Friday, February 15, 2013

GM 13 Jangan Buang Masa Di Pekan, Mari Datang Ke Jerantut!



Selepas video ADUN Pulau Manis menegur sekumpulan mahasiswa @ Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM 13) , pertembungan GM 13 yang agresif berkempen tolak DS Najib di parlimen Pekan sudah pasti tegang hostile bila berdepan dengan penyokong PM.

Posting blog PDO sila klik sini dan blog Pahang Selamat Rakyat Nikmat sila klik sini memperlihatkan realiti politik yang dihadapi oleh GM 13.

GM 13 mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam PRU akan datang.

Calon mereka itu akan diumumkan sebaik sahaja PM mengumumkan tarikh pilihan raya.

Mereka kini sedang menimbangkan beberapa orang daripada kalangan mereka untuk berdepan presiden UMNO itu dalam pertandingan satu lawan satu.

Tindakan bertanding di kawasan kubu kuat perdana menteri itu bagi menunjukkan sentimen mahasiswa yang didakwa menolak pentadbiran DS Najib Razak.

Kumpulan mahasiswa dengan kekuatan jentera seramai 500 orang itu akan berkempen dengan membawa isu melibatkan golongan pelajar.

Program 'Mahasiswa Turun Pekan' bermula 11 hingga 17 Februari depan untuk "mendekati dan memahami jerih perih kehidupan rakyat".

Tapi apa WZWH lihat isu utama yang dibawa ialah kerajaan BN Zalim dan DS Najib mesti ditumbangkan.

Ternyata dibelakang GM 13 ialah parti pembangkang sebenarnya.

GM 13 yang mahu bertanding mencabar PM DS Najib di Parlimen Pekan dalam PRU hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal'.

Mahasiswa lain jangan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.

Ini merupakan agenda pembangkang memperalat mahasiswa bagi kepentingan politik.

kedudukan DS Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.

Mengapa mahasiswa yang menjadi mangsanya dalam perkara ini, tiada masalah bagi mahasiswa terlibat politik dan mahu bertanding pada PRU akan datang, tetapi janganlah begini jadinya. Kumpulan itu perlu menunjukkan politik yang matang berpaksi demokrasi yang sebenar.

Bertanding di suatu kawasan adalah untuk membela nasib rakyat seperti apa dilakukan DS Najib, bukan bertanding hanya kerana mahu memperlekeh PM atau menyatakan rasa tidak puas hati. Ini bukan demokrasi matang yang sebenar.

WZWH mahu mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut pembangkang, fikir secara logik tentang sesuatu isu yang ditimbulkan.

Jangan biarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' pihak yang ingin memerah keringat anda. Mahasiswa ini tunjang masa depan negara, jadi mereka kena mula bertindak sebagai tunjang bukan perosak negara.

Walaubagaimanapun WZWH simpati juga dengan 'layanan kasar' yang diterima GM 13, mungkin ada yang trauma dan terkejut dengan reaksi penyokong 'hardcore' DS Najib di parlimen Pekan.

Beginilah GM 13 jangan buang masa di Pekan, mari datang ke Jerantut. Kalau mahu "mendekati dan memahami jerih perih kehidupan rakyat" datanglah ke parlimen Jerantut terutama DUN Tahan.

Anda semua GM 13 akan dijamu dengan makanan yang enak-enak dan bebas menyatakan pandangan politik anda. Hanya Jerantut sahaja ada budaya 'intellectual democracy'. Anda semua tidak akan dimaki dan ditampar serta diugut parang.

Tunjukkan intellectual dan pidato anda semua GM 13 di parlimen Jerantut, WZWH mahu dengar...

Itu belum lagi ADUN Tahan yang boleh berdebat dengan 3 orang Phd sekaligus dengan term-term yang orang Phd itu pun tidak pernah dengar!

Welcome GM 13 to Jerantut....

45 comments:

Anonymous said...

ADUN Tahan tue memungko je kuat.. Ajok borok tak penoh nok kaloh..

Sekali kas lepak dengan dia di Feri, dikabornya dia pernah bawak kapal terbang jepun..

Masa kecik dulu la!

Anonymous said...

ADUN Tahan memang hebat semua dia tahu yang org tau memang dia lagi tau kalau orang tak tau lagi kuat dia tipu. Tengok la dia belajar sampai mana nak banding dengan awak wak zurik jauh la..... sebab tu dia boleh jadi YB 1 DUN tahan kena tipu...

Anonymous said...

Klu kamu dipihak yg benar, mengapa peduli sangat dgn GM13 ni...mengapa kamu menggunakan pendekatan ala samseng. Pemimpin jenis apa puak2 kamu ni wan.

Klu kamu hebat, sila buka gelanggang dimana2 saja, balai raya atau masjid dan pakat dgn bebudak yg kamu cop berhingus tu utk berdebat...




Anonymous said...

Setuju dgn Anon 7:48. Lagi satu, setiap kali ada pihak menyuarakan ketidak puas hati pada pihak kerajaan dikatakan jadi alat pembangkang. Org asli bantah org ambik tanah depa kat MB Dato Nan dikatakan alat pembangkang. Mahasiswa bantah kata alat pembangkang. Cuba le dok dengor masalah depa tu, bawak bingcang ke, bawak bahas ke, tak rugi nya. Belagak samseng, dah lah org tak suka, jadi benci lagi ada.
Sombong benor org UMNO ni... Rasa depa boleh menang dgn undi ahli UMNO aje agak nya.

Anonymous said...

Cantek tu....Gerakan Monyet PRU 13 (GM 13), turun ke Pekan dari hutan Pulau Manis.  Padan muka Monyet ini...nak meliar dan nak buat kotor bandar Pekan pula. Tak puas makan kot! Kalau tidak dihalau dengan pisang monyet ni akan kotorkan bandar Pekan pula. Terbalik lah tong sampah dan monyet ni akan tinggalkan tahi juga. Ada pula orang Pas menjaga monyet ini? Ini misti monyet Pas, kerana seratus peratus monyet ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Lupa lah!! monyet ini mahasiswa.

Anonymous said...

Wan takyah buang masa dengan puak ni. Baik wan tumpukan masa melobi untuk jadi calon Jerantut.

Anonymous said...

Hai mahasiswa Najib pon takut? Najib ohh Najib mula pergi telur jantan mu ini. Debat takut,PRU13 pun takut,ceramah pembangkang pon takut.Najib pondan ke macam sepupu hishammuddin?Kelakar betul PM ni.

sang sapurba said...

UMNO BELA ANJING(MCA)PAS BELA BABI(DAP).

ANJING BOLEH JAGA RUMAH,KEBUN DAN TUANNYA.KEADAAN JADI SELAMAT SIKIT.

BABI KUAT MAKAN.HABIS TANAMAN TUANNYA DISONDOL LICIN.TUANNYA JUGA YANG RUGI SEBAB ORANG KAMPUNG MENGADU KEBUNNYA DIGANGGU BABI.

ORANG KAMPUNG MARAH LALU BERPAKAT MEMBELA ANJING UNTUK MENGAWAL BABI DAN TUAN BABI.

Anonymous said...

Anon 2:14 PM
Apa ni bro! siapa yang betul pondan, tanya Siaful, Azizan dan lain. Ini tidak boleh kelakar kerana saudara mu tu kaki betul. Najib ada buah jantan tapi saudara mu Anwar ada biji betina saja.

Kampong man said...

Salam semua,

Wan harus jangan ambil pusing GM 13 ini.Puau Manis bukankah tempat ADUN UMNO Sakmongkol dulu ?.Tidak ada sebab GM 13 membuat lawatan berkempen di Pekan selain saperti juga Sakmongkol yang gagal dipilih Najib bagi kali kedua.Biarkanlah Sakmongkol yang tidak pernah berpuas hati dengan Najib mengutuknya berterusan.Siapalah Sakmongkol jika di bandingkan dengan Najib dan Mahathir ,sebatu jauhnya.

Dalam sistem demokrasi dan kebebasan bersuara mereka (GM 13)boleh bersuara.Tetapi saperti juga Sakmongkol mereka ini ini semua adalah mereka yang di REJECT baik oleh mahasiswa mahu pun rakyat Pekan.Dalam pilihanraya Universiti Kampus baru baru ini seluruh Mahasiswa (85%) di semua universiti memilih PRO ASPIRASI yang di belakang Kerajaan BN dan hanya anggarabn 15% memilih PRO MAHASISWA yang di belakang PR.Ini mngkin satu petanda tetapi bukanah juga ini satu INDICATOR yang boleh diterima juga.

Bagi fakta berbagai tuan tuan boleh lah lawati DAH IKHWAN .blogspot dengn berbagai analisis yang NEUTRAL dan berfakta.

Harap Zack juga Anon 5.05 boleh beri komen pada GM 13 ini.Terima kasih.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

GM 13 hanya menggunakan hak demokrasi mereka sahaja. Mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah keadaan. Saya pass memberi apa-apa komen.

Tetapi tindakan mnyekat mereka adalah tindakan " undang2 rimba". Mereka juga mempunyai hak seperti rakyat lain. Kita semua tahu meereka tidak memberi kesan apa-apa kepada senario politik negara. Biarkan mereka tak menjejas apa-apa. Jangan jadi ibarat orang umur 60 thun bergaduh dengan budak umo 3 tahun dah la....nampak sgt tak cerdik si yang tua tu.

zack

Anonymous said...

Hehe nak berdebat dgn mahasiswa konon. Kalau pandai maki spt adun pulau manis tu tak payah la. Bodoh betul. Kata negara demokrasi tapi budak2 edar risalah pun buat musuh. Umno ni tetap loya aku tgok dgn perangai mcm zaman pra merdeka. Takut apa. Kan tiap mlm tv3 dok promote umno. Takut lg?

Anonymous said...

Correct correct corrwct

Kampong man said...

Salam Zack,

Desperado nampaknya Zack ni.Orang lain CONFUSED beliau tidak.Tiada siapa yang mahukan undang undng rimba . Tindakan masok ka ke Pekan kubu kuat PM kta sudah pasti mengundang rintangan yang tidak baik sama juga mamat kumpulan OREN memasok Felda tempoh hari.Tidak di undang pun.Tindakan kurang cerdik.Jelas satu lagi tindakan mereka yang kempunan memenangi Pekan dan Pahang.

Comparison si tua dengan anak hingus 3 tahun adalah ukuran yang TIDAK REALISTIK dan membodohkan diri Zack.

Banyak kebebasan telah mwndapat kelonggaran tetapi harus mendapat kelulusan polis bro.Kit telah lihat isu BERSIH di poltikan PR dengan huruhara dan kekachauan merosakkan kereta Pilis dan harta awam.

" CONFUCIOUS IS A GREAT MAN.BUT HE SOMETIMES CONFUSED"

ZACK menegakan benang basah.KM tak nampak malah kelabu dan samar samar yang PR ni boleh menang di Pahang pun kecuali mereka buat huruhara ala Arab Spring.So far sorry and NOPE bro.


Anonymous said...

Silap tu wahai anom 3.10pm..babi yg mkn byk tanah di jrntut tu sbenary sape um.. dan m.. ke atau p.. dan d..
Sila teka siapa mentekedarah tanah balak dan bijih besi maka dialah babi klu itu yg anom 3.10pm mksud.

Anonymous said...

anon 9.45,

Siapa lagi kalau tidak DUN sungai Manis Ariff Sabri lah.Wakaka..

Quiet Despair said...

Salam Abang Wan, Uncle KM and friends.

Missed you all. Good post. This group should not waste their time anywhere in Pahang.
Even "our mutual friend" Sakmongkol cannot win anywhere in Pahang except Triang.
Dulu orang kata dia nak tanding di Raub, kemudian Cameron Highlands and latest in Bentong.
But the question is whether his tokong LGE will select him as a candidate. Maybe he will think of putting a Malay face by fielding pet boy Zairil, Aspan and Sak.
But there will be rumblings within as some have waited long and would clamor to contest.
And I think there is a ruling in DAP that you must be a party member for five years before becoming a candidate.
Tapi parti orang tak makan saman boleh buat apa sajakan.
Saya cadangkan Sak tanding di Pekan lawan Najib. Jangan berani kutuk Najib dalam blog saja.
At least kalau kalahpun berbaloi. Dah tunjuk jantan dan berani menentang PM. Dia patut cuba pecah rekod majority 72 or is it 42 Najib pilihanraya dulu.
Than he should be proud to be called a near giant killer.
Barulah worthy of respect.

P.S. I am declared persona non grata in Sak's blog. Sejak saya balik dah lima posting I hantar didelete.
Dia tak suka orang tak sama pendapat dengan dia.
Kalau yang pro walau cakap tak de isipun dilulskan. Idiots are allowed as long as they are in tune with him.
He's worse than the pro-UMNO bloggers whom he looked down as ass-lickers.
Cakap MSM kaki censor tapi belum memerintahpun DAP cadres lagi teruk.
Surf all Pakatan bloggers and you find only pembodek mereka mendapat tempat.
Once in a while they allow one or two anti-Pakatan comments to be castigated by the rest of the commentators.

Anonymous said...

uncle kampongman,

hahahaha....hak demokrasi nampaknya untuk Umno n the geng sahaja le ye?


nice one uncle.....kira uncle je la yang betul......hahaha

zack

ps: ubat-ubat dah makan ke blum...huhuhu

Anonymous said...

Wei, QD dah databg. Best nyer. Kalau dia ada, ramai yang akan datang komen. Rancak jadinya blog ni. Tengok apa dah jadi dengan qualti blog Arief. Cuma pengampu yang bodok, bangang dan bangap.


P.s. Sukmangkok, aok nilah otang Pahang panggil babil dan tak segheka.

sang sapurba said...

BODOH SUNGGUH ANON 9.45PM,

tak faham apa yang orang tulis.bahasa kiasan yang aku tulis pun tak dapat nak faham.

perbandingan yang aku buat antara cina mca dan dap.perwatakan binatang aku masukkan untuk membandingkan mana yang lebih baik antara maca dan dap.

yang kau melarat ke peribadi orang ni apa pasal.perangai mengumpat yang kau belajar dari puak pembangkang tiadak ada faedahnya.

otak kalau dah tak cerdik jangan nak menyampuk perbualan orang tua.syiuuuhhh!syiuuuuuuhhhhh!main jauh-jauh!

Anonymous said...

Welcome back QD. Memang betul kata QD. Saksondol tu kalau dia ada biji cuba lah bertanding lawan Najib di Pekan. 

Anonymous said...

Betul bebenor cakap QD. Sakmonhol tu cakap bedegor-degor. Ekor bergelumang dengan tahi. Cakap macam dia sorang yang pandai. Najibpun dihina sebagai bodoh. Memalukan oghang Pahang je. Patutlah jadi penjilat jubur LKS dan LGE.Low class person.


Oghang Pahang juga.

Anonymous said...

ZACK PUN JILAT JUBUR TERESA KOK.ITU YANG MEROYAN TU.

Anonymous said...

Anon 6:01

"ZACK PUN JILAT JUBUR TERESA KOK.ITU YANG MEROYAN TU."

Ini kah bahasa orang melayu yang berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam.

Masya Allah...inikah yang dinamakan pejuang Ugama Allah? Bila tidak boleh berhujah mencarut. Allah tidak sesekali memerlukan pejuang UgamaNya yang sebegini rendah moral dan akhlaknya.

Zack

Anonymous said...

Hidup rosmah hidup deepak

Anonymous said...

Potong telinga jika bn menang ,syarat jgn tipu.

Kutukandewata said...

inikah pejuang islam pr?mengutuk orang aje.rosmah tak kenal pun kau.buat zack janganlah dok layan orang yang kurang akal.

Anonymous said...

KD,

Terima kasih. saya tidak ambil hati atau rasa tercabar.

Saya sekadar menjelaskan kepada tuan punya diri kenyataan atau realiti perbuatannya dalam bahasa yang mudah supaya dia faham tindakannya itu tidak wajar dan waras.

Kita sama-sama sayangkan bangsa kita.

Terima kasih KD.

Zack

Anonymous said...

Bestnyer blog Wan Zurik. Rancak amat. Takde mendalah blog Suckmangok banding ngan Wan Z.
Ada QD, ada Kd. Ada penjilat jubur LKS dan LGE. Ada penjilat Teresa Kok.
samalah taraf penjilat-penjlat jubur yang tak basuh.
Masuklah Uncle KM, cakap pasal cock pulak.KoKokok.

Anonymous said...

WZWH oak ni siapa yang tunggang...huhuhuh
YB Dun Tahan dah tunggang-langgang...huhuhu
Orang mat daling, bantal, kuala sat, pagi, kuala tahan, merting...semua tunggu masa nok bungkus je YB nih...huhuhuhu
Nok pilih orang cerdik sikit jadi YB Dun Tahan...huhuhuhu

Anonymous said...

Tipu makcik felda boleh le

Anonymous said...

Anon February 17, 2013 at 11:06 PM
Apa dia ni, ada bunyi bergema, menggaung, "huhuhuhuh, huhuhuhuh " Ini bunyik suara latar beruk jantang sedang berak samelit.... Ulur ulur tak putus. Baik bungkus otak mu.

Anonymous said...

Anon 2:56

Anda rasa anda bijak dan cerdik ek?

Sebenarnya, anda hanya mempamerkan tahap tinggi rendah IQ anda sahaja, yang pasti tak sampai sejengkal jika dibuat pengukuran di makmal saintifik.

Orang semua tahu dari puak mana anda. Jika nak tolong puak anda, tolong pi main-main kat blog cumi dan ciki je, jangan masuk blog-blog yang boleh menampakkan puak anda ni puak-puak korok, yang sebenarnya tidak semuanya korok macam anda.

Juga jika anda rasa diri anda melayu, tolong la pi kat blog cumi dan ciki tu, memang blog tu sesuai dengan tahap pemikiran anda. kalau rasa anda kaum lain, oklah. orang berpemikiran rendah macam anda inilah yang membuat bangsa lain pandang rendah kepada bangsa kita. Sedang hakikatnya yang berfikiran begini hanya segelintir kecil sahaja.

Bukan anon 2:56 sahaja perlu ambil perhatian. Anon-anon lain yang sama IQ\ dan yang lebih rendah kena ambil perhatian juga. Perjuangan memartabatkan bangsa bagi golongan anda-anda semua ialah dengan pi merapu meraban kat blog cumi dan ciki, perbincangan di blog politik terlalu tinggi untuk anda-anda semua.

Kutukandewata said...

SABAR-SABAR ANON 3.46,

DI BLOG INI KITA SAMA-SAMA MENJANA MINDA DAN BERTUKAR2 FIKIRAN.MANA YANG BENAR KITA IYAKAN SAJA.MANA YANG TIDAK BENAR KITA JANGAN AMBIL POT.

PERDEBATAN YANG BERTERASKAN ISLAM ADALAH PERDEBATAN MENCARI KEBENARAN BUKAN MENCARI KEMENANGAN.

JADI TERIMALAH SEADANYA JIKA IA BENAR,DAN AKUILAH SEADANYA JIKA IA SALAH.

Anonymous said...

KD,

saya menyokong pandangan KD.

Bangsa kita dan bahasa kita itu indah dan menarik. Bahasa melayu satu masa dulu menjadi bahasa lingua-franca nusantara. Bahasa melayu dari segi pertuturan atau penulisannya kaya dengan kata-kata yang indah dan cukup perbendaharaan katanya untuk menerangkan atau menghuraikan apa sahaja.

Contohnya, Anon 3:46 boleh menggunakan perbendaharaan kata yang ada dalam perbendaharaan kata bahasa melayu yang ada untuk melemparkan satu kritikan yang pedas kepada kita yang seperti Anon 2:36 tanpa menggunakan bahasa kasar dan menghinakan sesama kita. Itu point yang saya nampak.

Kita semua berpelajaran, paling kurang kita menghabiskan tempoh persekolahan yang wajib sampai tingkatan 5. Kita mempunyai kemahiran berbahasa melayu dengan baik samada bila bertutur atau menulis.

saya merasakan kritikan Anon 3:46 jauh lebih pedih walaupun tidak menggunakan perkataan-perkataan kasar dan menghina.

Apatah lagi jika kita boleh menggunakan internet, keupayaan kita jauh lebih tinggi dari kemahiran asas untuk berbahasa melayu.

harapan kita semua belajar membawa sahsiah yang baik sebagai orang melayu di ruang maya. ramai orang bukan melayu sedang memerhati untuk melihat kelemahan-kelemahan kita guna untuk menjatuhkan kita. dalam soal membawa sahsiah ini, ia menjadi tanggungjawab semua tanpa mengira fahaman politik. sama-sama kita mempertahan identiti kita sebagai orang melayu pertama-tamanya dan ahli parti politik berpatisan keduanya. Kita terima kepelbagaian walaupun sesama melayu. rambut sama hitam, hati lain-lain.

saya sokong pandangan KD dan Anon 3:46

Zack

Anonymous said...

Udah2lah tu bersiotnya. Jom kita bena satu pentas dan berbahas secara ilmiah, termasuk hukum hakam, politik, sosial dan ekonomi. Sebelum itu kita bawa hujah masing2. Sampai di pentas kita masing2 buka hujah dan bentangkan dikhalayak ramai. Ini bukan mewakili pertubuhan termasuk yang masih hidup atau yang telah meninggal. Apa dah sikit2 bangsa Melayu, sikit Bahasa Melayu. Sedarlah wahai kegkawan sema, Tanah Melayu sudah lenyap yang ada pun hanyalah resit Melayu sahaja. K/api pun telah menjadi KTMB.

Banir. Salam maghrib...

Anonymous said...

Tak payah debat pkt bawah ni. Berapa byk debat kita kena buat?. Debat anwar bs najib cukup le. Bkn mcm usa je, kenya pun debat. . Tp kenapa najib tak berani ye. Berani dlm tv3 je. Kahkahkah

Anonymous said...

Oi bebudak GM13,jangan perasan le awaktu pembela raayat,makan pun duit PTPTN,belajar malas!
engar kiasan dari PTawar ni:
Mandi dengan budak,keroh air dihulu
Tidor dengan budak,putus tali kelambu
Makan dengan budak,lauk habis dulu'
Kalau nak sunatkan budak,jangan tunggu cambah bulu:
Ini le jadinya,degil nak mampos!
Suruh belajat x nak,ANAK HEMPURAS.
Ingat title mahasiswa pada dia u dh boleh nak bela raayat!

Anonymous said...

NAJIB BUKAN TAKUT.NAJIB DAH TAHU PUAK PAKATTAN NI BERDEBAT MESTI NAK MENANG BUKAN NAK CARI KEBENARAN.

BANYAK KERJA LAIN YANG PERLU DISELESAIKAN DARIPADA MELAYAN BUNTUT ANWAR.

Kampong man said...

Salam semua,

Good morning.Sorry lama tak berceloteh dengan kawan kawan di blog Wan. Sebenarnya KM kena bad cold and flu and kena tidur and rest lebih.Komen disini pun sudah mula ganas.Baik relak dululah.QD pun dah timbul tolong uncle dia dwngan komen yang baik dan jujur.Kalau KM dah segar sikit kita sembang lagi.Shalum !!

Anonymous said...

Anon 2:44,

Debat antara 2 pemimpin politik utama dan debat kedai kopi/atas wakaf disimpang jalan adalah dua perkara berbeza. Debat yang dicadangkan adaah untuk pemimpin kedua-dua belah pihak membentangkan rancangan masing-masing bagaimana hendak membawa negara kehadapan, untuk mendengar cadangan masing-masing bagaimana cara yang mereka cadang untuk mengatasi masalah-masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat, apa rancangan masing-masing untuk membangun negara dalam 5 tahun akan datang jika diberi mandat dalam PRU 13.

Debat antara 2 pemimpin utama ini memberi peluang kepada rakyat untuk menilai pihak mana yang mempunyai polisi yang lebih baik dan munasabah dengan realiti yang dihadapi oleh negara dan rakyat sekarang ini. saya kata munasabah sebab orang cerdik boleh keluarkan pelbagai teori yang canggih-cangih, tetapi adakah munasabah dengan realiti yang ada serta praktikal untuk dilaksanakan atau merupakan janji-janji diawangan. Kita yang diberi akal mampu menilai dengan kemampuan yang ada didalam diri masing-masing adakah sesuatu itu munasabah atau tidak.

jadi debat antara kedua pemimpin utama adalah penting kepada kita untuk membuat keputusan didalam PRU 13 nanti. Debat seperti ini biasanya ada peraturan-peraturan dan moderator yang akan mengawal keadaan agar tidak jadi seperti debat kedai kopi. Lagipun kedua pemimpin ini adalah orang-orang yang bijak dan tahu risikonya jika salah seorang dari mereka bermain kotor/politik low class atau bersikap 3/4.

politik kedai kopi/atas wakaf kita semua tahulah, tak payah nak ulas. Silap-silap hari bulan, boleh bertumbuk kat situ juga kerana masing-masing tak mahu mengalah. Sebab debat kedai kopi formatnya lain ia itu tak ada format langsung ikut suka je, tujuannya pun lain.

Kan 7 thun lagi kita akan masuk tahun 2020, negara kita akan menjadi neara maju. Jadi debat antara 2 pemimpin parti/kumpulan politik utama di negara kita menjelang PRU adalah satu langkah yang baik dan permulaan yang baik sebab tahun 2020 kita dah negara maju! Jangan taraf je negara maju tapi sikap dan pemikiran masih lagi taraf negara dunia ke 3, setaraf dengan negara-negara kat Arika sana nun.

zack

Anonymous said...

Nak depat apa2 pon kena tengok roma seseorang. Di antara dua pemimpin dimaksudkan seorang memang suka memimpin negara dan rakyat. Malang yang seorang lagi kerjanya suka memimpin rakyat sahaja.

Anonymous said...

Anon 10:28,

Ada masaalah ke? Rasanya tak ada masaalah kerana kedua pemimpin utama ini bertanding untuk mendapatkan perkara yang sama - ia itu untuk memimpin negara dan rakyat.

Sepatutnya yang sedang memimpin negara dan rakyat tidak harus berasa gentar kerana dia mempunyai pengalaman dan track record dalam memimpin negara dan rakyat. Dia lebih tahu selok belok memimpin negara dan rakyat. Dia juga mempunyai sokongan jentera negara membantunya menghadapi lawan yang tidak memiliki semua yang dia ada.

Lawan dia pula hanya mempunyai kebolehan bercakap je. Orang yang hebat bercakap kalau tak mempunyai pengalaman dan track record serta fakta sebenar, tak kemana juga. Temberang dia akan nampak jelas dimata semua orang.

Debat yang dicadangan ialah untuk membentangkan polisi-polisi dan rancangan parti masing-masing kepada rakyat untuk membolehkan rakyat memahami dasar parti mereka menjelang PRU 13. ia bukan pertandingan debat nak cari siapa lebih hebat berdebat.

ia lebih kepada seisi perbentangan ( presentation) polisi dan rancangan masing-masing apa yang mereka nak buat jika diberi mandat secara terkawal dan berformat.

saya masih yakin pihak yang sedang memerintah negara dan rakyat masih memiliki kelebihan berbanding dengan lawannya.

Zack

sang sapurba said...

debat boleh.tak payah najib.aku pun boleh debat dengan nuar tapi tajuknya mestilah "mana lebih nikmat,balun depan ataubalun belakang"atau "haiwan tak tutuh jubur haiwan lain,tetapi manusia tutuh jubur jantan dan jubur betina.wajar atau tidak"

kalau nuar menang debat dengan aku,barulah boleh debat dengan najib.

satu syarat lagi nuar kena bersumpah al qur'an baru boleh berdebat kerana dirinya taklah fasik setelah bersumpah.

kalau tak berani bersumpah tak layaklah berdebat sebabnya haram berdebat dengan orang fasik!!!

sorang lagi memeber fasik nuar ialah mat sabun.

Kampong man said...

Salam semua,

Negara Malaysia setahu saya TIDAK pernah berlakunya perdebatan antara ketua pembangkang dan ketua kerajaan saperti yang berlaku di Amerika Syarikat.Sebab :

1.Politik kita tidak lah sematang lagi saperti mereka di barat.

2.Perdebatan harus dan boleh digalakan atas topik isu semasa antara dua parti lawan saperti banyak dilakukan Kumpulan Karangkraf (Akhbar Sinar).

3.DSAI tidak dinafikan BIJAK berdebat dan berpidato tetapi RAKYAT mula TIDAK mempercayai apa yang beliau kata dan janji lagi.Malah dalam isu kalimah Allah sahaja parti beliau akan di tolak oleh pengundi yang beragama Islam.

4.Rakyat Malaysia secara keseluruhan nya masih belum dapat menerima perbahasan antara ketua dua parti lawan disebabkan berbagai bagai sensitiviti yang harus dijaga dan kemungkinan yang boleh berlaku antara kedua penyokong .Kita masih punyai banyak lubang (gap) kesamarataan antara yang miskin dengan yang kaya, yang di bandar dan di desa, yang terlalu kehadapan dan terlalu terbelakang bagi menerima KETERBUKAAN saperti di barat.Rakyat Amerika bersatu dan the TWO PARTY SYSTEM has long been established.Kita ? TARAK (Pinjam dari sdra Mat Periba dengan izin).Wallahwuaalam.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...