Monday, February 4, 2013

Siri Kempen Parlimen Jerantut: Ahmad Maslan Membakar Semangat PDM DUN Damak



Selamat Datang YB Datuk Ahmad Haji Maslan ke Parlimen Jerantut bersama Rombongan.

Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO Malaysia membakar semangat PDM (Pusat Daerah Mengundi) DUN Damak. Bertempat di Kampung Damak Ulu Cheka masa 8.00-am 12.30 pm.


YB DUN TAHAN, Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak sedang menyampaikan amanatnya kepada masyarakat setempat

Beliau memberitahu ini kali duit peruntukan terus masuk akaun setiap PDM jadi tidak berlaku lagi ketirisan atau 'tidak turun' yang selalu menjadi isu setiap kali PRU.

Beliau mahu suasana ceria selalu di setiap PDM DUN Damak. Tak cukup peruntukan beliau tambah lagi.


YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato' Ahmad Maslan sedang menyampaikan amanatnya kepada masyarakat setempat.

Ahmad Maslan membakar semangat PDM DUN Damak.


Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang hadir dalam program ini. Kelihatan bakal calon-calon panas DUN Pulau Tawar iaitu Dato' Zukarmi Abu Bakar SU Bahagian, Dato' Nazri Ngah Naib Ketua Bahagian, dan Cikgu Nazlan Ketua Penerangan Bahagian.

DUN Damak diperuntukkan untuk calon MCA. WZWH rasa the only one Dato' Lau Lee masih dipilih sebagai calon DUN Damak. Dato' Lau Lee dijangka akan berlawan dengan Cikgu Koh calon DAP DUN Damak.

Isu Kalimah Allah membuatkan pengundi penyokong PAS akan tidak keluar beramai-ramai di DUN Damak kerana tidak senang dengan sikap Karpal Singh yang mempermainkan Hadi Awang dan tidak menghormati keputusan Mesyuarah Ulama PAS. Ditambahkan lagi kenyataan Lim Guan Eng  yang mahu Bible Melayu guna kalimah Allah.

Penyokong UMNO akan berduyun-duyun keluar mengundi. Dato' Lee dijangka menang majoriti lebih besar kali ini PRU 13.

Pengundi muda DUN Damak lebih teruja bila UMNO mahu meletakkan calon parlimen orang muda yang memahami aspirasi pengundi muda. Majoriti parlimen BN Jerantut PRU 13 dijangka juga turut meningkat.

Sokongan untuk parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dijangka meningkat bila kembalinya sokongan yang protes dan lari dulu. Pertambahan pengundi muda 'first time voters' parlimen Jerantut berjumlah 9,000 itu lebih berat menyokong BN.

Pada 16 Februari 2013 malam diadakan Program Malam bersama Pengundi Muda 'first time voters' yang 3000 telah berjanji akan hadir di kolej ADTEC Temin Jerantut. Jamuan makan malam disediakan dengan konsert khas Siti Nurhaliza (kalau jadi) akan dibawa untuk menghibur 3000 pengundi muda Jerantut pada malam tersebut


YB Dato' Wan Amizan Bersama YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato' Ahmad Maslan.



Dato' Ahmad Maslan berucap memberi motivasi dan menerangkan isu-isu kepada PDM DUN Damak.



Ahli-ahli PDM DUN Damak yang hadir dalam Dewan Ulu Cheka.

Foto ihsan FB Kas Sayang Jerantut.

75 comments:

Anonymous said...

Ayat bakar "semangat" itu menjadikan lemah "semangat" sebenarnya bakar pemimpin yang tak menjalankan tugas, dan hanya retorik semata2. Hanya tahu gula2kan masyarakat. Masyarakat yang kebanyakkannya "buta" politik itulah menjadikan mereka sentiasa tertipu. Sekarang masa untuk bangun menyedarkan sesama pemimpin, dan berkata benarlah dihadapan masyarakat. Sekurang2nya masyarakat tersipu2, tersengeh2 keadaan sudah berubah...

Kutukandewata said...

lembu pakai spek mata hijau hanya nampak hijau aje.rumput kering pun nampak hijau.

pembangkang hanya heboh yang buruk aje.yang baik-baik yang kerajaan dah buat langsung tak nampak.

islam tak suruh ke jaga kebajikan rakyat?islam tak suruh ke bina jalanraya?islam tak suruh ke bina hospital?islam tak suruh ke bina masjid?islam tak suruh ke bina sekolah?islam tak suruh ke beri bantuan kpd orang miskin?islam tak suruh ke kerajaan jaga keselamatan rakyatnya???belajar bersyukur sikit.

Anonymous said...

KD,

Betul kata KD tentang lembu. Lembu kalau mahu suruh lembu makan rumput kering kerana tuan dia malas nak pi potong rumput/rumput hijau tak ada, pakaikan lembu-lembu tu spek hijau. Lembu tak dapat bezakan antara rumput kering dengan rumput hijau. Walaupun lembu terasa macam rumput kering, disebabkan teknologi, lembu boleh dikelentong dengan bagitau yang rumput kering tu ialah rumput hijau berperasa baru...hahaha.

Manusia takkan nak bagi pakai spek kan. Kalau dulu "speknya" ialah duit RM 50 dan sehelai pelikat/kain batik.

Dengan dunia semakin moden, "spek" ini dah dinama BR1M,ST1M, dll.

Zack

Anonymous said...

KD,

Jangan silap faham fungsi kerajaan. Dengan mandat yang diberi, dengan hasil yang diperolehi oleh negara, kerajaan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan negara termasuklah membina jalanraya,sekolah-sekolah,masjid-masjid dsbnya.

Rekod perkhidmatan yang baik dalam menlestarikan pembangunan negara dengan cemerlang merupakan rekod-rekod yang akan diserahkan untuk rakyat untuk penilaian setiap 5 tahun sekali dalam sistem demokrasi.

Bayangkan yang sebaliknya. Sebuah kerajaan yang dipilih berdasarkan mandat tertentu, mengutip cukai dan pelbagai hasil tetapi tidak menggunakan wang itu untuk pembangunan negara. Jalanraya-jaaraya tidak dibina, sekolah-sekolah dibiarkan runtuh, ekonomi dibiarkan sahaja nak kemana nak tuju, pembaziran yang melampau tanpa kawalan, dll - adakah itu kita kata kerajaan yang baik yang telah menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan ya ng dipilih rakyat?

Pointnya disini - Melasanakan tanggungjawab pembangunan dan melestarikan kehidupan benegara adalah tanggungjawab asas mana-mana kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi.

Tidak timbul soal berterimakasih atau tidak kerana ia memang tanggungjawab asas sebuah kerajaan dan wang yang digunakan unttuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab tersebut adalah duit yang dikutip dari rakyat, bukan duit dari kantung parti politik yang diberi mandat menjadi kerajaan pada masa itu.

yang patut berterima kasih ialah parti politik yang diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan. Berterima kasih kepada siapa? kepada rakyat dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan kepada semua rakyat tanpa membeza-bezakan anutan politik sebaik mungkin sebagaimana mandat yang diberi.

dalam sistem demokrasi, rekod-rekod perkhidmatan sesebuah kerajaan diserah kepada rakyat untuk di nilai setiap 5 tahun sekali melalui pilihanraya.

Sebab itu perjalanan pilihanraya hendaklah bersih kerana piliharaya itu adalah hak rakyat yang perlu bersih dan bebas agar keadilan dan peluang yang samarata dapat diberi kepada parti-parti politik yang bertanding untuk mengemukakan pelan/menifesto terbaik masing-masing untuk dipilih oleh rakyat kepada parti mana yang akan diberi mandat membentuk kerajaan baru.

Secara teorinya, parti kerajaan yang memerintah sebelumnya mempunyai advantage berbanding dengan pesaing-pesaing dari parti kerana ia mempunyai pengalaman dalam menjadi kerajaan dan rekod perkhidmatan kepada rakyat.

Kalau rekod perkhidmatan sebelumnya baik, tak ada sebab parti yang menjadi kerajaan sebelumnya ( incumbent) perlu risau dan pasti akan terpilih sekali lagi.

Kalau sebaliknya iaitu ada pengalaman tetapi perkhidmatannya amat buruk - yang perlu difikirkan adakah wajar parti tersebut diberi mandat lagi?

Jadi, soal terima kasih/ tak terima kasih kepada kerajaan ni tak timbul dan tak patut dijadikan hujah, tak kira kerajaan mana sekalipun.

Zack

Anonymous said...

timbalan menteri turun padang takkan banyak kerusi daripada orang.ha ha..itu petanda orang kampung pun akan menolak BN.pada .PRU 13..tukang kebun sekolah cina damak pun dipaksa balik awal sebab nak sambut mat maslan..umno jgn berangan lebih kalau perasaan ...sokongan kuat kenapa najib byk kali turun jerantut??janji itu dan ini? menteri yang takde kaitan pun turun ke kampung?? why tak berani turun bandar jerantut??sebabnya orang bandar jerantut dah Lama tolak BN...

Anonymous said...

ABCD = Asalkan Bukan Cap Dacing..

Anonymous said...

Kutukan Dewata
Adakah awak membayar cukai pendapatan tiap2 tahun? Saya rasa tidak. Saya pembayar cukai pendapatan tegar dan duit cukai yg saya bayar itulah yg digunakan kerajaan membina sekolah, hospital, jambatan dan memberi perkhidmatan2 sosial yg lain. Itu adalah tanggungjawab fundamental mana2 kerajaan yg demokrasi, kutip cukai dan gunakan hasil kutipan cukai untuk perkhidmatan masyarakat.

Masaalah awak ialah awak tidak faham lansung konsep ini, mungkin kerana awak tidak membayar cukai pendapatan.

Anonymous said...

haaaaa kami org damak longat kelantan leeeee....takat mat mislan nieeee...haaaaaaa paham paham jeee laaa

Anonymous said...

Mari kita tengok hj. nazri ngah yg membelek tengok hp tu .duit berjuta2 dah ...ni ke calon wakil rakyat ?...tak payah mimpi la nk jd wakil rakyat,rakyat dah tahu banyak projek2 kat jerantut ni dia yg bolot!!!! .....jangan perbodohkan orang ramai atau rakyat pasal hal2 kamu semua umno bn.!!

Kampong man said...

Salam semua,

Kampong man lebih tidak bersetuju dengan perjuangan DAP dan PKR.Bagi Pas pula kita serahkan sahaja pada pengundi Melayu Jerantut membuat keputusan.

Isu yang lebih runcing adalah kebiadaban Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus mencabar dan menyanggah pendirian kepimpanan Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kita tidak boleh menyalahkn Karpal sebenanya kerana ramai yang keliru kerana Pas mempunyai dua pendirian :

1.Presiden Pas Hadi Awang telah mencapai kesepakatan dengan pemimpin tertinggi DAP dan PKR bahawa mereka bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

2.Majlis Syura Ulama pula MENOLAK penggunaan Allah dalam isu kalimah Allah.

Harus diingati Pas masih BELUM membatalkan persetujuan asal yang dibuat bersama oleh Hadi bersama komponen PR.Hadi filihat 'Jumping the gun' dan dilihat sebagai 'Pak turut' dalam PR.

Sebenarnya persetujuan dibuat jelas dengan cara melulu 'without careful thought in the first place '

Ini adalah satu kesilapan dan akan menimbulkan KETIDAKPERCAYAAN ahli kepada Presiden Pas itu sendiri.Ini tidak baik.KM tahu diandaikanlah PR menang Hadi TIDAK mahu pun dilantik menjadi Perdana Menteri.Beliau tahu tahap kebolehan beliau.

Karpsl Singh ini pulak satu.Tidak habis habis 'MEMBULI' PAS masih bertegas MENOLAK perjuangan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud satu satunya modal politik Pas.

Rupanya isu kalimah Allah masih belum selesai.Kesombongan dan arrogan Karpal ' Over my dead body ' adalah benar, real dan serious bukan mainan.

Perlu diingati Majlis Syura Pas adalah benteng maruah Pas terakhir yang perlu dipertahankan dan tidak diperkotak katikkan DAP dan PKR termasoklah dari PM wannabe DSAI !.Pas harus tegas dalam isu berkaitan Islam dan tidak semata mata demi kuasa dan kerana ABU.Inilah yang KM selalu nyatakan dan hanya masa yang akan menentukan bahawa PERPECAHAN PR is imminent kerana tidak KONSISTAN dalam banyak isu dan bercanggah dalam banysj isu dan tidak berpendirian tegad dan sentiasa berubah ubah.PR oh PR ! Satu pakatan yang LEMAH dan LEMBIK.Adakah pakatan begini yang akan kita hsrapksn bsgi mengurus negera ?.Fikir dan buatlah keputusan dengan bijak nanti ya ! Wassallam.

"RESPECT HAS TO BE EARNED"


@ Anyone know where Anon 5.05 is? MIA?

Anonymous said...

Bagimana nak belajar bersukur, dulu tahi khinzir atas kepala, baru ni turun kat hidong. Esok kat kepala bawah.....sudah elok tu! Tapi kambing seekor lagi kehulu kehilir, kesana sini, buat pura pura tidak tahu  tahi khinzir masih ada atas kepalanya. 

Anonymous said...

Bro kampongman,

Someone alerted me that ur inquiring about my absence. Bro, am in Melbourne since mid january - professional engagement. Expected to e here for another month to wrap up the designs of a project somewhere in middle east with an associate company here.Remember, told u l have some interest here down under and in red dot.

Carry on without me,please. The regulars over there r capable of keepin the fire burning without me around. See that a new kid, zack, is holding his fort quite awesomely. Bet he has given u quite a tough time.

salam.

Anon 5:05

ps: saw that a piece on " insecurity" thingy written by zack . Ouch!..hahaha

Anonymous said...

Ulasan awak itu betul pasal cukai. Orang tak bayar cukai pendapatang pun bayar cukai. Semua barang dibeli dan nak hidup kena cukai. KD pun kena cukai. Tapi KD sindir lembu lembu bercermin mata hijau yang tidak ada ilmu sukuran.

Anonymous said...

Betul tu, pemimpin turun padang untuk beri semangat. Kenapa retorik? Beliau turun kerana memberi penarangan untuk jentera parti begerak dengan satu strategi yang akan menimpa lebih undi.

Anonymous said...

Benar lah KM, ini DAP dan PKR celaka! Tak hormat pendirian Majlis Syura Pas. Tidak kenang jasa Pas berkurbang untuk bersama Dap dan Pkr. Kerana DAP Hassan Ali kena singkir dan tak lama mungkinNassarudin pun kena singkir. Pas masuk PR, Pas kena balun kaw kaw dengan orang Umno dan Pas juga. Dap tak peka ke?

Anonymous said...

Anon 505 

I am glad to here you are in Melbourne, professionally alive and well. In fact, SWK's blog has been removed again for whatever reasons, only God knows. Your absence I though to follow.

Kampong Man and everyone of us have no clue your whereabouts. You have been missing from the radar screen. For me, I miss very much your bashing of great patience. 

Please come back in one piece and can hardly wait to hear from you  "some interest here down under and in red dot." In the meantime, besides work, you have a good holiday too in a very best of health and mind.


Kampong man said...

Salam Anon 5.05,

Glad to know you are still alive and kicking bro down under.I tell you a secret, KM has never step foot in Australia.So you are a lucky fellow.

Indeed SWK has chicken out so was Gheng lama who I used to wrestle and had given me tough time there in SWK blog.

There are not many sensible guys here apart from Zack , Mat Priba Ghaf, cik gu Ngah and QD who too has not appeared since she got married to his American lasse Ahem...

As you know I do not write in your bro Sakmongkol and bro Aspan blogs for long apart from the usual new year and hari raya greetings plus I am no fan of DAP and PKR and Pas has to work a lot harder to win seats in many Malay areas as Pas been INCONSISTANCE in its perjuangan and been looked at like novice being played around by DAP and PKR.

By the way, do take care buddy and if by chance you know my best buddy Yahya Ibrahim (Used to be Plant Manager for Gas Proccessing Plant in Kerteh as well Plant Manager for MTBE in Kuantan, a great and successful guy.Has spent many years in Brisbane/ Melbourne working there down under).Cheers buddy.


@ Do anyone know where QD is ? Calling QD, please come in.Ta.

Anonymous said...

Ramainya datang d majlis Ahmad Maslan.Mesti org melayu akan undi lagi calon MCA iaitu seorang melayu tulin yg bernama Lau Lee. Kalau Cgu Koh bertanding orang melayu DUN Damak tak kan undi DAP sebab dia cina.

Kah6. Melayu mana tu wee yg berfikir begitu.itulah melayu UMNuuuuuu

Anonymous said...

Melayu sudah bertukar menjadi "mu layu" adalah wadah di bumi sejagat sebagai benteng terakhir mengampu untuk menjualkan maruah bangsa agama dan tanah air yang terdiri daripada mereka yang brkepentingan untuk mengaut hasil mahsyul... Di bumi Allah ini mereka kata merekalah yang punya...


Banir. Salam Maulid Rasul,... Salam GE13...

Kutukandewata said...

memang benar tanggungjawab kerajaan.tapi kalau dapat kerajaan macam afghanistan,somalia,mesir,syria,tunisia apa macam???boleh ke tunaikan tanggungjawab kat rakyat.

kita sebagai rakyat sekurang-kurangnya berterima kasih atas nikmat hidup yang kita kecapi.

aku cakap atas konsep kesyukuran.allah yang menggerakkan hati seseorang pemimpin untuk membantu orang yang dipimpin.

bermakna berterima kasih kpd pemimpin secara tak langsung bersyukur kepada allah.

allah dah peringatkan kepada kita,bersyukurlah dengan nikmat yang allah beri nescaya akan dilipati rezeki yang ada.tunggulah azab yang pedih kalau tak bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.

dapat brim 500 kena berterimakasih dengan kerajaan dan bersyukurlah namanya tu kerana allah yang gerakkan hati pemimpin untuk bantu rakyat.

gaji aku 6000 lebih tak bayar cukai???kah!kah!kah!aku tak mampu bayar cukai adanya.kau mampulah bayar cukai.kau kaya hasil bantuan pembangkang kepada kau selama ini.layaklah kau sokong pembangkang.

aku yang tak pernah di zalimi kerajaan tak kan tak berterima kasih.aku pasti akan pangkah kerajaan.

ketahuilah wahai pembangkang.rakyat yang bersyukur macam aku ini ramai di malaysia.allah akan tetapkan hati orang bersyukur.

orang yang tak bersyukur kurang sikit. mereka didorong oleh rasa tidak puas hati parti pembangkang.

kalau kamu di zalimi kerajaan wajarlah kamu undi pembangkang.

soal pemimpin bedal harta,rasuah atau yang sama waktu dengannya itu dia akan jawab didepan allah tak kiralah umno ke pas ke.sekarang nampaklah umno yang ramai buat.pas tak nampak lagi sebab peluang tak besar baru jaga dua negeri.itu pun ada tanah yang orang kampung usaha berpuluh tahun bagi kat syarikat singapura yang dah tentu cina punya.

merperlekehkan usaha orang memang kerja kaki bangkang.mereka berkursus kahas bab itu.

Anonymous said...

KD,
Sistem demokrasi yg kita tunggangi sekarang memberi kebenaran kpd rakyat utk memilih kerajaan mana yg mereka suka melalui PRU.

OK KD, katakan PR yg menang dalam PRU13 nanti, soalan pertama, apakah kamu menerima kemenangan ini. Ke2, apakah ada jaminan kamu serta sekelian orang UMNO tidak melakukkan sebarang sabotaj kpd kerjaan yg dipilih oleh rakyat ini. Ke3, adakah kamu akan berterima kasih kepada kerajaan PR sekiranya gaji kamu tiba2 dinaikan 10% manakala harga petroleum turun drp RM1.90 kpd RM1.50/l. Ke4, adakah dgn kemenangan PR nanti pokok2 sawit berhenti meneluarkan hasilnya dan pokok getah berhenti mengeluarkan getahnya. Ke5, adakah semua pegawai2 kerajaan dan pekerja2 swasta macam kamu diberhentikan kerja jika PR berjaya membentuk kerajaan..

KD, dgn gaji kamu yg agak besar ini, aku percaya kamu paling tidak berkelulusan akedamik ijazah pertama..apakah kamu tidak malu berhujah dgn cuba menyamakan apa yg berlaku di Mesir umpamanya dgn apa yg bakal berlaku di M'sia. Apakah asasnya hujah kamu....atau kamu sengaja mahu mencetuskan keadaan yg tidak tenteram kerana tak puas hati dgn kekalahan tuan2 kamu...sama seperti apa yg berlaku dinegara2 yg kamu ambilnya sebagai sample.....

KD, tolong fikir gunakan otak kanan (konsepsual) dan otak kiri (analitikal) tapi jangan sekali2 pindah otak kamu ketempurung lutut...bodoh namanya...

Anonymous said...

Cuba sempua ni atau kalklate aku tak faham sangat matematik nih!!!...

Aku terperasaan, baru2 ni telah diadakan majlis Maulidur Rasul anjuran sebuah kerajaan, aku dijemput, Alhamdulilah, dapat juga berselawat ke atas junjungan besar seluruh umat. Tup tup, gatal mulut aku bercakap2, tetiba seseorang itu mengaku bahawa dialah yang menganjurkan dan meminta jabatan itu buat permohonan. Seseorang itu beritahu peruntukan seramai 500/600 hadirin. Nanti dulu...,

Bab yang kedua aku bercakap2 pulak dengan kontrktor "katering", makanan disediakan hanya untuk 100 hadirin dengan bayaran satu kepala RM12.50 (bukan dollar), tambahnya lagi seseorang dah "ejas". Tapi malam tu yang hadir cuma lk 40/50 sahaja. Aku pun tak tawlah apa maksud ejas, caw culclatelah sendiri. Sifir mudah, apa yang aku makan pada malam tu (Alhamduliilah rezeki Allah), jika direstoran tiga bintang lk RM7.00 - RM8.00. Kiralah RM12.50 x 600 orang. Jika tak maw kira, congok2lah + - x ~ berapa "masyuk". Kemudian tolaklah dengan yang hadir atau bajet 100 orang.

Bahagian ketiga dan salam!!!...,
Bukan marah kerajaan, pembangkang pun tidak. Aku pun sokong kerajaan juga dan tak maw dia kalah, tapi aku tak sokong pembangkang cuma maw dia menang itu jer.

Anonymous said...

KD,

Bila pulak sekelian orang Melayu dan bumiputera seramai kira2 18 juta beri kontrak tanpa tarikh luput kpd UMNO (yg punyai ahli cuma 3 juta) utk menjaga Melayu dan Islam...

KD,

Aku kerja dgn salah sebuah GLC dgn gaji kira2 RM21,000 sebulan selain bonus 6 bulan gaji dan epf majikan 16%...menjana pendapatan RM370,000 setahun. Dgn pndapatan yg agak lumayan ini aku rela membayar cukai pendapatan kira2 RM90,000 setahun..

KD, dgn jumalah cukai yg aku bayar sebanyak ini, aku tak rela wang cukai aku ini bertukar menjadi duit UMNO.. mengguanakannya untuk kepentingan UMNO. Cukuplah UMNO sekadar menggunakan, RTM, BTN, KEMAS, balai raya dan masjid sebagai 'hak' mereka...

KD, wang cukai ini bukan semuanya datang dari kantung orang Melayu malah jumlah cukai yg di sumbangkan oleh orang Cina dan non bumiputera jauh lebih besar...mereka juga berhak mendapat perkhidamatan drp kerajaan secara adil..

Jadi KD, tak timbul soal tak berterima kasih kpd UMNO dan tak sokong UMNO sebagai tanda kami tidak bersukur...Cara bersyukur kamai,ialah melaksanakan amanah kerja dgn komitmen tinggi kepada majikan yg kami tumpangi...itu saja. Nak pilih siapa, itu adalah hak kami...

Anonymous said...

Kenapa tak letak calon UMNO kat Damak, WZ layak untuk jadi calon Damak. Diharap WZ terpilih kali ni untuk Damak.

Anonymous said...

KD
Saya tak percaya awak bayar cukai sebabnya hampir semua pembayar cukai akan mempersoalkan kemana wang mereka digunakan. Kalau awak pembayar cukai, awak sudah tentu sensitif dgn wang RM250 juta keluarga Sharizat dapat untuk membeli hartanah dan kereta mewah. Kalau awak pembayar cukai sudah tentu awak akan marah bila mendapat tahu PKFZ menghabiskan berbilion2 wang rakyat. Banyak lagi contoh lain boleh saya beri, tapi saya tak fikir sesaorang yg tak bayar cukai dapat memahaminya. Saya rasa awak ni caddy UMNO saje....yg awak dapat semuanya free sebab itulah awak jadi kurang bijak dengan hujah2 awak.

Anonymous said...

Anon 12:19

Kenapa ni Pak! sudah tentu lah nak memerintah misti dapat mandat dari rakyat.

Kenapa takut dengan Umno kalau PR menang? Oh lupa! Bersih 3 budaya samseng dibawa oleh PR, nak suruh Umno beri jaminan tak nak jadi apa dibuat oleh PR dulu. Tiada siapa boleh jamin Pak, bukankah ini Negara bebas?

Tak payah!! PR baru angan nak buat janji naik gaji 10%, tak mengigit  Pak, gaji dah naik pun 30%. Bonus satu ke tiga bulan gaji dah biasa dapat diamal bertahun oleh kerajaan. Tidak boleh terima Pak turun 20% gaji, bonos belum tentu dapat lagi.  Minyak satu liter RM 1.90, boleh hidup lagi, okay lah tu Pak, turun lagi, subsidi naik Pak. Itu otak lutut.

Tak masuk akal lah Pak, mana boleh pokok getak susu tidak keluar, pokok sawit stop buah buah, kalau PR menang nanti. Siapa itu PR ? boleh stop sana stop sini.

Negara ini bekerajaan, sudah gila kalau PR menang pegawai kerajaan kena berhenti. Tentu perlu pegawai kerajaan.

Sudah bagus gaji KD tu Pak, apa kena mengana dengan ijazah dan belakunya di Mesir! Otak dan asas mana yang Pak pakai ni? Pak pandai cakap pasal otak kiri dan kanan. Tau tak Pak!  sampai hari pakar kajian otak masih tidak tahu pasal mejalanan otak buruk lebih lagi manusia. Orang tak bersekolah pun tahu Pak.

Anonymous said...

Anon 12:19 
"Bukan marah kerajaan, pembangkang pun tidak. Aku pun sokong kerajaan juga dan tak maw dia kalah, tapi aku tak sokong pembangkang cuma maw dia menang itu jer." 

Ayat diatas Anon ni, dia tak marah kerajaan dan pembangkang. Dia sokong kerajaan dan tak mau kerajaan kalah. Dalam satu nafas dia kata dia tak sokong pembangkang juga tapi dia mau pembangkang menang.

Ini minda cicak kobeng, bermentalkan kepura-puraan, hipokrasi dan munafik . Sudah dijumput kemajlis Maulidur Rasul yang mulia, ada perasaan was was di otak kiri dan kanan, diajak kita berteka teki untuk terjermus dalam warung fitnah mefitnah.

Sudah tentu majlis sebegini diangarkan kedatangan 600, yang datang  hanya 100, apa boleh buat. Cara logik persiapan untuk angaran kedatangan telah dibuat lebih awal. Mana ada dapat harga RM 8.00 ringgit di hotel tiga bintang. Nasi lemak kosong sudah RM 4,50 ringgit dikedai mamak belum harga air lagi. Berilah untung kepada tukan sediakan makanan. Harap makanan untuk 500 itu jangan dibuang, tahu lah bagimana mereka nah buat supaya jangan membazir.

Sepatah kata Kampong Man, kucing mati pun nak salahkan kerajaan dan Umno.

Anonymous said...

Mung ni utak duk palo lutuk. Dio tok ada maksud membazir tapi dio nok taw apo maksud "ejas". Mung fahe yang terlibat disitu ado 4 kategori, satu: jabatan kerajaan, dua: sesorang, tiga: katering, empat: dio yang hadir tu. Analisonyo "prujik" dan ejas itu dio pesoalkae...!!!.

Anonymous said...

Dah pergi majlis, makan free, dah kenyang, lepas tu nak mengata. Kalau begitu kenapa pergi ke majlis itu,  dah tahu mulut itu gatal dan tahu ada niat lain daripada tujuan majlis Maulidur Rasul.

Anonymous said...

Jgn layan KD tu, dia bukan c hat...cam bebudok hujahnya.

Anonymous said...

WZWH dan Pembahas,

Dalam kita begitu ghairah bermain politik dan mempertahankan parti dokongan masing-masing, kita harus ingat bahawa figur-figur ( angka-angka) statistik menunjukkan bahawa UMNO gagal memartabatkan orang melayu selama ini. ANtara statistik terpenting adalah yang disebut oleh Anon 5:05 dimana 1/2 atau 8.5 juta orang melayu dari jumlah 18 juta keseluruhannya berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan.

KD dan beberapa Anon-Anon tidak termasuk didalam kategori ini dan mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya kegetiran yang dihadapi oleh golongan ini setiap hari.

Pertembungan politik dimedan PRU 13 kali ini adalah pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat ( parti kecil tu kita tak kiralah). Pakatan dengan pelbagai janji-janjinya, cuma bulan dan matahari je yang Pakatan belum tawarkan kepada rakyat setakat ini. Pakatan masih ada masa lagi untuk membuat tawaran itu.

BN menawarkan kesinambungan yang selama 55 tahun dan janji-janji akan melakukan pelbagai transformasi yang telah dimulakan oleh Najib sejak 4 tahun dulu yang masih tak menampakkan bukan sahaja hasilnya tetapi bayang-bayang/mirage pun tak kelihatan lagi.

Pada sesetengah mengibaratkan janji BN dan UMNO khususnya dengan satu kurafat dalam masyarakat melayu yang diolah sedikit yang berbunyi begini: Rezeki secupak takkan jadi segantang kalau pilih Pakatan. Pilih kami, kami akan beri 2 gantang. Sedang keperluan hari ini adalah 5 gantang!

hahahaha.....3 gantang lagi pi mana?...masuk poket la.hahahahaha.

jngan mare dan ambil serius...cuma sekadar hiburan untuk mengurangkan stress politik yang semakin mengila sekarang.

Zack

Anonymous said...

Aku yakin dan pecaya ini adalah realti yang lahir dari sanubari masing2. Bertitik tolak dari sini, itu kelemahan menteliti orang Melayu. Semua mahukan dipuji, dari sudut politik, dari sudut kebendaan, hatta dari sudut kesalahan. Mereka mahu disanjung dan mahu ditegakan kebenaran oleh orang lain. Kita ini, percayalah hanya senafas sekali sahaja entak esok entah lusa, malaikal maut dioperintah oleh tuanNya "stopkan" nafas kita, dah tiada apa2 lagi. Harta yang alih dan tak alih diperolehi jalan betul atau salah (aku tak tuduh) semua ketahui belaka. Sebab itu aku pernah kata dulu di DUN Tahan dan Jerantut tiada seorang pemimpin yang benar2 ikhlas untuk menolong nusa bangsa dan agama. Jika selalu mebdekati diri dengan agama dan belajar sampai ke liang lahat semuanya akan menjadi faktor "takut", itupun jika benar2 insaf dan ikhlas. Tapi jika setakat kata takut, dahsyat, Allahu Akhbar, tidak akan kemana2 pun. Lagi besarlah tembolok masing-masing.

Banir. Salam maulidur Rasul, salam GE13.

Kutukandewata said...

terima kasih atas respon saudara semua.aku kaitkan mesir,afghanistan,tunisia,somalia adalah nak beri tahu tentang kemampuan kerajaan melaksanakan tanggung jawabnya kepada rakyat.jelasnya kerajaan yang aku sebutkan tadi tidak mampu melakukannya.

aku cakap macam ni sebab ada anon cakap itu semua tanggungjawab kerajaan.kerajaan malaysia mampu menunaikan tanggungjawabnya tidak seperti kerajaan yang aku sebutkan tadi.

sebagai kaki tangan kerajaan aku akan taat kepada kerajaan semasa.kalau pr menang dialah kerajaan aku.apa masalahnya.aku bukan hipokrit macam kaki tangan kerajaan ahli pas.gaji dan bonus balun tapi mulut kutuk.tak bersyukurlah tu.

macamlah lah pemandu lori arak.dia kutuk majikannya kerana berniaga arak.haram lah tak gunalah.berniaga benda haramlah.tapi berhenti tak jugak.terus juga pandu lori arak.

janjilah bulan dan bintang.yang penting aku bersyukur dengan rezeki aku ni.sekurang-kurangnya terhindarlah azab yang pedih yang tuhan janjikan untuk manusia yang tak tahu bersyukur.najib tak pernah kacau aku.rosmah pun tak kenal aku.kalau aku kutuk tak pasal2 dapat dosa kering.anon yang seorang tu bijak.dia sorang aje cerdik.aku ni otak kat tempurung lutut aje.tak boleh pakai.alhamdulillah!!!!allah akan naikkan kerajaan yang dia suka.allah akan jatuhkan kerajaan yang dia tak suka.mari kita lihat kerajaan mana yang allah tak suka.umno kah?pas kah?biarkan manusia berhujah dengan takbur dan angkuh dengan mengatakan bn jatuh pr naik.lu sape???lu sudah tanya semua rakyat malaysia ke???

Anonymous said...

KD,

Satu persoalan yang timbul apabila membuat bandingan dengan negara-negara Afghanistan, Mesir, Tunisia dan Somalia. KD patut masukkan juga Zimbabwe, Guinea Bisau, Botswana, Zambia dan lain-lain negara Afrika yang tidak pernah berada dalam kelompok perbandingan dengan negara kita sepanjang sejarah 56 tahun kita.

Kalau dibuat perbandingan dengan negara-negara tersebut memanglah kita yang paling hebat.

Menggunakan logik yang sama, ia itu membuat perbandingan dengan negara-negara yang tidak pernah berada sekelompok dengan kita samada dulu atau kini - mengapa tidak dibandingkan negara kita dengan Australia, New Zealand, Britain, Norway, Amerika dan negara-negara maju yang lain? Dimana kita jika dibandingkan dengan negara-negara ini? jadi, kita juga tidak boleh membandingan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara ini dengan kitakan, tak masuk akal!

Jadi jika perbandingan yang munasabah hendak dibuat ia hendaklah dibuat antara negara-negara yang berada dalam satu kelompok yang sama pada sesuatu masa samada dulu atau kini.

Pada saya perbandingan yang lebih logikal dan munasabah untuk membandingkan kemajuan yang dicapai oleh negara kita ialah membandingkan dengan Korea Selatan dan Taiwan.

Dalam dekad 70an dan awal 80an, kedudukan negara kita adalah lebih baik berbanding dengan kedua negara ini. Malahan dalam dekad 60an dan 70an, GDP kita jauh meninggalkan Korea.Kedua-dua negara ini tidak mempunyai sumber bahan mentah, manakala negara kita dianugerahkan dengan sumber asli yang banyak. Korea pada masa itu baru sahaja baru sahaja tamat perang korea. Taiwan pula adalah sebuah pulau yang tidak stabil kerana menghadapi pelbagai tekanan dari Negara China yang menganggap Taiwan itu miliknya.

Hari ini, dimana kita, dimana Korea Selatan dan Taiwan dari segi kemajuan? Satu contoh mudah kita ambil kemajuan Proton(Malaysia) dan KIA Motors( Korea).

Kedua-duanya memasuki pasaran pembuatan kereta pada masa yang sama dikala pasaran kereta dunia masa itu telah tepu dan dikuasai oleh pemain-pemain yang sudah lama bertapak dalam industri kereta dunia.

Proton bermula pada tahun 1985. Manakala KIA Motors bermula pada tahun 1986. Proton telah diberi kelebihan melalui dana-dana kerajaan ,polisi-polisi khusus dari kerajaan dan memiliki monopoli 100% dari segi persaingan dan pasaran. KIA hanya mempunyai bantuan dari segi polisi-polisi kerajaan korea sahaja dan polisi-polisi tersebut juga dinikmati oleh pembuat-pembuat kereta lain seperti Hyundai, Daewoo.

Dimana Proton hari ini dan dimana KIA Motors hari ini. Sekarang, dengan model-model yang berada dipasaran kini, KIA Motor telah berupaya memberi saingan sengit kepada jenama-jenama kereta keluaran Jepun.

Zack

Anonymous said...

Sdr KD,

Kita kena tau beza antara taat kpd Jabatan Kerajaan dgn taat kpd Kerajaan UMNO...

Sebagai warga M'sia disebuah negara yg mengamalkan sistem demokrasi berpalimen kita tidak wajib mentaati kerajaan UMNO...lebih2 lagi jika kerajaan yg ada ternyata melakukan ketidak adilan serta sering menyalahguna kuasa..

Namun bagitu, sebagai kakitanan awam kita wajib mentaati peraturan dan polisi jabatan serta wajib bekerja dgn komitmen yg tinggi selari dgn KPI yg diberi kpd kita. Ini kita lakukan berbekalkan prinsip bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan buakn untuk kesejahteraan UMNO. Yg menyara kehidupan kita adalah hasil duit rakyat dan bukan drp kantung UMNO. Ini kita kena faham!!

Jadi, kalau anda kakitangan awam tiba2 anda diarahkan untuk melaksanakan program UMNO dgn meninggalkan kerja hakiki anda....Contoh mudah, di Sekolah anda akan diadakan mesyuarat perwakilan UMNO Bhg, maka atas kefahaman sempit anda maka anda mengerahkan seluruh anak murid anda untuk menyediakan dewan persidangan agar nampak comel kerana orang besar2 nak datang merasmikan mesyuarat. Adakah perbuatan anda ini wajar dalam saat anak2 murid memerlukan bimbinan anda dalam proses pembelajaran mereka..

Ini yg sering berlaku...

Kampong man said...

Salam Wan dan sdra semua,

1.Kita harus berterima kasih pada siapa yang memberi apa juga kepada kita.Ianya bukan menjadi kesalahan.KD berterima kasih pada Kerajaan BN dengan berbagai bagai pemberian demi rakayat kerana mnetapi janji .Begitulah juga terima kasih KM pada kerajaan Negri Selangor yang memberi sedikit air percuma pada kami bagi mengurangkan beban rakyat di Selangor walaupun ada yang tidak dapat.Tapi ingat berterima kasih tidak bermakna kita akan mengorban hak kita sebagai pengundi membuat pilihan.KD memilih BN dan Zack akan memilih PR mungkin.Saya kira kita semua ada punyai pendirian dan pilihan sendiri .Berterima kasih pada pemberi bukanlah isu besar yang harus didebatkan dan dipolitikan berpanjangan.

2.Berbagai hujah dan fakta diutarakan bagi meyakinkan pengundi diatas pagar membuat pilihan.Ada yang mengambil jalan mudah menyalahkan UMNO/BN yang membuatkan 8.5 juta orang Melayu mempunyai pendapatan RM3000.00 pula.Banyak kajian dan dasar telah dibuat bagi memperbaiki keaadaan ini dan terdapat trend kearah positif walaupun perlahan lahan.Realitinya ada banyak factor bangsa ,budaya juga SIKAP orang Melayu itu sendiri yang perlu diubah saperti rakan kita kaum Tionghua.Disini bukan tempatnaya bagi KM huraikan bagi menjadi buku.Selidiklah sendiri and discover for yourself liku likunya.

3. Dari kaca mata dan pengalaman KM sebagai entrepreneur yang bolehlah dikira berjayalah juga dan dalam kelumpuk 3% teratas Malaysians businessman Chinese included yang KM tahu dimana salahnya kita orang Melayu walaupun banyak yang telah kerajaan lakukan.Kita orang Melayu perlukan MINDSET change bukan political change semata mata .Kerajaan datang dan pergi dan kita pengundi yang menentukan dia datang dan pergi.Buat masa ini rakyat belum lagi memberi mandate pada kerajaan baru dan kerajaan ini tidak pernah pun di jemput datang selama 55 tahun sudah. Kenapa ?.Sendiri mahu tahu lah (kata anak sekarang).

Banyak factor saperti factor GENETIK satu satu kaum itu yang agak lambat menerima perubahan, factor kemiskinan, pelajaran, ghairahkan hiburan,ghairah berpolitik berharian,tidak minat berniaga,suka makan gaji dan berbangga dengan gaji tinggi 21K dan perasan ini telah sudah hebat.Belum lagi bro.
Bukan bangga tetapi kita mesti mencari jalan dan keinginan mahu BERNIAGA saperti kaum cina jika mahukan pendapatan lebih.Makan gaji tidak membuatkan sasaorang itu menjadi kaya,percayalah jika kekayaan wang ringgit menjadi ukuran dan di cari. Tambahan pula kerajaan tidak mampu memberi pekerjaan pada semua orang Melayu. Fakta menunjukan hanya 1.45 million yang mampu diterima sebagai kakitangan kerajaan yang lain kenalah mencari jalan lain bagi mencari rezeki.Ijazah yang kamu ada hari ini tidak menjamin kamu dipilih bekerja saperti zaman dulu dulu.Salepas KM graduate dulu gaji permulaan KM adalah 2K dan KM membeli Honda Accord yang ada air con 20 K.Phew.. hebat ketika itu .Sekarang Honda Accord sudah 170K!! bermakna sudah 8 kali TETAPI gaji graduate susah mencapai 2 kali pun.Anak anak kita tidak mudah lagi memiliki rumah, kereta dan lain lain keperluan. Phew…Ini juga perlukan satu buku bagi menghuraikannya.Sikit sikit dulu lah (Dah mula sakit perut dan ada breakfast appointment sekejap lagi.

4. Sebagai boss dan punyai syarikat sendiri KM gembira .Buat masa ini punyai 35 expatriate consultants bekerja di syarikat KM dan dan di bayar gaji pukul rata USD1700 sehari saorang selama dua tahun.Hairan ?.Ini biasa dalam O&G.Ingat, KM tidak pernah guna satu sen pun wang politik dalam perniagaan.KM berterima kasih pada Kerajaan BN yang memberi KM peluang belajar di luar negeri dulu walaupun dari kampong di Melaka masih boleh Berjaya. Alhadulillah syukur.

BERNIAGA,BERNIAGA,BERNIAGA !!

“YOU CAN IF YOU THINK YOU CAN “ Insyallah you can make it memperbaiki ekonomi keluarga dan memberi penekanan EDUCATION sebagai PRIIORITY dan sanggup berkorban .Kejayaan will fall in pkace,Salam.

Anonymous said...

pembetulan,

...pendapatan kurang RM1500.00..BUKAN RM3000 ...maaf tersalah taip.

@Kampong man

Anonymous said...

Siotlah puak2 aok. Cukup2lah bersiotnya. Setakat berhujah dalam laman ni tak akan bersiot kemana2 pon. Padanlah bersiotnya.

Sudah2, sudah, moh cari kayu api banyak ranting2 dan kulit kayu di dalam hutan kolatahan sampai ulu tembeling boleh juga dijual. Nak jual kayunya pon dah habis kena jual oleh orang lain.

Banir. Cukuplah bersiot. Salam Maulidur Rasul. Salam GE13.

Anonymous said...

Kampongman dan pembahas Sekalian,

1/2

Satu terpanggil untuk turut menyumbang pendapat bagi melangsung pendapat yang diutarakan uncle faveret saya, kampongman mengenai kemampuan cina dan melayu menerokai bidang perniagaan.

2. Faktor genetik pada saya bukan faktor utama. Sejarah melayu sebenarnya hebat juga. Keupayaan orang melayu dalam sejarah juga hebat. Jika dibandingkan dengan Bangsa cina, mereka mempunyai peradaban yang jauh lebih lama dari kita orang melayu.

Evolusi peradaban yang dilalui oleh sesuatu bangsa itulah yang membentuk jatidiri sesuatu bangsa. Sejarah cina yang panjang dengan pelbagai tribulasi dan kejayaan yang dilalui selama beribu-ribu tahun itulah yang membentuk budaya dan jatidiri yang ada dalam diri orang cina hari ini.

Ciri-ciri ini bukan unik kepada bangsa cina sahaja. Proses pemantapan budaya dan jatidiri mana-mana bangsa juga melalui dan akan melalui proses yang sama termasuk bangsa melayu.Proses sama tetapi bekas atau mould mungkin berbeza-beza.

2. Jika kita mengimbau sejarah melayu sebelum kedatangan penjajah-penjajah barat ke Nusantara, kita dapati bangsa melayu adalah hebat dan mempunyai ciri-ciri jatidiri yang mantap. Individu-individu yang ditonjolkan oleh sejarah seperti Kesultanan Melaka, Sultan Muda Thani Aceh, Hamzah Fansuri, Tun Perak,Hang Tuah dll adalah manusia-manusia unggul yang berada dibarisan hadapan peradaban melayu.

3. Pada saya, penjajahan British dan dasar penjajahan yang dijalankan oleh British secara halus iaitu menundukkan dan memgawal pemikiran bangsa melayu agar tidak merosakkan kepentingan British adalah punca utama, bukan genetik.

Faktor genetik yang disebutkan oleh kampongman adalah hasil kejayaan British dalam mengkondition dan pengawalan ketat pemikiran bangsa melayu berabad-abad lamanya mengikut kehendak dan kemahuan mereka.

Mengapa saya kata begitu. Saya akan cuba huraikan dalam posting berikut.

Bersambung....

Zack

Kampong man said...

Salam Zack,

Zack juga tidak membuat satu analogy yang sesuai membandingkan Malaysia dengan Korea dalam pencapaian ekonomi dan industri motor.Pada tahun 1984 KM ditugaskan bekerja di DAEWOO SHIPBUIDING di Okpo, pulau Koje bersama syarikat Esso Producton Malaysia membina pelantar minyak Guntung A terbesar bagi ESSO ketika itu sebagai construction engineer selama setahun.KM juga punyai rakan karib bernama Kisai Rahmat ( sekarang Datuk) boss Proton di Shah Alan berpuluh tahun, hampir pekerja pertama bagi Proton ketika Proton mula di buka di Shah Alam.Kami satu universiti di Scotland dulu.Beliau graduate in Mech Eng dan KM Chem Eng.Pada ketika itu juga Tun memperkenalkan 'Look East Policy '.Ramai anak bangsa dihantar ke Jepun dan Korea mempelajari dan juga memberi pendahan 'Working Culture' orang Korea bagi mengubah negara dari masyarakat tani( agriculture) kepada industri berteknologi dan diharap kita mencapi vision 2020 sebagai negara maju ilham Tun.

Di mana perbezaannya ?.Korea Selatan tidak mempunyai natual resources saperti minyak, getah, tin, kelapa sawit dengan tanah yang berbukit bukit.Mereka harus terus melibatkan usha mempelbagaikan industri pembuatan, teknologi dan research untuk survival mereka dan mereka mempunyai KETEKUNAN dan KESUNGGUHAN mahukan kemajuan ekonomi dan true enough Kores Selatan menjadi satu negara yang terkenal maju dan model negara contoh didunia antara yang terbaik.

Korea tidak ada berpuluh kaum dan ugama .Kita tidak.Ada kaum malas dan complacent dan ada kaum terlampau pulak rajin siang malam cari duit.Nasib baiklah adanya Tun yang tegas dan dengan visionnya yang praktikal dan achievable.Tiada Tun tidak adalah Putrajaya, KLIA, Proton, Highways dan byways, Sepang F1, Universiti dan pusat pelajaran tinggi dan listnya go on and on... dan bandingkan apa DSAI telah lakukan dalam masa yang sama.Banyaklah juga tetapi yang tidak boleh apa yang kita boleh banggaksn pun saperti HURUHARA,RUSUHAN, KETIDAKSTABILAN politik almost Nothing, nothing and nothing dan DSAI akan diangkat menjadi Perdana Menteri ?.Sebenarnya beliaulah juga memberi sumbangan yang amat besar pada perpecahan Melayu kerana mahukan kuasa politik.Ini fakta.KM tidak hairan dengan parti Pas kalau DAP dan PKR lah rakan politik mereka.Ini membuatkan kita orang Melayu mudah membuat keputusan di PRU 13.Amat mudah sekali berretorik lah apa juga dengan pusingan piring hitam berkali kali.Kita tahu akhirnya siapa prevail.Terima kasih Anwar.

Maaf, ada lunch appoitment pulak.Kita kena kerja.Istilah pencen tak ada bila kita berniaga but we take it easylah lah petang petang ni.Amanah saham akhirat pun kena jaga, solat kena jaga.Tak gitu ?

" PROFESSIONAL DONT RETIRE. THEY ONLY DIE "

Wallahwuallan.


@ Sorry, PR terutama DSAI sad to say TIADA ilham.

Anonymous said...

KM
Saya tertanya2 apa kerjanya awak ni. Dok main parking 24 jam kat blog ni. Alibaba ke?

Anonymous said...

Kampongman,

Kepelbagaian ugama dan kaum bukan alasan mengapa kita ditinggalkan oleh Korea Selatan. Dalam dekad 60an dan 70an, ekonomi kita jauh lebih baik dan mantap berbanding dengan Korea Selatan yang baru sahaja tamat Perang.

jangan talk nosense dengan mengatakan kepelbagaian ugama dan kaum sebagai alasan utama. Ini tidak ada asas yang kukuh.( kita cuma ada 4 ugama utama( termasuk Kristian) dan 3 bangsa utama dan beberapa suku bumiputra sahaja jika dibandingkan dengan India.

India walaupun merupakan satu bangsa sebagai identiti nasional tetapi terdiri dari 200 suku kaum yang lebih komplek dan rumit dan beberapa ugama utama. Perbezaan antara satu kaum utama di India dengan satu kaum lain begitu besar bagaikan satu bangsa. Ini adalah disebabkan peradaban India adalah antara yang tertua didunia.

Tetapi dalam 10-15 tahun kebelakang ini pergerakan ekonomi dan transformasi ekonomi yang sedang dialami oleh India dibawah kepimpinan Mahmohan Singh. India telah dijangka akan menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia yang baru bersama-sama China, Brazil dan Indonesia.

Pencapaian yang dicapai oleh Mahmohan Singh jauh mengatasi kepimpinan yang diterajui oleh keluarga Ghandi yang terkenal dengan kepimpinan India dan perdana-menteri dari pelbagai parti sebelum beliau.

Kalau alasan kamponman begitu sahih dan betul, pertumbuhan ekonomi yang pesat dibawah Mahmohan Singh sekarang mustahil berlaku. Apatah lagi Mahmohan Singh hanyalah seorang profesor ekonomi di Universiti Oxford atau Cambridge ( tak pasti mana satu) yang tidak mempunyai base politik langsung dalam arena politik India.

Rahsia tranformasi India hari ini adalah gabungan kebolehan Mahmohan Singh dalam mengurus negara dan sokongan politik parti Kongress yang dipimpin oleh keluarga Ghandi.Keluarga Ghandi sebelum ini berdekad memerintah India tetapi gagal menyaingi kemampuan Mahmohan Singh walaupun 1/2 sahaja.

Hakikatnya, masaalah dan halangan yang dihadapi oleh Mahmohan Singh jauh berganda-ganda sukar dan kompleks berbanding dengan mengurus kesejahteraan sebuah negara kecil seperti Malaysia!

So, uncle kampongman jangan cuba kelentong dengan menagatakan kepelbagaian ugama dan kaum di negara kita menyebabkan sukar kerajaan BN memajukan negara. 55 tahun secara beterusan pun masih gagal membawa kemajuan yang sepatutnya negara kita berada. Selepas merdeka kita cukup gah dengan kemantapan ekonomi kita yang semua jangkaan kita akan berada ditempat yang sepatutnya dengan keupayaan yang ada.

Zack

Kampong man said...

Anon 1.49 ,

Baca dan teliti apa yang saya tulis.Soalan yang sama harus lebih ditujukan pada bro Sakmongkol, bro Aspan ,Zack malah juga Wan yang menulis berharian dan rakan lain juga.Sebagai taukey dan pengarah kerja KM hanya MENGARAH.Yang lain biarlah anak buah yang buat.

Segala penulisan adalah spontan menggunakan Samsung Note 2 walau dimana pun.Nak tahu lebih tannya bro Aspan.Walaupun berbeza ideologi politik kita tetap rakan baik saling bantu membantu dan hormat menghormati .Biasalah politik PRU 13.Perbezaan yang ketara alhamdulillah adalah KM 'Have arrived' mereka belum lagi kerana mereka sibok berpolitik dan KM sibuk berbusines in the resl sense. Harap maklum. Cheers.


@ Kenapa agaknya ?.Tidsk senang melihat Melayu berjaya ? Atau ada PHD?

Anonymous said...

Anon 1:49,

Jangan tuduh KM macam tu. Inilah kelebihan menjadi majikan. Dia tak perlu pegang pen dari jam 9.00 pgi hingga 8.00 mlm seperti orang makan gaji.

Kampongman,

"Kita tidak.Ada kaum malas dan complacent dan ada kaum terlampau pulak rajin siang malam cari duit."


Sampai hati uncle menghina bangsa sendiri mentang-mentanglah uncle telah diberi Allah rezeki yang melimpah ruah. Cuba bayangkan keadaan sebaliknya. Uncle berada ditempat orang uncle hina dan mereka ditempat uncle.

Masih mampukah uncle berhujah begitu?

Sikap positive, dinanisma, rajin,gigih adalah antara asset yang perlu dimiliki oleh rakyat sesebuah negara yang akan menjadi human capital/sumber manusia bagi kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Sebab itu kerajaan-kerajaan didunia hari memperuntukkan peruntukan yang agak besar kepada pendidikan formal dan tak formal, latihan-latihan untuk membina human capital untuk menjamin kelangsunan pembangunan negara.

Keupayaan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai polisi-polisi amat besar kerana kerajaan sesebuah negara mempunyai kemampuan kewangan yang besar dan kemudahan-kemudahan yang besar. Kampongman jangan samakan keupayaan kerajaan seperti keupayaan persatuan sepaktakraw kampong.

Sebab itu kerajaan kita buat macam-macam usaha sudah dan sedang dilakukan dari peringkat sekolah hinggalah universiti untuk merubah dan membentuk sikap-sikap rakyat. Tak cukup dengan itu, RTM dan pelbagai sumber diwujudkan.

Antara kerajaan yang paling berjaya membentuk dan merubah sikap rakyat selaigus mewujudkan sumber manusia yang bertaraf dunia ialah Kerajaan Jepun selepas kalah perang dunia kedua dulu. Hasilnya dalam masa 50 tahun Jepun telah berjaya menjadi kuasa ekonomi dunia. Ini adalah hasil daripada dedikasi usaha pemimpin-pemimpin Jepun yang melakukan perancangan dan perlaksaan menyeluruh. Proper planning and excution of the plan.

Hatta, mereka juga berjaya merubah saiz orang jepun dari kecil-kecil( yang merupakan satu advantage dalam perang dulu) kepada saiz sekarang. Begitu serious pemimpin-pemimpin Jepun berkhidmmat kepada bangsa mereka.

Bandingkan dengan usaha kerajaan kita? Kemana perginya peruntukan tahunan yang banyak? Dari sudut ain pula, kampongman cuba melepaskan Kerajaan BN yang disokongnya dari tanggungjawab ini dan menyalahkan orang melayu sendiri. Kalau melayu bodoh, bengap, berfikiran cetek, siapa yang mengalakkan. Siapa yang harus di persalahkan sepanjang 55 tahun ini tentang sikap dan nasib orang melayu hari ini?

Zack

Anonymous said...

Anon 1:49,

Jangan tuduh KM macam tu. Inilah kelebihan menjadi majikan. Dia tak perlu pegang pen dari jam 9.00 pgi hingga 8.00 mlm seperti orang makan gaji.

Kampongman,

"Kita tidak.Ada kaum malas dan complacent dan ada kaum terlampau pulak rajin siang malam cari duit."


Sampai hati uncle menghina bangsa sendiri mentang-mentanglah uncle telah diberi Allah rezeki yang melimpah ruah. Cuba bayangkan keadaan sebaliknya. Uncle berada ditempat orang uncle hina dan mereka ditempat uncle.

Masih mampukah uncle berhujah begitu?

Sikap positive, dinanisma, rajin,gigih adalah antara asset yang perlu dimiliki oleh rakyat sesebuah negara yang akan menjadi human capital/sumber manusia bagi kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Sebab itu kerajaan-kerajaan didunia hari memperuntukkan peruntukan yang agak besar kepada pendidikan formal dan tak formal, latihan-latihan untuk membina human capital untuk menjamin kelangsunan pembangunan negara.

Keupayaan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai polisi-polisi amat besar kerana kerajaan sesebuah negara mempunyai kemampuan kewangan yang besar dan kemudahan-kemudahan yang besar. Kampongman jangan samakan keupayaan kerajaan seperti keupayaan persatuan sepaktakraw kampong.

Sebab itu kerajaan kita buat macam-macam usaha sudah dan sedang dilakukan dari peringkat sekolah hinggalah universiti untuk merubah dan membentuk sikap-sikap rakyat. Tak cukup dengan itu, RTM dan pelbagai sumber diwujudkan.

Antara kerajaan yang paling berjaya membentuk dan merubah sikap rakyat selaigus mewujudkan sumber manusia yang bertaraf dunia ialah Kerajaan Jepun selepas kalah perang dunia kedua dulu. Hasilnya dalam masa 50 tahun Jepun telah berjaya menjadi kuasa ekonomi dunia. Ini adalah hasil daripada dedikasi usaha pemimpin-pemimpin Jepun yang melakukan perancangan dan perlaksaan menyeluruh. Proper planning and excution of the plan.

Hatta, mereka juga berjaya merubah saiz orang jepun dari kecil-kecil( yang merupakan satu advantage dalam perang dulu) kepada saiz sekarang. Begitu serious pemimpin-pemimpin Jepun berkhidmmat kepada bangsa mereka.

Bandingkan dengan usaha kerajaan kita? Kemana perginya peruntukan tahunan yang banyak? Dari sudut ain pula, kampongman cuba melepaskan Kerajaan BN yang disokongnya dari tanggungjawab ini dan menyalahkan orang melayu sendiri. Kalau melayu bodoh, bengap, berfikiran cetek, siapa yang mengalakkan. Siapa yang harus di persalahkan sepanjang 55 tahun ini tentang sikap dan nasib orang melayu hari ini?

Zack

Anonymous said...

Anon February 6, 2013 at 9:18 AM

Pertamanya, saudara sudah beri gambaran yang kurang tepat. Wakil wakil Barisan National ialah pentadbir eksekutif dalam Kerajaan, bukan Umno. Yang menjalankan urusan pentadbiran ialah pegawai pentadbiran. 

Apa yang difahamkan sebagai saorang pegawai pertadbiran, taat setia KD ialah kepada pentadbiran semasa. Hari ini pentadbiran BN, kesetiannya akan kepada pentadbiran BN. Esok pentadbiran PR begitu juga. Itu satu disiplin yang dialu alukan, baik untuk pentadbiran PR atau BN nanti.

Tapi saudara sudah menjatuhkan hukum kepada wakil Umno dalam pentadbir eksekutif BN  salah guna kuasa sewenangnya. Sedangkan pemimpin PKR terbukti dipenjara selama 6 tahun kerana kesalahan salah guna kuasa saudara tidak diambil kira. Mungkin kepada saudara atau terlepas pandang dia itu tak bersalah diutus dalam keadilan   makamah kepala saudara. Jadi, sistem Makamah itu tidak betul dan rasuah pula.

Anonymous said...

kampongman dan pembahas,

Uncle kampongman tidak mengulas banyak mengenai perbandingan kemajuan Proton dan KIA Motors. Beliau hanya menceritakan mengenali Dato Rahmat Kisai( Uncle dah sebut salah nama dia). Dia memang anak didik Korea dan memang pakar dalam pemasangan kereta.

Dengan kehebatan Dato Rahmat Kisai sorang sahaja yang hebat, kita semua tahu dimana kedudukan Proton berbanding dengan KIA Motor.

Ops..Proton bukan sahaja ada dato Rahmat Kisai. Proton ada seorang lagi yang menjadi Penasihat yang Maha hebat. Orang yang paling hebat yang pernah lahir di dunia ini sejak dari Nabi Adam hingga kiamat mengikut pandangan uncle kampongman - MAHATHIR!

Persoalan cepumas untuk uncle kampongman, mengapa manusia paing hebat ini gagal membawa Proton menyaingi KIA Motor yang sama-sama memasuki dunia pembuatan kereta pada masa yang sama. Manusia yang hebat ini jugalah yang mewujudkan Proton walaupun pelbagai pakar ekonomi menasihati agar memilih industri lain bagi memulakan program perindustrian negara dulu.

Tak hebatlah kalau macam tu. Kalau hebat, bukan sahaja proton cemerlang, sebaris dengan GM,Mercedes, BMW. Kia Motor Korea tu makan asap proton je la.

Kalau maha hebat sangat tentulah kita tidak mengalami masaalah ekonomi yang kita hadapi sekarang kerana asas ekonomi negara telah diletakkan diatas asas yang amat kukuh. Kalau mengalami kesan dari kelembapan ekonomi dunia, keadaan tidaklah seteruk yang kita alami sekarang dan BR1M tidak perlu perkenalkan.

Tetapi mana tau kan kot-kot dengan pergi tengok mercu-mercu tanda Mahathir buang duit untuk membinanya yang tidak mencapai unjuran pulangan sebagaimana yang dicanangkan dulu - dan kita berzikir nama Mahathir! Mahathir 100x, kita boleh dapat duit yang jatuh entah dari mana untuk meringankan tekanan hidup hari ini! Berkat kehebatan idola kampongman yang maha hebat.

Cuba-cuba le terutama kelompok 8.5 juta orang melayu yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan tu, mana tau menjadi...

Zack

Anonymous said...

Zack ni kau takde kerja lain ke atau pun boss macam kgman jugak ke ?.Cerita ler cikit bro background.Mana tahu kot pengarah PKR negeri ke .Yng bengan sangat Mahathir tu apa hal ?

Anonymous said...

Anon 5:37

Aku ni lebih kurang kampongman jugalah dengan anugerah Allah berikan kepada keluarga aku pinjaman milekNya untuk maafaat hamba-hambaNya.

Senang cerita aku belajar di luar negara sejak umur 13 tahun lagi. Aku punya double 1st degree dan satu ijazah pasca ijazah dari luar negara. walaupun lama diluar negara, aku adalah anak bangsa melayu yang mahu memartabatkan dan melihat bangsa ku agar berdiri megah sebaris dengan bangsa-bangsa yang hebat di dunia ini. Kerana bangsa melayu Islam juga hebat...bukan pengemis di negara sendiri dan bukan kuda tungangan orang lain untuk kepentingan sempit.

Selain menolong menjaga anugerah Allah yang diamanahkan kepada keluarga kami, aku juga diasuh untuk perhatin dengan nasib bangsa dan ugama. Aku diasuh untuk mempertahankan kebenaran walaupun pahit.

Aku tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. Aku juga tidak berpihak belah mana. Aku dipihak anak bangsa aku.Ini membuat aku bebas dan tidak terikat dengan peraturan mana-mana pihak dalam mengatakan kebenaran.

Aku dah awal 30an

zack

ps: banyak berjalan luas pandangan. Pengembaraan yang lama menginsafkan kita tentang keadaan sekeliling kita dalam konteks dunia gobal dan tanpa sempadan.

Kampong man said...

Salam Zack,

Kampong man yakin 100% nama Datok Kisai Rahmat adalah BETUL.Kisai adalah rakan karib KM di kolej dalam negeri dan di satu University di Scotland awal 70 han.Prove me wrong Zack.

Kami pernah berbincang akan niat beliau ke Proton semasa beliau bertugas di JKR N9.Spouse KM adalah Arkitek Negeri pada masa tu.

Koloborasi Proton dan Mitsubishi membuat beliau lebih di Japan logically of course.

Apa sudah jadi pada PAS Jerantut berpiket menentang DAP dalam isu Allah ni ?.Mungkin Zack dan Mat Periba dan rakan Pas boleh terangkan.Ada masa KM respond dalam cerita kejayaan KIA ok.

Anonymous said...

WZWH,

Cerita kejayaan KIA Motors ramai dah tahu. Cerita yang lebih relevan adalah mengapa Proton yang bermula setahun lebih awal daripada KIA, dengan bantuan kerajaan berbillion-billion ringgit, dengan pelbagai keistimewaan termasuk mendapat pelindungan istimewa masih tercungap-cungap.

KIA tidak ada semua itu boleh berjaya?

Kampong man said...

Anyongngaseyo Zack dan Anon8.32,

KM faham motif anda kenapa anda meragui keupayaan Proton satu satunya buah pemikiran dan ilham Tun Dr Mahathir dan kerajaan BN Malaysia.Anda berdua tidak layak memberi sweeping statement mudah cuba membandingkan Proton dan KIA kecuali anda pernah tinggal dan bekerja di Korea saperti Kampong man di sana di satu masa dahulu memahami bagaimana sifat bersunnguh sungguh di semua level pekerja ,management dan juga bantuan pihak kerajaan Korea itu sendiri mahukan kejayaan gergasi mereka saperti Hyundai ,Daewoo ,Samsung dan pastinya KIA juga umpamanya menakluki pasaran dunia bukan sahaja di Korea .Atas ilham Transformasi Tun lah maka industri (pembuatan)permotoran ini merangkak rangkak di mulakan kerana ianya memerlukan modal(capital outlay) yang amat BESAR beserta dengan pekerja pekerja mahir yang berpengalaman dan alat alat SOTA dan support industri pembuatan yang tidak ada bagi industri ini dan ini membuatkan pertumbuhan Proton agak perlahan permulaannya.Tidak di Korea.Jenama Hyundai dan Daewoo telah bertapak lama sebelum adanya KIA.Model kejayaan Hyundai dan Daewoo menjadi reference bagi industi pembuatan motor pula dengan berbagai galakan dari kerajaan mereka.

Tahukah anda semasa KM bekerja di sana 1984 KM mendapati.

1.Rakyat Korea tidak dibenarkan memiliki kereta selain dari Daewoo dan Hyundai sahaja.

2.KM tidak pernah melihat Jenama BMW,Mercedes.Volvo,Honda dan apa juga kereta import di bandar bandar besar saperti di Soul,Pusan dan Ulsan umpamanya bertujuan melindungi industri permotoran mereka.

3.Sekira anda bekerja di syarikat Daewoo anda tidak akan melihat kereta Hyundai di tempat kerja walaubagaimana pun minat anda pada jenama kereta Hyundai.

Benar,sampai begitu sekali 'Import Restriction ' Kerajaan Korea ketika itu.Bagitulah juga hebatnya LOYALTY rakyat Korea kepada majikan mereka dan negara mereka Korea.Pada 1988 mereka berjaya mengadakan Olympik (pal pal olympik-dalam bahasa Korea).

Pasti sekali Korea hebat dalam serba serbi.Tiada brain drain saperti kita.Mereka bersatu kerana mereka rakyat Korea satu bangsa satu bahasa dan hampir satu ugama.Mereka punyai 'Economy of scale' bagi pasaraan dunia .Kita bagaimana ?.Nak salahkan kerajaan ke?.Mahu tukar kerajaan ke supaya 8.5 juta orang Melayu perolehi RM3000 sebulan ke ?.Apakah semudah itu?.Kita dilandasan yang baik sekarang dengan berbagai Transformasi Najib/BN pada pandangan KM.

Betulkan Pakatan Rakyat itu dulu dan bagi kami lihat perancangan rapi PR bagi melonjakan (Leap frogging) negara ini dengan secepat yang boleh.Sorry, PR tidak ada perancangan rapi untuk Malaysia. Rakyat bukan bodoh memberi kepercayaan pada satu pakatan yang amat rapuh tanpa wawasan.Marah ?.Itu hak anda.


"ROME IS NOT BUILT IN A DAY"

So is Proton.But we are moving in the right direction providing employment as well ehh.We have started the industry at least.All thanks to Tun.What can Anwar do ? Nothing, nothing and nothing.Our only choice is TIBAI ! and say NO to DAP and PKR.Cheers.

Khamsamida !



Anonymous said...

Lebih baik tutup saja Proton,dah hampir umur 30 tahun pun kena bottle fed lagi.Ini lah kejayaan ayahanda KM,Mahathir. Kalau kat negara lain,dah lama gulung tikar.

Anonymous said...

uncle kampongman,

janji uncle untuk menceritakan kejayaan KIA agak mengecewakan, hanya sekadar mengatakan KIA berjaya kerana dasar kerajaan Korea Selatan tidak membenarkan impot kereta-kereta asing. Dan juga budaya kerja orang korea.

Budaya kerja berkaitan dengan mengubah sikap dan hubungan kaitnya dengan mewujudkan sumber manusia yang berkualiti dalam usaha pembangunan dan kemajuan negara serta peranan negara dalam soal ini.Uncle memilih untuk berdiam diri dalam isu ini. saya membawa contoh bagaimana usaha pemerintah Jepun selepas perang dunia kedua berjaya menjadi kuasa ekonomi dunia dalam masa 50 tahun. Bagaimana kerajaan jepun berusaha dan berjaya merubah sikap rakyatnya kepada sikap yang ada sekarang yang sehingga hari ini.

2. Dasar "protectionist" yang diamalkan oleh Korea selatan untuk melindungi dan memberi ruang kepada industri keretanya menjadi stabil dan maju sehingga boleh bersaing di peringkat antarabangsa bukan punca sebenar kejayaan KIA. Negara kita juga mengamalkan dasar protectionist yang serupa juga walaupun tidak carboncopy korea Selatan.

Malaysia mengamalkan dasar protectionist dengan menaikkan cukai duti impot untuk melindungi proton.

strategi protectionist yang diamalkan oleh negara ialah dengan kenaikan cukai impot, harga-harga kereta impot menjadi mahal sehingga menjadi mahal, diluar kemampuan sebahagian besar rakyat membelinya. dan cara ini, secara berselindungnya, kerajaan telah mengurangkan pilihan rakyat untuk membuat pemilihan dalam pembelian kereta kepada hanya memiliki kereta-kereta buatan proton sahaja.

dengan menghadkan pilihan yang ada kerajaan juga telah menetapkan harga kereta-kereta keluaran proton pada harga yang lebih mahal berbanding dengan kualiti. Tujuannya sekali lagi untuk melindungi Proton.

Selain dari itu, kerajaan telah mencurahkan wang-wang pembayar cukai berpulu billion ringgit sepanjang 30 tahun ini untuk menyambung hayat Proton secara artificial. Proton boleh diibaratkan sebagai orang yang dah mati tetapi dikekalkan hidup dengan bantuan mesin-mesin.

Pembiayaan kerajaan untuk mengekalkan Proton ini ibarat mencurah duit kedalam lubang yang amat dalam. Berapa banyak pun dicurah tidak akan menutup lubang tersebut.

Uncle.....seseorang tidak perlu pergi bekerja di Korea Selatan untuk memahami masaalah mengapa Proton gagal bersaing atau KIA yang bermula setahun dari Proton berjaya di pasaran dunia. Uncle gagal menjelaskan isu tetapi sebaliknya cuba putar keadaan sebenar yang berlaku. Sebenarnya pemergian uncle ke Korea Selatan adalah satu pembaziran negara!

Zack

Anonymous said...

Spot on Zack. That's what I call intellectual discourse.

Anonymous said...

...and Zack, you have yet to deliberate on the issue of AP which is deliberate I presume.

Anonymous said...

uncle kampong,

I mungkin terlepas pandang pasal AP. Boleh tulis kembali point yang dibangkitkan.

Zack

Kampong man said...

Zack,

You come back at last my boy.My stint in Korea was working for Esso Project not as a novice under training on the Tun Look East Policy.Just like our bro anon 5.05 in Australia now working snd get paid.You get it.

You appear pissed of with BN ,Tun and his Proton and yet we Malaysians are enjoying the success of Proton cars thousands on the road, pride of the nation as we move on by merely being car importer country otherwise.We bought over Lotus for technological advances.In short Proton is NEVER a losing concern both tangibles and intangibles.

Khazanah invested in Silterra , a wafer and chips manufacturing industry a really high tech stuff in Kulim.That too is another BIG investment but we have to do it and start something and have the technology here.We cannot be pointing fingers and politicise isu Proton blaming itu tak betul ini tak betul and yet doing nothing or suggest anything positive to support our industry.Too much Suara Keaadilan, Roket and Harakah is not good for the mind Zack.Avoid the blame game on govt effort on development. Surely those involved were properly advised and due diligent made before the govt arrived at that decision.Everone and the world knows Malaysia is doing fine indeed in her economy.All thanks to BN.May under PR it will be better and we are yet to see .Only those frustrated politicians like Sakmongkol and the likes will say otherwise .Daft.

Anonymous said...

Kgman ,Awas,Jangan layan budak zack ni.Dia pencacai pr dari blog Pak Aspan.Cuba meroyan bagi alih pandangan orang sokong BN.

Anonymous said...

Zack, the comments ' spot on ' and the suggestion to write on the AP issue are certainly not from Kampong Man, its from me, your anon fan.

Anonymous said...

Anon 2:55

Saya telah buat sedikit pengenalan tentang diri saya tolong semak.

Buka minda sedikit. Orang Melayu kat Malaysia ni berjumlah 18 juta orang. Ahli UMNO berjumlah 3.5 juta orang termasuk kaum bumiputra bukan melayu bukan Islam. Orang melayu bukan ahli UMNO berjumlah 15 juta orang.

melayu mana yang majoriti? Melayu UMNO yang berjumlah 3.5 juta ke atau kelompok 15 juta yang bukan ahli UMNO? Apakah hak dan kepentingan puak berjumlah 3.5 juta ini mengatasi hak kelompok 15 juta?

Uncle kampongman,

yang melalut ni. Apa yang saya lakukan adalah pembetulkan "proganda" uncle dengan mengulas isu-isu yang uncle cuba tudung. Sebagai orang melayu, saya juga mempunyai hak yang sama dengan uncle dan orang melayu lain untuk menyatakan pendirian samada bersetuju dengan sesatu pandangan atau tidak.

mengapa tiba-tiba menjadi innocence plak? Kata kawan dari terengganu " kura-kura naik perahu, pura-pura tak tahu...huhuhu.

Kita berdua faham apa game masing-masing disini kan...hahahaha.

hakikatnya yang ada, ahli UMNO hanyalah 3.5 juta orang sahaja dari jumlah 18 juta orang melayu di Malaysia. 15 juta yang lain bukan ahli UMNO. Saya berada didalam kelompok 15 juta ini.

Apakah hak UMNO untuk kontrol "15 juta orang melayu lain" untuk mengikut telunjuk UMNO sedangkan rekod 55 tahun UMNO sejak merdeka GAGAL MEMARTABATKAN ORANG MELAYU! Data-data pencapaian orang melayu yang ada tidak boleh menipu kegagalan ini.

Jadi, isu-isu yang Uncle bangkitkan datang posting terakhir diatas, saya rangkum jawapan kepada kesemuanya dalam jawapan di para terakhir diatas.

Zack

Ingat kata-kata bijak pandai berikut:

Kita boleh menipu sesetengah orang dalam masa-masa tertentu tetapi kita tidak boleh menipu semua orang selama-lamanya.

Isu yang



sang sapurba said...

zack belajarlah bersyukur.dah molek aman damai ni tak ada huru hara dan awak boleh buat keje awak tanpa gangguan.

awak cuba tinggalkan yang benar2 pasti di hadapan awak dan mahu cuba yang belum pasti.

kalau yang awak cuba tu pasti seperti sekarang oklah.tapi kalau
sebaliknya siapa rugi.

awak boleh cuba ubah kalau yang ada hari ini sudah mengganggu hidup awak.tapi seperti yang awak katakan tadi awak ni bagus kerjanya.apa masalahnya?

MASALAHNYA PR MAHU KUASA YANG DI PEGANG BN SEKARANG NI.JADI SEMUA YANG KERAJAAN BUAT TAK BETUL.ITU AJE.KALAU TAK BUAT BEGITU TAK LAH ZACK MENYOKONG.WALAU PUN SOKONGAN TUMEMBABI BUTA.

INILAH JENIS MELAYU YANG DAH HILANG JATI DIRI KERANA MENYOKONG PR YANG DITUNJANGI DAP.PAS DAN PKR BERTUHANKAN DAP.IKUT APA AJE KEHENDAK DAP.SAMPAI KALIMAH KALIMAH ALLAH MILIK ISLAM PUN DIA NAK SAPU.ISLAM CELUP MACAM PAS SOKONG PULAK KEHENDAK DAP.APA CERITA???

Kampong man said...

Salam sdra semua ,

Pada KM Proton ilham Tun adalah satu success story dimana semua rakyat Malaysia harus bangga.Walaupun pada mulanya market Proton hanyalah untuk pasaran domestik di Malaysia sahaja kini Proton berkembang di 27 buah negara lain.Pada tahun 1987 mengikut statistik market jualan kajian menunjukan Proton berjaya mencapai (capture)65% domestic market share dan terus berjaya melebihi 60% dari jualan kereta dalam negara dengan kerajaan mengenakan tarrif tax yang tinggi bagi kereta import.Bandingkan tiadanya kereta import di Korea pada masa KM di sana.

Cabaran AFTA memperlihatkan Proton terus memperkasakan R&D melalui pembelian Lotus dan terus mempunyai design mereka sendiri dengan tidak hanya bergantung pada Mitshubishi lagi.Proton kini bersaing sama dengan jenama import lain disebabkan liberilasi AFTA, satu cabaran.Proton telah banyak melabur dari segi teknologi, quality control, design sendiri dan juga cost control untuk terus berjaya.

KM tidak hairan ada rakyat kita yang mahukan Proton di kebumikan saperti juga UMNO katanya ABU bermotifkan sematamata politik.Mereka ini lah juga mahu memecahkan monopoli UMNO/BN selams 55 tahun.Pada mereka kerajaan gagal dan UMNO gagal kononya.Betul ke?.Sekiranya ini betul maka BODOH lah kita semua memberi mandat kepada UMNO selama ini.Bodoh kah kita?.

Tidak mungkin 3.5 juta Melayu UMNO dapat membuat keputusan pada 18 juta Melayu dari kaca mata Melayu yang kurang cerdik dalam PR.Realitinya tidak semua Melayu menjadi ahli politik tetapi yakin pada keupayaan UMNO parti tunjang Melayu selsma ini dan ini tidak akan berubah di PRU 13 nanti.Sebab:

1.Najib telah menunjukan kesungguhan yang sangat dikagumi rakyat dengan TRANSFORMASI nya.

2.Rakyat mula menolak PR yang bercelaru dan tidak bersatu.Kelemahan PR terserlah dengan pentadbiran yang lemah.

3.Islam mula dicabar oleh DAP dan DSAI tidak lagi memperjuangkan Islam dan Melayu lagi saperti dulu semasa beliau menjadi TPM.Beliau hanya perjuangkan survival politik beliau sahaja.Bukan KM yang kata .Zulkifli Nordin, Ezam Noor, Chandra Muzaffar, Zahrain dan ramsi lagi pengasas PKR yang lain yang kata.Yang pasti PKR akan kecundang mengikut ramalan dari berbagai kajian .Jangan haraplah mereka boleh lebih berjaya saperti 2008 dengan 33 kerusi( 2004 hanya satu kerusi di Permatang Pauh ).

Pengaruh politik DSAI/ PKR telah luntur.Di Perhimpunan Shamsidar Stadium Merdeka baru ini pengikut Pas banyak keluar dari stadium apabila DSAI mula berucap.TGNA dan pemimpin tertinggi Pas sendiri mula meragui. Sekira ini benar dan dari penjelasan Nasharudin dan Hasan Ali jelas Pas lebih mempertahankan kuasa politik dari agama Islam itu sendiri dan kini Pas punyai masaalah dalaman yang harus diselesaikan segera sebelum pilihanraya .Maka kita mengharapkan pengundi Melayu atas pagar harus bijak membuat pilihan pada UMNO.KM juga rayu Zack dan Anon 5.05 kembali memilih UMNO juga akhirnya sekira perjuangan agenda Melayu yang mahu kita perkasakan.Ingat!, DAP TIDAK akan adil pada kaum Melayu dan mereka tidak layak diberi kuasa politik satelah kita lihat gelagat buruk mereka di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Walaubagaimana pun Kampong man yakin ,dengan pertolongan Allah, UMNO/BN berjaya di PRU 13 March nanti. Insyaallah.Ameen.

Anonymous said...

Uncle Kampongman,

Kita semua tahulah Proton menguasai pasaran kereta di negara ini kerana dasar perlindungan seperti di Korea. Dasar perlindungan ialah dasar dimana cukai impot kepada kereta-kereta bukan buatan Malaysia dinaikakn sehingga 300%. Tujuan dasar ini ialah untuk memaksa rakyat kita membeli hanya kereta keluaran proton sahaja kerana harga kereta-kereta buatan bukan Malaysia dengan senagaja DIMAHALKAN DILUAR KEMAMPUAN KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA - itu cerita yang kampongman sorotkan.

Betul Proton mengeskpot kebeberapa negara luar. tetapi negara-negara ini yang mengimpot dalam kuantiti-kuantiti yang kecil. Jualan tahunan kepasaran-pasaran ini tidak memberi sumbangan signifikan kepada pendapatan Proton. Yang pasti kualiti kereta-kereta yang diekspot ini jauh berkualiti dari kereta yang dipaksa rakyat kita membelinya. Harga proton diluar negara juga adalah hampir separuh dari harga di negara ini dengan kualiti jauh lebih baik.

AFTA dalam industri automotive ialah dasar dimana keluaran/produk automotive dari negara ASEAN boleh bergerak bebas di kalangan ASEAN dengan tariff ( cukai) 5% sahaja.

AFTA dalam bidang automotive ini sepatutnya dah lama berjalan tetapi DIMINTA TANGGUHKAN OLEH MALAYSIA KERANA PROTON DAN PERDUA BELUM BERSEDIA! AKIBATNYA KITA TERPAKSA MEMBAYAR GANTIRUGI TAHUNAN AKIBAT KEPADA NEGARA ASEAN LAIN YANG MEMPUNYAI INDUSTRI AUTOMOTIF - ini kampongman tak cerita!

Walau apapun propaganda uncle kampongman mengenai Proton, ia adalah kegagalan peribadi idola uncle kampongman yang menyebabkan kerugian berbillion-billion duit negara setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun. 20 tahun Proton ambil masa nak selesai masaalah "power window" - itulah kehebatan Proton dan hakikat sebenarnya.

Uncle,

Hujahan politik uncle mengenai pembangkang pasca PRU 12 tidak dapat mengambus dan membenan rekod dan data-data yang menunjukkan kegagalan UMNO memartabatkan orang Melayu sejak dari merdeka hingga kini.

Mari kita lihat satu data yang terbaru mengenai kehebatan kepimpinan UMNO yang ada sekarang atau lebih sesuai kita katakan kegagalan:

HUTANG NEGARA SEHINGGA 2012

1957 - 2009( Zaman Paklah Hutang Negara berjumlah RM 230 JUTA


2009-2012( Zaman Najib) Hutang yang dibuat oleh Najib seorang RM 272 BILLION!Mwnjadikan kesekuruhan hutang negara RM 502 Billion.


Hebatnya UMNO dibawah Najib ni, Najib pinjam dalam masa 4 tahun memerintah LEBIH BANYAK DARI HUTANG NEGARA SELAMA 51 TAHUN!

Persoalannya apa yang Najib buat dengan duit sebanyak itu sedangkan keadaan ekonomi kita masih lagi tenat. Harga barangan masih lagi mahal dan naik tanpa kawalan.

dengan duit RM 272 Billion ini, jika diguna dengan betul,sekurang-kurangnya kita sudah dapat merasai kesannya. RM 272 Billion ini adalah lebih banyak dari Negara berhutang selama 51 tahun untuk membangun dan memajukan negara yang kita tengok hari ini.

Inikah kehebatan UMNO yang uncle kampongman nak suruh kita percaya? mengapakan wang RM 272 Billion yang bersamaan dengan hutang negara selama 52 tahun dalam 4 tahun tanpa apa-apa kesan?

Kemudian datang uncle kampongman membawa cerita remeh temeh yang mempunyai pelbagai versi seperti Ezam, Zahrain keluar dari pembangkang dll.

Fikir-fikir le sendiri

Zack



Kampong man said...

Salam Zack,

Benda benda rhetoric berkenaan budget, 3.5 juta ahli UMNO yang mewakili Melayu,8.5 juta Melayu terancam dengan pendapatan RM1500.00 tiap tiap minggu dimainkan diblog pembangkang terutama DAP Melayu Sakm0ngkol dan bro Aspan .Ramai yang hampir mual hampir muntah keraa pembangkang ketandusan idea dan mereka tahu rakyat sudah jemu dengan rhetorik mereka.Cerita sama sahaja.

Teringat saya perbahasan disatu artikal Wan yang lepas antara Cik gu Ngah dan rakan saya Anon 5.05.Secara kebetulan terdapat banyak persamaan pendekatan Zack dan Anon 5.05 saperti :

1. Anon 5.05 saperti juga Zack berpandangan NEUTRAL tidak berada dalam mana mana parti.Tetapi sebenarnya anon 5.05 tidaklah seneutral yang dikata.

2.Anon 5.05 akan terus berbahas .Ada yang boleh diterima kebanyakan membidas UMNO.Ada pernah kita lihat anon 5.05 memuji BN ?.Ada kita lihat Zack juga menyebelahi UMNO?.Malah diblog Wan Zack bermatian mempertahankan PR dalam hampir semua isu.Perbezaan pandangan ini semua KM boleh terima TETAPI Zack dan anon 5.05 tidak perlu war warkan anda bebas dan neutral.Sedangkan anda berdua adalah penyokong tegar PR sama dengan KM penyokong tegar UMNO.

Bagi mengelakan kekeliruan pada Zack please state your political inclination and standing.Di blog bro Aspan terdapat banyak komentator sama yang meroyan hingga ketahap meleleh leleh saperti bro "Unknown".Nasib baik beliau ni beradablah juga dan sopan tetapi sayang penulisan banyak tanpa fakta .Ada juga terdapat banyak fitnah pada Najib dan Mahathir didalam blog DAP ini.

Zack hebat (dalam blog Aspan) dalam masa yang sama hentam hanya Batu Ronson dan tidak pula pencacai PR yang kurang cerdik disana.

3.Bagi saorang yang neutral tanpa parti (non partisan) Zack harus juga bersama UMNO /BN .Tak gitu ?.Ini KM mahu tengok.Barulah fair.

4.Sama saperti tendensi memperkecilkan pandangan pro kerajaan mengatakan mereka remeh dan Zack tidak remeh ini pun sama saperti Anon 5.05.same same.

KM memilih lebih telus dialam maya dan jujur menulis apa juga isu dari pengalaman supaya sebenarnya ianya benar benar pemikiran penulis.

PRU 13 sudah hampir, KM fikir penulisan propaganda akan bertambah hebat kerana last minute campaign bisa menukar pilihan pengundi pada PR atau BN.

Mari kita dengar apa komen Zack dan Anon 5.05 yang hampir sama pendekatan dan pemikiran mereka, a councidence. Wassallam.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

Uncle dan sebahagian penyokong tegar melihat politik orang melayu di negara ini dalam 2 warna sahaja, tanpa melihat realiti yang ada : samada menyokong UMNO atau lawan UMNO.

Apakah konflik politik orang melayu menjadi begitu desperado sehingga ia menjadi "ZERO SUM CONFLICT". Menjadi satu medan seperti peperangan, samada kita menang segala-galanya atau depa menang segala-galanya?

Ini semangat(gist) yang saya dapat kesan dari pemikiran uncle sejak memerhati penulisan-penulisan uncle dimerata blog. Apa sudah jadi ni dengan politik orang melayu hari ini?

Sikap berkonfrantasi : samada bersama kita atau menentang kita yang uncle pegang sekarang adalah sikap membahayakan keseluruhan orang melayu kerana uncle gagal memahami bahawa dalam 56 tahun kita merdeka, masyarakat melayu telah banyak berubah dan berkembang dari pola asas politik dahulu : sokong UMNO atau PAS.

wake up uncle....Sebahagian besar orang melayu berada diluar politik kepartian UMNO, PAS atau PKR terutama mereka-mereka yang mempunyai pendidikan samada tinggi atau rendah. Uncle masih berfikirkan seolah-olah semua orang melayu tidak boleh menilai dan membuat penafsiran dan keputusan sendiri terhadap sesuatu isu atau perkara. orang melayu sudah berubah dari apa yang uncle dok sangka.

Uncle,

saya sebenarnya ternanti-nanti untuk uncle membangkit perasaan tidak puas hati uncle kerana saya asyik menghentam uncle.

Uncle sebenarnya mengamalkan sikap paternalistic dengan statement satu ayat, cerita separuh bahagian yang baik sahaja dan mahu semua orang menerimanya sebagai kebenaran mutlak.

Uncle mungkin tidak perasan. Sebenarnya saya tidak pernah memandang rendah kepada uncle, saya sekadar menceritakan 1/2 lagi cerita bagi melengkapkan cerita yang uncle mula - itu sahaja. harapan saya semoga uncle terperasan stail yang uncle cuba bawa.

Uncle, kita harus jujur dengan diri dan bangsa kita. Uncle cuba mengatakan bahawa semuanya baik dengan kita orang melayu selepas 56 tahun merdeka. hakikatnya, tidak begitu. Keadaan kita orang melayu jauh ketinggalan dan banyak perkara yang menekan dan merugikan orang melayu, termasuk ahli akar umbi UMNO juga!. Semua petunjuk dan penanda aras yang ada menunjukkan kearah ini!

kebetulan UMNO yang menerajui negara ini sejak merdeka. JIka Pas yang duduk ditempat UMNO, kita juga harus bersikap jujur dengan mengatakan kegagalan memartabatkan orang melayu disebabkan PAS! saya juga akan mengambil sikap yang sama mengkritik PAS.

Zack

Anonymous said...

Sang Sapurba,

baca betul-betul hujah-hujah yang saya bentangkan. jangan merapu meraban tak tentu hala.

Spesifik. Nama kita berhujah dan meberi pendapat. Counter dengan hujah dimana yang dirasakan hujahan saya tidak tepat. Kita sama-sama belajar dan menjadi lebih bijak!

Perbezaan antara pembangkang dengan kerajaan kena faham betul-betul. Pembangkang, depa boleh kata apa pun, depa tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk melaksanakan keatas rakyat selagi tidak menjadi kerajaan.

Apa tujuan kerajaan dipilih? Untuk suka-suka? Setiap tindakan kerajaan samada yang baik atau buruk akan memberi kesan langsung kepada rakyat. dan rakyat ni sang purba jangan keliru - rakyat malaysia ni bukan ahli-ahli UMNO sahaja yang berjumlah 3.5 juta orang. 23.5 juta lagi rakyat( 27 juta - 3.5 juta ahli UMNO) bukan pendatang haram tau!

Cakap macam la malaysia ni dia sahaja ada hak.Macam la Malaysia ni hak orang UMNO yang berjumlah 3.5 juta orang je. habis tu suruhlah UMNO haramkan piliharaya. Isytihar je UMNO sebagai kerajaan sampai kiamat.

cakap tu biar la cerdik skit.

Zack

sang sapurba said...

awak cerdik sangat ke?mmg awak lembu pakai spek hijau pinjam kata kata kutukandewata.jd awak hanya nampak warna hijau.

warna lain awak buta warna.kalau awak ikhlas sebagai orang yang ideal awak akui juga kebaikan yang kerajaan dah buat.nampak sangat awak tak bersyukur.tak bersyukur tunggulah azab yang pedih.pinjam lagi kata-kata kutukandewata.

renung dan amati diri sendiri janganlah cerdik sangat!!!!

Kampong man said...

Salam Zack,

KM hormati pandangan Zack dan Zack tidak perlu menghormati KM kerana kedua kita akan sentiasa berbeza pandangan politik.KM fikir KM reasonable dan fair walaupun penyokong kerajaan terutama UMNO.

Sekira Zack saorang Melayu yang tidak taksub tolong perbetul dan nasihat PENULISAN uncle Sakmongkol dan Aspan yang betul MEMECAHKAN orang Melayu melalui DSP racis tu.Inilah sebabnya KM tidak memahami KETAKSUBAN dan KEBENCIAN mereka pada Mahathir, Najib danseluruh machinery UMNO.Siapalah mereka dan Zack ?

Ingat, hanya di blog WZ dan SWK kita boleh berbahas secara terbuka begini dan ini baik tetapi sayang blog mereka hanya kepunyaan penyokong seberang sana sahaja kebanyakannya.Mereka berjaya mengusir kami dari blog mereka dan ini tidak baik untuk perbahasann.

Sejuk hati sesekali sekira Zack dan anon 5.05 berbahas dengan pengomen mereka yang kurang cerdik di blog sana.Ada juga yang cerdik in fairness.

KM tidak perlu berbahas menjawab persoalan Zack berterusan tak habis habis .Komitmen KM tetap kepada UMNO saperti juga Wan.

Zack mungkin bertahun diluar negeri so is KM .Kita semua adalah sama tidsk ada istimewa masih makan chok kodok, belacan , petai dan nasi lemak. Sebenarnya KM juga adalah PR ( Permanent Residence) Britain BUKAN Pakatan Rakyat disatu masa dulu.KM dapat duit dole ( tak tahu dole pi tanya rakan)


Penulisan meleleh leleh is not my style being a technical man.It is either BLACK or WHITE no grey.You may think you are grey unfortunately your writings do not reflect that Zack.I am disappointed of course.

I do not have the luxury of time like you do attending to many people in their families lifelines like an NGO as well in my business.I did my MBA long time ago that makes me very critical of issues.Many of my learned friends including many professors think what PR and Anwar do is not good for the country no matter how one looks at PR struggles.DAP is bloody arrogant and yet you are with them because anything UMNO is cronyism, corruptions and self interest right ?Whose mind has been DIBONSAIKAN? agaknya.

Your views is fair and important but it shall not take the pro gomen mind of winning the PRU 13 handsomely at least in Jerantut and Pahang despite your PR propaganda like that in Harakah and Suara Keaadilan.I read them both.To me it is banyak fitnah, sorry.May be I know too much. Weaknesses do exist.Do you honestly think Najib is keeping quiet about it?. Be fair to the government at least ok ?.

Lets hear from Anon 5.05 ?.Salam and thank you.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

Zaman berubah. Perubahan ini tidak sesiapapun boleh sekat. Begitu juga dengan negara kita dan rakyat. Itulah dinama kemajuan.

Sesuai dengan perubahan dan kemajuan semua perkara bukan dalam bentuk simplistik seperti dulu-dulu lagi dimana pilihan ( choices ) terhad. Kemajuan membawa kepelbagaian dan diversity dalam semua aspek kehidupan termasuk politik dan pilihan politik. Melihat politik dari kacamata : samada anda puak kami atau musuh kami. Jika anda musuh kami, kita bertarung bermati-matian, biar hanya ada seorng pemenang - samada saya yang menang atau anda yang menang.Ini adalah konsep " zero sum conflict/game".

Begitu juga dengan sikap memaksa pandangan kita keatas orang lain tanpa pilihan. Dengan sedikit kelebihan yang ada dari orang lain, maka pandangan kita merasakan pandangan kita adalah kebenaran mutlak. Pandangan yang berbeza walaupun mempunyai asas yang lebih logikal merupakan serangan keatas peribadi yang menghinakan.

Ini konsep lapuk yang sudah tidak relevan dalam dunia moden.

Satu aspek tentang kemajuan ialah sesiapa yang tidak boleh menyesuai diri dengan perubahan baru akan ketinggalan dan akan tertinggal dibelakang.

dari komen uncle yang berjela-jela, saya cuma nak jawab satu je.

"Be fair to the government at least ok ?."

Setelah 56 tahun?

Uncle...satu problem yang saya nampak jelas dengan penyokong-penyokong tegar UMNO ( bukan menjadi kesalahan jenayah tau menyokong UMNO) ialah - anda boleh mengulas berjela-jela apabila menyerang pembangkang dengan isu-isu remeh temeh tetapi amat berekonomi bila mempertahankan diri dari kritikan.

Fenomena ini bukan sahaja dilihat dikalangan penyokong, malah puncuk pimpinan juga bersikap begitu.

jadi, statemen satu ayat itu pastinya tidak memeberi kefahaman kepada orang lain fakta-fakta dan hujahan yang bergunung yang kita simpan didalam fikiran. Sedangkan jika ia diterangkan dalam bentuk perkataan disini misalnya, ia amat baik sekali.

Zack

Kampong man said...

Salam Zack,

Perubahan / Transformasi mesti dan harus berlaku.It has to be dynamic .Tidak mungkin kita akan berjaya menukar penyokong tegar dan tidak ada paksaan pun yang mereka mesti mendengar dan mempercayai kita.Ada yang suka memberi komen meleleh leleh ada yang suka very precise and to the point.

Selalu KM katakan ada yang suka " See the trees and some prefer to see the forest " .You get sore with single liners others do not have enough pen and pencils to continue writing and debating for fear of offending anyone and situation can get personnal and that is no good.

Biarkan mereka tulis apa yang mereka hendak tulis and be damned... (Guna pendirian A Kadir Yasin).Situasi dama berlaku dari penyokong pebangkang juga.Bacalah komen komen penyokong PR diblog bro Aspan sama juga situasinya.Orang kampong saya saya kata " The feeling is mutual" menjelang PRU 13.

Bahasa KM pun tidaklah saperti bahasa sasterawan berbunga indah.Yang penting kita sopan dan memberi hormat pada semua pandangan walaupun ada yang tidak kena dengan taste kita.Piak pi depa lah.

Realitinya ramai pembaca tak ambil pusing sangat pun apa yang kita tulis.Mereka terlalu sibuk mencari rezeki to be bothered dalam hal politik.Tapi ingat ! Bila masa mengundi mereka disiplin pulak bijak beratur tidak bengkok bengkok lurus ikut BARISAN !!. hehe..

Anonymous said...

Uncle kampongman,

Hakikatnya perubahan terus berlaku termasuk orang melayu. Kadang-kadang adalah sukar bagi generasi lama untuk menerimanya, tetapi itulah hakikatnya.

Kita sekarang ini tidak lagi hidup dizaman separa-feudal pasca merdeka. Saya namakan era lepas merdeka sehingga pertengahan 80an sebagai era ini.Pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula akhir 80an sehingga krisis ekonomi asia tahun 1997 telah mengubah lanskap dan pemikiran kita orang melayu.

Dalam dekad-dekad pertumbuhan pesat ekonomi menyebabkan sebahagian dari orang melayu berhijrah ke bandar-bandar dari kepompong tradisi mereka. Penghijrahan ini telah membawa kepada perubahan dan kesedaran yang lebih meluas skopnya.

Dengan adanya revolusi internet diseluruh dunia juga membawa kesan kepada orang melayu. Sebahagian besar kita mula terdedah dengan pelbagai maklumat yang membentuk kepelbagaian pendapat dan pemikiran yang kita lihat hari ini.

Kadar perkembangan baru ini semakin laju membawa perubahan kepada kita orang melayu dalam berfikir dan mengharungi kehidupan hari ini. Kita lihat pola pemikiran yang ada dikalangan generasi muda hari ini yang akan mewarisi negara ini di masa hadapan.

Era pengawalan keatas pemikiran dan pembentukan cara berfikir orang melayu oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik seperti berlaku di era Mahathir semakin hari semakin terhakis dan sedang terhakis dengan laju. Kita lihat hari ini, sebarang roterik bertujuan mengekal status quo lama akan berhadapan dengan penentangan melalui pelbagai media ( medium).

Itulah realiti yang ada hari ini. Saya melihat uncle sedang dalam delema untuk menerima hakikat yang sedang melanda hari ini. Tetapi itulah hakikat yang sedang melanda.

Selamat datang ke dunia baru, uncle!

Zack

Anonymous said...

Zak, the village man from melaka wants to have the last words, just like his idol don corleone and he is insisting. Zak, let him have it, after all he is almost 30 yrs older than you and we the next generation can look to a new future with or without him.
You need not respond to him any longer, give him the benefit of concluding.....he wants that



Anonymous said...

Anon 11:33

Saya menulis disini adalah sebagai menunai tanggungjawab kepada anak bangsa kita yang diulik dan dibuai oleh buaian mimpi ngeri tanpa disedari. Itu tanggungjawab saya.

Kewujudan insan yang sdra maksudkan adalah perantaraan sahaja dalam melaksanakan tanggungjawab saya.

saya mahu menyumbang sedikit nikmat yang Allah berikan kepada saya untuk membuka minda anak bangsa saya yang dikawal pemikiran mereka dan dibentuk ruang lingkup pemikiran mereka kepada perkara-perkara tak relevan dan remeh temeh agar tidak nampak isu sebenar - Nasib dan masa depan mereka sebenarnya tenat.Juga mereka diperguna oleh segelintir elitist mereka untuk kepentingan dan kesenangan golongan ini.

saya faham mesej sdra. Saya cuba cara lain pula. Agreed,Lets gif the man his last hurrah!

Zack

Kampong man said...

Salam,

Kita semua setuju ' Lama hidup banyak di rasa , jauh berjalan banyak pandangan '.Sekira Zack care to read back most of my comments di merata blog Zack akan dapati perjuangan KM konsistan bagi anak bangsa saperti Zack dan juga banyak yang lain KM pasti.Cuma KM tidak bersama PR sahaja.KM tahu PR tidak punyai kekuatan politik saperti BN kecuali mereka (PR) boleh sungguh sungguh mahu berjaya saperti BN dan rakyat memberi mereka MANDAT penuh dan menolak Najib.So far belum dan KM tidak nampak mereka boleh pun berjaya mengatasi BN di PRU 13 dari apa yang KM lihat.

Semalam KM ke Merlimau Melaka menziarahi sdra dekat setelah beliau menjalani pembedahan penyakit Kanser. KM dapati sambutan bagi BN di kampong dan di bandar Melaka sungguh menggalakan bagi BN dan nampak jelas PR tidak ada minat langsong mahu memenangi Melaka.Kenapa ?

Dari Merlimau KM melalui Alor Gajah dan ke Mesjid Tanah dan Kuala Linggi. Keaadaan juga sama dengan bendera BN di jalan jalan dan dirumah rumah di sana sini, persedian pilihanraya ?. Berani KM katakan tidak sampai pun 3% terdapat bendera PR (DAP, PKR dan PAS).Kita tahu Pilihanraya telah hampir.Apa kah ini petanda baik bagi BN Keseluruhannya ?.Bahawa rakyat telah jemu dengan janji dan pembohongan PR terutama dari Anwar yang tidak akan memberi apa apa faedah bagi negara selain huruhara sahaja KM kira.

KM tidak fikir perjuangan untuk bangsa melalui PR sesuai.Itu cuma pandangan KM sahaja.Sekurang kurangnya di Melaka itulah scenarionya.Sekira kita halusi keputusan 2008 di Pahang terdapat persamaannya saperti di Melakw.Ini membuatkan PRU 13 amat menarik sekali satu cabaran hebat unruk BN dan PR. .Apa kata bro Anon 5.05 ?.

Lets give Zack to bite the dust again if he insist PR is the anawer for the so called change.Nope.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...