Wednesday, February 13, 2013

BN Pilihan Orang Muda Parlimen Jerantut



Ini produk hasil pemikiran orang muda Jerantut. BN pilihan orang muda. Bila orang muda diberi peluang dan penglibatannya maka inilah usaha anak-anak muda Jerantut mahu menarik minat pengundi muda bagi memastikan kemenangan BN parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

Bajet karnival ini walau nampak tinggi RM1.1 juta tapi kalau boleh memastikan kemenangan BN Jerantut apa masalahnya.

13 parlimen lain di Pahang perlu mencontohi apa yang orang muda Jerantut buat. Tidak rugi jika kita habiskan RM1.1 juta X 14 parlimen = RM15.4 juta , tapi satu Pahang BN boleh total control menguasai Pahang.

Sebenarnya pembangkang di Pahang tidak kuat tapi kita BN yang sebenarnya takut dan segan menunjukkan kekuatan kita.

Jika AJK Bahagian UMNO masing-masing sudah tepu dan tidak bermotivasi masih ada ramai lagi anak-anak muda yang bersemangat, komited, mahu berjuang.

Mari kita lancar dan gerakkan apa yang kita namakan 'tentera-tentera semut BN'. Beri peluang dan penglibatan kepada 'tentera-tentera semut BN' menjayakan program ini.

'Tentera-tentera semut BN' pun masing-masing punya undi yang boleh memenangkan BN.


Banner Karnival Rakyat 1Malaysia dengan tema Kas Sayang Jerantut kini terdapat di sekitar bandar Jerantut. Orang ramai boleh mengetahui pelbagai aktiviti yang disediakan. Rujuk FB Kas Syg Jerantut.


Program-program yang telah dijalankan.


Program-program pada hari Sabtu 16 Februari 2013.


Program-program pada hari Ahad 17 Februari 2013 hingga 24 Februari 2013.


Ada 3 program yang menarik minat WZWH:

  1. Program UMNO Youth Jobs Fair-500 Syarikat menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak muda bukan sahaja Jerantut tapi seluruh Pahang (17-19 Februari 2013).
  2. Program Karnival Pendidikan-memberi 'insight' kepada anak-anak muda lepasan SPM dan STP untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. IPTS dalam dan luar negara (22-24 Februari 2013).
  3. Program Malam Pengundi Muda di Kolej ADTEC Temin Jerantut menghimpunkan 3000 pengundi muda 'first time voters' dan 3000 lagi pengundi muda berumur antara 21 ke 40 tahun (malam 16 Februari 2013).
WZWH berharap outcome dan result yang positif bagi BN pilihan orang muda Jerantut.

9 comments:

Anonymous said...

Siap la bn.pas tgh bncg nk buat bntahan krn ada BN pd papan tanda ksrnivsl yg d anjur oleh ketajaan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Buat bantahan apa faedah...PAS Jerantut perlu buat Karnival Islam Parlimen Jerantut baru orang Jerantut buka mata dan like thumb up PAS Jerantut....

Anonymous said...

Wan,jerantut bakal tumbang. U tak sedar krn u hanya kawan dgn org bn. Orang mood nak tukar kerajaan pusat. Lama dah kena kencing dgn Bn.

Kutukandewata said...

ALLAH RESTU KE PEMIMPIN MACAM NIK AZIZ,HAJI HADI DAN ANWAR IBRAHIM YANG BERIA-IA SANGAT NAK SOKONG KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE MEREKA???

PERBUATAN TIGA ORANG LANGSUNG BERCANGGAH DENGAN SURAH AL IKHLAS.TIDAK BERANAK DAN DI PERANAKKAN.TIADA SATU PUN YANG SEKUTU DENGAN NYA.

TAK USAH NAK BANTAH LAH HUJAH AKU NI SEBAB SELARI DENGAN HUJAH MAJLIS SYURA PAS.

JANGAN TAKBUR SANGAT,INGAT SIKIT! KITA MASIH ADA ALLAH YANG DISEMBAH.YANG AKAN MENENTUKAN SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH.SIAPA YANG DERHAKA DAN SIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH.

JUAL KALIMAH ALLAH TU BUKAN DERHAKA.TERUTAMA SEKALI ANWAR IBRAHIM SAMPAI SEKARANG SOKONG KRISTIAN DAN YAHUDI.

ITU PUN KALAU ISLAM.KALAU BUKAN IKUT KAU LAH NAK CAKAP TAKBUR.

Anonymous said...

Orang ameno pandai buat ayat dengan guna Kitab ALLAH, tapi pandai juga membodohkan diri sendirI.

Anonymous said...

Deme tak membodohkan diri sendiri...tapi selalu memperbodohkan orang felda dan orang kampung.

syed iskandar said...

bila tak mapu berhujah mulalah memfitanah tanpa fakta.itulah mentaliti otak di hujung lidah.

Anonymous said...

Dia sendiri yg luluskan pastu dia sendiri yg bantah.. Bengong..

Anonymous said...

BN perentah amatlah cantik
Kesilapan kecil jangan diungkit
Raayat x pernah terasa sakit
Orang kampong dan Felda pun ada duit.

Pas cuma berangan-angan
Bangsa dan agama jadi taruhan
Bukan membela nak jadi tuan
Tapi merempat ditepi jalan.

Tiada janji nak bela agama
Jauh sekali membela bangsa
Cuma hendakkan PR berkuasa
Biar melayu menjadi mangsa.

Suka tengok melayu miskin
Bila kaya ditengking-tengking
Konon itu Kroni dacing
Melalak sampai kerongkong kering.

..............AnakPTawar

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...