Tuesday, October 12, 2010

Berakhirnya Sumpahan Sang Kelembai Politik Jerantut


Kisah dongeng cerita orang tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai. Kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia.

Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.

Begitulah mitos cerita Sang Kelembai.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. 14 kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk.

"Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu"

Banyak hutan-hutan di Jerantut telah ditebang. Bunyi bising jentera-jentera berat menebang balak-balak di hutan Jerantut samada secara berlesen atau haram telah membuatkan Sang Kelembai marah kerana kehidupan amannya telah diganggu. Ini menyebabkan Sang Kelembai menyumpah kepada orang-orang politik Jerantut kerana gagal mempertahankan kehidupan ekosistemnya.

Sang Kelembai pun tahu fakta hutan simpan kekal Daerah Jerantut seperti dibawah:



Hutan Simpan Kekal Daerah Jerantut


Bil
Nama HSK
Hutan Darat (HA)
Paya Gambut (HA)
Paya Laut (HA)
Jumlah
1
Berkelah
45,890.00


45,890.00
2
Gunung Aais
78,793.00


78,793.00
3
Gunung Aais (Tambahan)
15,615.00


15,615.00
4
Jerantut
1,559.00


1,559.00
5
Jerantut (Tambahan)
15,474.00


15,474.00
6
Som
13,032.00


13,032.00
7
Tekai (Tembeling)
90,120.00


90,120.00
8
Tekai (Tembeling)(Tambahan)
46,199.00


46,199.00
9
Tekam
38,607.00


38,607.00
10
Ulu Beruit
2,398.00


2,398.00
11
Ulu Mas
2,436.00


2,436.00
12
Yong
18,865.16


18,865.16
13
Yong (Tambahan)
2,490.00


2,490.00
JUMLAH
371,478.16


371,478.16






JUMLAH KESELURUHAN
371,478.16


371,478.16
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang



Maka sumpahan Sang Kelembai kepada orang-orang politik Jerantut seperti berikut:

  • Ahli parlimen tidak boleh menjadi Menteri Penuh 
  • Ahli parlimen tidak lebih dari tiga penggal 
  • ADUN yang ada jawatan EXCO Pahang dilucutkan 
  • ADUN ramai yang sepenggal sahaja 
  • ADUN tidak berpeluang menjadi MB Pahang 

Bilakah akan berakhirnya sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini? Bagaimanakah cara untuk menamatkannya?

Maka WZWH pun puas memikir mencari jawapannya. Akhirnya WZWH ada jawapannya. WZWH pun ada "Six Sense" macam Merlin dalam legenda "King Authur and the knights of round table".

Ahli politik Jerantut perlu berjiwa besar. Bila kita berjiwa kecil kita sebenarnya mengecil dan memandang rendah potensi kita. Akhirnya Jerantut yang rugi.

Ahli politik Jerantut baik ahli parlimen dan ADUN mesti bercita-cita tinggi. Jika kita bercita-cita tinggi, kita pasang strategi-strategi mencapai impian dan mimpi. Jika kita mencapainya, kita boleh majukan Jerantut. Kita boleh menyenangkan Jerantut.

Sampai bila ahli politik Jerantut mahu sentiasa menjadi pengikut dan menjadi bahan percaturan politik negeri dan nasional. "We cannot be acting like slave all the time, we need to become a master of our own right".

WZWH mahu ahli politik Jerantut mencatur politik negeri Pahang ini. Sudah sampai masanya.

Jerantut ada kekuatan yang tersendiri yang kita buta tidak mahu mengilapnya. Kita bersih dan gilapkan permata-permata kita yang duduk berlumpur dalam selut selama ini. Serlahkan permata-permata kita!

WZWH mahu ahli politik-ahli politik Jerantut tamatkan sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini. WZWH berharap YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah ahli politik yang boleh menamatkan "Sumpahan Sang Kelembai Politik Jerantut" ini semoga berakhir demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.

12 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, mungkin jugalah, sumpahan-sumpahan kelembai itu tak berapa makbul buat zaman ini... Jerantut akan terus maju kalau tiada percakaran sesama sendiri dalam kepimpinan UMNO...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam bro YG,
WZWH setuju perpaduan politik dan permuafakatan membawa berkat.

chenerong ular said...

Salam, saudara YG dan wzwh,elok lah dibuang kan semangat BERCAKARAN sesama sendiri yang selama ini berakar umbi didalam kelompok2 PENGIKUT DAN PEMIMPIN2 UMNO,BAK KATA ORNG NOGERI,BULAT AIR KERANA PEMPENTONG,BULAT KATA KERANA MUFAKAT,Buang perangai yang tak baik,untuk mengelahkan kita menjadi sasaorang yang, TAKBUR,HASAD DENGKI,DENDAM,MARAH,RIAK DAN UJUB. FIKIR FIKIR KAN LAH WAHAI ORANG UMNO YANG ISLAM ?

Anonymous said...

wzwh, setuju dengan komen YG dan CU, tapi cara penyelesaian ong tu sama seperti fikiran Mat Jenin. Huh.....huh....huh.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:04,
Anon akan faham apa yang WZWH cakap pada PRU 13 nanti. Insyallah.

Lukk said...

Betul lah tu...kalau dah bercakaran sesama sendiri,bagaimana nak jadi pemimpin...nak mentadbir satu negeri Pahang nie..lagi lah banyak masalah nye...Tapi diharapkan juga pada masa akan datang,akan ada Menteri Besar Pahang dikalangan penduduk daerah Jerantut..hehehe

Anonymous said...

hi wzwh.blogspot.com owner found your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer most cost effective backlinks Take care. Jason

Anonymous said...

Many thanks for making the effort to talk about this, I feel strongly about this and like studying a great deal more on this matter. If feasible, as you gain expertise, would you mind updating your weblog with a great deal more details? It’s really useful for me. Payday Loan

Anonymous said...

Good day! I simply wish to give you a big thumbs up for your great information you've got here on this post. I will be coming back to your site for more soon.

[url=http://xrumergeek.com]our homepage[/url]

Anonymous said...

You're so interesting! I do not believe I have read anything like this before. So good to discover somebody with a few genuine thoughts on this subject matter. Really.. many thanks for starting this up. This site is one thing that's needed on the web, someone with some originality!

[url=http://truebluepokies4u.com]get the best deals here[/url]

Anonymous said...

This website was... how do you say it? Relevant!
! Finally I have found something which helped me.
Appreciate it!

My blog post ford ranger forum

Unknown said...

Ada lg sang kelembai

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024