Tuesday, February 19, 2013

Tengku Azlan Mahu UMNO dan BN Parlimen Jerantut Yang Kuat



















Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut adalah ahli politik yang pertama menyatakan kepada DS Najib bahawa beliau mahu berundur beri peluang kepada orang muda yang berwibawa.

Berucap di hadapan 1500 Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Jerantut di dewan Adtec Jerantut, beliau menegaskan pemimpin yang berumur 60an ke atas wajar berundur. Dalam pengundi muda membentuk 40% maka pemimpin-pemimpin muda wajar ditonjolkan.

Selama 3 penggal (15 tahun ) Tengku Azlan telah berkhidmat dengan parlimen Jerantut. Beliau banyak memberi peruntukan kepada Wanita UMNO kerana sayap inilah tulang belakang BN yang banyak jasanya sejak lebih 50 tahun dulu.

Tengku Azlan lebih mesra dikenali dengan Ku Lan mahu tinggalkan UMNO dan BN parlimen Jerantut yang kuat bersatupadu dan insyallah menang parlimen dan 3 DUN pada PRU 13 nanti.



















1500  JR Wanita UMNO Jerantut bersemangat tinggi mengibarkan placard I love PM.



















I love PM bernaksud ahli UMNO dan BN sayang kepada negara, Pahang dan Jerantut. Sayang bermaksud dengar cakap PM supaya UMNO dan BN kuat bersatupadu. Pembangkang tidak boleh melemah dan menumbangkan BN.



















Autoshow Karnival Parlimen Jerantut di Mat Kilau Court.



















Mat Kilau Court adalah lebih kurang Sepang Circuit gayanya...



















Bila Tengku Azlan berundur, maka Wan Amizan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah calon popular parlimen Jerantut PRU 13.

Pemimpin tertinggi UMNO perlu memilih beliau jika mahu menghargai UMNO Bahagian Jerantut. Kebolehan  dan gerak kerja politik Wan Amizan sudah terbukti dengan trek rekod yang baik dan membanggakan.

Latar belakang anak peneroka Felda Jengka 12 dan berasal dari kampung tradisional adalah kelebihan  kerana terdapat 16 kawasan Felda di parlimen Jerantut dengan beratus-ratus kampung tradisional.

Hubungan beliau yang rapat dengan pemimpin-pemimpin  komuniti Cina Jerantut turut memberi banyak kelebihan.

Dari segi membawa peruntukan beratus juta ke DUN Tahan hinggalah dari segi menjaga parti dan sayap-sayap parti. Kalau beliau diberi peluang sebagai calon ahli parlimen Jerantut PRU 13 sudah tentu lebih banyak peluang pembangunan boleh beliau usahakan.



















Hampir 5000 pengundi Jerantut khusuk mendengar ucapan Wan Amizan.



















Pelancaran Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut.



















Suasana meriah dan ceria di Jerantut sewaktu pelancaran Karnival Parlimen Jerantut.



















Penerima terpilih BRIM 2.0 orang muda.



















Pemenang autoshow Karnival Parlimen Jerantut.



















Wan Amizan memberi taklimat kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut mengenai Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut di Rest House Jerantut.



Kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang hadir.



DSD Adnan Yaakob MB Pahang menghadiri sambutan tahun baru Cina di Jerantut.



MB Pahang bersama pemimpin perniagaan Cina Jerantut, Tengku Azlan dan Wan Amizan dan DO Jerantut bersedia untuk mengaul 'Yee Sang".



Pertunjukan ketuk 24 gendang Cina oleh Persatuan Cina Jerantut.




















MB Pahang berucap dalam bahasa mudah dan diterjemah oleh Lau Lee ADUN Damak.

Secara ringkas MB Pahang bercakap mengenai kestabilan politik, kemakmuran ekonomi negara yang perlu dipertahankan, Apa DS Najib sebagai PM buat untuk negara. Apa kerajaan buat untuk mempermudahkan kehidupan.

BN tetap menjaga kepentingan dan hak kaum Cina. Apa harapan MB Pahang mahu pengundi Cina Jerantut mengundi BN.



















Pertunjukan bunga api dengan berbagai variasi dan corak selama sepuluh minit.



















MB Pahang ralit (asyik) melihat pertunjukan bunga api dengan harapan dapat sepenggal lagi menjadi MB, Wan Amizan memandang dengan harapan dapat menjadi ahli parlimen Jerantut, DS Lim Ah Chap banyak suka ini malam....banyak harapan lol...

Semua orang yang berminat pun punya harapan...

Yang pasti Cikgu Koh Beng Seng calon DAP DUN Damak pasti menangis ini malam....Towkay sudah tarik handbrake lol...

3 comments:

Anonymous said...

Nampak sangatlah ke "tak berapa cerdik" nya pemimpin Melayu, hinggakan bercakap bahasa mudah pun masih kena terjemah. Inilah yang dikatakan pemimpin mesra, tak kenal maka tak cinta. Jika nak diungkapkan maka akan terrcemar dan tercalarlah dasar pendidikan kebangsaan.

Anonymous said...

Dompok merasa selesa dengan pujian wzwh. Tapi merasa kecewa kerana rata-rata orang jerantut tak suka dengan dia sebab cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

awok benci dia memang awok cakap macam tu.yang tak suka sikit aja.yang suka kat dia lagi ramai.

awok tak suka awok punya pasal.sebab awok nak PM kaki liwat.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...