Saturday, April 26, 2014

Pandangan UMNO Mengenai Isu Hudud



Hudud  dilaksana di zaman Rasulullah. Tidak banyak kes dilaporkan. Ada masa pelaksanaan hukum hudud digantung sebab peperangan dan di zaman Khalifah Umar kerana kebuluran.

Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 1409.

Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan dan pada sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda dan ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.

Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad.

Hakikatnya, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebut di dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya.

Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam.

Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam.

Namun ia tidak bermaksud tidak boleh dilakukan asalkan masyarakat dan kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakannya.

Kerajaan Brunei yang Sultan Hassanal Bolkiah beriya-riya mahu melaksanakan hukum hudud akhirnya pada bulan Mei nanti pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dunia tertumpu kepada Malaysia sebagai negara Islam yang maju terutamanya UMNO mengenai isu hukum hudud terutama yang kerajaan PAS Kelantan mahu bentang di Dewan DUN dan seterusnya memujuk untuk di bawa ke parlimen.

PM DS Najib menyatakan kerajaan tidak pernah menolak hudud, sebaliknya banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Katanya, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

Sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

Tun Mahathir berkata beliau melihat umat Islam di negara ini belum bersedia melaksanakan hukum hudud.

Ini kerana pihak yang ingin melaksanakan hudud itu tidak mengutamakan soal keadilan yang ditekankan dalam Islam, sebaliknya melaksanakan hudud mengikut cara mereka sendiri.

Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan baik, tetapi kita tidak boleh beri kuasa untuk menghukum kepada orang yang tidak faham tentang keadilan yang disebut dalam Al-Quran.

Beliau tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa tidak adil berlaku perbezaan hukuman antara umat Islam dan bukan Islam bagi kesalahan yang sama.

UMNO sejak daripada zaman presiden pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra lagi konsisten dengan pendirian undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, disebabkan kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara ini serta bertentangan dengan Perlembagaan negara selain ia juga adalah suatu mainan politik parti berkenaan.

Atas sebab itu, kumpulan ulama yang pada ketika itu menerajui Biro Agama UMNO pada 1951 tidak boleh menerima pendirian parti pada zaman itu, bertindak keluar dan menubuhkan PAS semata-mata mahu terus berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam termasuk hudud.

PAS sejak itu, berterusan menarik sokongan orang Melayu di negara ini, dengan memutarbelitkan mengenai hudud dan menuduh UMNO membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Hakikatnya, UMNO yang berjaya menegakkan ajaran Islam negara ini, dan adakah segala dasar atau inisiatif yang dilakukan kerajaan serta parti untuk mempertahankan serta mengembangkan Islam di negara ini, tidak dikira sebagai suatu dakwah semata-mata kerana tidak melaksanakan undang-undang hudud.

Pada masa sama, rakyat juga perlu menilai sama ada pelaksanaan hudud akan membantutkan pembangunan ekonomi kerana tiada negara yang melaksanakan undang-undang berkenaan berjaya dalam ekonomi, sosial, politik termasuk hak asasi manusia dan wanita dan kebanyakan negara termasuk Arab Saudi melaksanakan hudud disebabkan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun, Malaysia tidak melaksanakan hudud sejak merdeka tetapi negara di bawah pemerintahan BN dan UMNO sebagai tunjangnya berjaya menerima pengiktirafan dunia Islam dengan mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara Islam paling maju di dunia.

Jika Allah SWT melaknatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana tidak melaksanakan hudud, adakah segala kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi selama lebih lima dekad merdeka ini, tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Strategi PAS untuk membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada Jun ini, adalah suatu gimik politik kerana mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa PAS adalah rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang serta boleh membuatkan DAP dan PKR tunduk kepada parti itu.

DAP dan PKR sudah menyatakan tidak bersetuju dengan agenda hudud. PAS tersepit kerana mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan Pakatan selain dari parti MCA dan Gerakan.

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

Zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud.

Zaman ini juga sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif.

6 comments:

Unknown said...

kalau dah xnak tu mcm2 pusingnye. dok dlm kubur nti try tgok pusing kat malaikat tu. ckp la kat mlaikat tu msia bebilang bangsa dan x blh laksana hudud. tgok cemana malaikat tu ckp plak.

Unknown said...

kalau dah xnak tu mcm2 pusingnye. dok dlm kubur nti try tgok pusing kat malaikat tu. ckp la kat mlaikat tu msia bebilang bangsa dan x blh laksana hudud. tgok cemana malaikat tu ckp plak.

Usin Gampang said...

bani umayyah dan abassiyyah tak laksanakan hudud.tidak bermakna mereka menolak hukum allah.

Anonymous said...

pusat judi genting lebih tinggi dari kubah masjid tu mengikut hukum Allah la agaknya.

Anonymous said...

Undang undang jalanraya pun tak semua orang faham...
Boleh dilaksanakan juga..
Bila masuk bab Undang2 Islam tak boleh pulak...
Ada juga yang kata tak adil sebab orang Islam kena hudud...Orang kafir tak kena..
Orang kafir Confirm masuk neraka...Nak kira macam Mana tu?..

Anonymous said...

Tula sebab pemimpin BN tak mahu buat,tula sebab dia tak mau membantu rakyat basmi kemiskinan,kalau boleh selagi boleh kaut keuntungan dari projek dalam malaysia ni mereka akan korek sampai bila bila,duit zakat pun taktau guna ke mana,ya Allah kenapala masih ramai lagi rakyat malaysia nak bagi undi orang yang zalim,dalam dunia boleh la bercakap wan zuri,akhirat nanti awak taula,ingat awak ada anak2,ketirisan dalam kerajaan bn makin ari makin melampau apabila pakatan rakyat sudah kuat,guna undang undang sekali lagi untuk jatuhkan anwar ibrahim sedangkan kes liwat pertama saifol pondan dah kalah,malula cikit,engkau orang nak liwat betina pun kena lawan ni pulak jantan,yang bodoh macam lembu je tak ada akal untuk berfikir,kalau laki sejati biar aku bergumpal bergomol dulu kalau orang mahu hentam bontot aku,bodoh punya orang,ni bukan masalah menyokong anwar ibrahim tapi hakikat dunia

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024