Thursday, February 14, 2013

PAS Lebih Rela Membelakangkan Majlis Syura Demi Pakatan!!!

PAS lebih rela sambut Happy Birthday di rumah orang kafir yang "sanggup langkah mayat saya dulu jika mahu negara Islam" dan memperlekehkan keputusan Majlis Syura dari bertandang ke rumah DS Najib PM Malaysia.

Beria-ia benar Pas melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.

Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman Pas khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan Pas berada dalam gabungan rapuh, PR.

Itu respons rasmi Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura Pas hanyalah spekulasi murahan sahaja.

Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. Pas sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama Pas, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.

Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya Pas memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk Pas membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama Pas juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.

Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas malah sesetengah pemimpin Pas yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM.

Namun demikian, pada siapa Pas mahu menipu, walhal umum mengetahui status Pas dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.

Pas berlakon sehebat mana pun, hakikatnya Pas adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada Pas. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah Pas turut sama di badai ombak. Lainlah jika Pas yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.

Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah Pas patuh dan wala’ pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, Pas perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.

Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan Pas sekalipun selepas itu Pas kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.

Itu sudah lebih dari cukup membuktikan Pas kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama Pas pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong Pas dari menyedari hakikat kedudukan sebenar Pas dalam PR.

Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak.

Baik Harun mahupun Pas sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik Pas selagi mana Pas kekal dalam PR.

Sekiranya Pas benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama Pas keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.

28 comments:

Anonymous said...

Aku rasa elok mu masuk PAS la WZWH sebab suka ambil berat tentang PAS dan Islam di Malaysia.

Sememangnya diakui bahawa hanya PAS sahaja satu-satunya parti politik yang memperjuangkan Islam, Al-Quran dan Sunnah. Jika tiada PAS, maka hancurlah umat Islam terjerumus dalam kesesatan. Nak harapkan UMNO ? Perkara khurafat 'tossing Yee Sang' pun dia sanggup buat demi undi.

Anonymous said...

Kalaulah PAS tu sesat, banyak menyeleweng dari Islam sebenar dan boleh menyesatkan orang Islam - Haramkan sahaja PAS.

Kerajaan yang didominasi oleh UMNO boleh dan ada kuasa untuk mengambil tindakan mengharamkan PAS. Undang-undang yang mengantikan ISA ada. Gunalah untuk kebaikan umat Islam di negara ini. Ahli PAS nak buat huruhara? Cantekkkk..polis ada, gunalah. Boleh dibuat alasan untuk tidak mengadakan PRU 13, selamatlah UMNO dan BN.

Yang peliknya UMNO ni, dengan parti PAS yang sesat ni juga yang UMNO dok terhegeh-hegeh nak bekerjasama, nak bergabung. Orang dah cakap terang-terang tak mo, UMNO dok masih terhegeh-hegeh nak juga.

ambil je Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin, mereka pun bekas orang PAS juga.

Ni dok sebok pasal parti orang ni ape ke halnya?Takde kerja lain ke nak buat? ke Tak puas hati kena tolak? Gia Talak?

Anonymous said...

Aku dilahirkan sebelum pasiqun ditubuhkan lagi. Sampai sekarang aku masih memelihara kesucian Islam, tak macam yang berkobar2 isle situ sie male tapi kepurah semenya...

sang sapurba said...

tak ada pas umno tetap teguh.pelawa pas join umno adalah untuk menyelamatkan pas dari terus jadi balaci dap.dari terus jadihamba cina.melayu makan babi aje join dap yang jelas menghina islam.

jadi janganlah perasan sangat.yee sang kau kutuk.yang potong kek kat rumah oku gampang tu baguslah.oku gampang tu lah penentang kuat islam.kenapa tak sambut hari jadi kat masjid ke atau pun kat rumah sendiri sambil hidang pulut kuning selepas doa selamat.

ini gi menyembah oku kafir tu buat apa.nampak sangat awak tu balaci dap.islam suruh ke buat macam ni.

nabi suruh berlembut sesama islam dan berkeras dengan orang kafir!!!

tapi pas buat sebaliknya.jadi jangan perasanlah yang pas ni perjuangkan islam.cakap aje nak perjuangkan kuasa!!!

Anonymous said...

Kenapa WZ nampak macam takut dengan PAS jee ni... kata Konfiden boleh menang...

Anonymous said...

WZ dan UMNO bukan saja takut dgn PAS malah dgn budak2 masiswa pun mereka takut...Tak berani berdepan secara berhujah. Yg pandai maki hamun...

Mintak satu je...jika ditakdir WZ jadi calon dan menang, tolong jangan jadi macam YB Chegu Din ADUN Pulau Manis..bukan saja bodo tapi berani tak bertempat...

Sian UMNO..mereka buang Datuk Arif yg jauh lebih cerdik berbanding WZ tapi pilih Chegu Din jadi calon Pulau Manis...Nasib baik dia bertanding bukan diPulau Tawar, kalau tidak aku perambat biar dia terjun dalam paya Kangsa...

Anonymous said...

UMNO sanggup melepaskan 13 kawasan parlimen yg ada majotiti Melayu kpd MCA/MIC...selamba je. Dahlah tu, proses pengsemapadanan semula kawasan pilihan raya yg dibuat selepas UMNO mengalamai masalah pada tahun 1999 tidak melibatkan penambahan bil kerusi Melayu diParlimen...Ini kerja DAP atau PAS kah Adik Wan oiiii ???

Inilah wajah UMNO yg Wan cintai sebagai wadah bagi memperjuangan Melayu...sudahlah. Kontak jaga Melayu yg diberi kpd UMNO lebih 50 tn sudah hampir tamat.


Mat Periba

Anonymous said...

Pelik juga akirnya PAS kena terima DAP demi kuasa.
Yang pasti boleh kah PAS tubuh perlembagaan Islam. DAP setuju ke?
UMNO/BN dah banyak dah buat sistem Islamik.
Itu jo ambo nak kato.

Anonymous said...

Sokong WZ jadi calon Jerantut.

Anonymous said...

sang sapurba,

"..melayu makan babi aje join dap yang jelas menghina islam."

PAS sesat. DAP pula menerima melayu yang makan babi menjadi ahlinya.

Orang melayu dah makan babi. Orang melayu makan rasuah. Dr Mahathir kata makan rasuah tu macam makan babi...

Apa dah jadi dengan orang melayu kita sekarang. Mana UMNO...mana Perkasa. Lemah sangat ke kerajaan Malaysia sehingga membiarkan keadaan orang melayu dah sampai ke tahap makan babi.

kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab yang diletakkan oleh Perlembagaan untuk menjaga kedaulatan Islam dan orang melayu. Apajadi dengan kerajaan kita, lemah selemah-lemahnya macam kelab boria kat balik pulau.

PM kita orang melayu. Jemaah menteri kita majoriti melayu. Macamana boleh melanggar sumpah jawatan untuk mempertahankan perlembagaan negara macam ni.

meh aku ajar. Al-Arqam dulu sesat. Apa kerajaan Mahathir buat? Kerajaan Mahathir haramkan Al-Arqam. Tangkap kesemua pemimpinnya bawah ISA, tahan kat Kamunting. Kat sana JAKIM beri konseling untuk megembalikan pemimpin-pemimpin utama Al-Arqam ke pangkal jalan.

Apabila mereka-mereka ini sudah bertaubat, mereka diarah oleh kerajaan Mahathir untuk membetulkan aqidah ahli-ahli pulak.

Perkara yang sama boleh dilakukan ke atas PAS jika PAS itu sesat. Precedent dah dibuat oleh kerajaan mahathir, mengapa kerajaan najib tak ambil tindakan? Adakah sang sapurba yang sesat atau kerajaan najib yang begitu lemah untuk mengambil tindakan.

mengenai melayu yang makan babi yang join DAP dan DAP yang menjadi pelindung melayu-melayu yang makan babi ini - ceritanya sama dengan PAS tadi.

Haramkan DAP dan tangkap pemimpin-pemimpin utama DAP dan melayu-melayu yang makan babi yang menyertai DAP dengan akta baru yang mengantikan ISA tu. Kerajaan kena tegas apabila mempertahankan Perlembagaan negara, jangan jadi pondan siam!

Tapi jangan lupa, tangkap juga melayu-melayu yang memakan rasuah sebab mengikut Mahathir mereka ini juga jenis makan babi juga!

Anonymous said...

Sang Sapurba ni std macam yb chegu din adun pulau manis....

Inilah style pencacai umno. Emosi tidak dipimpin dgn ilmu...kamu ni jenis manusia mulut jahat. Semoga kamu diberi petunjuk dan mengikut jln yg diajar dlm alQuran kareem.

Kutukandewata said...

SANGSAPURBA BUKAN EMOSI.KALAU DAP MEMANG JELAS DAN TERANG2 MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM,SEHINGGA UGUT LANGKAH MAYAT,ITU DIPANGGIL APA WAHAI ORANG YANG TAK EMOSI?

YANG EMOSI SEBENARNYA IALAH DIRI AWAK SENDIRI SEBAB AWAK MASIH MEMPERTAHANKAN DAP WALAUPUN AWAK TAHU DAP LAH MUSUH ISLAM YANG NYATA.

SOKONG DAP BERMAKNA SOKONG KAFIR.SOKONG KAFIR BERMAKNA BOLEHLAH MAKAN BABI.

JELAS DAN TERANG LAGI BERSULUH PEMIMPIN PAS DAN AHLI PAS SERTA AWAK SENDIRI ADALAH PENENTANG ISLAM KERANA BERSEKONGKOL DENGAN MUSUH ISLAM YANG NYATA,MUSUH YANG MAHU MERAMPAS KALIMAH ALLAH HAK EKSLUSIF
ORANG ISLAM.MENGAPALAH ORANG PAS DEGIL SANGAT DAN BERKERAS MEMPERTAHANKAN DAP???

SEBABNYA ORANG PAS SUDAH BANYAK MAKAN DUIT DAP.DUIT YANG TIDAK HALAL HASIL PELACURAN,RUMAH URUT,ALONG,VCD HARAM,DAN BERMACAM-MACAM LAGI KEGIATAN HARAM DAP.

MEMANG WAJARLAH ULAMA SEKOLAH PONDOK KELANTAN MENGHARAMKAN UNDI PAS SEBAB PAS JELAS SUDAH JAUH MENINGGALKAN ISLAM.

HARAP PADA NAMA AJE ADA ISLAM TAPI PERANGAI DAN SIKAP TAK UBAH SEPERTI ABDULLAH BIN SABAK.

TAPI AKU TAK HERAN DENGAN ORANG YANG ARIF TENTANG ISLAM TAPI PERLAKUAN JELAS TERPESONG SEBAB IBNU MULJAM YANG MEMBUNUH UMAR ALKHATAB ADALAH HAFIZ ALQUR'AN DAN ORANG ALIM.TAPI KERANA DIA KHAWARIJ MAKA SEMUA ORANG TAK BETUL.

PAS JELAS ADA UNSUR-UNSUR KHAWARIJ SEBAB DIA AJE YANG BETUL WALAUPUN JELAS DIA MEMANG SALAH.MAKA DIA SANGGUP LAKUKAN APA SAJA YANG DILARANG OLEH ISLAM.

SEMOGA KAMU DIBERI PETUNJUK DAN MENGIKUT JALAN YANG DI AJAR AL QUR'AN.

IBNU MULJAM TAK TERTAHAN HASUTAN SETAN TAPI PAS LAGI TERUK,TAK TERTAHAN HASUTAN DAP!!!

Anonymous said...

KD, puak2 kamulah yg mencipta sistem Pilihan Raya sebagai kaedah bagi memilih pemimpin. Jadi bila ada dikalangan rakyat yg sanggup kehadapan dan bersedia menjadi pemimpin dan berlawan dgn puak2 kamu maka kamu pun cop mereka sebagai khawaraj...apa jenis kamu ni.

Kamu cuba menyamakan kerajaan UMNO yg menggunapakai sistem jelmaan British dgn kerajaan khalifah (satu parti)?? Jauh panggang dari api. Puak2 kamun ni jenis tak malu...

KD, kamu tau tak mengapa Cina MCA semacam relek saja dgn puak2 kamu ni..tak lain kerana perangai puak2 kamu lebih kurang sama macam mereka juga. Andaikata UMNO buka mulut CUBA NAK PINDA PERLEMBAGAAN BAGI MELAKSANAKAN ISLAM 100% saya pasti perangai Cina MCA ini jauh lebih teruk drp DAP.

KD, samada kamu sedar atau tidak yg mula2 suka berkawan dgn makhluq makan babi ini adalah puak2 kamu. Klu mengikut formula kamu ini maka kami dikira suka makan babi jugalah...

Anonymous said...

KD,

Komen KD tidak menambah apa-apa yang baru yang sang sapurba telah sebut, malah hanya mengulang apa yang telah disebut. Saya rasa semua orang telah faham asas-asas hujah-hujah yang dikemukakan.

Tetapi komen KD tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Anon 4:32. Ini persoalan penting seterusnya.Mengapa tindakan tidak diambil. Negara kita adalah sebuah negara islam sebagaimana yang diisytiharkan oleh Mahathir.

Pemimpin UMNO mengatakan negara kita diiktiraf sebgai negara islam moderat, negara islam contoh. Bahkan Reezal Merican menegaskan bahawa "UMNO telah dipilih Allah" dalam PAU 2012. Kita terimalah hakikat ini kerana itulah hakikat yang UMNO mahu semua rakyat menerimanya.

Tetapi mengapa tindakan tegas tidak diambil?

Pelbagai undang-undang negara yang sesuai ada untuk digunakan terhadap PAS, DAP dan melayu-melayu yang memakan babi. Precedent dalam kes Al-Arqam telah ada. Precedent dari "operasi Lalang" tahun 1987 juga ada dimana kestabilan dan keselamatan negara terancam.Pelbagai precedent lain juga telah ada.

Persoalan "mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan" timbul lagi.

Tiada faedahnya mengulang-ulangi sebab/punca yang teah jelas lagi terang tetapi gagal mengambil tindakan! Kita bercakap pasal tanggungjawab kerajaan yang diwajibkan oleh perlembagaan negara disini, KD. Bak kata Anon 4:32, Kerajaan bukan seperti kelab boria kat balik pulau, penang.

Kalau kita ambil kata-kata reezal merican tempohari, kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap PAS, DAP dan melayu-melayu yang makan babi ni adalah satu perkara yang berat dan besar - " IA ITU DERHAKA KEPADA ALLAH KERANA GAGAL MENYEMPUNAKAN PERINTAH ALLAH!....melanggar Amanah Allah secara terang-terangan" !!!

Jadi statmen yang dibuat oleh sang sapurba dan di sokong oleh KD bukan perkara kecil dan remeh. Soal yang dibangkitkan ini bukan sekadar "cipta isu kosong untuk meraih sokongan politik kepartian yang sempit".

jadi, kemana kita sekarang?

Zack

Kutukandewata said...

ZACK,

PERSOALANNYA SEKARANG PAS SUDAH RASA BESAR KEPALA DAN RASA KUAT SANGAT.BILA HJ HADI DAN NASHARUDDIN MAT ISA MAHUKAN KERAJAAN PERPADUAN NIK BERPENCAK SILAT HINGGA NASHARUDDIN KEHILANGAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN.

PAS BEGITU ANGKUH BILA UMNO HULUR TANGAN PERPADUAN PAS MENOLAKNYA DAN KATA KAT UMNO,"DAH LEMAH DAN TERSEPIT BARU MINTA SOKONGAN PAS"

KEANGKUHAN INI DIPERBESARKAN LAGI DENGAN MENJALINKAN HUBUNGAN MESRA DENGAN MUSUH ISLAM YANG SANGAT NYATA IAITU DAP.UMNO DI TOLAK KERANA UMNO MENOLAK ISLAM.APA MAKNANYA NI?TOLAK ISLAM TAK KE BERMAKNA KAFIR.

JELASLAH PAS MENGANGGAP UMNO NI KAFIR DAN TAK BOLEH BERKERJASAMA DENGAN UMNO.HABIS DAP TU ISLAMLAH BOLEH KERJASAMA DENGAN PAS.INI CAKAP BERBELIT MACAM ORANG TAK BERSUNAT.

PEMIMPIN PAS BODOH MEMILIH JALAN SUKAR UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN.JALAN YANG PALING MUDAH UNTUK MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM IAITU JOIN UMNO DI TOLAK MENTAH-MENTAH.

UMNO JOIN PAS DI BANTU PBB DAN LAIN-LAIN MP ISLAM BOLEH MENGUATKAN ISLAM.

SECARA PERLAHAN-LAHAN DN BIJAKSANA UMNO DENGAN PAS DIBANTU OLEH MCA DAN MIC KITA BOLEH DAPAT 2/3.SE;EPAS ITU KITA ADA MANDAT UNTUK PERSEMPADANAN SEMULA DENGAN MEWUJUDKAN BANYAK KAWASAN PARLIMEN ISLAM.

BILA INI TERJADI KTA DAH BOLEH UBAH PELEMBAGAAN BARU NEGARA UNTUK MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM.

PERLEMBAGAAN HARI INI DIPAKSA OLEH BRITISH KALAU NAK MERDEKA.JADI NAK UBAH KENA ADA 2/3.

SELAIN ITU CARA ALTERNATIF IALAH LAKUKAN REVOLUSI.RAMAI KE YANG NAK MENYERTAINYA???

JADI PAS JANGAN TERLALU ANGKUH RASA DIRI KUAT SANGAT DENGAN MENEPIS TANGAN HULURAN UMNO.

PAS YAKIN CARA SUSAH YANG DIA AMBIL BOLEH MENAWAN PUTRAJAYA.

UMNO TETAP TEGUH MEMPERTAHANKAN PARTI KERAMAT YANG BANYAK BERJASA KEPADA MELAYU INI.YANG MELAHIRKAN MELAYU CERDIK TERMASUKLAH ZACK SENDIRI.

Kampong man said...

Salam semua,

KM berpendapat tidak apa apa fakta baru pun dari Zack.KD tidak perlu bertungkus lumus berbahas.Awas pada any possible diversion dari mereka yang berselindung dibawah so called NON PARTISAN .Pada KM mereka tidak berpendirian dan tidak ada perjuangan.Realiti on the ground ialah ahli Pas termasoklah sebahagian ulamak Pas itu sendiri tidak mahu bersama DAP dan PKR kerana perjuangan parti sudah jauh terpesong.Mereka yang memijak gambar LGE dan Karpal Singh bukanlah pengikut UMNO, ahli Pas sendiri.

Rakyat telah sedar bahawa PR tidak akan membawa negara ini kemana mana.Dengan disana sini adanya 1 Malaysia Rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan pilihan rakyat tetap akan kepada BN.BRIM merentasi semua kaum dan ugama,seluruh rakyat yang layak baik penyokong BN dan penyokong PR..Di sana sini Najib di terima rakyat.Negara tidak akan bankrup dengan transformasi ini.

Masa nya hampir tiba untuk kita rakyat Malaysia membuat pilihan lagi.Yakinlah kerajaan BN tetap jujur.KM berpendapat keputusan yang LEBIH baik untuk BN di PRU 13 dibandingkan 2008 kecuali PR ada mengadakan rusuhan Bersih lagi dan Hindraf juga membuat rusuhan.

Zack , for once please do not claim neutrality.Sesekali pukullah sikit penyokong PR di blog Aspan dan Sakmongkol bro , barulah neutral.KM kesian pada Batu Ronson.

Lama sudah tak dengar dari rakan KM bro Anon 5.05.Dont worry lepas PRU 13 kita akan membincangkan sejarah , pembangunan dan penyatuan ummah.Buat masa sekarang kita layan sahaja pengikut PR ni .They are fighting a losing battle for sure.

KM harap pucuk pimpinan mencalonkan Wan Zuri.UMNO memerlukan pelapis professional bagi cabaran yang akan datang.UMNO dahulu kini dan selamanya, insyaallah.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

"Zack , for once please do not claim neutrality.Sesekali pukullah sikit penyokong PR di blog Aspan dan Sakmongkol bro , barulah neutral.KM kesian pada Batu Ronson."

Seperti saya selalu beritahu uncle, saya, walaupun tidak menyebelahi mana-mana pihak, masih mempunyai hak sebagai warganegara dan sebagai orang melayu didalam kelompok majoriti dimana parti-parti politik yang bertanding berebut untuk mendapat sokongan dan mencorak kehidupan kami. Itu kena faham..

Ahli-ahli parti politik melayu: UMNO, PAS dan PKR tak sampaipun 5 juta orang ( UMNO 3.5j, PAS 1j PKR 300k). Selebihnya, yang menjadi majoriti orang melayu berjumlah 13 juta lebih. Uncle selalu lupa fakta ini...you ppl, UMNO ke PAS ke PKR ke are minorities.

Pembangkang bukan kerajaan. Mereka boleh melalak sampai 7 hari 7 malam pun, mereka powerless, mereka tak boleh buat apa-apa. Kita dengar sahaja boleh. Yang munasabah kita boleh terima, yang auta kita masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mereka tak punya kuasa nak impose kepada rakyat dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Tindakan kerajaan lain. Pertama kerajaan membawa mandat dan terikat dengan perlembagaan. Perlembagaan memberikuasa kepaada kerajaan melalui eksekutif untuk menjalankan urusan negara yang melibatkan rakyat tak kira parti mana.

Jadi setiap tindakan kerajaan memberi implikasi terus kepada rakyat. Apatah lagi tindakan-tindakan yang membelakangkan mandat rakyat.Kesaan buruknya menimpa balik kepada rakyat yang memberi mandat. Rakyat yang merasakan dirinya terjejas mempunyai hak untuk bersuara. Itu hak rakyat.

Tindakan kerajaan berbeza dengan tindakan parti politik. Tindakan parti politik hanya melibatkan ahli-ahli parti politik berkenaan sahaja.

INi kita kena faham, uncle. Uncle ni...asyik-asyik konfius memanjang je dalam hal ini...huhuhu.

Zack

Zack

Anonymous said...

An0n 11.33,

Bilamasanya Pas berjuang untuk Islam huh.. Berjuang untuk kalahkan umno ada ler.Jangan harap rakyat menyokong.

Kampong man said...

Zack,

Uncle setuju dengan stetement Zack.Bukankah itu yang kerajaan BN lakukan untuk rakyat dengan berbagai transformasi.BN sanggup berkongsi kuasa dan berkongi kekayaan.

Pasti kita semua punyai bermacam hak.Ini tidak pernah kita pertikaikan. Kita semua tahu yang LAYAK di beri mandat nampaknya BN , Kenapa rakyat majoriti memberi mandat kepada BN selama ini ?.Kenapa tidak PERNAH sekali pun PR ?.Jawapannya mudah BN is better than PR anytime.KM yakin dari momentum sekarang BN nampaknya akan maintain status quo lah.

Zack jangan dok sibuk dengan hak hak kita kerana ini semua ada termaktub dalam undang undang dan perlembagaan. Menjahanamkan kereta polis dan harta awam serta menceroboh ketenteraman awam juga hak kan ?.

I have lived long emnough to know what this DUBIOUS Anwar can do.Tidak habis habis dengan demonstrasi dan Reformasi sedangkan hari ini Najib bercerita lebih pasal TRANSFORMASI .Apa yang Anwar lakukan sudah tidak sesuai malah BASI.

Sesekali tolonglah bantu UMNO/BN bro.Jangan dok gelong saja.Oh terlupa pulak ! Hak bersuara . Bersuara lah kerana negara kita menpraktikan demokrasi .

@KM bengkak dengan budak mata sepet yang memberi isyarat lucah pada Raja Permaisuri kita di Penang baru baru ini.Dimanakah kesetian beliau/ mereka.Puak ini harus jangan di beri kuasa politik.Cukuplah setakat pegang Penang sahaja.KM sebenarnya layak menjadi ahli PERKASA kot. Bodohlah Melayu yang menyokong perjuangan DAP yang racis dan PKR.Bagi Pas pula bukanlah pun menjadi ancaman cuma Pas ini tidak kuat dan parti ini masih blur dengan perjuangan yang berubah ubah mereka.Sabar sajelah dulu.Esok pagi pagi hendak driving back to K Lumpur.long jouney and last day of long hols.Cheers..

Anonymous said...

Uncle kampongman,

"Kenapa tidak PERNAH sekali pun PR ?.Jawapannya mudah BN is better than PR anytime."

"..BN is better than PR anytime"

Perbandingan ini sebagai kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri?

Uncle kena la spesifik yang mana satu, baru seang nak bincang.

Zack

Anonymous said...

KD,

Kalau benar2 UMNO ada niat baik dgn PAS demi Melayu dan Islam, pada PRU13 nanti kamu kasi tau kat Najib jangan lawan PAS. Biar PAS yg dijngka bertanding di 70 kerusi, menang kesemunya. UMNO pulak boleh tunjuk hebat dgn berlawan DAP dikesemua kerusi DAP bertanding. Kalau boleh menang kesemua 50 kerusi ini maka bilangan kerusi Melayu confirm lebih drp 120 kerusi...malah bila dicampur Melayu PKR dan Melayu PBB Sarawak pasti kerusi Melayu melebihi 148 kerusi. Dgn kerusi sebanyak ini boleh pada bila2 masa pinda perlembagaan bagi memperkasakan Melayu dan Islam...

Wahai KD Oii...UMNO ada berani ke!!!

Kutukandewata said...

anon 6.13pm ,
angka yang awak beri tu tak rasional.kalau sampai 70 kerusi untuk pas itu bermakna umno terpaksa berkorban kerusiumno sendiri.lepas tu suruh bertanding di kawasan dap yang majoriti cina.itu nampak sangat nak bunuh umno.mintak benda tu ukurlah kemampuan sendiri.umno tanpa pas pun dah 77 kerusi.itu ketika umno lemah.sekarang umno dah kuat sikit.jadi pas tau nak kerusi free aje.beri betis nak peha nampak???

bermula dengan kerusi yang sedia ada dan umno beri pas kerusi yang 60% undi melayu macam teluk kemang,kuantan indera mahkota.tak ada masalah.

masalahnya pas macam awak termasuk pemimpinnya terlalu tamak dan tak tahu jaga hati dan persaan orang lain.

ingat sikit jangan ingat umno hulur tangan kat pas bermakna umno lemah.umno tak heranlah dengan pas.tanpa pas dan dalam keadaan lemah pun umno masih boleh bertahan 77 kerusi.pas habis tinggi pun 30 kerusi aje.ukur baju di badan sendirilah bro...

banyak isu-isu yang di cipta oleh pemimpin pas telah melukakan hati ramai orang melayu islam dan akan di hukum dalam pru 13 nanti.kau tengoklah nanti.

Anonymous said...

Oiii KD,

PAS tak melukakan hati dan fizikal org Melayu dan Islam sebaliknya yg pasti, PAS memang mahu melukakan UMNO...ini kerja PAS sejak dulu lagi...

Macamana PAS tak buat kerja macam ini kat UMNO, sebabnya..dahlah ia sebuah parti sekular nasionalis, lebih dari itu, harta kekayaan negara hanya berlegar disekitar korni dan pemimpin UMNO. Rakyat pula dibiarkan dgn bebanan hutang...harga barang dan servis melambung tinggi. Bebal kamu ni. Kamu tak terasa malu dan tak reti ker yg selama ini UMNO menipu kamu dan otak kamu dah di binsai oleh UMNO.

Satu perkara aku mintak tolong sangat dari kamu, tolong serch kat mana2 media kot2 terjumpa nama2 anak2 atau adik TGNA atau TGHA atau Ustaz Azizan yg tersenarai dalam kalangan Melayu terkaya di Malysia. Aku dah cari tapi tak jumpa..yg akau jumpa anak TGNA masuk ISA adalah manakala anak2 Mahthir pujaan hati kamu beserta adik Najib pemimpin agung kamu baru saja disenarai sebagai manusia Melayu terkaya diM'sia pada tahun 2012. Mirzan dan Nazir ni...bila pulak jadi ahli PAS yek..???

Ok KD...tolong ye!!!

Kutukandewata said...

KONSEP SYUKUR PERLU ADA PADA HATI KITA.DENGAN BERSYUKUR APA YANG ADA PADA KITA HATI KITA TENANG DN BAHAGIA.

INGATLAH REZEKI,AJAL MAUT,JODOH DI TANGAN ALLAH.

KALAU ORANG KAHWIN BANYAK JANGAN MARAH.ALLAH YANG BERI DIA JODOH YANG BANYAK.KALAU DIA KAYA REBA SEKALI PUN JANGANLAH MARAH DAN DIUMPAT2 APA TAH LAGI DIFITNAH2.

ALLAH BERIKAN KEPADA SIAPA SAJA YANG DIA SUKA.SEBAB REZEKI MEMANG DITANGANNYA.ITU HAK DIA.MARAHKAN ORANG KAYA BERMAKNA KITA MARAHKAN ALLAH.WALAUPUN MANUSIA TERLALU BERKUASA SEPERTI FIRAUN SEKALI PUN KALAU ALLAH TAK BERI REZEKI DIA TAK AKAN DAPAT PUNYA.

KALAU MAHATHIR TERLALU BERKUASA SEKALI PUN,KALAU ALLAH TAK BERIKAN REZEKINYA TAK KAN KAYA JUGA ANAK MAHATHIR TU SEBAB JELAS REZEKI ITU DI TANGAN ALLAH.

ALLAH BERI KEKAYAAN KEPADA ANAK2 MAHATHIR BUKAN BERMAKNA ALLAH MENYAYANGINYA LEBIH DARI MAKHLUK2 LAIN.

ALLAH BERI HARTA KEKAYAAN ADALAH SATU DUGAAN DUNIA.DAPATKAH DIA MENGURUSKAN AMANAH DAN PINJAMAN YANG DI BERI DI DUNIA INI. KALAU GAGAL TUNGGULAH AZAB YANG PEDIH.

JANGAN INGAT HARTA ITU TARGET HIDUP KITA.

ORANG YANG TAK KAYA-KAYA WALAUPUN BERTUNGKUS LUMUS SIANG DAN MALAM TIDAKLAH BERMAKNA ALLAH BENCIKAN DIA SEHINGGA TAK BERIKAN REZEKI YANG SETIMPAL DENGAN USAHANYA.

SESUNGGUHNYA ALLAH MENANGGUHKANNYA KERANA ALLAH TERLALU RINDU MENDENGARKAN DOA-DOANYA.

INGAT SENANG KE NAK DAPATKAN KERINDUAN ALLAH KEPADA KITA?

NAK DAPATKAN KERINDUAN ANAK DARA KAT KITA PUN SUSAH.

BETAPA BAHAGIANYA KITA KALAU ALLAH RINDUKAN DOA-DOA KITA.JADI BERDOALAH SEHINGGA ALLAH PERKENANKAN NYA.

JADI KEPADA PUAK PAS BERDOALAH.ALLAH RINDUKAN DOA ORANG PAS.APABILA ALLAH MENGKABULKAN DOA PAS NANTI MAKA JADILAH HAJI HADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

ASAL JANGAN ANWAR IBRAHIM SUDAH.MASIH BOLEH TERIMA PM MALAYSIA KAKI BETINA,TAPI SUNGGUH TAK RELA DAN TAK BOLEH TERIMA PM MALAYSIA KAKI TUTUH BONTOT JANTAN.ANJING JANTAN PUN TAK PERNAH TUTUH BONTOT ANJING JANTAN LAIN.

Anonymous said...

anon 9.30 pm ikut sedap mulut aje kata KD bebal.dari bahasa kau pun aku dapat nilai siapa sebenarnya yang bebal.siapa???sah lah kau yang bebal.spm pun tak lulus pandai tuduh orang bebal.

memang perangai pas pas suka labelkan orang kalau tak sokong dia.

maklumlah keturunan abu jahal.

Anonymous said...

KD,

Ayat2 kamu macam cenderung sangat kpd Islam. Kalu bagitu ayuh apa tunggu, masuk saja PAS. Tak rugi apa jika kamu tinggalkan parti kebangsaan UMNO ni.

Berjuang dalam PAS umpama menambah gula kedalam bubur yg agak tawar...tapi jika kamu berjuang dalam UMNO umpama memasukkan sesudu madu kedalam tempoyak...

SELamAT MENYERTAI PAS.

Kutukandewata said...

bukan tak sokong pas.dulu aku sokong pas.malah syed ibrahim yang bertanding wakil pas dulu tu pun pak saudara aku.banyak juga duit aku masuk karung derma pas.

cuma sejak akhir2 ini pas dan jauh dari perjuangan menegakkan islam.pas terlalu tunduk kepada ustaz guru nanak yang lumpuh tu.

kafirkan umno perjuangan islam ke?gadai kalimah allah yang jelas membawa syirik dan kufur tu perjuangan islam ke?jangan ingat nama islam pada parti pas itu melambangkan perjuangan islam.apa ada pada nama.umno yang tak ada nama islam itu telah melaksanakan perintah Allah sebanyak 90% dah.sebab itulah Allah merestui umno untuk terus memerintah.

cuma satu aje aku nak nasihatkan pas.

penyokong pas perlu bersikap macam penyokong umno.penyokong umno selalu menegur kalau pemimpin mereka buat salah.kalau cukup bukti orang umno sendiri jatuhkan pemimpin tersebut.

tapi pas lain sangat sikapnya.bila pemimpin tertinggi pas memecat hasan ali hanya kerana mempertikaikan anwar ibrahim,ahli pas tak berani bersuara menegakkan kebenaran.

itulah yang aku ni tak nak masuk pas.aku tak nak dan tak rela jadi pak turut.

Kampong man said...

Salam,

Saya setuju dengan kebenaran kata kata sdra KD diatas.KM lebih menghormati Haron Din sabagai saorang individu ulama dari parti Pas itu sendiri.

Apa yang Hasan Ali cuba impimentasikan di Shah Alam ( Kedai 7 eleven) yang menjual arak dan pemeriksaan MAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya atas kemungkinan adanya percubaan mengkristian orang islam mendapat tentangan PR kerajaan Selangor.Jelas Hasan Ali dari Pas tidak ada kuasa hasil campur tangan gandingan DAP dan PKR.

Pengundi islam harus berfikir parti mana yang mana yang mampu mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...