Thursday, February 28, 2013

Adakah DS Najib Berani Bertindak Seperti Stanford Raffles Mengangkat Sultan Sulu Menjadi Sultan Sabah?

Sir Thomas Stanford Raffles (1781-1826), Negarawan British.

Kesilapan British tidak memujuk Sultan Sulu menyertai Malaysia. British pernah pujuk Sultan Brunei hampir berjaya.

Sejarah menyatakan Brunei menyerahkan Sabah kepada Sultan Sulu. Bila Filipina menjadi republik, Sultan Sulu tidak diiktiraf dalam perlembagaan.

British buat silap kali ke dua bila tidak memujuk Sultan Sulu sejak 1940an jika tidak Sabah selamanya  Malaysia punya walau Suruhanjaya Cobbold bahawa majoriti orang Sabah mahu menyertai Malaysia diterima PBB.

Stanford Raffles telah buat keputusan yang bijak bila melantik Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura pada 1819 bila mana Belanda telah mengiktiraf terlebih dulu penabalan Tengku Abdul Rahman ( adik Tengku Hussain).

Akhirnya Stanford Raffles  mendapat Singapura dengan berbagai perjanjian dengan Temenggong.

Apa yang berlaku jika kerajaan Malaysia melalui DS Najib menerima Raja Muda Sulu dan juga Sultan Sulu, menerima menjadi rakyat Malaysia dan sebagai keluarga Diraja Sulu?

Apa yang berlaku jika Sultan Sulu membatalkan Penyerahan Sabah sebelum 1962 kepada kerajaan Filipina?

Apa yang menarik jika Sultan Sulu membuat dokumen baru memihak kepada Persekutuan Malaysia?

Bolehkah Majlis Raja-Raja Melayu mengiktiraf Sultan Sulu sebagai Sultan Sabah?

Jika Sultan Hassanal Bolkiah Sultan Brunei menganggap Sultan Sulu sebagai 'a distant cousin' maka memang ada pertalian kerabat Diraja.

Adakah DS Najib berani bertindak seperti Stanford Raffles mengangkat Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah?

Filipina tidak boleh bermimpi untuk menuntut Sabah lagi...

Dalam negeri yang beraja atau bersultan, Ketua Menteri dipanggil Menteri Besar lah dan mengikut undang-undang tubuh negeri jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu beragama Islam.

41 comments:

bob tutop botol said...

satu cadangan yg baik WZWH.

Anonymous said...

Cdngan yg bodo.ingat rakyat sabah setuju.? Nahas najib pru ni jika pakai otak org yg tak faham isu di sabah.

Anonymous said...

Sultanate of Sulu has legal right to own back his anchestral land. Malaysia still has to pay a token rental to Sulu Royal Family every year. What Mr WZWH wrote in this posting is a reflection of history to be reinterprete in the future. The Philipines wants to use Sultan Sulu's documents pertaining ownership of Sabah to claim Sabah.

Anonymous said...

Salamtuan wzwh, memanglahlah bila umno dah tinggal nyawa2 ikan, bagai2 puak2 pecacai merepek. maklum lah dah akhir2 hayat..... sebelum ini tak pernah pun perkara ini berbangkit. Yang menakjubkan bagaimana beratus askar sulatan sulu boleh mendaarat ditanah melaysia sedangkan kita ada berbagai2 pasukan penguatkuasa, tentera laut,APMM, POLIS LAUT, polis sungai, tentera udara, polis udara, tentera darat, polis darat, kastam, imegresen, rela, pertahanan awam dan entah apa2 lagi. agak2nya wzwh kena demam panas yang tak kebah2. Carilah pawang atau dukun aTaubtok bomoh, atau tok peran atau yang seumpama dengan nya. untuk mengubat penyakit wzwh nih kesian koi tengok. salam

Quiet Despair said...

Yeah, why not? Najib should be brave enough to go for it. He must get the backing of our Sultans and the Sultan of Brunei.
It will widen the reach of the Malay archipelago. As it is now the only neighbor and the best one is Brunei.
Sulu Sultan's installation as Sabah ruler will end Philippine's claim.
Maybe it's a blessing in disguise that the Lahad Datu incursion happened.
Ever optimistic me always see the light at the end of the tunnel. handle with care, Najib will come up tops in this game someone played.
Hahaha Anu-war your bad intention will be check-mated.

sang sapurba said...

ANON YANG BODOH MEMANG TAK TAHU SEJARAH.JADI DIA TAK FAHAM TENTANG SEJARAH DAN AKAN CAKAP WZWH SAKIT DAN PERLU CARI BOMOH.

BIARKANLAH SIBODOH TERUS DENGAN KEBODOHAN.

TENTANG PENCEROBOHAN ASKAR SULU ITU SEBENARNYA MEMANG DIKETAHUI AWAL OLEH PERISIK MALAYSIA.

TETAPI UNTUK MENJAGA HUBUNGAN DENGAN FILIPINA DAN PUAK TAUSUG MAKA DIBIARKAN SAJA TENTERA MASUK DENGAN PENGAWALAN YANG KETAT.

TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL IALAH MENANGANI ISU INI DENGAN BIJAK.

TINDAKAN TERBURU-BURU BOLEH MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH SESAMA ISLAM DAN MELAYU.

SETAKAT INI TENTERA SULU MASIH DALAM KAWALAN TENTERA MALAYSIA.

ITULAH BIJAKNYA KERAJAAN MALAYSIA DALAM BERDIPLOMASI.

Anonymous said...

salam.

kalo sultan sulu tu jadi sultan di sabah so sabah akan jadi mcm negeri2 lain yang bersultan di malaysia kan. so secara tidak langsung mindano di filipin tu kira tanah jajahan kerajaan malaysia lah ya... any komen.

Anonymous said...

Jika najib lost control akui saja la

Quiet Despair said...

So the stand-off has ended.
According to the latest report, some of the Sulu invaders were shot after our security forces stormed their bastion early today.
Let's wait for an official statement on this.

Kampong man said...

Salam semua,

Saperti biasa saya sembahyang Jummat di Mesjid Pulapool.Kami mengadakan solat hajat salepas solat Jumaat bermohon kehadhirat Allah satu perdamaian dapat dicapai tanpa pertumpahan darah di Lahat Datu.Ameen.

sang sapurba said...

sultan sulu berhak ke atas sabah kerana sejak zaman berzaman sabah di bawah pemerintahan baginda.

kita kena akui sejarah tersebut.jangan menidakkan sejarah,kerana sejarahlah sipadan dan ligitan kembali ke dalam malaysia.

dengan pengikhtirafan yang diperolehi
dari masyarakat antara bangsa sultan sulu boleh naik takhta semula.dan sabah kembali mempunyai raja iaitu raja sulu yang jajahan takluknya meliputi sabah hingga ke selatan filipina.

masalahnya tiada kata putus yang muktamad siapa sebenarnya yang benar-benar berhak menjadi sultan sulu.

Anonymous said...

oiii Wan,

Hari ini dah berlaku tembak menembak antara Tentera Kesultanan Sulu dgn ATM diladang Sahabat 17 Lahad Datu Sabah. Dgr khabar ada beberapa ornag telah terbunuh..

KAT MANA GENIUSnya Najib sebagaimana dakwaan awok ni Wan.

Lepas ni pasti Wan, jawab, 'Najib bijaksana...demi maruah negara'. Sudah2lah Wan, bapok kuat mengampu...nanti macai macam KD dan Sang Sapurba pasti turut mengampu...ambik peluang, manalah tau kot2 Wan bila menang PRU jika dicalonkan bolah naik perahu sama2...

Anonymous said...

Lahad datu ni edisi al maunah ke2 bn. Taktik takutkan rakyat. Ada pulak yg jadi scape goat. Yg pasti pemimpin pakatan jadi mangsa. Bamburing , lajim ukim tolong diam. Anda tentu faham politik jahat bn. Politik menghalalkan cara. Rakyat dah cerdik bah..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

At the moment belum ada berita yang sahih. Ada kata tembak, ada kata gugur. Ada kata gugur. Too much speculations be at Sabah and Manila. Tunggu Polis buat PC.

Anonymous said...

Yg najib delay praya pasal wayang dia baru mula. Nak cari hujah tangguh praya. Alasan negara dlm krisis. Wayang pacak bn. Otak penipu.

Anonymous said...

Taktik mubarak.

Anonymous said...

Buat tahi cuci tahi. Apa tu? Cipta krisis dan settle krisis. Agar rakyat kata hebat pm. Ni idea madey tua.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH dapat info PRU 13 lama lagi....harap rakyat Malaysia sabar menunggu PRU 13 ye.

Anonymous said...

Wz. Pru patutnya dibuat masa najib naik. Semua pm buat pru utk dpt mandat sokongan rakyat. Pak lah yg dikata lembik pun berani buat pru. Ini najib guna mandat pak lah sampai tarikh luput. Tak gentleman punya najib. Nampak penakut.

Anonymous said...

Dah bminggu lahat datu kena ceroboh, hisham menteri amaran kekal dgn ayat jgn cabar kami. Tup2 dah dua polis kita mati hari ini. Hisham menteri amaran..sama mcm sepupu dia. Useless.

Anonymous said...

Dah lebih 50 tahun BN memrentah . itulah SEJARAH NYA. sang sapurba,kampung man,qd,puak2 wan dan yang sama waktu dengannya amat takut tukar pemerentah lebih takut dari tukar ugama. Kesah sultan sulu ni nanti sama dengan almaunnah....alasan dicipta....zaman internet cuma rakyat pahang masih rami bodoh mudahlah ditipu oleh puak2 seperti qd,kampung man,sang sapurba dan yang sama waktu dgn nya. TIDAK seperti rakyat negeri kelantan, selangor kedah,perak dan p.pinang sebahagian besar dah celik internet. kesian org pahang..... di tipu olih puak2......

Anonymous said...

NAJIB NI GENIUS KEMENDE WAN!!!

TUNGGU 2 ORANG RAKYAT M'SIA MATI BARU NAK SERANG PENCEROBOH. VERY2 STUPID!!!! atau NAJIB SENGAJA NAK TIMBUL HURUHARA AGAR PRU13 BOLEH DITANGGUH LAGI..!!

MANA PERGI CHE'GU KUTUKAN DEWATA ATAU SANG SAPURBA...SENYAP SEPI. KAMU DULU MASUK UNIVERSITI MANA WEH...takkan bende macam ni pun tak faham..!!

Quiet Despair said...

Three of our security personnel died and two injured.It was unneccessary deaths. They should not have been there but for that incursion.
AlFatihah to them and condolences to their families.
That's all we can do. Yang menanggung derita adalah balu masing-masing dan anak-anak yang telah menjadi orphans.
Semua akan pergi menziarah keluarga mangsa termasuklah that opposition leader.
That fella Mat Sabu bolehlah mulakan tabung ala Memali pula.
And we can expect them to work overtime to blame Najib. Najib jugalah yang terpaksa tanggung beban akibat angkara yang dicetuskan oleh orang gila kuasa.
Blame game will go on until the GE.
This is what they have have been waiting for to change the government.
But the people on the street are not so stupid to rationalize what why who and how these despicable act happened.

Anonymous said...

Anwar pertualangnya. Rancangan utama menghasut 150 penceroboh datang ke Sabah untuk membuat huru hara menjelang pilihan raya terbukti telah berjaya.

Huru hara yang membawa tumpuhan darah adalah perancangan Anwar untuk mengambarkan betapa kejamnya Umno dan Kerajaan Barisan Nasional!

Kita jangan mudah lupa, bahawa yang memberi arahan untuk merempuh barriket ketika perarakan Bersih kedua adalah Anwar. Mewujudkan Kacau bilau, merusuh dan terjadinya huru hara adalah perangcangan dan agenda beliau.

Persepsi ini juga bertujuan untuk memburukan image kedualatan pasukan keselamatan Negara serta ingin mewujudkan perasaan ketidak kepercayaan kepada kebolehan pasukan tersebut. Ini lah dia Brother Anwar Bin Ibrahim yang tersirat dalam perjuanganya.

Anonymous said...

Haha anwar lagi..hebat betul anwar ni. Dia memang layak jadi pm. Kita cari pemimpin yang kuat dan hebat seperti ini. Bkn yg pondan sehingga nyawa polis jadi taruhan. Cukup la salahkan pembangkang. Jika tak reti memerintah bg kat org lain pulak.

Anonymous said...

Anwar bagi BN ejen yahudi, ejen amerika, ejen soros,ejen..entah apa2. Semua kerana anwar. Tmasuk altantuya mati pun kerana arahan anwar?

Anonymous said...

Rosmah jadi gemok kerana Anwar.

Anonymous said...

QD dah mula main pusing2...
Mula Nuar, sekarang Mat sabu...mungkin esok lusa dia tuduh TG Nik Aziz terlibat...


Yg tetap disanjung, Najib...satu geng dgn Wan, pakar merapu dan kuat mengampu

Anonymous said...

Anon 7:55 PM
Memang hebat Anwar yang dipuja2kan!  Sebab itu dagangan telor Anwar diharamkan masuk Singapura, kayu balak dia yang bengkok dihalalkan masuk!! Anwar boleh masuk Singapura dari depan dan belakang. Hebat pemimpin ini, memang molek jadi PM. 

Anonymous said...

Anon 8:05 PM
Salah tu!! Rosmah gemok kerana tidak deit. Tetapi mata Samsiah kuyu kerana kehebatan pukulan Anwar.

Anonymous said...

Stop la kita dok berkelahi dlm blog. Kita bagi najib dgn anwar berdebat kat tv. Buat live. Bila la najib nak debat ni. Tak macho berdegar2 kutuk lawan dlm tv. Tiru usa presidency. Atau tiru kenya yg dah pun buat. Kita tgok hujah mrk. Kan kan kan.!

Anonymous said...

Anon 9:07 PM 
Setuju!! Itu jadinya kalau memberi komen bodoh dapat jawapan bodoh.  Debat secara langsung antara Najib dengan Anwar ada kelas kan? 

Anonymous said...

Setuju dgn anom di atas. Ketua BN vs ketua PR. Siap dengan manifesto masing masing. KSU kena adil bagi figure ekon dsb yang mereka perlukan. Tv3 jadi medium debat. Lagi elok jemput Agong jadi saksi. Anwar dah setuju debat. Tunggu najib je.

Anonymous said...

Oiii..
Biar Nuar depat dgn Rosmah weh..baru terkapai2 Nuar dibuatnya....

Anonymous said...

Dari satu sudut pandangan adalah begini:

Soalan pokok, ialah soal pencerobohan di wilayah jajahan Negara yang telah dicerobohi oleh lebih kurang 150 penceroboh bersejatakan AK 47, mortar dan lain2. Penyokong Anwar ingat kita nak beri peha kita sebagai perisai atau kita nak tonggeng untuk dihemtam oleh penceroboh.

Anwar tahu yang kita tidak akan tonggeng dan membiri peha kerana ini soal kedaulatan dan sempadan Negara. Sikit sebanyak tumpahan darah akan belaku dan sudah belaku pun. Ini yang Anwar rancangkan dan kehendak dia, tumpahan darah akan melibatkan kepentingan media asing untuk mendapat jalan cerita mengutuk Negara.

Himpunan kebangkitan rakyat di stadium merdeka baru dulu tidak dapat laporan media asing. Dilaporkan oleh think tank Anwar bahawa Anwar kesal kerana tidak ada hura hara belaku yang mana momentum ini perlu ada dalam strategi kemenangan Anwar ke Putra Jaya.



Anonymous said...

Hehe ejen huru hara pulak.

Anonymous said...

2 org sepupu di msia..pm dan menteri jaga keselamatan. Janji tak ditepati nak jaga sulu pakai tongkang pun out, janji ni paling utama.

Anonymous said...

Oi anon 11.32...apa yg nak disindirkan. Ketawa & sindiran.... tak ada maknanya! Telah dimaklum realistiknya agenda Anwar....menghancurkan & menghuru harakan negara. Hanya yg waras aje yg faham apa yg tersirat. Yg bangang akan blurr selamanya!!

Anonymous said...

Padan muka mahathir...angkara kamu senang2
bagi lagi IC haram pada pendatang haram filipina...sekarang negara kita plak nak di tuntutnya.....

Anonymous said...

Perintah berkurung di lahat datu. Kesian rakyat. Kalu tahan kat laut kan senang. Kapal selam beli mahal mahal kata pemgkalan di sabah? Atau ini angkara hantu altantuya? Komisen dia belum dapat?

Anonymous said...

Al fatihhah , Salam dan takziah di ucapkan buat keluarga allahyarham terkorban . Dia org adalah perwira zaman ini .

Anon2 semua yg terkorban tu semua adalah bangsa melayu dan ber agama islam . Elok lah kita sedekah kan apa yg patut untuk arwah . Dalam situasi ini yg bertepuk tangan adalah bangsa dan agama lain . Disini saya nk tanya kepada anda semua negara piliphina tu majoriti nya ber ugama apa . Kita sebagai melayu patut nya mempertahankan tanah air ini dari di cerobohi oleh anasir2 luar . Tak da guna nya kita bergadoh sesama sendiri . Igt kembali bagaimana negara kita di jajah dulu oleh org putih dan jepun , sapa punya angkara .
Sekian dan renung2kan .

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...