Bendera Kesultanan Sulu dikibarkan di Kampung Tanduao, Lahat Datu Sabah.
Anwar Ibrahim kata Kerajaan Malaysia terlalu lembut menangani isu pencerobohan Lahat Datu. Itu bermakna kalau Anwar Ibrahim jadi PM sudah tentu 2 bot penceroboh Sulu Filipina itu terus ditembak sebelum sampai ke perairan Malaysia.
Anwar Ibrahim pergi lebih jauh dengan mengatakan Najib lah yang sponsor pencerobohan ini bagi menjadikan isu untuk menang PRU 13.
Walaupun laporan awal Reuters memetik sumber Filipina menyatakan Anwar Ibrahim terlibat namun Anwar Ibrahim menafikannya dengan keras.
Begitu juga laporan berita dari negara jiran dan luar negara banyak memperlekehkan Malaysia sebagai negara lemah dan hilang kedaulatan serta tidak berupaya mempertahankan Sabah.
Ada juga rakyat Malaysia yang mempersoalkan apakah Menteri Pertahanan dan Menteri KDN tidak berfungsi dalam menangani isu Lahat Datu.
Bila membicarakan isu ini WZWH lebih memandang kepentingan negara lebih di atas dari kepentingan BN atau Pakatan Rakyat.
Sudah tentu Zahid Hamidi telah ditaklimat oleh tentera dan perisik Malaysia bahawa penceroboh cuba memasuki perairan Malaysia.
Sudah tentu Hishammudin sudah dibrief oleh polis bahawa penceroboh telah memasuki Lahat Datu.
Protokolnya jelas Zahid Hamidi dan Hishamuddin tentu sudah memberi arahan tembak kepada penceroboh TAPI WZWH percaya DS Najib tidak bersetuju kerana geniusnya DS Najib menangani isu Lahad Datu.
Kita bercakap tentang 180 anggota penceroboh kalau ikut sumber perisikan Filipina. kalau ikut Sultan Kiram pula 400 orang lengkap bersenjata.
Jika polis atau tentera Malaysia menembak habis mati kesemua penceroboh ini akan mengakibatkan tindakan balas dendam dan serangan gerila berterusan dari pejuang Tausug Sulu dan Tawi-Tawi.
Ini akan dijadikan alasan oleh pejuang Tausug dari kepulauan Sulu dan Tawi-Tawi memceroboh perairan Sabah.
Sepertiga penduduk Sabah adalah terdiri dari kaum Tausug yang mungkin tidak suka kalau cara kekerasan diambil oleh kerajaan Malaysia. Ini boleh mengakibatkan pemberontakan samada di peti-peti undi PRU 13 tidak menyokong BN atau bekerjasama dengan gerila Tausug Sulu.
Imej DS Najib sendiri sebagai tokoh pendamai persengketaan 40 tahun MILF dan kerajaan Filipina akan tercalar jika pertumpahan darah berlaku di Lahat Datu.
Walau nampak pendekatan kerajaan Malaysia ini lemah di mata negara jiran dan dunia namun itulah pilihan terbaik.
Pembangkang menjadikan isu ini sebagai alasan terbaik bahawa kerajaan gagal menjaga keselamatan Sabah.
Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana maka Sabah akan menjadi tidak stabil dan aman serta senario yang lebih teruk membolehkan campurtangan asing yang akhirnya Malaysia akan kehilangan Sabah.
Tentera Malaysia boleh terus menembak bot-bot pejuang Tausug itu tapi sengaja membiarkan tentera Diraja Sultan Kiram masuk ke pantai Lahat Datu berkampung di Tanduao kerana mahu tahu siapa sebenarnya yang mengarahkan mereka dengan kawasan dikepung 300 meter parameter oleh polis.
Yang penting siapakah yang membiayai operasi pencerobohan tentera Diraja Sultan Sulu ini?
Siapa lagi kuasa besar yang terlibat dan apa motif operasi ini?
Adakah ini satu cara untuk mengulingkan kerajaan BN yang paling lama memerintah dalam dunia?
Menurut Sultan Kiram, pencerobohan itu bukan berniat mahu mencetuskan peperangan cuma rundingan negosiasi bagi kepentingan bersama yang gerombolan itu diketuai oleh adik Sultan Kiram sendiri.
Mengikut undang-undang negara dan antarabangsa tindakan tentera Sultan Kiram itu salah tapi Sultan Kiram kata rakyatnya hanya melawat tanah pusaka nenek moyang Kesultanan Sulu!
Rakyat Malaysia tidak akan faham alasan ini hanya golongan feudal faham.
Yang sebenarnya Sultan Kiram ini tahu DS Najib faham sangat kehendaknya...sewa setahun kerajaan Malaysia bayar kepada waris Kesultanan Sulu ialah sebanyak RM6000 ( USD1500 ) setahun!
Yang Malaysia bayar itu ialah 'cession money' bagi wilayah Sabah yang terlepas kepada Malaysia.
Malaysia kena bayar lebih. Malaysia perlu bangun dan majukan Kepulauan Sulu,Tawi-Tawi, Basilan, Palawan dan Zamboanga
Kalau dibagi pilihan Sultan Kiram ini mahu jadi Sultan Sabah dan masuk Persekutuan Malaysia tapi Filipina akan menjerit tidak mahu Kepulauan Sulu dan Tawi-Tawi masuk Malaysia bimbang pulau Mindanao pun mahu masuk Malaysia!
Negosiasinya mudah kerajaan Malaysia kena bayar sewa tahunan banyak sikit kepada Sultan Sulu. Tapi soalnya kepada Sultan Sulu yang mana? Ada banyak waris Kesultanan Sulu.
Permasalahan di Lahad Datu mesti diselesaikan secara 'tarik rambut dalam tepung...rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakan". Andainya tepung berselerakan, maka haruslah kita semua bersedia untuk berhadapan dengan musuh-musuh yang sekarang ini mengharap sangat terjadinya huru-hara bermula di Lahad Datu ini yang boleh merebak ke keseluruhan nusantara ini.