Thursday, February 7, 2013

Semangat Anak-Anak Muda Jerantut Mempertahankan BN Jerantut



PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT PEMUDA BN, JALAN BANDAR LAMA, JERANTUT. Kekuatan orang muda Jerantut terletak disini dibawah Pejabat ADUN Tahan. Di sini strategi-strategi perang PRU 13 memastikan kemenangan BN Jerantut dihasilkan.



Karnival Parlimen Jerantut-Kas Sayang Jerantut menghimpun banyak program bersama masyarakat.



KERJA-KERJA PEMASANGAN BANTING KARNIVAL KAS SAYANG JERANTUT SEDANG DIJALANKAN DI SEKITAR BANDAR JERANTUT.



MESYUARAT PELARASAN JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KARNIVAL KAS SAYANG JERANTUT


Mesyuarat BIRO PENGUNDI MUDA Sempena Majlis Makan Malam Anak Muda bagi Menjayakan Karnival Rakyat 1 Malaysia " Kas Sayang Jerantut ". 3000 pengundi muda 'first time voters' dan beribu lagi anak-anak muda Jerantut diundang khas.


Sekitar Mesyuarat Untuk Program AUTOSHOW sempena Karnival Rakyat 1 Malaysia " Kas Sayang Jerantut ". Salah satu dari program menarik orang muda.


Mesyuarat Kejohanan Futsal 3 DUN ( PARLIMEN JERANTUT ) sempena Karnival Rakyat 1 Malaysia " Kas Sayang Jerantut " oleh EXCO Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.


Contoh banner Futsal di DUN Damak. Kejohanan Futsal Serentak dijalankan di DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar serta DUN Damak.

Sebelum ini Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN telah berjalan. Kejohanan Bola Sepak Peringkat Parlimen akan diadakan pada 16 Februari 2013.

Serentak dengan itu berlansung juga permainan lain Peringkat Parlimen seperti Bola Jaring, Badminton, Bola Keranjang, Sepak Takraw, Ping Pong dll.

Dikuti program Pendidikan, UMNO Youth Jobs Fair, Korporat, GLC dan Jabatan Kerajaan.

Program kebudayaan, battle of the band, dll. Ceramah Perdana.

Sekarang ini 3000 jentera Pemuda BN telah digerakkan. Diharap momentum Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut akan meningkat dari hari ke hari.

Ini lah semangat anak-anak muda Jerantut mempertahankan BN Jerantut.

Tidak ada istilah merajuk dalam perjuangan WZWH TETAP kerja kuat untuk parlimen Jerantut dan 3 DUN.

Foto ihsan admin FB Kas Sayang Jerantut.

20 comments:

Anonymous said...

Umno bn buat la apa2 pun ..kami tetap sokong PR ..takde guna sokong umno bn..pas,pkr atau dap tu yg rakyat jerantut sokong skrg ni....

Anonymous said...

palatlah deme,banyak cakap..orang susah payah..jenis deme ni lah dari zaman berzaman keje memunoh je dan krje hidup atas usaha orang lain kaki kutuk..aok cuba buat lah kalo pandai sangat...poooki semua

Anonymous said...

Amendenye ong sampei mencahgrut-chgarut begituh ahh... Kor lagih dekat dengan pilehanghrayek kor ker kuet lagih nok mencgharutnyeh. Adeh ke demeh tuh nyer gune bahase kiasan ajer tuh. Ong kene fahanglah gatek dah 3000 pengundi mude pertama kali mengundi dalam GE13, matnyeh tak ambil terus ajeh jadi jentere gerak kejeh di P81 kan ker mudah ajer. Tak payoh2 keleuar belajer jota2 weh. Kerayan ong nih. Jangan jadi budur...

Anonymous said...

wzwh...kenapa program umno/bn masih seperti program yang lepas-lepas.. tak mempedulikan sembahyang?..hanya sorak sorai dan pendedahan aurat yang berleluasa..sedih..ada barakahkah majlis seumpama itu???





pengundi atas pagar sungai retang.

Anonymous said...

battle of the bands? Kalu takde hiburan pandir x berpaedah mcm ni tak boleh ke? Cuba buat kursus menguruskan jenazah ke ada jgk paedah dari pedo'oh...tak cukup lg ke kelab karaoke yg bersepah2 kat jntot ni?

Anonymous said...

Kas sayang jerantet ni....takde kempen ni pun kas sayang juga...bkn mcm umno sayang bermusim...dah cengkelik nk pru baru nk tnjuk sayang...dah menang nnti sume pemimpin merebas dok d luar belaka...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Program agama pun ada, ceramah agama.

Biasalah muzik mesti ada pada orang muda.

Battle of the band memberi peluang kepada kumpulan band tempatan menunjukkan bakat.

Band luar pun dijemput. hadiah juara ialah RM50,000.

Kursus menguruskan jenazah pun bagus satu idea baik.

Kena balance lah. Selera orang muda.

Anonymous said...

wzwh...sy minta maaf..apa yang wzwh jawab menyerlahkan mentaliti umno.solah,diletakkan sebagai sampingan saja.saya bukan tanya program agama..yg saya tanya adalah amalan agama dalam program umno/bn..wzwh kata kena balance,,betulkah dah balance?yang kita semua maklum,solah terabai disetiap program umno.sebenarnya kita tak jujur dengan agama kita.kita tak jujur dengan Allah.tp kita sentiasa rasa kita buat yang terbaik untuk agama kita.sedang hakikatnya kita letak amalan agama jauh di belakang dan kita seperti sepakat untuk memulaukan amalan agama disetiap program kita..inilah kesedihan yang berbaur kegerunan di hati saya.

Anonymous said...

Itu Anon 8:31 jangan bimbang, sampai masa semua pergi masjid dan hotel sembahyang.

Susah sangat SURAU BERGERAK akan disediakan. Mari sembahyang weh.....

Anonymous said...

BUDAYA UMNO: Agama amal sikit2, maksiat buat sikit2....duit bagi sikit. Rasuah buat sikit dan pada musim maulid ni selawatlah sikit2.

Anonymous said...

Sokong WZ jadi calon ... nampak banyak program hiburan di Jerantut ni...anak muda sokong BN .. lepas ni buat konsert la pulak ..Jom Heboh kee... baru laa meriah sikit jerantut. Sesuai dgn orang muda..

Anonymous said...

bagus idea surau bergerak tu.harap pihak umno/bn dpt sediakan di karnival tu nanti..dan azan dapat dilaungkan setiap waktu..juga iklankan pakaian menutup aurat..jangan anak tirikan agama..jangan abaikan amalan agama..terutama solah..sebab sembahyang umpama kepala kepada badan..sembahyang adalah tiang agama..siapa yang mendirikan sembahyang,dia menegakkan agama..siapa meninggalkan sembahyang,dia meruntuhkan agama..

Anonymous said...

Wan, tolong ajar anak2 muda..kalau nak bantu Umno tak payah mintak2. Tolong secara ikhas...

Dalam bab ikhlas..budak2 PAs nampak lebih ikhas...tak salah kalau tiru mereka...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Betul cadangan dan teguran Anon-Anon semua....terutama bab anak-anak muda mengikuti program tidak tinggalkan solat. WZWH fikir anak-anak dara Jerantut tidaklah berpakaian menjolok mata over sangat masih kekal dengan adat Melayu Jerantutnya.

Anonymous said...

apa maksud wzwh masih kekal dengan adat melayu? yang kita semua saksikan pendedahan aurat yang berleluasa.dan yang sedihnya indikator pakaian kita terlalu rendah dan ambil mudah..sepatutnya kita guna indikator agama..sekarang jelaslah kita letak perintah agama di mana.

sang sapurba said...

tak kan lah bak pakaian kerajaan juga kena terlibat.mak bapak dia orang buat apa.tak kontrol ke anak-anak dia orang.anak hilang salahkerajaan,bini lari salah kerajaan.

anak muda tinggal solat salah umno.semua salah umno dan salah kerajaan.

fardu ain hak individu.jagalah sendiri.tak buat sendiri tanggung.fardu kifayah barulah libat kan masyarakat.

Anonymous said...

sang sapurba tak sihat

Anonymous said...

kita tunggu di akhirat nanti,baru pasti,penganjur program kena jawab atau tidak..daripada kita menafikan,lebih baik kita fikirkan kaedah bagaimana disetiap program kita,kita tidak memangsakan amalan agama.jujurlah dengan agama..samada PAS atau UMNO.




sg retang

Anonymous said...

wan meroyan kerayan

Anonymous said...

anon 8.19AM ca alif lam ta.palat!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...