Sunday, February 3, 2013

Siri Kempen Parlimen Jerantut: Bola Sepak DUN Tahan

Ini pusingan ke tiga siri kempen parlimen Jerantut di DUN Tahan selepas DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. Selepas itu lapan pasukan setiap DUN dikumpul bagi peringkat parlimen Parlimen Jerantut pada 16 Februari merebut piala YAB Perdana Menteri-pewter bernilai RM17,000 dan wang tunai RM10,000.

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah peringkat DUN Tahan adalah yang terbaik dengan kehadiran ramai pemerhati dan penyertaan penjual menjual makanan dan minuman dan T-shirt bola.



















Bendera UMNO berkibar megah...bendera BN dijalan masuk Felda Sungai Retang. Terdapat 2 Felda di DUN Tahan. Satu lagi Felda Padang Piol. Ini 'vote bank' DUN Tahan. Menguasai Dua Felda ini boleh menang DUN Tahan.



















Di parlimen Jerantut ada 14 Felda. Mengekalkan sokongan orang Felda menjamin kemenangan parlimen Jerantut. Projek perumahan generasi ke dua Felda yang pertama di Malaysia telah diluluskan di Felda Padang Piol. Kemudian satu lagi perumahan generasi ke dua Felda diluluskan di Felda Sungai Retang. Betapa bertuahnya orang DUN Tahan. Itulah jasa dan keperihatinan DS Najib terhadap DUN Tahan.

Disamping itu kebajikan orang kampung tradisional tetap jangan dilupa. Dalam blog WZWH ada banyak perancangan dan perlaksanaan projek-projek kampung tradisional yang telah, sedang dan akan diimplemenkan.

Keperluan dan kemudahan orang bandar juga penting kerana orang muda terutamanya yang ramai bekerja di bandar dan orang bandar yang berkeluarga yang terpaksa 'absorb' tuntutan kos sara hidup. Bantuan dari apa segala bentuk diberi meringankan 'cost of living'.



















Meriah Kejohanan Bola Sepak di Felda Sungai Retang DUN Tahan. Ini khemah canopy menjual baju sukan, kasut dll.



















Permainan separuh akhir sedang berlansung. Perhatikan menara komunikasi. Kini di DUN Tahan malah di kampung-kampung di Ulu Tembeling seperti Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai, Kampung kuala Sat dan Kampung Pagi , termasuk Kuala Tahan dan banyak kampung-kampung di Tembeling Tengah sepanjang Sungai Tembeling kemudahan internet, broadband, 3G telah sampai kepada mereka. 

Anak-anak muda berkomunikasi dengan FB, Twitter dan suka baca blog. Of course blog WZWH menjadi rujukan dan pilihan mereka. Suka atau tidak penyokong pembangkang terutama PAS mesti baca blog WZWH mahu tahu perkembangan politik dan suka komen. WZWH berfikiran dan bersikap terbuka tidak seperti blog Sakmongkol AK47 yang suka 'delete' komen penyokong BN dan 'delist' blog WZWH.

Itulah  orang DAP cakap demokrasi tapi berfikiran tertutup. WZWH sudah lama jadi friend FB DAP Jerantut tapi baru-baru ini bila ada dua dan tiga posting mengenai Dato' Lau Lee ADUN Damak (MCA) terus admin FB DAP Jerantut 'block' WZWH. Barangkali DAP Jerantut takut pengaruh Cikgu Koh bakal calon DAP DUN Damak tergugat!



















Ini urusetia Pemuda dan Belia siri kempen karnival parlimen Jerantut. Inilah jentera yang mengerakkan aktiviti di seluruh parlimen Jerantut. Objektif utama menarik hati dan minda pengundi muda Jerantut yang membentuk majoriti 68,000 pengundi parlimen Jerantut.



















Inilah barisan 'hardcore' pemimpin DUN Tahan. Pemimpin akar umbi, Tok Empat, AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan wakil rakyatnya. Mereka ini akan terus berjuang demi kemajuan dan kebaikan bukan sahaja bagi DUN Tahan bahkan untuk parlimen Jerantut. PM, MB,...Raja listen...listen...listen dengar suara hati mereka!



















Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bersalaman dengan finalis antara Team Kuala Tahan dengan Team Kuala Tembeling. Pertembungan antara dua kuala. Sempat ADUN Tahan berbisik kepada pemain Kuala Tahan kalau menang akan ditambah lagi RM1000 kepada hadiah wang tunai johan yang RM3000 itu.



















Pemain finalis berkobar-kobar mahu main sungguh-sungguh. Hadiah wang tunai campur offer kalau menang maka RM4000 dan medal menunggu sang juara.



















Pemain finalis team Kuala Tahan VS team Kuala Tembeling bergambar kenangan bersama ADUN Tahan, AJK UMNO Bahagian Wan Samsuri, Cikgu Ghazali Hamzah, Tok Empat Kuala Tembeling Cikgu Nadir, Tok Empat Kuala Tahan Ali Asra , Tok Empat Felda Sungai Retang Suran Jaafar sebagai tuan rumah dan urusetia Pemuda.



















Keputusan Team Kuala Tahan muncul juara menewaskan team Kuala Tembeling 2-0.



















Tok Empat Suran sebagai tuan rumah berucap. Tok Empat ucap terima kasih kepada semua yang bersusah payah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.












Dato' Wan Amizan ADUN Tahan berucap. Beliau mahu 8 pasukan dari DUN Tahan bermain bersungguh-sungguh di Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah peringkat parlimen Jerantut pula. Jika sekiranya ramai team dari DUN Tahan masuk semi final maka hadiah johan akan diganda.

ADUN Tahan menjanjikan Dollah Salleh dan Zainal Abidin akan datang ke kejohanan peringkat parlimen nanti menyaksikan pemain-pemain dari DUN Tahan dan parlimen Jerantut. Beliau mahu pemain-pemain dari Jerantut boleh menambat hati Dollah Salleh dan Zainal Abidin agar boleh menjadi pemain Pahang.

Kejohanan Futsal parlimen Jerantut serentak di DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan diadakan pada 10 Februari 2013.

Seperti biasa ADUN Tahan mempromosikan Karnival Parlimen Jerantut. Selain bola aktiviti-aktiviti lain seperti expo pendidikan melibatkan Yayasan Pahang dan IPTA akan dilancarkan di Bandar Wawasan Jerantut.

Program UMNO Youth Jobs Fair peringkat negeri Pahang melibatkan 500 syarikat menawarkan 10,000 pekerjaan kepada orang muda dilancarkan Dataran Bandar Jerantut nanti.

Aktiviti ceramah perdana, persembahan kebudayaan dari Kebudayaan Pahang, artis RTM dan Astro bekerjasama menjayakan Karnival Parlimen Jerantut. Selain expo dan program dari Jabatan-Jabatan kerajaan.

Sambutan Tahun Baru Cina besar-besaran diadakan di Bandar Inderapura Jerantut. 

Program bersama 3000 pengundi 'first time voters' akan di adakan di Dewan Kolej ADTEC pada 16 Februari 2013 sebelah malam. Jamuan makan malam bersama pengundi muda disediakan dan persembahan konsert Siti Nurhaliza dibawa khas untuk menghiburkan 3000 pengundi muda 'first time voters' Jerantut.

Acara kemuncak adalah kehadiran DS Najib dalam program pemimpin bersama rakyat di bandar Jerantut pada 10 Mac 2013. DS Najib akan berada di bandar Jerantut dari pagi sampai petang.



















Antara hadiah cabutan bertuah. Bertuah kakak ini yang mendapat hadiah besar kotaknya disampai oleh ADUN Tahan.



















Tempat ke empat team Labu Ronggeng medal dan wang tunai RM700



















Tempat ke dua team Jerantut Feri medal dan wang tunai RM1000.


















Tempat ke dua team Kuala Tembeling medal dan wang tunai RM2000.



















Johan team Kuala Tahan medal dan wang tunai RM3000 plus tambahan RM1000 lagi seperti yang dijanjikan oleh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan.



















Ini dia wajah sang juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Tahan team Kuala Tahan.

11 comments:

Anonymous said...

Kerja orang UMNO kalau nak pancing undi dan nak pastikan org ramai datang keprogram mereka...yg pasti kasi mereka duit, kasi makan dan kasi hiburan....Tanpa itu semua, yg ada cuma kerusi dan cawan.

Semalam di Stadium Darul Makmur hampir seratus ribu mengikuti kuliyah UAI dan Ustaz Bolyood...tanpa dapat duit dan tanpa ada Siti, malah terkena hujan... mereka tetap terpaku mengikuti apa yg disampaikan oleh kedua2 penceramah...

Nampaknya, dgn fenomena semalam lautan hijau telah mengatasi gelombang biru....

'ANAK MUDA SUDAH BANGKIT'

Anonymous said...

Siri Kempen Parlimen Jerantut : Sepak DUN Tahan

Anonymous said...

Tak ramai yg datang. Bakal YB DUN Tahan pun tak nampak muka. Memang betul lah Siri Kempen Parlimen Jerantut Sepak DUN Tahan

Anonymous said...

Sudah molek lah tu, hampir seratus ribu mendengar kuliyah Ustaz Bolywood stadium Darul Makmur yang sama besar dengan Stadium Bk. Jalil. Kalau ada peluang saya pun nak pergi. 

Tapi tidak boleh dibandingkan dengan pertandingan bola sepak di peringkat Kawasan Jerantut.  Lebih seronok diadakan hadiah kemenangan. Pasukan bertanding akan bermain dengan bersungguh. Yang penting semangat bersukan itu wujud dikalangan anak muda dikawasan Jerantut. Syabas kepada pengajur.

Anonymous said...

sallah wan amizan parlimen jerantut

Anonymous said...

Cukuplah dah rezeki setakat tu Allah berikan. Tapi janganlah pulak rezeki untuk orang lain sebahagiannya orang lain yang kebas. Haram ke tidak tak taulah.......... Tanyalah sendiri!!!

Anonymous said...

Dapat khabar ... pihak pengurusan Felda melalui surat pekeliling Felda Wilayah telah melarang aktibiti politik di tanah rancangan.... matnye kat sg retang dibuat jugak secara jelas bendera parti di pacak.... aokme ingat Felda tu UMNO punya ke??
Patut benor mereka ini di benam dalam PRU nanti.....dasyat.....

Anonymous said...

takpe leeee kite anak peneroka pdg piol ramai bukannnyeee org pahang heeeee...kita pangkah jeee sapeee sapeeee heeeee

sang sapurba said...

USTAZ AZHAR IDRUS DATANG KUANTAN MAKA RAMAILAH ORANG DATANG.JANGAN INGAT SEMUA TU ORANG PAS.ORANG UMNO LAGI RAMAI DATANG SEBAB USTAZ AZHAR IDRUS RAMAI PEMINATNYA.CARA PENYAMPAIAN NYA MELUCUKAN.CARA CERAMAHNYA TAK MACAM PEMIMPIN PAS YANG TAK SAH KALAU TAK MAKI HAMUN DAN FITNAH.

ORANG PAS TAK USAHLAH TAKBUR CAKAP KALI INI BN AKAN BERKUBUR.SILAP HARI BULAN PAS KEHILANGAN BANYAK KERUSI KERANA PEMIMPIN TERTINGGINYA TELAH MENDERHAKA DAN SYIRIK KEPADA ALLAH KERANA CUBA MENGGADAIKAN KALIMAHALLAHKEPADA KRISTIAN.

TUNGGU AJELAH PEMBALASAN ALLAH.KAU ORANG INGAT ALLAH TENGOK AJE APA YANG PEMIMPIN KAU ORANG BUAT???

Anonymous said...

Anon 2:27AM,

USTAZ AZHAR IDROS (UAI) TU MEMANG ORANG PAS, KALAU KATA PAS SESAT BERMAKNA UAI TURUT SESAT, KALAU KATA PAS KOMUNIS BERMAKNA UAI TURUT KOMUNIS. YG PELIKNYA UMNO YG 'COMEL AQIDAHNYA' DOK BERGURU DGN GURU SESAT BUAT MENDE...

MABUK ORANG UMNO NI..

sang sapurba said...

kau yang mabuk.uai pernah kutuk nik aziz dalam ceramah dia.uai tak kira sape.kalau salah tetap dia kutuk.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...