Thursday, November 28, 2013

Rakyat Biasa Pun Boleh Menyumbang Bekal Elektrik Kepada TNB: Household Power Plant!



















Ini contoh sebuah rumah memasang panel solar 12 KW memerlukan 48 kepingan panel solar yang setiap keping berukuran 1 M X 1.5 M.

Biasa akhir bulan setiap rumah dapat bil elektrik. Ada yang mengeluh tarif elektrik tinggi walau kerajaan beri subsidi.

Apa kata rakyat Malaysia berubah sikap yang seramai 28 juta lebih tepat setiap rumah jual elektrik kepada TNB.

Pemimpin selalu bertanya apa sumbangan setiap rakyat kepada negara. Rakyat pun boleh menyumbang. Maka WZWH menulis posting  rakyat biasa boleh menyumbang bekal elektrik kepada TNB.

Setiap rumah tidak perlu modal berbilion ringgit bina Hydroelektrik, IPP, loji nuklear dll. Setiap rumah tidak perlu beratus dan berpuluh juta ringgit untuk bina mini hidro.

Setiap rumah hanya perlu ratusan ribu dan puluhan ribu ringgit sahaja untuk bekal elektrik kepada TNB.

Rakyat pun mampu samada buat pinjaman, tabungan, secara koperasi untuk cari modal bekal elektrik kepada TNB.

Setiap rumah boleh beli panel solar yang boleh menghasilkan maksima 12 KW dan minima 4 KW.

Kos beli dan pasang panel solar pada bumbung rumah ialah lebih kurang seperti berikut:

1 KW = antara RM10,000 hingga RM12,000

Kalau 4 KW kosnya RM40,000 hingga RM48,000

Kalau 12 KW kosnya RM120,000 hingga RM144,000

Apa untungnya kepada rakyat?

Rakyat boleh bekalkan elektrik dari panel solar dari arus elektrik DC kepada AC terus kepada TNB.

Kontraknya antara setiap rumah dengan TNB selama 21 tahun.

Kalau panel solar 4 KW , rumah itu boleh menerima pendapatan RM700 sebulan

Kalau panel solar 12 KW, rumah itu boleh menerima pendapatan RM2000 sebulan

Dengan pendapatan sebanyak itu setiap rumah pula boleh kontra bayar bil elektrik dan ada baki lagi.

Dijangka tahun yang ke 7 sudah pulang modal maka masih ada lagi 14 tahun lagi setiap rumah masih menerima pendapatan setiap bulan.

Kalau setiap rumah di Malaysia berupaya (katakan 30% sahaja ) mungkin kata 8 juta rumah bayangkan berapa ribu MW tenaga elektrik boleh dibekalkan.

Panel solar dibuat di Malaysia-locally produced and manufactured. Industri pembuatan panel solar berkembang.

Bagaimana kerajaan boleh membantu mengurangkan harga panel solar?

Bagaimana rakyat boleh menyumbang bekalan elektrik kepada TNB dengan menjadi household power plant (HPP)?

Rakyat biasa boleh menyumbang bekal elektrik kepada TNB.

Hapuskan berbilion-bilion subsidi kepada IPP di masa akan datang.

Tidakkah kerajaan lebih jimat duit dan saving?

35 comments:

Anonymous said...

Kalau dah semua rakyat buat dan tanggung... bai8k x payah ada Kerajaan....

Anonymous said...

sebelum anda membuat keputusan cuba masuk ke forum mereka yg dah pasang bedaalah ni. masing2 mengeluh untuk cover loan bank. itu belum tahu lagi kalau BLR naik lagilah sakit nk bayar ansurannya

Anonymous said...

Ini lah fikiran di luar kotak daripada produk SEMSAS. Satu saja soalan aku, kenapa budak ini ambil kursus Perakaunan, sepatutnya produk Sekolah Sains jadi doktor ke, jurutera ke, setidak-tidak nya ahli sains perikanan. Maksudnya budak ini kurang terror lah dalam bidang sains. Maksudnya tidak usah awak bercakap pasal perkara ini, solar, dari segi ekonomi boleh tapi dari sudut teknikal ' is not feasible' lagi.


Bekas SEMSAS tahun 1989 - Prof, Madya dalam Kejuruteraan Elektrik.

Anonymous said...

Saya pun produk Semsas Tahun 1994. Setuju dengan prof madya Exsas 1989, saya sebagai jurutera elektrik mempunyai pendapat yang sama. Produk solar ni gimik je lebih, dan bukanlah dari segi teknikal tak feasible, in fact dari segi ekonomi pun masih tak feasible. Siapa kata dalam 7 tahun dah balik modal? Solar hanyalah satu komponen dalam penjanaan, tapi untuk menyimpan kuasa perlukan bateri, dan takde bateri yang boleh ada jangkahayat lebih 2 tahun. Bateri pun mahal bergantung kepada jenis Ni-Cad, Lead Acid etc. Tak berbaloi belanja berpuluh ribu RM hanya untuk dapat beberapa ratus sebulan yang ROI pun dalam 10 tahun tak tentu boleh dapat balik. Yang betul2 boleh buat duit adalah penjual yang menggunakan gula2 manis menipu orang tanpa memberikan fakta tepat.

Anonymous said...

Koi pun setuju dgn Prof n Jurutera elektrik. Beteri kereta kancil sekarang ni harga RM165/= tahan cuma setahun itu warranty shj. Sbb tu skrg ni TNB banyak berikan kpd individu dan kontrktor utk jalankan sebahgian perniagaan berkaiatan tenaga. Pihak TNB mahukan produk mereka dengan pulangan berbaloi untuk negara dan kakitangan mendapat imbuhan sewajarnya. Bagilah fakta jelas jgn menipu sanget weh...

Anonymous said...

Keh...keh....produk dr sekolah pondok lagi hebat.

Anonymous said...

Jawab lah cikgu..tulis pandai..nk mjwp kerayan

Anonymous said...

Apa yang dicadangkan oeh penulis blog ini untuk pasang panel solar samada 4KW atau 12KW dan terus tukar arus elektrik dari DC kepada AC ke meter TNB dan terus bekalkan kepada TNB TIDAK PERLU guna bateri kecuali KALAU tuan rumah mahu guna tenaga elektrik dari panel solar untuk kegunaan sendiri.

Intelligent Power System Technology Sdn Bhd. 16 tahun pengalaman dalam industri renewal energy. Terutama kerja memasang panel solar dan mini hidro.

Apa yang ditulis oleh WZWH itu satu idea yang baik dan make sense.

usin malaun said...

itu semua x penting, yang penting tahun depan tarif elektrik naik.tahniah kepada semua dan yang penting janji aman.

Anonymous said...

Ha ha ha...

Kaeh cuma setuju hak yang akhir tu...camana Kerajaan boleh bantu untuk kurangkan kos pemasangan Solar Panel tu?

Sebak ape, sebak kat luor negara , kos pemasanganye lebih muroh dari kat Malaysia...ha ha ha.

Anonymous said...

Kerayan gon ni. Pepalehlar, tok tahu menda satu pun nak jadi isu juger. Ingatlah produk Ulu Tembeling lagi berbaloi untuk rakyat setempat, ikan tok boleh nak cari, hutan dah habis kena tebas. Tok wokil makan lama makin pindik makin berisi. Tingok pon leher dah tok berapa naok nampok. Tapi satu ajer koi suka tok wokli mana2 hat murah sangat bila berbelanja dekat ngan pilihanraya. Poket suku sakat mesti kembong.

Anonymous said...

1 KW = antara RM10,000 hingga RM12,000. Kalau 4 KW kosnya RM40,000hingga RM48,000. Kalau 12 KW kosnya RM120,000 hingga RM144,000.
Startup tu duit dato punya ke ?

Tarif letrik naik ?
Duit atuk punya ke ? Tumbuh dari pokok rambutan ke ? BN kerajaan prihatin konon !!!


deanz5335 said...

tuntasnya TNB dan kuncu2nya darakula

aji said...

Ada sapa pernah pasang tak??
Mana nk dpt info lebih nk pasang benda ni.
Tenaga solar tu terus g ke tnb ke kita bole simpan guna jugak?
Mohon pencerahan

Anonymous said...

Saya sedang nego kluarkan kos RM23,000 utk ujian 10kwh di rumah yg saya sewa skrg. Tujuan saya pasang ialah utk belajar dan selia sendiri sistem ni memandangkan bil letrik rumah saya naik drpd 80-90 sebulan.. kini menjadi 400-700 sebulan.

Mmg menyakitkan hati bayar bil lebih mahal dari bulanan sewa rumah. Rumah semi-d 4 bilik. Utk tujuan tahun dan belajar serta experience sendiri, saya gagahi simpan duit gaji dan bonus utk ini.

Jika ada siapa berminat nak tahu projek ni untung ke tidak, sila contact saya: abd.rahman.mat.ludin@gmail.com

Anonymous said...

negara jiran utara kita diadakan skim pembiayaan (financing scheme) bank utk rakyat jelata yg berminat & nak pasang solar panel..kenapa ye kita tak tiru?

Naza said...

Aku kat umah solar system buat pakai sendiri jer... lampu total 460watt...2 unit 1.5 hp ngan 1 unit 2.5hp aircond. bill baru rm140-150...buat jimat sendiri jer

Naza said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Man. Call aku 0198813100 (Abdullah Din)

Unknown said...

Man. Call aku 0198813100 (Abdullah Din)

Unknown said...

Boleh saya dpt no contact tuan. Sy pun nak pasang juga. 0198813100 . Minta tuan wasap no phone tuan kpd saya

Unknown said...

Boleh saya dpt no contact tuan. Sy pun nak pasang juga. 0198813100 . Minta tuan wasap no phone tuan kpd saya

norcahaya said...

Boleh saya dapat no contact Tuan @ Tuan masuk dlm sys Wssap 0124890879. Terima kasih

norcahaya said...

Boleh saya dapat no contact Tuan @ Tuan masuk dlm sys Wssap 0124890879. Terima kasih

dv7.sun said...

Bos... Kos maintenance kire x gi tu??? Lps tu lok bnda ni tahap miskin blh pakai x??? Memng pendpt bos... Tp wane ngt bos ni mcm byk ngt sebut kerjaan... Kene kire dulu kos tu.. Sape blh gune??? X kn org miskin nk pasng... Klu nk, biar kerjaan pasng lu lah... Tpi highway ye blh pasng produce tenga ni... Byk lg kerajaan blh psng ni... Jgn duk tunjk ke rakyt dulu... Cube kerajaan psng bnda ni sapa rkyat nmpok lu... Bkn kate krajaan x pasng cume kerjaan buat tu kita x nmpok lg.... Tu je... Tq

Ralfz said...

Bila cakap pasal solar ni mostly akan cakap benda ni modal berpuluh malah beratus ribu kalau nak pasang. Bila aku baca komen rasa macam nak gelak pun ada. Ramai lagi yang tak berapa faham kot. Termasuk aku sendiri. Dari yang aku faham, pemasangan solar panel untuk FiT ni bagus gak. Pedulikan kerajaan tak bagi pinjaman ke apa. Nak pasang modal sendiri jelah. Memang mahal. Sekeping solar panel 300w pun dah jejak RM1500 sekeping. Kalau 48keping mau pegi RM72k nak pasang. Tak termasuk railing, kabel, inverter bagai.

Aku dah pasang kat rumah tapi takdelah besar gedabak. Aku guna 4 keping panel 300w untuk jadi 1200W power. Semuanya import. Leh check kat kastam sebab benda ni takde import duty. Sales tax je kena plus delivery cost. Modal lak RM10k lebih sikit. Sendiri punya.

Bateri je aku beli local. Yang cerita kat atas bateri 2 tahun max tu bateri kereta. Memang tak boleh guna lah. Bateri khas untuk solar sebiji dalam RM500 & aku guna 4 biji.

Office aku kat rumah running guna solar semata2. Baru2 ni aku upgrade solar tracking system & charging bateri lagi best sebab solar panel akan ikut matahari.

Pada pandangan aku lah, pemasangan untuk FiT tu masih kurang berbaloi untuk short term. Untuk long term memang bagus. Sebabnya kadar caj tenaga masih rendah dan kadar FiT pun sekarang ni 80sen lebih kurang untuk 1kWh. Tapi kalau untuk guna sendiri rasanya takde masalah.

Unknown said...

Salam tuan ralfz,

Saya berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan dgn penggunaan solar ini serta kos yg lengkap termasuk unit dan kos pemasangan. Jika tuan berkelapangan mohon email pada email dibawah. Terima kasih atas intro yg lebih berkesan kearah positif thinking berkaitan Solar Renewable Energy.

mohdnazrulr@yahoo.com.my

Unknown said...

sy berminat tentang pemasangan ni...
bleh dpt no tel tuan?

Unknown said...

Orang kat atas tu cerita pung pang x tau apa2 tentang solar tolong diam...solar tak pakai bateri kereta woi...paling minimum solar pakai deep cycle SLA battery yg jangka hayat 5 - 10tahun...sy pon bina sistem mini solar di rumah 1.2kw untuk pakai sendiri...alhamdulilah bill bulanan tak lebih rm40 sebulan

Ahmad Nasim said...

Guys kos solar makin turun. Sapa tahu current cost berapa? 2017

Unknown said...

kos 2017 lebih kurang rm7-7.5k per kW.

Unknown said...

Dekat mana boleh order bnde tu..cari x jmpa

Anonymous said...

Pi kat Lazada, Lelong ade benda ni semua

RaKsaSa said...

orang cina je banyak buat kan.. siap beli tanah untul buat projek ni.. kenpa melayu banyak tanya di goggle. kenapa x kaji di dunia nyata..

pak hassan said...

post ni lebih kepada promote macam MLM.. invest ribu2 nnti dapat komisen pada orang lain..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024