Tuesday, February 19, 2013

DS Lim Ah Chap Penentu Kemenangan BN Parlimen Jerantut.



DS Lim Ah Chap (berbaju merah) Pengerusi Dewan Perniagaan Cina dan Industri Jerantut tokoh  korporat berpengaruh masyarakat Cina Jerantut.

DS Lim Ah Chap mula minat baca blog WZWH sejak tahun 2011 sila klik sini.

DS Lim Ah Chap adalah tokoh korporat terkaya Jerantut. Beliau merupakan jutawan balak dan hartanah. Separuh bandar Jerantut adalah milik beliau. Boleh dikatakan beliau adalah tokoh swasta pembangunan bandar Jerantut.

Pada PRU 12, tiba-tiba Cikgu Koh Boon Heng yang kuat MCA tapi tidak dicalonkan telah bertanding bebas di DUN Damak dan berjaya mendapat undi 3295. Walau MCA menang tipis 509 undi kesan teruk kepada parlimen Jerantut bila undi Cina lari menyebabkan BN menang majoriti kecil 1946.

Sekarang Cikgu Koh Boon Heng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut. Sila klik sini untuk mengetahui kekuatan calon DAP DUN Damak dan kesan kepada parlimen Jerantut.

Khabar angin menyatakan seorang tokoh korporat jutawan Cina di belakang Cikgu Koh pada PRU 12. Tidak dapat dipastikan samada DS Lim Ah Chap terlibat dengan konspirasi ini.

Perkembangan terkini DS Lim Ah Chap telah membuat keputusan menyokong BN sepenuhnya. WZWH percaya pengaruh DS Lim Ah Chap boleh menarik 3000 pengundi Cina.

DS Lim Ah Chap penentu kemenangan BN parlimen Jerantut dan DUN Damak. Suka atau tidak UMNO dan BN perlu kepada sokongan dan pengaruh DS Lim Ah Chap dan rangkaian komuniti Cina.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024