizi Ramli ini menambah keyakinan pemain korporat dan pelabur asing.

19 comments:

Anonymous said...

Apa ada pada dunia.

Anonymous said...

Malaysiaku pelik...ckp salah..senyap subahat...

Anonymous said...

Setelah di kaji isu yang dilaungkan oleh PR,banyak kebenaran dari kepalsuan..

Anonymous said...

Kita mesti tahu undang undang dan siasatan harus dilakukan terhadap Rafizi.

" My cat died and i blame UMNO" -dinoscots

Anonymous said...

memang Rafizi salah ikut akta Bafia ... memang patut rafizi kena penjara disebabkan isu itu lembu ini .

Tapi jangan lupa isu lembu ini masih tak selesai .....

Anonymous said...

BRAVO RAFIZI . AKU BET KO DULU MASUK PENJARA DARI LAKI SHARIZAT TU ....KES KO LEBIH KUAT DARI UNTUK DIDAPTI BERSALAH DARI KES LAKI SHARIZAT .... KES KO DAH MEMANG ADA BUKTI KUKUH . TAPI KES LAKI SHAHRIZAT UMNO MASIH PERTAHANKAN ....

Anonymous said...

Harap2 rafizi dibebaskan dari tuduhan krn dialah harapan anak muda nak beli kereta dengan harga lebih rendah...Dia janji nak turunkan harga kereta...

Caiyok2222...

Anonymous said...

UMNO ni memang otak terbalik. Orang yang buat lapuran polis di tangkap, yg bkena lapur boleh lepas. Dulu pelajar Kelantan dapat 20A dlm SPM dan pelajar johor dapat 18A tapi best studentnya ialah pelajar Johor. Memang otak terbalik termasuk WZWH pun terbalik jug otaknya kerana gembira sgt bila org yang nak selamatkan dgn membongkar penyelewengan UMNO, ditangkap sehingga kata BRAVO. Memang UMNO dan penyokong UMNO mcm WWZWH otaknya dah terbalik.PR nak hapuskan PTPTN dan bagi mahasiswa belajar percuma dengan hanya mengorbankan sekitar 5 bilion shj wang negara. UMNO termasuk PM kata negara akan bangkrap. Sebab 80 bilion duit untung minyak-5 bilion, jawapanya bangkrap tapi budak sekolah rendah kata tinggal 75 bilion.itulah otak terbalik yg ada pada UMNO.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 2:47,
WZWH sebagai warganegara Malaysia mahu undang-undang ditegakkan. Kesalahan melanggar apa-apa Akta perlu didakwa dan dihukum pesalah itu. Rafizi Ramli breach Akta Bahia. Bank Negara buat report polis maka Rafizi perlu menanggung risiko. Jika bersalah 3 tahun penjara atau denda RM3 juta atau kedua-dua sekali!

Anonymous said...

Apa yang dilakukan Oleh kerajaan,
Tidak mengubah
Anggapan Rakyat kepada kerajaan.

Anggapan ini tidak berubah sejak 8 tahun yang
Lepas. Malah makin bertambah ramai yang
Menpunyai tanggapan yang serupa.
Saya percaya satu masa nanti, Wan Akan berkongsi
Tanggapan yang serupa. Insyaallah.

Tanggapan seperti itu tidak pernah berubah.
Bagaimana mereka melihat.
Bonus tiap tahun
Duit raya
Duit saku
Saham seciput
Saham felcra
Duit buku
Peluang melancung ke Medan
Duit tayar
Dan sebagainya.


Semua Di atas adalah sekali-sekala. Atau gula- gula.

Semua Di Atas tidak termasuk dalam tanggapan Dan
Sebab itu Bend sentiasa Sukar tahun Demi tahun.

Kami tidak pernah berubah.

Anonymous said...

Saya juga bersetuju dgn WZWH bukan kerana dia UMNO atau sebaliknya...cuma kita ada undang2x maka perlu ada peraturan. Dalam Islam kita juga ada perkara halal haram juga dikatakan undang2x. Manusia perlukan undang2x utk hidup...
Boleh tak kita bangunkan nagara ini tanpa undang2x..? Rafizi sepatutnya menggunakan Akta yg ada yg boleh digunakan utk memperjelaskan isu NFC dari menjaja cerita didlm ceramahnya. Buat laporan Polis dahulu atau saman menggunakan undang2x yg ada.
Saya kira Rafizi perlu belajar dari Anuar bagaimana utk menjelaskan isu sebegini kerana Anuar tidak pernah dikenakan tindakan dibawah Akta Bahia ini atau Rafizi telah dipergunakan utk kepentingan seseorang.

Anonymous said...

Di gunakan untuk membongkar pengkhianatan duit rakyat lebih mulia dari digunakan sebagai alat merompak duit rakyat untuk kekayaan kroni...

Aku berharap agar semua rakyat termasuk ahli pakatan atau umno/bn berani membongkar pengkhianatan wang rakyat. Selamatkan wang rakyat dari di rompak oleh penyamun musang berbulu ayam...

Durian Gugur said...

Hu3 ,ambik bola dan lambung atas air,bola akan melambung ke atas.lepas tu ambil bola tekan sedalamnya dalam air,bola akan melambung lebih tinggi,
Begitulah kehidupan,makin ditekan makin menyerlah..
jika diteruskan situasi ini,ia akan menjadi lebih hebat.teringat cerita komik pedang setiawan,hikmat peringkat tertinggi ialah "mendedahkan kelemahan untuk menghancurkan lawan".

Di ketika ini siapa yg menekan dan siapa yg ditekan.fikir-fikirkn lah.
kpd rafizi - teruskn perjuangan
Kpd wzwh - teruskn menulis.

Quiet Despair said...

Alhamdulillah. Bagus.
Yang bocorkan dokumen kepadanya pun patut dicekup.
It's a breach of trust.

Anonymous said...

Ayat bagus dari Dr Asri

Tidak pelik jika pencuri telur Di dakwa

Cuma pelik jika dalam masa yang sama pencuri
ayam, kambing dan kerbau Di biarkan bebas
Berkeliaran.

Ayat bagus dan benar untuk situasi masa Kini.

Anonymous said...

Jangan lupa lembu lembu itu bukan diberi percuma .Pinjaman itu harus dibayar .Terpulang pada penternak itu bagaimana mereka optimisekan loan itu to get sufficient return for payback.Rafizi harus beretika.Apa nak buat politik tidak kemal etika demi kuasa.

Scorpion

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan..kalo' ikut Persepsi Undang-undang..Bank Negara Betul dan kome Sokong 100% ..Rafizi patut kena dakwa atas Bafia. (tapi kalo tak silap, ikut Bafia..CITOS pun patut kena dakwa ..ha ha ha).

Tapi kalo ikut persepsi masyarakat..mungkin Bafia ini berat sebelah, kerana isu Ternak Lembu belum selesai tapi jagoannya telah didakwa..

Walaumacamane spin pun, kenyataan "Menggunakan Duit Rakyat untuk Ternak Lembu, tapi beli KONDO" akan menghantui UMNO, selagimana Najib masih LEMBIK. Isu ini tak terpadam dengan penangkapan Rafizi.

Begitu juga dengan isu Gorge Kent..Satu Rafizi masuk Penjara, berbelas Rafizi diluar sana akan mendedahkan Kelemahan Najib. Pokoknya, kalo UMNO mahu kuat, Najib kena makan lebih Tongkat Ali, Genseng, atau Habatus sawda ..ha ha ha.

Anonymous said...

Like 10.02 am

Anonymous said...

Berapa ramai CEO institusi kewangan kt Malaysia ni yg dah patut kena soal @ tangkap under akta BAFIA ntah....tetiba si rafizi plak yang kena....org yang report penyelewengan, bukan buat penyelewengan....dah la...jangan tipu rakyat lagi la...bosan la....ingat rakyat takde pendidikan n kesedaran ke? hormat la orang yang beri undi ni....amanah dan tanggungjwb....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024