Thursday, February 28, 2013

Isu Lahat Datu : Apa Lagi Motif Lain Selain Tuntutan Sultan Sulu?



A picture tells a thousand words...ini tokoh pembangkang Malaysia dengan Nur Misuari pemimpin MNLF yang menentang Rangka Perjanjian Damai antara MILF dengan Filipina, di mana DS Najib menjadi orang tengah.

Laporan Reuters melibatkan pencerobohan Lahat Datu atas pelawaan seorang tokoh pembangkang. Laporan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh tokoh pembangkang itu.

Penceroboh Lahat Datu mahu Malaysia berunding dengan Sultan Sulu berkenaan Sabah kononnya...

Sabah wilayah Malaysia. Filipina telah lama berhenti tuntut Sabah. Kesultanan Sulu tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Republik Filipina.

Tidak ada pengesahan yang sebenarnya siapakah waris Kesultanan Sulu yang sahih. Lebih 60 orang telah mendakwa bahawa dia lah Sultan Sulu. Malah di Sabah pun ada orang mengaku Sultan Sulu.

Photo: SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah (dua dari kiri) berkenan berangkat bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-231 di Istana Negara, hari ini. Turut berangkat, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kiri), Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Annuar Sultan Badlishah (tiga, kiri) dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (lima, kiri). - Foto BERNAMA

Kerajaan Malaysia tidak boleh berunding dengan 'Sultan Sulu' dengan membelakangkan Majlis Raja-Raja Melayu.

Alasan penceroboh yang mengelar diri mereka 'Royal Sulu Army' mahu negosiasi tuntutan Sultan Sulu dalam waktu kini diambang PRU 13 menimbulkan persoalan.

Apa lagi motif lain selain tuntutan Sultan Sulu?

Penceroboh beratus orang datang dengan bot laju dengan berpakaian lengkap tentera siap dengan senjata M16, pelancar grenade, dsb.

Mungkin telah dibantu oleh 'sleeping cell' yang sudah berada lama di Sabah.

Mungkin mendapat sokongan dari pemimpin pembangkang.

Matlamatnya mahu mencipta kekecohan havoc and chaotic.

Supaya PRU 13 ditangguhkan...

Supaya darurat diistiharkan...

Lalu pemimpin pembangkang mahu membangkitkan 'Arab Spring' tanpa guna peti undi merampas kuasa dengan mengulingkan kerajaan yang ada!

Photo: Perkaitan kaum Dayak dengan Tausug

Kaum Tausug yang berpusat di Sulu mempunyai budaya berdagang secara "barter" sejak dahulu kala dengan daerah-daerah atau kepulauan di seluruh Nusantara. Tausug juga mempunyai cara diplomasi yang sangat toleran. Dalam sejarah Sulu Tausug tidak pernah menyerang wilayah lain yang bukan kepunyaannya atau menindas bangsa lain, ini kerana Tausug lebih berminat menjalin hubungan perdagangan yang sudah tentu memerlukan persekitaran yang aman.

Di Borneo Utara atau Sabah, Dayak sangat rapat hubungannya dengan kaum Tausug semenjak sebelum Borneo Utara jatuh ketangan Kesultanan Sulu lagi. Dalam hal hubungan ini, kita akan mendapati sebahagian dari kesenian dan ketenteraan Tausug ada terdapat unsur-unsur Dayak. Contohnya tentera Sulu iaitu Bajau Balangingi menggunakan "sumpit" sebagai sebahagian dari senjata pemusnah mereka. Demikian para Datu Tausug yang tinggal di Borneo Utara hingga ke Sulu memiliki Sumpit sebagai koleksi senjata yang berharga. Ini juga tidaklah menghairankan kerana tentera laut Sulu sebahagiannya adalah dari kaum dayak sendiri seperti Kaum Tidung. Kaum Tidung adalah Dayak laut yang rapat perhubungannya dengan Tausug hinggakan berlaku perkahwinan campur antara kerabat Kesultanan Sulu dengan puteri-puteri Raja Tidung ketika dulu.

Kaum Dampuan adalah Kaum Dayak?
Sebahagian tradisi lisan dari kaum Tausug mengatakan, sejak dahulu kala kaum Dayak laut telah sampai ke kepulauan Sulu yang menetap lebih awal di kepulauan Sulu yang kemudian kaum-kaum lain datang setelah mereka. Sebab itu mengapa kaum Tausug menggunakan "kambut" (kain panjang dililit dipinggang dan hujung kain akan dijuntai di hadapan untuk menutup alat sulit) yang mirip dengan kain "santut" kaum Dayak.  Kalau ini benar maka merekalah yang dikatakan kaum Tausug Dampuan? Kaum Dampuan, sebahagian dari pencatat sejarah mengatakan mereka berasal dari Champa, Vietnam. Tetapi apa yang kita lihat bukanlah demikian, kerana tiada satu pun ciri-ciri Vietnamis yang berbentuk manik-manik yang sepatutnya menjadi hiasan kaum Tausug hari ini.

Walaubagaimana pun kenyataannya, Tausug terhasil dari percampuran beberapa etnik di Nusantara yang tak dapat disangkal lagi. Samada kita katakan segala pakaian dan peralatan kebudayaan yang dipakai Tausug hari ini hanya sekadar "ambilan" dari kaum lain, atau sebenarnya adalah pakaian asal kaum Tausug yang asli, tentu kedua-duanya juga benar.

Tidak berapa lama dulu (tahun 2004 kalau tidak silap), seorang lelaki Tausug yang bekerja di Qatar pernah menceritakan kepada penulis (di internet) berkenaan tradisi lisan yang dia dapat dari keluarganya iaitu kaum Tausug yang asal katanya ialah kaum Sungei itu sendiri. Menurut ceritanya, pada ketika dulu telah berlaku kemarau yang panjang di Borneo menyebabkan kaum Dayak bertebaran mencari kawasan baru untuk memulakan kehidupan. Kaum Sapa' (dalam bahasa Suluk bermaksud sungai) dari Borneo telah bersampan dari pulau ke pulau hingga sampai ke pulau Jolo dan mereka menetap di sana menjadi kaum yang terawal. Satu cerita dari tradisi lisan yang mungkin silap, tetapi kalau melihat atau meneliti segala aspek yang ada pada Tausug seperti ada kebenarannya. kalaupun ia benar, kaum Sapa' yang dimaksudkan berkemungkinan adalah dari Dayak Laut yang lebih awal seawal sebelum kemunculan kerajaan Srivijaya yang muncul sekitar abad ke-5. Atau pun lebih jauh dari itu serentak dengan kedatangan Melayu-Proto. Sekadar satu hepotesis.

Pakaian Tradisi Tausug  Satu Lambang Nusantara
Berkenaan seluar tradisi Tausug yang dikenali sebagai "kuput" atau "Bereno" yang dipakai sendat mengikut bentuk peha dan kaki, ia seolah-olah "diambil" bentuknya dari seluar sendat orang-orang Eropah. Orang Kastilla (Spanyol) di Filipina menggunakan seluar sendat juga sebagai pakaian kebiasaan mereka yang mungkin menjadi inspirasi Tausug untuk mengenakan bentuk seluar yang sama. Tausug memakai seluar sendat "kuput",  setelah itu mereka melilitkan kain panjang di pinggang dengan tiga tujuan, 

    pertama untuk menghalang seluar terlondeh, 
    kedua hujung kain tersebut dijuntaikan untuk menutup alat sulit yang berbentuk sekalipun ada seluar. 
    ketiga, untuk dapat menyelitkan keris atau barung di pinggang. Ia mirip seperti penggunaan "santut" oleh kaum Dayak di Borneo.

Kaum tua Tausug kebiasaannya mengenakan seluar labuh dinamakan "Sawwal" yang bentuknya sama dengan seluar Samurai Jepun. Menurut kaum tua Tausug, yang diistilahkan "Kamaasan" kebiasaannya menggunakan Sawwal untuk pakaian harian dan ketika dalam keadaan tegang (peperangan secara mengejut) Sawwal tersebut ditarik (Laisun) ke atas ke paras pinggang yang hanya menutup bahagian sulit. Keadaan ini dinamakan "mag sullit", sebab itu mengapa Panglima Lapu-Lapu ketika membunuh Magellan di Maktan, Cebu digambarkan hanya mengenakan "Sullit".

Pakaian tradisi Wanita Tausug pula kebiasaannya mengenakan Baju Batawiyang penuh dengan butang emas atau suasa sebagai pakaian kebanggaan. Menurut sejarahnya, pakaian ini bentuknya diambil dari kaum Melayu Betawi dari Pulau Jawa dan senantiasa mengenakan kain "sablai" yang bercorak seperti batik bersulam sebagai tanda kewanitaan. Dalam keadaan tertentu kain sablai boleh diguna sebagai tudung kepala. Dalam hal pemakaian kain Sablai ini, ada persamaan dengan pakaian kaum Bugis di Sulawesi juga. Cara memakai dengan meletakkan sebahagian kain di siku (dikepit) sekali pandang wanita Tausug seperti wanita Bugis.

Begitu juga dengan keris, Tausug menggunakan keris yang ganjil tidak sama dengan keris Melayu di Nusantara yang lain. Keris Melayu kecil dan diguna untuk menusuk atau melibas dengan tujuan menyucuk hujungnya kepada musuh. Tidak bagi Tausug, keris diguna untuk melibas seperti pedang. Sebab itu keris Sulu yang dikenali sebagai "Kalis Sundang" rata-rata mempunyai saiz yang besar, berat dan panjang. Keris yang hampir sama juga dipakai oleh kaum Maguindanao di Mindanao.

24 comments:

Quiet Despair said...

Top of the morning, my friends.
Yep, Satu dunia dan bukan saja Malaya dah tau sapa yang buat angkara. Tapi si dia is still pointing fingers at Najib for master-minding the Lahad Datu incursion as an excuse to declare emergency in Sabah. Sic.
It's time for that fellla to come out clean.
On last night's TV3 Soal Jawab program, chandra Muzaffar also implied on who the unseen hand is to create havoc at an opportune time - the GE.
The questioned raised is why now when the 1962 claim was settled during Dr. M 's rule.
Sekarang Sultan kita sedang bersidang. Full house. Normally, they sent Regents. It denotes the gravity of the situation. We await Istana Negara's statement.
The General who was also on the show stressed that the government wants a peaceful ending without any
bloodshed.
But I can say whatever the outcome, be it win-win for everyone or some tragedy (Allah forbid), that disruptive monster will not be happy.
He will use it to achieve his goal to Putrajaya. Peace be damn.

Anonymous said...

Ya ALLAH permudahkn WzWh menjadi calon parlimen jerantet.amin

Anonymous said...

Best QD. Suka aok ada qualiti.

Anonymous said...

Woi Anon 12:03 jangan berdoa gitu...meroyan Dato' Wan Amizan karang...miss soru WZWH hehehehehehe...

Anonymous said...

Mcmana geng sulu boleh lolos perairan kita? Bkn kah scorpene ada di sabah.? Zahid sila resign!

Anonymous said...

Hisham pun. Menteri amaran tu.

Anonymous said...

Bygkan dgn geng sulu pun boleh kita kena ceroboh, kalu negara lain serang tak tau la. Menteri kena resign now. Atau najib kena resign? Ambil tggungjawab gagal protect sabah.

Anonymous said...

Harap WZWH naik nama jadi calon Parlimen Jerantut. Winable candidate. Harap orang PM baca komen ni.

Anonymous said...

A'kum semua,

Tahniah atas kehebatan UMNO termasuk Wan dalam menambah koleksi 'tuduhan' thp Anwar sehingga Anwar boleh dinobat sebagai Bapak James Bond Abad Ini..Agen yahudi, Agen Amerika, Agena Turki, Agen S'pura, Kaki Betina, Kaki 'buntut', Talibarut Komunis dan berbagai2 kaki lagi. Nah sekarang dituduh sebagai Agen Kpd Kesultanan Sulu pula....

Adakah benar Anwar terliat dgn isu pencerobohan di Lahad Datu???

Kalau mengikut logik akal (kecuali akal telah dibonsaikan) Najib nampak lebih berpotensi vs Anwar bagi mencetuskan keadaan huru hara di Sabah. Alasannya bagini...

Najib (bukan Anwar) yg menguasai ATM dan PDRM...masakan seorang PM yg mempunyai rantaian dan rangkaian maklumat tidak berjaya mengesan lebih awal akan kedatangan penceroboh ke tanah air sendiri. Lagipun ATM serta PDRM mempunyai pasukan risikan yg cekap dan disegani. Jadi, saya lebih cendrung menyatakan bahawa Najiblah yg lebih berpotensi terlibat dalam hal ini dan beliau dgn sengaja 'mencipta' krisis di Sabah.

Mengapa Najib mengambil risiko sedemikian rupa? DiSabah terdapat dua isu besar yg sedang menghantuai Najib dalam menghadapi PRU13 ini. Pertama isu pembangunan negeri yg dipinggirkan oleh kerajaan Pusat serta penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO Sabah dan kedua isu pendatang haram yg diberi hak kerakyatan M'sia/Sabah. Kedua2 isu ini telah di'manipulasi' sepenuhnya oleh Anwar bagi menaikkan semangat rayat Sabah agar menyokong PR. Kesannya jelas, sebahagian besar rakyat Sabah nampaknya lebih yakin kpd Anwar vs Najib atau PR vs BN akhir2 ini..

Ini pandangan saya....

Mat Periba

Anonymous said...

Nampaknya Mat Peraba otak terdesak cara nak mempertahankan geng dia. Nak beri alasan  logi dan tidak logi pula, relax le brader. Orang Pas Kelantan telah banyak  goreng orang Pas Terengganu. Tak tahu Mat Peraba, orang Pas mana pula kali ini? 

Anonymous said...

Di msia ni semua bn salahkan anwar. Rosmah jadi gemuk pun salah anwar pasal tak jual ubat kurus.

Anonymous said...

Hahaha correct correct correct

Anonymous said...

nak komen entri wzwh...

"Mungkin mendapat sokongan dari pemimpin pembangkang.
Matlamatnya mahu mencipta kekecohan havoc and chaotic.
Supaya PRU 13 ditangguhkan...
Supaya darurat diistiharkan..."

Pembangkang dah lama ready untuk PRU 13...cuma najib masih takut nak bubar parlimen sehingga hari ini.....
mungkin najib nak guna isu ini untuk istihar darurat dan terus berkuasa dlm malaysia?




sang sapurba said...

KENYATAAN BODOH.

NAJIB MELAMBATKAN PRU13 KERANA MAHU MEMASTIKAN SEMUA JANJINYA DI TEPATI.

TAK MACAM PR MENIFESTO BUKAN JANJI.MENIFESTO HANYALAH HIASAN UNTUK MENIPU RAKYAT DENGAN JANJI-JANJI YANG PASTI TAK DITEPATI.

KALAU NAK BERKUBUR PUN SABAR-SABARLAH SIKIT.MAMPUS TETAP MAMPUS PUNYA.BOLEH DITANAM DENGAN MENIFESTONYA SEKALI DALAM KUBUR.

Anonymous said...

Percaya sangat media.Setiap cerita ada tokok ambah dan pengubahsuaia.Kesimpulannya buat solat istikarah dan solat hajat agar Allah beri petunjuk siapa yg benar dan siapa yg salah

Anonymous said...

Teruknya tentera Malaysia ni.Mcm mane lah org ngara lain leh masuk MALYSIA tanpa dpt dikesan dgn cepat
Nampaknya Malaysia dh x selamat jom kita smua lari Mekkah ataup madinah lagi selamat.Dajjal pun x leh masuk.....

Anonymous said...

Hahahaha lawak gile ko nie....aq sokong

Anonymous said...

Agak2 Anwar Ibrahim saman tak akhbar The Manila Times???

Anonymous said...

Najib ada scorpene tapi tak leh kesan tongkang bawa geng sulu. Malu bah..

Anonymous said...

Entahlah anwar tu terlebih baik sangat.Harap2 dia saman lah amin

Anonymous said...

Aq pula arap ko masuk ISA yg mcm neraka tu

Anonymous said...

Ramai x perasan team Anwar yg inginkan Sabah darurat dgn harapan dapat mengurangkan majoriti BN dalam PRU ni.

In post-mortem PRU12 2008 dulu, they we so closed to Putrajaya.. PR berkemungkinan besar berjaya jadi kerajaan atas kekurangan kerusi BN sekiranya krisis sebegini berlaku sejurus sebelum PRU tersebut.

So why not guna idea ni dlm upcoming PRU13 even though its 5 years old late?

Anonymous said...

Ucapan DS Najib Di Perlis.. Lagi lagi Team Annuar Dipersalahkan.
Cuba Lihat Renung..
1) Siapa yang cuba dapat nama menjadi org tengah MILF dgn Kerajaan Filipina?
2)Pengkalan Scorpene kat mana?
3) RCI case IGP org mana?
4) Askar sulu mendarat di tanah Felda?
Saya Rakyat Malaysia yang muak dengan scenario politik baik BN, PAKATAN!!!!

Abdul khalique Soomro said...

This is my first time i visit here. I found so many entertaining stuff in your blog, especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the leisure here! Keep up the good work. I have been meaning to write something like this on my website and you have given me an idea. judi bola

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...