Thursday, February 21, 2013

WZWH Setuju Idea Mamasita Mamamia: Sakmongkol AK47 Lawan Najib Di Parlimen Pekan!

Mamasita-Mamamia!!!

Blogger Mamasita Mamamia telah melontarkan satu idea yang menarik bahawa tidak perlu Pakatan Rakyat yang pada mulanya mahu hantar Hadi Awang bertanding melawan DS Najib di parlimen Pekan, kemudian mahu budak-budak universiti mencabar PM di Pekan konon seorang mahasiswa akan dicalonkan dalam PRU 13 nanti.

Blogger Mamasita Mamamia adalah bekas isteri Sakmongkol AK47 @ Dato' Ariff Sabri. WZWH tahu blogger Mamasita Mamamia juga dari keturunan pahlawan Pahang Tok Gajah. Sama juga dengan Sakmongkol AK47 dari keturunan Khatib Amin adik beradik Tok Gajah. Ini dari keturunan Pulau Tawar, Jerantut.

WZWH CnC extract sepenuhnya posting blogger Mamasita Mamamia...

Student Mana Nak Lawan Tok Najib Kat Parlimen Pekan?


Ish dek...toksahlah..buat per nak menghabiskan boraih..adek nak lawan ker atau sekadar syarat saja..jangan jadi badut buat kelakar..kalau nak lawan hantar betul2 calun yang ada kekuatan.

Nak lawan gergasi Goliath tapi anta budak berhingus yang boleh jentik jer...tonjol kat dahi dengan jari telunjuk pun dah menciput lari..nampak sangat PR penakut besar..

Saya nak cadangkan..biar blogger AK 47 @ Sakmongkol lawan DSN kat Pekan.

Tu dia..baru betul.

Baru ada tandingan yang berapi..harta kekayaan dan pangkat Dato' Ariff memang hambar sekali berbanding dengan Tok Najib..

Bagaimanapun, semangat perjuangan DSN dan Dato' Ariff yang menyala2 yang hampir serupa. 

Mereka pulak mempunyai kelulusan dari UK..sorang graduate dari Uni of Nottingham dan sorang lagi kelulusan Masters from Uni Manchester.

Dua2 buat Analytical Econs for their degrees..rasanya.

Betul Dato' Ariff Sabri pernah jadi Adun Pulau Manis selepas PRU 11 dulu.

Untuk PRU 12, Tok Najib gugurkan dia.

Berpeluang kah kita lihat ex adun lawan ex big boss dalam gelanggang..apamacam?

Bila imbas kembali..masa mula2 Dato' Ariff masuk berpolitik anggaran 20 tahun dulu, jenuh penyokong2 Dato' Ariff mengadu Dato' Zainal Pak Wan ( Setiausaha UMNO Bahagian Parlimen Pekan sekarang ) berkata.."Ini lah orang yang akan menjatuhkan Dato' Najib.."

Betul ker telekan yang dibuat lebih berpuluh tahun yang lalu?

Bomoh mana dia pakai?

O yea..Dato' Zainal ada jugak berkata "roh arwah Mokhtar dah masuk ke dalam anak sedaranya".

Arwah Mokhtar Haji Mohd adalah bapa sedara kami..pernah masuk Semangat 46 dan sejurus kembali semula ke dalam UMNO, dia meninggal akibat serangan sakit jantung..

Beliau adalah antara orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah..kawan baik jugak dengan Tok Pa (DS Mustafa Mohd) menteri perdagangan kita dari Kelantan.

Dia dan sorang lagi bapa sedara kami yang masih Alhamdulillah sihat yakni, Datuk Zulkifli Haji Mohd (bekas suami seniwati veteran Sarimah) memang terkenal sebagai puak yang suka melawan UMNO Pekan ketika itu.

Sebab itu bila Dato' Ariff masuk politik Pekan, teruk sungguh dia kena chop,sanggah dan dimusuhi oleh mereka yang berdendam kesumat terhadap bapa2 sedara Dato' Ariff.

Sepanjang perjalanan politiknya disulami dengan penasihat2 DSN yang macam fleas..sentiasa menghasut DSNajib supaya benci pada Dato' Ariff.. 

Walaupun saya bekas isteri (masih ahli UMNO) bekas Adun Pulau Manis yang sudah berhijrah ke parti DAP (sedih jugak)..tetapi saya cadangkan Dato' Ariff lawan di Parlimen Pekan..menang kalah lain cerita..sedara Dato' kat Pekan pun berlambak..sokong ke sedara sama sedara?

DYMM Tuanku Sultan Pahang sama sekolah di Clifford dengan arwah bapak Dato'..

Apa nickname arwah bapak Dato'?

Dobi??

Sebab arwah Haji Abdul Aziz rajin menggosok dan mengkanji baju sekolah yang dipakai..alahai. 

Lawan..lawan..lawan kat home base!

Dato' Ariff kan keturunan Tok Gajah/Mat Kilau/ Dato Bahaman/darah Bugis/Acheh/Siam/Kelantan/Trengganu/mamak Penang/Cina/India..bancuhan darah pendekar semua cukup..

Kita nak jugak tengok pertandingan pilihanraya yang hebat di Pekan..Jomm..^_^

p.s.
Jangan takut..kalah menang lawan PM takper.. tetapi keberanian tu yang disanjung kelak.. 

Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

Undi kan rahsia..mana tahu..kalaulah undi Dato' hanya satu..itu adalah undi simpati dari saya..

Kalau kalah pun takder malunya...bertanding lawan tokoh yang bukan calang2..PM Malaysia.. 

*Kalau saya dianggap pembelot sabit artikel yang tak semenggah ini, parti UMNO bolehlah ambil tindakan disiplin terhadap saya*. 

WZWH pun berpendapat pada Sakmongkol AK47 menulis posting hari-hari membantai dan mengutuk DS Najib lebih baik Sakmongkol AK47 menjadi betul-betul cucu cicit Mat Kilau Tok Gajah yang sebenar berani dan pahlawan  melawan DS Najib di parlimen Pekan.

Bro Sakmongkol AK47 perlu settle once for all...your vengeance toward DS Najib!

16 comments:

Anonymous said...

Gila talak ke apa

Anonymous said...

Meroyan....

mamasita said...

Komen saya tersasul ke posting Battle Of The Band..^_^

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Kak Mamasita,

Tqvm sudi datang blog WZWH. Blog Mamasita telah dipautkan dalam Blog Tokoh sama dengan Sakmongkol AK47.

Yang kuat bambu dan bantai Kak Mamasita tu adalah penyokong Pakatan Rakyat ekekekeke.

Apa yang Kak Mamasita tulis tu betul satu cadangan yang bernas. WZWH sokong dan setuju dengan idea Kak Mamasita.

Anonymous said...

Dato Sak patut lawa di Jerantut baru laa kelas.

Anonymous said...

Wz mengidam mama.

Anonymous said...

Ingatan kepada bekas2 isteri atau suami. Walau apapun yg telah terjadi jangan sesekali selak kain dihadapan orang ramai. Kalau bercakap mulut, mungkin 5-6 orang dengar, tapi sekarang satu Malaya dah tahu, boleh cetak lagi.

Nyesal Nanti

Anonymous said...

Paling ramai msuk neraka jenis ni.

Anonymous said...

Isu peribadi dan rumah tangga mereka kita tidak mahu campur.Isu politik Sak kita boleh komen.Ini membuatkan blog Wan lebih baik dari bkog Sak.Last kopek untuk Sak.Pekan bukan untuk beliau, pasti bungkus kan kan..

Anonymous said...

Setuju. Pekan byk undi myamar,kan kan

Quiet Despair said...

Salam semua di sini whom I love

Saya telah menulis dulu dari Aunt Mamsita di blog Abang Wan bertajuk GM 13 jangan datang ke Pekan, mencabar Sak contest di Pekan. Juga tulis at length cabar Suck lawan Najib sebelum itu.
Please refer previous postings of Wan.dont want to repeat what I said which other commentators have agreed with me.
Tapi saya bukan ex-wife Uncle Sak nor his son. So what I proposed did not carry weight.
Yes Sak is full of vengeance towards DS Najib. He's very angry for not chosen as candidate in 2008. Imagine he considered himself as Pahang's best brain but only was Adun for a term. so we understand his anger.
Time to settle old scores by fighting tooth and nail in Pekan. If he can reduceNajib's majority, he is worthy of our respect.
If he loses only by a wafer thin majority of 72 in 2004 (if II am not mistaken, all the more we will salute him as a giant killer.
Sak knows he cant win and he's scared of losing his deposit. Lol.
Tired of him denigrating Najib which really made him small and silly. Tak ada benda yang kena Najib buat pada pandangan dia. Tapi dia tak adapun beri idea how his Tok Pekong LGE or King Sod can do better than our PM. Orang mual dengan his spiteful and bitter comments with no solid policies which can better Najib.
Mamsita better tell the father of her children to tone down and plunge himself to ignominy ad nauseam.

Quiet Despair said...

Sorry, tertinggal words, juga tulis at length cabar Sak lawan Najib sebelum itu di blog SWK.

mamasita said...

AsSalam Wan..terima kasih.

Anonymous said...

Di selangor , Kedah, Penang dan Kelantan tak da myammar, bangladesh kan kan kan...kakaka..

Anonymous said...

Kalu saya Sakmongkol, saya takut dengan Kak Huda. Dia garang dan boleh berkempen menjatuhkan ex dia.BN boleh guna dia dalam kempen nanti. Tapi saya rasa BN taklah macam Pakatan gunakan orang untuk menghina dan mencerca dia.
Tengoklah selepas cerai satu Malaya tahu keburukan ex dia dengan girl-friend baru dan tak bayar nafkah dia. Lepas tu senyap sunyi dan puji lak Sakmongkol. Agaknya dah dapatla apa dia nak.
Kak Hunda ni tak abih komplen hilang status Datin dia selepas bercerai. Sedih teramat orang panggil dia kak dan bukan mak Datin.
Terbaru dia hot ada orang panggil dia MakChik. Lepas tu dia dapat tau kononnya lepascerai masih boleh pakai Datin. Sorrylah Kak oi, dah cerai status Datin dah takde. Tapi kalau you isteri nombor 2atau Tiga Datuk boleh guna title Datin. Tak caya, cheklah.
Kakpun sedih ngat kerana dulu rapat ngan Tok Nan dan Najib yang dah beri Ex berpuluh atau ratus ribu.
Kak kat dah alim sekrang. Tak kisahlah pangkat tu yang Allah tak tengokpun.
Sakmongkol dan jandanya sama saja 2x5, 5x2. Caci orang kononnya feudalistic. Tapi bangga dengan status Dato.
Saya masih ingat semasa kempen Hulu Selangor by-election. Suami isteri nasa tu kutuk orang Umno pakai Benz dan BMW dan SUV gi kempen. Mereka berdua cakap simpan kereta besar di rumah. Pakai car kecik. Hypocritenya.
Ada orang kampung Batang Kali jawab dalam blog apa salahnya. Wah, menyinga you suami isteri kutuk balik kata awak kontrektor Kelas F, ada 4 isteri, kereta besar, anak dapat scolarshp etc. Bongkaknya hina orang macam tu.
Nah, tengok sekarang rumahtangga sapa yang runtuh.
Kak Huda, saya dulu minat blog you dan selalu komen tapi seperti your fans there, kami dah tinggalkan blog you kerana terlalu over. Macam juga blog duda awak yang orang meluat dan kini penuh dengan hampas penjilat Anwar dan LGE.

Anonymous said...

Wan samsuri nak jadi adun tahan kerja sampai pagi pun tak tentu menang bapa segala kedekut........belayar lagilah jawabnya

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...