Tuesday, May 31, 2011

Adakah Najib Mahu Ikut Langkah German Hentikan loji Nuklear 2022?



Chancellor German, Angela Merkel mengambil keputusan tutup semua loji nuklear menjelang 2022 kerana lebih kepada faktor mahu menang pilihanraya. DS Najib perlu buat keputusan isu Lynas "rare earth" Gebeng dan projek nuklear Malaysia 2021-mahu terus atau hentikan demi menang PRU 13.

Penangan bencana loji Fukushima cukup berpengaruh. Chancellor Angela Merkel terpaksa tunduk kepada desakan rakyat Jerman mahu hentikan loji nuklear pada 2022 takut kalah PRU.

Isu Lynas menghantui kerajaan BN Pahang. Pakatan Rakyat pandai mengekploitasi isu Lynas ke peringkat nasional. Penduduk Kuantan tidak kira Melayu, Cina dan India cukup phobia dengan radiasi "rare earth".

Orang Cina ditakutkan dengan kehilangan bisnes melibatkan hartanah, industri burung walit, perniagaan dan pelancungan. Politik Fuziah ahli parlimen Kuantan (PKR) hidup kembali!

Jika German betul-betul serious dengan keputusan yang kena dibincangkan di parlimen sekali lagi banyak syarikat tenaga Jerman bimbang bukan saja beri kesan kepada industri tenaga tetapi menjejaskan perindustrian German.

Adakah DS Najib mahu ikut langkah German mahu hentikan cadangan projek nuklear Malaysia yang akan dibina sepuluh tahun lagi?

Jika masalah kilang Lynas "rare earth" Gebeng boleh buat parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan DUN Beserah, Semambu, Teruntum, Tanjung Lumpur kalah calon-calon BN maka DS Najib kena buat keputusan yang tepat.

Rakyat tidak percaya. Rakyat tidak percaya laporan pakar IAEA. Rakyat tidak mahu apa-apa loji radiasi "rare earth" jauh sekali loji nuklear-Itu kejayaan mempengaruhi persepsi rakyat oleh Pakatan Rakyat.

Apalah pilihan DS Najib? Bagi WZWH mudah...jika baik untuk ekonomi dan dapat dipantau oleh IAEA, teruskan. Kerajaan BN mesti berani buat keputusan. Kalau takut dan bimbang tidak payah berkerajaan. Jadilah pengikut pembangkang saja.

WZWH Blog Rakyat Jerantut


WZWH ialah blog rakyat Jerantut. Terutamanya rakyat Jerantut yang berpolitik ingin menyatakan pendirian mengenai isu-isu politik semasa Jerantut.

Kalau baca komen-komen dalam blog WZWH mewakili berbagai kumpulan dalam UMNO Jerantut. UMNO Jerantut perlu satu wadah untuk ahli-ahlinya menyatakan pandangan, kritikan, luahan, ketidakpuasan politik mereka.

WZWH menerima komen-komen mereka kerana itu pandangan "grassroot" UMNO Bahagian Jerantut. Kita perlu mendengar keluh kesah mereka dan apa yang disuarakan itu adalah suara rakyat marhein.

WZWH bersikap terbuka. Walaupun ada komen-komen itu bersikap mengadu domba dan tuduhan-tuduhan tidak berasas namun WZWH perlu meneliti kenapa komen-komen menjurus sedemikian.

Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) pun tidak terbuka, semalam WZWH lihat ada tiga komen dari blogger Patpatsikulipat telah dipadam dari blog SPU!

UMNO Bahagian Jerantut tidak menguasai media alternatif. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut tidak cuba untuk berbuat sesuatu menanganinya. UMNO Bahagian Jerantut sendiri tidak ada halaman website yang boleh ahli UMNO dan rakyat Jerantut boleh berhubung secara online.

Rakyat Jerantut mahu mengakses website UMNO untuk mendapat maklumat dan mahu pertolongan. Rakyat Jerantut dan ahli UMNO mahu berhubung secara online terus kepada YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Sebelum PRU 13, YBM Tengku Azlan perlu mengarahkan satu pasukan untuk buat website UMNO Bahagian Jerantut. Perjumpaan dengan semua blogger Jerantut, pengamal media alternatif/sosial, facebookers, twitters dsb perlu diadakan untuk Ku Lan menjelaskan hala tuju.

Pengundi berdaftar parlimen Jerantut telah bertambah kepada 52,000 pengundi. Ramai dari pengundi muda.  WZWH mahu lihat pengundi muda ini berinteraktif dengan UMNO Bahagian Jerantut melalu media sosial seperti blog, Facebook, Twitter, dsb supaya pengundi muda ini kenal perjuangan dan tokoh UMNO Bahagian Jerantut.

Jika UMNO Bahagian Jerantut menguasai media sosial maka sudah tentu kerja untuk memenangkan calon-calon BN pada PRU 13 akan berjalan lancar.

Biarkan rakyat Jerantut, ahli-ahli UMNO dan pengundi-pengundi muda ini meluahkan perasaan dan pandangan serta kritikan mereka dalam media sosial yang dikuasai oleh UMNO Bahagian Jerantut, kita mahu dengar suara akar umbi suara mereka yang boleh membantu memenangkan BN Jerantut dalam PRU 13.

Jika UMNO Bahagian Jerantut gagal maka mahu tidak mahu blog WZWH terpaksa ke depan "menjala" suara-suara akar umbi, suara-suara pengundi-pengundi muda, suara-suara rakyat marhein Jerantut untuk diterjemahkan sebagai mesej kepada UMNO Bahagian Jerantut.

Monday, May 30, 2011

Pakar IAEA : Piawaian SOP Radiasi Malaysia Tinggi

Demonstrators display a banner supporting Pahang’s handling of the Lynas Corps’s Gebeng rare earths refinery, outside the Hyatt Regency hotel in Kuantan, May 30, 2011. — Picture by Shannon Teoh

Pakar IAEA menjelaskan kepada DSD Adnan Yaakob, MB Pahang bahawa piawaian SOP radiasi Malaysia tinggi jika dibandingkan dengan amalan negara-negara membangun.

Pakar IAEA kata tidak perlu panggil mereka cukup dengan penjelasan pakar radiasi tempatan. MB menjelaskan mentaliti orang Kuantan mahu pakar dari luar negara baru mereka yakin.

MB mahu penduduk Kuantan diberi penjelasan sebaiknya oleh pakar.

Panel nuklear antarabangsa yang sedang meneliti aspek keselamatan loji nadir bumi Lynas di Kuantan memberi jaminan bahawa ia salah satu daripada banyak projek yang boleh dikawal selia dengan selamat.

Ihsan blog Pahangku.

Pakar tersebut terdiri dari:
  • Ketua Dr Tero Varjoranta dari Finland,Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA
  • Jan van der Steen (Belanda)
  • Dr Leo M Lowe (Kanada)
  • Dr P M Balagopala Pillai (India)
  • Dr Dennis Wymer (UK)
  • Ulric Schwela (Finland)
  • Dr Magnus Vesterlind (Sweden)
  • Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) 
  • Hanna Kajander (Finland)
  • Hiroko Raticliffe pula sebagai pembantu pentadbiran IAEA
Objektif misi pasukan IAEA ialah untuk mengkaji semula pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antarabangsa yang relevan, dan amalan baik serta menyediakan pendapat pakar bebas mengenai isu-isu keselamatan, terutama yang berkaitan keselamatan radiasi.

Skop proses kajian semula itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar.

Agensi misi kajian semula itu juga membabitkan sesi kerja pembukaan dan penutupan, pembentangan oleh pemegang kepentingan yang berkaitan serta lawatan tapak.

Pihak yang berminat termasuk penduduk dan kumpulan masyarakat, akan mendapat peluang untuk bertemu anggota panel itu.

Penduduk Kuantan telah membangkitkan persoalan mengenai pencemaran radioaktif daripada projek-projek nadir bumi di negara lain, antaranya di China.

Pakar IAEA mengatakan bahawa ia aktiviti-aktiviti yang serupa dan industri-industri dengan bahan yang serupa, yang dikawal selia mengikut standard IAEA

Pasukan sembilan pakar itu berada di Kuantan untuk bertemu dengan pihak-pihak berkepentingan tempatan selama dua hari.

Pemimpin Harapan Rakyat Jerantut


Gambar di atas ialah gambar "Supreme Leaders" UMNO Jerantut. Pemimpin UMNO ini pernah menjadi harapan rakyat Jerantut dan rakyat masih menaruh harapan walaupun skeptik golongan muda Jerantut sudah menyoal "harapan politik" yang didombakan.

Dalam sejarah UMNO Jerantut ini ialah pemimpin yang pernah menduduki kabinet. Menjadi Timbalan Menteri, menjadi Majlis Tertinggi, PM kenal mereka.

Harapan rakyat Jerantut menggunung. Rakyat Jerantut tidak akan jumpa lagi pemimpin yang "very gentleman" dan berhemah tinggi dan punya pengaruh. Pada suatu masa "grassroot" menyokong dan mengidola mereka.

Mereka adalah harapan rakyat Jerantut untuk naik ke atas langit supaya menurunkan hujan menyuburi tanah Jerantut yang gersang kontang. Mereka sepatutnya menjadi MB dan Menteri Penuh. Itu harapan rakyat Jerantut.

Takdir politik adalah ketentuan ilahi. WZWH pernah menanggis kerana takdir ini tidak menjadi. Allah tidak suka hamba politiknya menanggis dan berputus asa. Allah suka hambanya yang berusaha.

Apa harapan yang Jerantut ada? Bila lihat dua tokoh politik ini bersama, tercetus satu perasaan semangat baru, "two brothers in arms-blood is thicker than water". Apa tidak boleh harapan ini dipuja kembali?

Pahang negeri banyak berjasa dan berkorban memanggil sedara Melayu dari pelusuk Tanah Melayu datang berkampung mencari rezeki ke bumi Pahang samada dijemput datang atau meneroka secara tanah haram. Pahang negeri pemimpin menyelesaikan masalah bila situasi kritikal baik dari zaman Tun Razak hinggalah ke DS Najib. Ini lah pemimpin Pahang menyelesaikan masalah politik negara.

Jerantut hanya minta harapan Jerantut direalisasikan. Adakah Pahang tidak mendengar? Adakah Pahang tidak ada kuasa? Dimana kedaulatan Pahang? Adakah hilang begitu saja? Di mana semangat pembesar-pembesar Pahang?

Tunjukkan kedaulatan dan kuasa itu, WZWH mahu melihat biarpun barang sekali tapi cukup menjayakan harapan rakyat Jerantut. Kalau tidak itu hanyalah legenda yang selalu dipetuturkan kepada WZWH yang dialami orang yang terdahulu.

Saturday, May 28, 2011

Bolehkah Rekod Wakil Rakyat Jerantut Dipecahkan?

Bolehkah kumpulan politik UMNO Jerantut ini memecahkan rekod wakil rakyat Jerantut?

Ini yang 52,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tungu-tunggu. Bolehkah rekod wakil rakyat Jerantut dipecahkan?

Setakat rekod yang ada wakil rakyat BN terutamanya dari MCA masih memegang penggal paling lama. Mendiang Dato' Ho (MCA) pernah menjadi ADUN selama enam penggal bila akhirnya tewas kepada Arwah Cikgu Bakar (Semangat 46).

YB Dato' Lau Lee (MCA), ADUN Damak sudah masuk penggal ke empat. Menurut maklumat dalaman MCA, ADUN MCA ini akan disambung sepenggal lagi.

YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memegang jawatan ahli parlimen Jerantut selama tiga penggal. YB Dato' Dr Ahmad Shukri, ADUN Pulau Tawar juga sudah tiga penggal.

Bagi rekod wakil rakyat UMNO Jerantut rekod masih dipegang oleh YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed. Berjawatan Timbalan Menteri dan pernah menjadi ahli MT UMNO semasa beliau menjadi ahli parlimen selama tiga penggal penuh.

Untuk rekod sejarah:

  • YH arwah Dato' Sharif Ahmad, ahli parlimen dua penggal
  • Tuan Hj Kamaruzaman Baria, ahli parlimen sepenggal
  • YH Dato' Rahimah Kawi, ADUN Tembeling dua penggal
  • Arwah Cikgu Kamariah ADUN Tembeling dua penggal
  • YH arwah Dato' Azizan Yaakob ADUN Pulau Tawar sepenggal
  • Arwah Armia ADUN Tahan sepenggal
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak baru penggal yang pertama menjadi ADUN Tahan. Bagi DUN Tahan, PAS pernah memenangi satu penggal DUN Tahan melalui Arwah Malik. 

Pemerhati politik Jerantut meramalkan bolehkah rekod wakil rakyat Jerantut dipecahkan? Setakat mana YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Ahmad Shukri mempunyai kekuatan untuk memecahkan rekod dengan menjadi wakil rakyat penggal ke empat bergantung kepada pengaruh kabel masing-masing.

Mereka perlu bertanya secara jujur kepada diri sendiri adakah mereka masih layak, fit, bertenaga, memberi servis yang sebaiknya kepada kawasan parlimen dan DUN, dekat di hati rakyat dan "well deserve" untuk diberi kepercayaan oleh pengundi parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar.

Pertama mereka perlu melepasi proses audit tapisan dari PM dan MB Pahang. Jika PM dan MB Pahang berkenaan maka mereka lepaslah bertanding dalam PRU 13 tapi itu bukan jaminan mutlak mereka akan memecahkan rekod wakil rakyat UMNO Jerantut.

Mereka akan dinilai oleh 52,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut dan 16,900 pengundi berdaftar DUN Pulau Tawar. Jika berjaya mengambil hati pengundi dalam PRU 13 maka mereka bolehlah memecahkan rekod penggal wakil rakyat UMNO Jerantut.

PRU 13 memberikan kepastian dan jawapannya.

PM Najib Bila Mahu Hantar Surat Peringatan Kepada Ahli Parlimen BN?


SINGAPORE: Prime Minister Lee Hsien Loong has issued a code of conduct to PAP MPs, spelling out their priorities and reminding them on what it means to be an elected Member of Parliament.

The 7—page letter, which was also released to the media, listed 10 rules of prudence.

The letter is something the prime minister issues after every election. This time, Mr Lee reminded MPs that they are serving in a new era.

The recent election, he said, has shown that voters have concerns which need to be addressed and the government will have to significantly improve its outreach, approach to formulating policies, and the policies themselves.

But having said that, Mr Lee stressed that two things must not change — firstly, always hold fast to the spirit of service to the people, and secondly, to uphold the high standards of honesty and integrity of the PAP.

It is in this context that the prime minister outlined 10 rules.

They range from requiring MPs to be always above board in their dealings — for example, separating business from politics — to declaring directorships and income, as well as being financially prudent.

MPs said the reminder is consistent with the prime minister’s message since the election and more recently, during the Cabinet swearing—in ceremony. The reminder will set the tone on how MPs go about their duties.

— CNA/ir

WZWH berpendapat amat elok DS Najib sebagai PM Malaysia berbuat perkara yang sama untuk mengingati semua ahli parlimen BN tentang kod etika ahli parlimen BN seperti:
  • servis rakyat diutamakan
  • kejujuran dan integriti 
  • pemisahan bisnes dan politik
  • pengistiharaan harta
  • gaya hidup sederhana
  • berbalah pendapat sesama ahli parlimen BN secara umum tanpa merujuk jurucakap rasmi kerajaan
Rakyat mahu semua ahli parlimen Malaysia tidak korupsi tetapi rakyat tidak tahu gaji dan elaun ahli parlimen Malaysia adalah yang terendah dalam kelompok ekonomi Asia.

Bagaimana dengan gaji RM5000 lebih  ahli parlimen Malaysia mahu beri servis yang baik dengan semangat berkobar-kobar.

Sudah sampai masanya DS Najib mengkaji skim gaji ahli parlimen yang ciput itu. Gaji ahli parlimen Malaysia patut dinaikkan kepada antara RM15,000 ke RM20,000 sebulan baru selesa menjaga kawasan parlimen.

Bila gaji ahli parlimen RM20,000 sebulan, tidak perlu ahli parlimen sibuk menguruskan bisnes atau menjadi proksi orang korporat. Minda yang fokus boleh ditumpukan untuk menjaga rakyat.

Pembangunan Ekonomi Kampung Parlimen Jerantut

















Blog Parlimen 81 baca sini berpendapat pertembungan antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat tidak akan menguntungkan masyarakat kampung tradisional . Masyarakat tradisional hanya dipandang sebelah mata oleh parti-parti politik.

UMNO tak akan pandang kepada undi masyakat kampung tradisional ini . Siapa yang ingin menjadi juara kepada masyarakat tradisional ini ? Nak harapkan Pakatan Rakyat mereka juga berlumba-lumba untuk merampas undi Felda , yang secara tak langsung mereka juga hanya kelihatan seperti memperjuangkan masyakat Felda sahaja .

Pembangunan ekonomi kampung perlu dirancang untuk mengimbangi ekonomi Felda yang meningkat. Di Parlimen Jerantut pembangunan ekonomi kampung boleh dipecah kepada 9 mukim secara mikro.

Sedikit fakta untuk dikaji. KDNK Daerah Jerantut ialah RM871.1 juta pada 2005. Sektor utama ialah pertanian 41% diikuti oleh sektor perkhidmatan 26%. 

Penduduk Jerantut berjumlah 86,629 pada banci 2010. Lebih 78% adalah orang Melayu. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 27,592 manakala Mukim Hulu Tembeling paling kurang penduduk berjumlah 2,626.

Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.

22 masalah utama yang mana ianya perlu diselesaikan bagi membantu pertumbuhan pembangunan daerah. Antara masalah-masalah yang WZWH kenalpasti adalah seperti berikut: 
  1. Sistem perhubungan dan pengangkutan jalan yang tidak menyeluruh 
  2. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan 
  3. Kurang penyediaan infrastruktur 
  4. Fokus pembangunan yang tidak menyeluruh 
  5. Risiko banjir 
  6. Pembangunan industri pelancongan yang tidak optimum 
  7. Pembangunan antara setiap mukim tidak seimbang 
  8. Tiada kemudahsampaian yang sempurna ke kawasan yang tidak membangun 
  9. Penduduk tertumpu di Mukim Pedah dan Pulau Tawar 
  10. Perumahan terancang hanya tertumpu di kawasan tumpuan pembangunan 
  11. Kawasan tanah rendah 
  12. Kurang peluang pekerjaan 
  13. Kurang tumpuan penduduk di kawasan banjir 
  14. Bilangan perumahan menurun 
  15. Kepadatan penduduk rendah 
  16. Penawaran perniagaan melebihi permintaan 
  17. Projek pertanian terbengkalai 
  18. Kurang pasaran dan promosi produk IKS ke luar daerah Jerantut 
  19. Perhubungan antara daerah bersempadan 
  20. Kurang teknologi untuk penghasilan produk 
  21. Kurang guna tenaga mahir 
  22. Sumber yang tidak dimanfaatkan
Strategi Pembangunan Mengikut Mukim dalam Daerah Jerantut yang utama iaitu Mukim Pedah, Mukim Tembeling, Mukim Hulu Cheka dan Mukim Pulau Tawar.

Strategi pembangunan di Mukim Pedah adalah untuk memperkukuhkan Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama khususnya bagi sektor perniagaan, perkhidmatan dan perhubungan yang utama. Cadangan pembangunan‘infill’ digalakkan di Mukim Pedah dalam mengisi kesediaan bangunan-bangunan kosong yang mempunyai fasad bangunan yang masih terpelihara. Pembangunan yang optimum adalah digalakkan di mukim ini berikutan terletaknya Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama. Strategi pembangunan dalam menjadikan Daerah Jerantut sebagai pusat pelancongan utama juga turut disokong dengan kewujudan Taman Negara Pahang, Taman Warisan Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Selain daripada itu, antara strategi pembangunan sokongan di Mukim Pedah adalah dengan hasil pengeluaran daripada industri-industri terancangdi mukim ini. 

Strategi pembangunan di Mukim Tembeling adalah disokong dengan kewujudan Kuala Tahan sebagai pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Dengan adanya pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang di mukim ini, ia menjadi pusat tumpuan para pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negara. Ini dapat menyokong aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di mana secara tidak langsung dapat menjana ekonomi di mukim ini disamping menjana ekonomi mukim berjiran seperti Mukim Pedah. Selain daripada pelancongan, aktiviti pertanian juga berpotensi dalam menjana ekonomi setempat. Jenis pertanian yang terdapat di mukim ini adalah kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. 

Mukim Hulu Cheka dicadangkan sebagai kawasan R&D utama, terutamanya bagi sektor pertanian bagi mengalakkan hasil pengeluaran pertanian. Pengekalan kawasan pertanian di mukim ini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah ini dengan hasil pertanian. Selain daripada itu, kawasan perumahan juga giat dibangunkan di kawasan Damak dan Batu Balai. Ia adalah untuk menampung keperluan perumahan terancang pada masa akan datang di Damak dan Batu Balai serta mukim-mukim lain. Mukim Hulu Cheka juga akan dibangunkan dari segi aktiviti pelancongan iaitu dengan terdapatnya Pusat Perikanan Perlok dan Makam Pawang Nong. Selain itu, aktiviti pembangunan ekonomi di mukim ini juga akan disokong oleh aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan daging salai. 

Strategi pembangunan utama di Mukim Pulau Tawar adalah dengan membangunkan aktiviti perniagaan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Daerah Jerantut, dan sebagai pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya Taman Warisan Gua Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Mukim Pulau Tawar juga berpotensi sebagai salah satu kawasan pertanian utama di Daerah Jerantut di mana hasil sumber pertanian di mukim ini adalah seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pertumbuhan ekonomi di mukim ini juga akan disokong dengan aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan tembikar dan kraf tangan.

Friday, May 27, 2011

DAP Cadang "Downsizing" Perkhidmatan Awam Jika Berkuasa


KUALA LUMPUR, May 26 — DAP MP Nga Kor Ming today proposed revamping car import permits, cutting the number of civil servants and slashing power production subsidies to maintain low prices for fuel, gas and sugar.

He claimed the three measures could save the country over RM40 billion annually and reduce its subsidy burden. Nga also said the government could slash its administrative expenditure of RM167 billion by trimming its bloated civil service.

Malaysia is said to have the highest civil servants-to-population ratio in the Asia Pacific at 4.68 per cent, topping Indonesia’s 1.79 per cent, South Korea’s 1.85 per cent and Thailand’s 2.06 per cent.

“Japan has a 120 million population and Malaysia merely 27 million but our civil service is the same size. They have just 16 ministers in their Cabinet while we have 28 ministers and more than 40 deputies. “So if you cut the expenses by just 10 per cent, this could save us RM16.7 billion annually,” he said. Dipetik dari The Malaysian Insider.

Ini WZWH sudah menulis dalam posting yang lepas bahawa DAP sememangnya bercadang mahu "Downsizing" perkhidmatan awam jika berkuasa. Terbukti ahli parlimen DAP ini telah menyatakan manifesto partinya.

Kakitangan Awam Malaysia berjumlah 1.2 juta. 80% daripadanya ialah dari orang Melayu dan Bumiputera. DAP tidak senang hati kerana DAP berpendapat kaum Cina lebih banyak menolong orang Melayu dan Bumiputera lebih dari UMNO.

UMNO dan kerajaan BN hanyalah "custodian" mentadbir urus negara ini atas kepercayaan majoriti rakyat Malaysia. DAP menyatakan golongan peniaga Cina dan konglomerat korporat Cina telah banyak berjasa menyumbang kepada ekonomi negara melalui cukai.

Kaum Cina selama lebih 50 tahun ini telah banyak berkorban dan menolong orang Melayu dan Bumiputera bila kerajaan UMNO dan BN mengunakan wang perbendaharaan negara membina infrastruktur dan memajukan Malaysia termasuklah membayar gaji kepada lebih 1.2 juta kakitangan awam yang 80% adalah orang Melayu dan Bumiputera.

DAP tidak mahu "sumbangan" konglomerat korporat Cina melalui cukai selama-lamanya membantu kakitangan awam. DAP mahu guna wang yang lebih ini sebanyak RM16.7 bilion jika dipotong 10% atau RM83.5 bilion jika dipotong 50% untuk biayai subsidi negara.

WZWH mahu 1.2 juta kakitangan awam yang majoritinya orang Melayu dan Bumiputera berfikirlah sehabis baik jika mahu memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Masa depan perkhidmatan awam adalah ditangan kakitangan awam sendiri. 

WZWH berharap 1.2 juta kakitangan awam jangan menyesal di kemudian hari. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian sudah tiada guna.

Wednesday, May 25, 2011

Bila Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Jerantut Bincang Pasal Blog...

















Pada mesyuarat AJK UMNO Bahagian Jerantut yang terbaru Jumaat lepas ada agenda bincang pasal blog. Entah mengapa? Dunia blog Jerantut sudah bermula lama sejak 2008. Ada lebih 40 blog. Kebanyakannya tidak berwajah.

Kenapa tiba-tiba AJK UMNO Bahagian Jerantut bincang pasal blog ini? YBM Tengku Azlan @ Ku Lan (Ketua Bahagian merangkap ahli parlimen Jerantut) dimana-mana merasmi mesyuarat Pemuda, Wanita, belia cerita pasal blog. Sudah pasti Ku Lan akan sentuh pasal blog lagi dalam mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada 5 Jun 2011 nanti.

Ku Lan tidak baca blog. Termasuk juga majoriti AJK UMNO Bahagian Jerantut, mereka tidak baca blog. Mereka hanya dengar dari pihak ketiga. Biasalah pihak ketiga akan tafsir blog mengikut persepsi tanpa baca apa tajuk postingnya, apa isi-isinya dan komen-komennya terus buat kesimpulan.

Bila ramai orang politik mengadu kepada Ku Lan sudah tentu Ku Lan percaya walau beliau tidak baca blog itu pun. Orang yang mengadu itu ada macam-macam. Ada wakil rakyat, ada Ketua Sayap parti, ada AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri, Dato'-Dato', Mantan YB dan belia. Menarik bila ada blogger yang beri "taklimat kepada Ku Lan".

Sebab itu Ku Lan bercakap pasal blog dimana-mana. Beliau sering bercakap " saya tahu siapa blogger, saya kenal blogger itu".

Adakah blog Jerantut sudah boleh mengancam UMNO? Adakah blog Jerantut beri kesan kepada tokoh atau kumpulan tertentu orang UMNO Jerantut? Blog Braveheart baca sini : UMNO GAGAL KUASAI PENGAMAL MEDIA SOSIAL JERANTUT telah meluahkan perasaannya:

"Di Jerantut, saya sudah memerhatikan sejak lama dulu, dan saya juga sudah menyuarakannya kepada pihak-pihak tertentu namun mereka mungkin tidak mengerti apa yang saya perkatakan, atau mungkin pandangan dari kaum marhaen ini tidak diberikan perhatian, kerana itu mereka abaikan begitu saja. 

Jesteru, jangan salahkan media sosial hanya kerana kita tidak mampu kuasainya, kerana kita juga tidak berusaha untuk menguasainya. Jangan juga salahkan orang lain jika kita gagal kuasainya dan gagal menentukan arahtujunya. Saya juga sudah hilang minat untuk membantu Jerantut!"

Blogger Laksamana Jebat @ Cikgu Pian kata,"Saya dah dapat isyarat dari Tengku, boleh kita bincangkan perjumpaan blogger, bro...Tengku setuju jumpa blogger, minta di aturkan."

Komen WZWH baguslah kalau Ku Lan mahu atur pertemuan dengan blogger-blogger Jerantut. Berapa ramai blogger Jerantut yang boleh menulis politik Jerantut secara kritis, berani dan sensasi boleh buat orang Jerantut dan orang luar minat membaca dan mahu tahu pasal politik Jerantut?

Jika pertemuan dengan blogger-blogger Jerantut hanya tidak ingin blogger-blogger ini kritik atau tegur tokoh politik tertentu Jerantut. Suruh tulis posting yang baik-baik saja maka itu pertemuan buang masa saja.

Bagi WZWH menulis posting politik Jerantut kerana WZWH ialah sebuah blog politik Jerantut. WZWH memaparkan pandangan bebas politik demi kemajuan Jerantut. Blog ini mengalu-alukan sebarang pemikiran politik Jerantut terutama dari rakyat Jerantut. Blog WZWH komited kepada pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut.

Thorium Logam Mineral Masa Depan Dan Selamat


Thorium adalah logam mineral dari "rare earth"-di panggil bumi nadir yang mahu dibuat loji pemprosesan thorium terbesar di dunia di Gebeng Kuantan. Projek ini telah menjadi modal pembangkang untuk mempengaruhi rakyat menentang kerajaan bina projek bernilai RM1.3 bilion dengan pendapatan eksport RM8 bilion setahun dan memerlukan 5000 pekerja.

Ketika ini China merupakan pengeluar thorium terbesar dunia menguasai 95% pasaran dunia. Jika loji thorium Gebeng berjaya siap dibina, Malaysia akan menguasai 1/3 pasaran dunia.

Pembangkang melalui ahli parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh telah berkempen bahawa projek itu merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk berdekatan. Liputan media banyak memberi gambaran salah tentang bahaya thorium.

Masalahnya mereka yang memberi pendapat ini bukan lah pakar. Kebanyakannya ahli politik yang tidak dapat maklumat sepenuhnya. Hinggakan YB Pang Tsu Ming, ADUN Semambu (BN) telah terpengaruh dengan kempen ini dan mencadangkan supaya kerajaan menarik balik kelulusan projek loji thorium Gebeng ini dalam sidang dewan DUN Pahang baru-baru ini.

WZWH hari ini berkesempatan berjumpa dengan Anthony MacGhill seorang pakar mineralogi dan uranium dari Australia. Beliau berpengalaman lebih 50 dalam di dalam bidang perlombongan. Beliau pernah bekerja dengan kerajaan Australia, menjadi penasihat kepada Kementerian Mineral dan Perlombongan Australia, konsultan kepada beberapa syarikat perlombongan Australia dan profesor mineralogi di beberapa universiti termasuk di Australia dan China.

Beliau berkata thorium itu logam tidak merbahaya. Tiada "chain reaction" hanya "chemical reaction" yang biasa sahaja. Beliau pernah membawa logam plutonium dalam poketnya sahaja. Beliau pernah membelah kristal uranium yang pada beliau sangat cantik, lutcahaya berwarna hijau.

Jangan dengar kata ahli politik pembangkang dan media yang laporan mereka bersifat "rubbish"-sampah. Mereka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Saya seorang yang sangat berpengalaman dan pakar dalam bidang mineral ini.

Beliau merujuk kepada media New York Times yang ada menyentuh tentang risiko loji pemprosesan thorium di Gebeng, Kuantan.

Berikut perbincangan WZWH dengan Anthony MacGhill :

WZWH: Apa pendapat tuan tentang bencana loji nuklear Fukushima?

MacGhill: Pereka Jepun telah membina loji nuklear dengan baik. Kita kena ambil kira berapa tinggi tsunami yang melanda pantai timur Jepun itu. Ketinggian lebih 10 meter dengan kelajuan lebih 1000 km/jam telah memusnahkan dinding loji. Loji itu tidak terus meletup. kegagalan sistem coolant akibat terputusnya bekalan elektrik telah menyebabkan reaktor panas dan berlaku letupan. Bencana semulajadi  alam yang menyebabkan krisis nuklear itu.

WZWH: Bagaimana bencana nuklear di Chernobyl? Boleh tuan terangkan?

MacGhill: Rekabentuk loji nuklear Chernobyl adalah dari generasi pertama yang sememangnya menjadi percubaan jurutera dan saintis Rusia. Kegagalan Rusia mengesan rekabentuk yang perlu diupgradekan dan teknologi ketinggalan zaman telah menyebabkan berlakunya kebocoran. Hanya 60 orang yang mati akibat dari bencana itu yang majoriti terdiri dari orang tua. Dunia nuklear sekarang ada teknologi terbaru.

WZWH: Akhir sekali apa pendapat tuan tentang cadangan kerajaan Malaysia mahu bina loji tenaga nuklear?

MacGhill: Itu satu cadangan yang baik. Teknologi nuklear lebih murah, cekap dan berkesan. Bersih kepada alam sekitar. Akan datang dunia akan menghadapi krisis tenaga. Malaysia perlu bersedia ke arah itu. Australia adalah negara punyai deposit uranium terbesar dunia namun rakyat Australia pun berfikiran konservatif.

Demikianlah perbincangan WZWH dengan pakar mineralogi dari Australia ini.
Rakyat Malaysia perlu dengar pandangan pakar. Jangan dengar cakap ahli politik yang sememangnya suka membangkang apa jua perancangan baik kerajaan dan menghasut rakyat menentang kerajaan. Betul juga kata MB Pahang DSD Adnan Yaakob- elok tutup saja semua kilang chemical di industri Gebeng itu yang pembangkang mahu. Tidakkah akan menjerit lebih 20,000 pekerja kilang di Gebeng nanti!

Ini semua telah dipolitikkan oleh DAP, PKR dan PAS sebagai isu politik.

Tuesday, May 24, 2011

DUN Tahan Yang Semakin Meriah Berbagai Program

Style gaya politik YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan agak pelik. Walau ada cawangan UMNO yang buat usul undi tidak percaya kepada beliau, DUN Tahan tetap semakin meriah dengan berbagai program saban minggu demi minggu.

Di Jerantut ada segelintir orang UMNO yang jahil tidak tahu bahawa dalam perlembagaan UMNO adalah menjadi kesalahan untuk buat usul undi tidak percaya kepada YB dan kepimpinan parti-boleh dipecat keahlian oleh Lembaga Tindakan Tatatertib UMNO!

Ada juga AJK UMNO Bahagian yang jahil dengan perlembagaan UMNO. Pengurusan UMNO termasuk yang berjawatan "Setiausaha Eksekutif UMNO" satu-satunya jawatan yang unik di Jerantut tidak ada pada mana-mana bahagian-bahagian lain di Pahang lebih berpengaruh dari Setiausaha UMNO Bahagian  Jerantut sendiri pun jahil.

DUN Tahan semakin meriah dengan berbagai program. Pada hujung minggu lepas WZWH berkesempatan menghadiri:
  • Program Penggambaran Anjung Bestari 1Malaysia peringkat Mukim Tembeling Tengah 20 hingga 22 Mei 2011.
  • Program Majlis Mesra Muafakat Mukim Kuala Tembeling 22 Mei 2011.

Antara atur cara Program Anjung Bestari:

  • Rakaman bersama Pengusaha Tebu dan Ternakan Puyuh (Kampung Gol).
  • Gotong-royong Kenduri Kampung dan Kumpulan Marhaban (Felda Sungai Retang).
  • Rakaman Kelas Literasi Kanak-kanak dan PDK (OKU) (Felda Sungai Retang).
  • Pengusaha Sangkar Burung, Ukiran Kayu dan Sulaman Telekong/Tudung (Felda Sungai Retang).
  • Pengusaha Cyber Cafe (Felda Sungai Retang).
  • Rakaman Permainan Futsal Belia dan Beliawanis (Kampung Jong Berlabuh).
  • Jamuan Makan Malam.
  • Malam Mesra Komuniti Malaysia dan Persembahan Kebudayaan (Felda Sungai Retang).
  • Wawancara bersama Pengerusi K1M dan Mesyuarat J/K K1M Mukim Tembeling Tengah.
  • Rakaman Perusahaan Dodoi dan Homestay (Kampung Machang Raja/Kampung Labu).
  • Rakaman Kelas Masakan Kek (Kampung Labu).

WZWH ucap terima kasih kepada RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia yang menjayakan program ini di DUN Tahan.






  • Pertandingan Mewarna Pra Sekolah/Tadika.
  • Pertandingan Aspek Wanita(Gubahan/Masakan).
  • Anugerah Jasamu dikenang.
  • Acara Sukaneka.
  • Ceramah Perdana.




Sehingga PRU 13 sampai, berbagai-bagai program akan dijalankan dengan meriah. DUN Tahan semakin ceria. WZWH mahu lihat majoriti DUN Tahan PRU 13 melebihi 3000 undi. Jika kita sentiasa buat program dekat dengan denyut nadi rakyat dan berbagai projek pembangunan dibawa ke DUN Tahan tidak ada sebab rakyat tidak menyokong.


Monday, May 23, 2011

Peringatan Kepada DS Najib Dari 400,000 Guru!

DS Najib sebagai PM Malaysia perlu berbuat sesuatu untuk kepentingan 400,000 guru Malaysia kerana TS Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran gagal menjaga kepentingan guru.

400,000 guru di seluruh Malaysia sudah tidak yakin dan percaya kepada CUEPAC, NUTP dan KSN dalam memperjuangkan kepentingan guru.

Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin gagal dalam memperjuangkan nasib guru bila janji berita baik pada Hari Guru peringkat kebangsaan di Kuching baru ini hanya menyenangkan hanya segelintir 3000 orang guru dari kelompok Pengetua dan GPK sahaja.

Ternyata 400,000 orang guru kecewa dengan berita yang indah khabar dari rupa.

WZWH ingin memberi peringatan kepada DS Najib sebagai PM bahawa 400,000 guru yang kecewa kerana gaji tidak naik menyebabkan mereka derita dengan kesempitan kenaikan harga barang makanan dan minyak. Mereka ini akan melepaskan geram dengan mengundi pembangkang pada PRU 13 nanti.

Golongan guru 400,000 rata-rata berpendapat tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menawarkan insentif RM500 sebulan lebih menarik hati.

WZWH ingin beritahu DS Najib, kesan 400,000 guru ini melibatkan keluarga dan kawan-kawan mereka dan guru sebenarnya agen perubahan boleh mempengaruhi masyarakat. Nilai undi 400,000 guru boleh bawa undi blok lebih 1.5 juta undi.

Jika guru 400,000 ini nekad mengundi pembangkang dalam PRU 13, Kerajaan BN dan UMNO boleh tumbang.

DS Najib jangan ingat guru hari ini semangatnya seperti guru sebelum merdeka dan sebelum Anwar Ibrahim masuk aktif UMNO. Betul dulu guru adalah tulang belakang UMNO tetapi sekarang tidak lagi. Mereka tidak berpuas hati. Inilah "feedback" yang WZWH dapat dari kajian sikap guru-guru Malaysia.

Pendirian WZWH ialah walaupun gaji guru tidak naik, WZWH tetap undi UMNO dan BN kerana WZWH adalah pejuang UMNO. WZWH adalah AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Tetapi apa yang WZWH bimbang ialah guru-guru lain sudah tidak peduli nasib UMNO dan BN jika DS Najib tidak berbuat sesuatu untuk golongan 400,000 guru. Mereka hanya fikir kepentingan mereka sahaja sekarang kerana sekarang adalah zaman era politik kepentingan kumpulan.

WZWH ingin menyatakan kepada DS Najib bahawa jika 400,000 guru dan keluarga serta rakan-rakan mereka yang WZWH anggarkan berjumlah 1.5 juta "swing" kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti itu bermakna:

  • DS Najib akan kehilangan jawatan PM
  • TS Muhyidin Yassin akan kehilangan jawatan TPM dan Menteri Pelajaran.
  • Menteri-Menteri BN akan tidak berjawatan
  • MB-MB dan Ketua Menteri akan kehilangan jawatan
  • Ahli parlimen dan ADUN BN akan mengganggor
WZWH amat berharap DS Najib berbuat sesuatu sebelum terlambat dan nasi sudah menjadi bubur. DS Najib ada kuasa dan pengaruh untuk buat keputusan yang memuaskan hati guru 400,000 Malaysia.

DS Najib jangan dengar sepenuhnya pandangan KSN, Kementerian Pelajaran, JPN dan CUEPAC serta  NUTP yang gagal membawa suara kepentingan guru.

DS Najib boleh buat pilihan: mahu menang atau kalah dalam PRU 13.

Ini adalah peringatan WZWH kepada DS Najib. 

WZWH tetap menyokong UMNO dan BN tidak kira apa keputusan DS Najib. Tetapi WZWH tidak boleh jamin 400,000 orang guru Malaysia akan tetap menyokong UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

DS Najib fikirlah sehabis-habis baik.

Sunday, May 22, 2011

Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011
















Jerantut, 21 Mei 2011, berlansung persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Jerantut 2011 di Dewan MDJ. Mesyuarat dihadiri 420 perwakilan pemuda dirasmikan oleh YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua Bahagian UMNO Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut.

YB Dato' Wan Amizan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan ribuan terimakasih kepada kepimpinan YBM Tengku Azlan kerana menyokong kepimpinan pemuda. YBM Tengku Azlan masih diperlu untuk memimpin Jerantut. Kepimpinan pemuda perlu menyiapkan diri untuk mengambil alih kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut nanti.

YBM Tengku Azlan mahu Pemuda UMNO Jerantut berani mempertahankan UMNO. Beliau masih bersemangat untuk memimpin UMNO Bahagian Jerantut dan memberikan servis sebagai ahli parlimen Jerantut.

Mesyuarat hari ini memutuskan G2 dan G10 tidak dipertandingkan. Tiga usul dibahaskan iaitu ekonomi, agama dan politik. WZWH membawa usul ekonomi dengan tajuk: Peluang Ekonomi Golongan Muda Jerantut.

Berikut usul yang WZWH bentangkan....

KDNK Mengikut Sektor Daerah Jerantut 2005: (juta)
· Pertanian                                                      352.8    41%
· Perkhidmatan                                               220.4    26%
· Perkilangan                                                  111.5    13%
· Perdagangan                                                100.2    11%
· Pembinaan                                                    44.43    5%
· Pengangkutan                                                28.75    3%
· Kewangan                                                      11.3     1%
· Perlombongan/Kuari                                         1.7    0.1%
· Lain-lain                                                           1.7    0.1%

Jumlah                                                             871.1   100% 
Penduduk 86,000 (2010)

MEMAHAMI 
  1. 40,000 golongan muda Jerantut bawah umur 40 tahun. 
  2. 20,000 orang muda sedang belajar peringkat ijazah,diploma dan sijil. 
  3. 5000 orang muda lepasan SPM. 
MENYEDARI 
  1. Golongan muda yang tamat pengajian baik peringkat ijazah, diploma dan sijil mahu pekerjaan. 
  2. Apakah peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi untuk golongan muda Jerantut yang perlu pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perjuangkan baik yang pendapatan asas, pertengahan dan tinggi berdasarkan faktor-faktor persekitaran ekonomi Jerantut. 
MENGINSAFI 
  1. Golongan muda Jerantut perlukan pendidikan, latihan, kemahiran di Jerantut agar kekal tinggal di Jerantut. 
  2. Golongan muda Jerantut perlukan perumahan yang mampu dibeli mengikut kemampuan. 
  3. Golongan muda Jerantut perlukan bantuan dan sokongan dari kerajaan, agensi kerajaan, GLC, dan sektor swasta. 
  4. Gejala negatif sosial seperti melepak, dadah, kegiatan jenayah di kalangan orang muda Jerantut perlu disifarkan. 
MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan: 
  1. Kolej teknologi lanjutan ADTEC Temin perlu mengambil ramai pelatih dari Jerantut. 
  2. Projek mega seperti “renewal energy” perlu cepat dibina di Jerantut. 
  3. Penyertaan golongan muda dalam industry ecotourism dibantu. 
  4. RTK perlu diberi kuota 40% dari generasi muda Jerantut. 
  5. Saham Felcra perlu dipertimbangkan kepada golongan muda yang belum berkahwin. 
  6. Keuntungan Felda dari jualan kelapa sawit perlu diagihkan sedikit untuk generasi ke dua Felda secara lansung atau tidak lansung. 
  7. Syarikat Perumahan Negara perlu memikirkan kaedah-kaedah bagaimana perumahan kos rendah dan sederhana boleh disediakan untuk golongan muda Jerantut seperti Skim Rumah Pertamaku. 
  8. Kuota pekerjaan dari Majlis Daerah Jerantut untuk pemuda UMNO yang aktif sebanyak 40%. 
  9. Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNB). 
  10. Program Hello Komoditi memupuk dan menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengusahakan tanaman komoditi bagi meningkatkan taraf ekonomi.

Friday, May 20, 2011

Ulasan Blog-Blog Jerantut Minggu Ini Dan Selamat Bersidang Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut



Sungguh menarik blog-blog Jerantut sudah mula bangkit. Ini bagus untuk mediacyber Jerantut. Kita lihat apa yang diperkatakan:

Sri Tri Buana (Jerantut) memperkatakan perancangan bandar Jerantut yang menyeluruh. Sememangnya kerajaan punya perancangan jangka panjang. Itu sebab ada RTD Jerantut 2008-2020 yang ada penyataan bertulis.

Parlimen 81 menulis tentang perlombongan bijih melalui gambar satelit. Cuma perlu diberitahu di mana lokasi lombong besi itu WZWH nak tahu! Tidak dapat dielakkan industri melombong Jerantut berkembang pesat kerana Jerantut kaya dengan galian-galian berharga.

Dobit127 menceritakan P n P matapelajaran perakuanan. Walau banyak persoalannya Dobit127 perlu sedar bukan semua guru akaun di Malaysia diberi peluang mengajar prinsip perakaunan. Ramai guru major perakaunan tidak berpeluang mengajar subjek ini.

N9 Tahan membangkitkan isu jalan Jerantut- Jengka 8 yang teruk kondisinya. N9 Tahan perlu akui jalan itu mula beroperasi pada lewat tahun 1990an maka sudah tentu maintenance perlu segera. Kerajaan perlu cepat perbaiki jalan itu sebelum PRU 13 kalau boleh.

Kampungku bercakap tentang cakap-cakap manis. Kampungku perlu sedar fitrah realiti manusia suka dengar cakap-cakap manis atau janji-janji manis. Kampungku perlu melihat apa bukti fizikal pembangunan kampungnya dan kampung-kampung sekitar.

WZWH juga mahu mengucapkan selamat bersidang kepada 500 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang akan bermesyuarat pada 21 Mei 2011 di Dewan MDJ. Ambillah bahagian di dalam perbahasan usul-usul nanti iaitu politik, ekonomi dan agama.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu merumuskan politik baru kepimpinan UMNO Jerantut untuk menjayakan agenda pembangunan ekonomi, politik dan sosial Jerantut.

Wednesday, May 18, 2011

Miskin Bandar Punca Protes Kepada BN?


Ini satu posting menarik untuk dikaji. Benarkah miskin bandar punca protes kepada BN. Lalu pembangkang menangguk di air keruh. Artikel ini juga perlu untuk 500 perwakilan pemuda UMNO Bahagian Jerantut baca sebelum mengambil bahagian dalam perbahasan usul Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut iaitu Usul Melayu Bandar pada 21 Mei 2011 di dewan MDJ.

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Dengan gaji sekecil itu, terlalu banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak.

Justeru, dalam keadaan banyak kaedah bayaran diterima menggunakan kad kredit, kebanyakan warga kota terpaksa menjelaskan sebahagian bil ‘keperluan’ menggunakan kad kredit demi kelangsungan hidup dan melengkapi keluarga dari semua sudut kehidupan.

Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula, penggunaan kad kredit kini melebihi 10 juta dan daripada jumlah tersebut lebih 70 peratus pemiliknya adalah penduduk bandar.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa takrif miskin bandar yang dikeluarkan oleh kerajaan masih jauh daripada realiti sebenar kehidupan dan masyarakat di kota yang kebanyakannya berumur antara 25 hingga 50 tahun terpaksa ‘bertungkus-lumus’ untuk terus hidup, walaupun bergelumang dengan hutang.

Ekoran keadaan ini, maka wujudlah pelbagai istilah di kalangan warga kota apabila ditanya perkhabaran semasa mereka, antaranya : bolehlah…nak hidup, ok saja…hidup la atau dalam bahasa yang lebih berbunga-bunga : kewujudan suatu kehidupan dari tangan terus ke mulut yang membawa maksud cukup-cukup makan sahaja.

Sebenarnya, di sebalik ungkapan-ungkapan di atas, terselindung suatu kepayahan untuk warga kota bekerja terutama mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai dua hingga empat orang anak untuk menyara kehidupan dalam keadaan serba lengkap seadanya.

Justeru, dari sudut politik tanahair, tidak hairanlah jika dilihat dewasa ini trend kekalahan BNl di kawasan bandar, berpunca dari ketidak puasan hati serta protes kepada parti pemerintah di kalangan warga kota ‘atas pagar’ yang marah tiap kali kadar inflasi melonjak.

Lonjakan inflasi boleh disebabkan oleh kenaikan harga petrol, harga makanan serta minuman asas seperti gula, susu dan tepung selain peningkatan tarif air dan elektrik yang meliputi segenap sektor dari makanan hinggalah kepada perkhidmatan.

Selain isu-isu nasional yang disemarakkan oleh media-media online popular, warga kota yang tentunya lebih dekat dengan internet berbanding mereka di kampung serta desa dengan sendirinya menahan keperitan akibat kenaikan kos sara hidup yang mendadak semenjak akhir-akhir ini dan sebagai tanda protes, mereka ini menterjemahkan kemarahan dalam kertas undi dengan mengundi pembangkang.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa isu miskin bandar ini bukan isu perkauman, kebanyakan warga kota tidak mengira Melayu, Cina atau India bukan tidak menyokong BN atau teruja dengan pembawaan pembangkang, cuma kebanyakan daripada mereka yang berada atas pagar ini pergi ke pusat pengundian untuk menunjukkan protes.

Justeru, selain membuat kajian kelemahan serta kekuatan BN berdasarkan keputusan pilihanraya negeri Sarawak, satu kajian terperinci perlu dilakukan segera bagi mencari jawapan sebenar kepada masalah ‘miskin’ di bandar yang masih dipandang sepi ini.

Ia perlu dikaji secara konsisten mengikut keadaan ekonomi semasa agar segala masalah ini dapat diselesaikan segera.

Tuesday, May 17, 2011

Usul Ekonomi Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011



Usul Menyokong Projek Lynas Bumi Nadir Gebeng Demi Memajukan Ekonomi Pahang 
21 Mei 2011

Usul Ekonomi Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011 

MEMAHAMI 
  1. Jarak antara bandar Kuantan yang berkepadatan lebih 600,000 orang dengan Kawasan Perindustrian Gebeng, yang menempatkan banyak kilang memproses bahan petrokimia ialah kira-kira 25 kilometer. 
  2. Untuk ke Kuala Lumpur pula kira-kira 250 kilometer dan hanya mengambil masa kira-kira dua setengah jam perjalanan menaiki kereta menerusi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). 
  3. Oleh demikian, tidak hairan jika ramai individu dari Lembah Klang yang diarahkan majikan masing-masing, sama ada bekerja di pejabat cawangan di bandar ini atau di kawasan perindustrian itu berulang alik setiap hujung minggu untuk bertemu keluarga mereka. 
  4. Kedudukan geografi itu juga membolehkan Kuantan turut dikenali sebagai Zon Istimewa Ekonomi (SEZ), satu daripada zon seumpamanya yang terbesar di rantau Asia dengan keluasan kira-kira 390,000 hektar yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi termaju di sebelah Pantai Timur. 
MENYEDARI 
  1. Berikutan itu, bandar Kuantan mengalami proses transformasi termasuk kehadiran pelaburan syarikat asing yang berminat membuka kilang mereka termasuk ke Kawasan Perindustrian Gebeng, seperti yang dilakukan sebuah firma dari Australia, Lynas Corporation Ltd, yang terbabit dalam pemprosesan bahan kimia, ‘rare earth’ atau sumber bumi. 
  2. Syarikat itu memilih kawasan perindustrian berkenaan kerana kedudukannya berdekatan kemudahan prasarana termasuk memiliki kemudahan pelabuhan iaitu Pelabuhan Kuantan dan jajaran jalinan pengangkutan yang lengkap. 
  3. Sebelum ini, Lynas memperoleh kelulusan pembinaan kilang di China tetapi oleh kerana kerajaan negara berkenaan mengenakan had eksport ke atas semua produk pengeluarannya serta cukai eksport, pihaknya membatalkan hasrat untuk melabur di negara itu sebaliknya memutuskan untuk melabur di Kuantan. 
  4. Kehadiran syarikat itu beroperasi di kawasan perindustrian itu bersama beberapa lagi nama besar dalam industri petrokimia seperti MTBE/Polypropylene (M) Sdn Bhd, BASF PETRONAS Chemicals, BP Chemicals, Flexsys, Bredero Shaw Eastman Chemical, Kaneka, Polyplastics, Mieco, KNM, JiKang, W.R. Grace, Cryovac, PPSC dan AMC memberi banyak manfaat kepada penduduk di bandar Kuantan kerana menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik. 
  5. Penduduk bandar ini sememangnya memerlukan kehadiran lebih banyak pelaburan syarikat asing kerana mereka bukan saja menawarkan ribuan jawatan kosong untuk diisi tetapi juga untuk merancakkan kitaran ekonomi serta pertumbuhan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh. 
  6. Kehadiran syarikat Lynas itu boleh memberi perspektif baru kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Pahang kerana ia berkaitan pemprosesan bahan kimia sumber bumi, yang penting dalam penghasilan barangan berteknologi tinggi. 
  7. Ia juga dapat memperkenalkan Kuantan kepada masyarakat antarabangsa sebagai pusat pengeluar bahan kimia berkenaan selain China, seterusnya menarik minat pelabur lain yang ada kaitan dengan sektor hiliran untuk turut beroperasi di kawasan perindustrian berkenaan. 
MENGINSAFI 
  1. Kilang Lynas dibina untuk memproses pekatan bahan kimia yang dibawa masuk dari loji pengeluaran firma itu di Gunung Weld, Australia, sebelum dieksport semula ke seluruh dunia. 
  2. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut percaya penduduk bandar ini serta penduduk berhampiran kawasan perindustrian itu dapat menerima kehadiran syarikat itu untuk beroperasi walaupun ada desakan dan bantahan mengenai projek itu kerana ia dikatakan akan menjadikan Malaysia sebagai tapak pelupusan produk sampingan radioaktif yang dihasilkan daripada proses penapisan bahan kimia sumber bumi. 
  3. Keyakinan itu bersandarkan beberapa faktor termasuk syarikat itu sudah mematuhi semua syarat peraturan dan perundangan ketat kerajaan berkaitan kelulusan untuk memproses bahan mentah yang memiliki unsur radiasi. 
  4. Syarikat berkenaan juga pastinya mengutamakan aspek kawalan keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar kerana sebagai pelabur antarabangsa sudah tentu reputasi dan imej mereka sentiasa dijaga dengan baik. 
MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan: 
  1. Menyokong hasrat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang meluluskan Projek Lynas Bumi Nadir Gebeng yang boleh memajukan lagi ekonomi Pahang. 
  2. Justeru, Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tidak melihat projek Lynas itu akan menggugat dan menjejaskan penduduk mahu pun pekerja di sekitar kawasan perindustrian itu. Ironinya, kenapa pula masih ada pihak yang berada di luar kawasan begitu beriya-iya bercakap mengenainya serta kuat menentangnya? 
  3. Kerajaan juga sudah mengumumkan penubuhan panel bebas termasuk dianggotai pakar antarabangsa yang diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengkaji pembinaan kilang berkenaan dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu dan sewajarnya menunggu dengan penuh sabar rumusan laporan mereka akan kemukakan. 
  4. Kerajaan jangan pedulikan kempen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS yang setiap hari menghasut rakyat Pahang menentang Projek Lynas ini. Pembangkang sememangnya tidak mahu Kerajaan BN memajukan Pahang

Ramai aktivis DAP, PKR dan PAS diimport dari luar untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi di Kuantan menentang projek Lynas. Majoriti rakyat Pahang menyokong projek ini.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024