Friday, February 8, 2013

Siapa Calon Pakatan Rakyat PRU 13 Jerantut Terkini?


Perbincangan pemerhati-pemerhati politik Jerantut di kedai kopi mengenai calon-calon Pakatan Rakyat PRU 13. Foto ihsan FB Politik Sungai Tembeling.

Oleh kerana ramai juga pembaca blog WZWH terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat Jerantut maka WZWH juga diminta promosi calon-calon mereka selain calon-calon BN.

Memandang calon-calon Pakatan Rakyat terutama dari PAS seperti Yohanis Pulau Tawar dan  Zakuan Ulu Tembeling adalah juga sedara mara WZWH maka kena juga melayan permintaan mereka.

Sebenarnya calon-calon Pakatan Rakyat Jerantut belum dimuktamadkan lagi kerana ada tempat yang tidak settle lagi siapa hendak bertanding.

Parlimen Jerantut umpamanya belum tentu samada PAS atau PKR. Anwar Ibrahim mungkin mahu meletakkan calon PKR di parlimen Jerantut sebab PAS tidak pasti mahu meletakkan siapa.

Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut tidak pasti lagi mahu bertanding. Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang digembar gembur mahu bertanding di parlimen Jerantut khabarnya mahu bertanding ditempat lain.

Dr Hamzah Jaafar memberi gambaran kepada WZWH bahawa calon korporat PAS akan bertanding di parlimen Jerantut.

Jika Hadi Awang mahu Dr Hamzah Jaafar dan direstu Nik Aziz maka Dr Hamzah Jaafarlah bertanding di parlimen Jerantut buat kali yang ketiga.


Dr Hamzah Jaafar adalah pemimpin PAS yang selalu baca blog WZWH termasuk isterinya. Kalau tidak puas hati dengan posting WZWH, Dr Hamzah akan tegur dan beri idea yang baik serta mudah berkomunikasi dengan WZWH.


Cikgu Koh Boon Heng calon DUN Damak

Bagi DUN Damak pula belum putus lagi samada Cikgu Koh Boon Heng DAP atau calon dari PKR. Walau nampak Cikgu Koh Boon Heng telah bersedia dengan pelancaran bilik gerakan di DUN Damak tahun lepas.

Dikatakan Haji Abbas bekas pengarah pendidikan Wilayah Persekutuan akan bertanding di DUN Damak jika PKR diberi tempat.




















Zaquan Mohamad calon DUN Tahan

Zaquan bin Mohamad bin Ariffin bin Khatib Daik anak Ulu Tembeling dari Kampong Mogol. Dilahirkan di Kampung Pedah sekarang menetap di Kampung Lada. Penceramah bebas bergerak dari masjid ke masjid. Ini calon PAS sedara WZWH dari Ulu Tembeling. Zaquan adalah AJK PAS Jerantut.


Yohanis Ahmad calon DUN Pulau Tawar.

Anak peneroka Felda Gelanggi 1. Ini calon PAS sedara WZWH dari Kampung Kedondong Pulau Tawar. Bekerja di Firma Guaman. Yohanis adalah Ketua Pemuda PAS Jerantut. 

Kepada bakal calon-calon UMNO dan BN inilah calon Pakatan Rakyat yang akan anda semua hadapi.

Terserahlah kepada pengundi di parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar untuk memilih parti mana dan calon mana yang mereka suka.

WZWH TETAP undi UMNO dan BN....

Tapi perkembangan terkini mungkin merubah segala nama bakal calon-calon Pakatan Rakyat PRU 13 Jerantut terutama PAS Jerantut...

Ramai penyokong akar umbi PAS Jerantut hairan kepimpinan tertinggi PAS mudah selalu tunduk dengan jenderal PKR dan DAP. Mereka baca PAS berdiam diri kerana mahu sokongan penyokong PKR dan DAP untuk PAS menuju Putrajaya.

Ada sebab lain lagi PAS perlukan peruntukan kewangan kerana belanja PRU 13 kali ini besar. Anwar Ibrahim menjanjikan bajet pilihanraya ini. Dalam posting WZWH yang lepas sila klik sini PAS Jerantut bajet RM3 juta untuk menawan parlimen Jerantut PRU 13.

WZWH lihat mutakhir ini di Jerantut cara kempen PAS sudah lain dari dulu. Kalau dulu PAS suka berceramah bawa orator atau pungkar politik dengan harapan puluhan ribuan orang datang lalu dibawa karung plastik dan talam untuk kutip derma.

Lebih banyak orangramai datang hadir mendengar ceramah dan hulur wang lagi baik maka penceramah PAS kena kuat pungkar.

Sekarang WZWH nampak PAS suka bagi 'cash in envelope', hamper, barangan. Sebab itu WZWH rasa PAS terpaksa letak calon bertaraf jutawan bertanding di parlimen dan DUN Jerantut.

Ada penyokong PAS memberi komen bahawa pemimpin PAS Jerantut sudah mewah pakai kereta Mercedes, Alphard, Murano punyai kilang dan perniagaan besar di KL.

Ada yang bimbang calon-calon anak tempatan PAS yang mereka mahu tidak dapat bila PAS Pusat hantar calon PAS lain bertanding pasti bertaraf jutawan.

Bila jutawan PAS bertanding di Parlimen dan DUN Jerantut apa implikasinya? UMNO dan BN kena berbelanja lebih untuk menyaingi calon jutawan PAS ini.

Berapa bajet WZWH tidak tahu!

16 comments:

Anonymous said...

So.... Melayu tak rugi apa laa walaupun sapa yg menang..tak gitu Cigu Wan? Melayu lawan melayu... cina lawan cina. 0-0 atau 1-1.

Anonymous said...

Semua parti yg bertanding dlm PRU kena guna duit...untuk bayar wang pertaruhan...cetak bahan kempen/bendera dsbnya...
tapi tak pernah aku dengar PAS tabur duit merata tempat untuk beli undi....tak mcm parti satu lagi tu...berjuta dan cikaipun puluhan ribu duit diangkut kewasan mengundi...tabur duit pada petugas dan pengundi.....

Anonymous said...

Sokong WZ jadi calon Jerantut.

Anonymous said...

Walaupun dr hamzah tak nak jadi calon tapi kas dgr citer Dr Hamzah hampir pasti dr hamzah pilihan ptama dan dato tuan pilihan kedua.

Kad tak kesah sape2 yg penting pas atau pr menang kali ni.

Anonymous said...

Kas dpt tau Tn Hj Zulkefly bekas pegawai kastam yg sekarang merupakan ahli koprat disebut2 akan dicalonkan dikerusi parlimen oleh PAS

Wan ada dengor ke..klu ye, pasti akan berlaku pertembungan antara puak2 Jerantut hilir (PAS) dgn jerantut ulu (UMNO). Itu pun jika wan mizan dicalonkan oleh BN...Peluang PAS menang lebih cerah. Tapi jika Dr Sukri yg bertanding nampaknya PAS akan melepas sebab undi dr puak Jerantut hilir akan pecoh 2...


.

Anonymous said...

tak kisah siapa bertanding yang penting kalahkan umno

nik pak supir said...

bertandinglah sape2 pun.umno akan menang kerana jasanya sangat besar kepada rakyat.

orang yang menentang kerajaan yang sah dan dipimpin oleh orang islam matinya adalah mati jahilliyah.

Anonymous said...

saya.ramai sana sedara djerantut.semua mereka akan mungundi calon pakatan raayat.HIDUP PAKATAN.

Anonymous said...

Keluarga ada 8 undi utk Dun Pulau Tawar. Semua untuk PR. Moga Allah menganugerahkan kemenangan kpd PR. Amin

Anonymous said...

Pak supir...banyak org umno kelantan dan kedah akan mati dlm jahiliah...

Anonymous said...

aku anak jerantut lahir di dun tahan tetap pilih pas walaupun siapa calonnya...

Anonymous said...

Lihatkan dari senyum simpul dan diredha Allah dengan hati tulus ikhlas sempena Bulana Mauludir Rasul, peluang kedua2 pihak menang bagi P81 dan DUN P81 seimbang. Namu dari segi raut muka bakal calon yang dikategorikan untuk bertanding, lebih memihak kepada calon lawan. Tak kiralah lawan itu UMNO ker PAS, DAP, PKR. Sar ulsan terbaik ialah tak mahu UMNO kalah, tapi minta calon lawan menang tu ajer...

Anonymous said...

Adanya pembangunan kerana adanya UMNO
Adanya jalan raya kerana adanya UMNO
Adanya sekolah kerana adanya UMNO

Tapi taim pilihanraya harap tuan tuan dan puan puan

KATAKAN "NO" KEPADA
UMNOOOOOOOOOOOOOOOOO

Anonymous said...

我不抱怨反对巫统候选人赢得了一个重要的候选人,但如果巫统要争取重新打开轨道,不遵守显着的种子钱“LISTEN TO TALK基层”。不要把它从一开始到现在为止。

Anonymous said...

sedara mara kas ada 102 undi.semua nak undi umno sebab umno banyak tolong kome.67 org sedara mara kas lulusan universiti atas bantuan kerajaan bn.

bak kata kutukan dewata,bersyukurlah demi mengelakkan azab yang pedih.

yang dizalimi kerajaan undilah pr.hak masing-masing.janganlah paksa org lain dengan menabur kata nista terhadap lawan.

masing-masing ada alasan sendiri.hidup bn!

Anonymous said...

KOME NAK UNDI DEMOKRAT ATAU REPUBLIKAN KALAU BOLEH....MNYAMPAH AJE DAH DGN SUASANA POLITIK MCM BDK TADIKA DI MSIA NI...NTAH BILA NK MATANG AGAKNYA....100 THN LG PUN MCM NI LA JUGA CARA ORG MELAYU BERPOLITIK

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024