Kampung-kampung di Ulu Tembeling mempunyai kebun getah yang luas. Hasil getah yang lumayan memberi pulangan ekonomi yang memberansangkan.
Ada yang boleh dapat RM20,000 hingga RM40,000 sebulan. Orang kampung berpendapatan bawah RM10,000 biasa.
Jika anak-anak muda menolong ibu bapa mengusahakan kebun getah alangkah baiknya. Anak-anak muda tidak perlu keluar dari kampung. Banyak tanah di Ulu Tembeling baik yang bergeran, tidak bergeran, tanah pakai tebas dan teroka siapa yang mahu usahakan jika tidak anak-anak muda.
Malangnya budaya syabu telah meresap ke akar umbi. Anak-anak muda yang balik dari kota membawa budaya ini. Pusher-pusher di Jerantut mengambil kesempatan dari pendapatan tinggi ekonomi getah Ulu Tembeling.
Ramai anak-anak muda makan syabu dan ketagih air ketum. Mabuk minum arak sudah jadi gaya hidup. Baik lelaki atau perempuan. Inilah yang menyedihkan dan menyebabkan gejala masalah sosial Ulu Tembeling.
Anak-anak muda makan syabu ketagih. Syabu bukan free, mahal. Bagaimana mahu makan syabu? Anak-anak muda ini malas kerja maka curi getahlah cara mudah dapat duit.
Orang tua-tua rajin menoreh kerana harga getah ini mungkin tidak lama bertahan. Susu getah dikumpul. Musim tengkujuh sudah tiba. Kalau hari cuaca elok panas suka menoreh.
Malangnya:
- Susu getah yang dikumpul pantang lepa sedar-sedar dah hilang.
- Getah buku dicawan pun hilang.
- Getah-getah keping yang direndam dalam Sungai Tembeling dan Sungai Sepia ditebuk-tebuk dibawah hilang berkeping-keping.
- Malam-malam sekitar pukul 2-3 pagi macam kumpulan dubuk pergi mengendap mencuri getah orang. Mudah operasi kerana handset diguna untuk berkomunikasi, line clear habis getah orang kampung hilang.
Persoalannya getah-getah yang dicuri bagaiman mahu jual? Tiada orang tengah mahu membeli getah dari anak-anak muda yang diketahui tidak menoreh getah. Ada pula sindiket yang mahu membeli getah-getah curi ini samada di kampung-kampung belah hilir.
Pendapatan ekonomi tinggi getah buat ramai isirumah tebal ikatan wangnya. Oleh kerana tiada mini bank atau mesin ATM maka simpan dirumah. Kehidupan di Ulu Tembeling yang kurang kos sara hidup, outlet dan hiburan buat orang kampung poket tebal.
Bahaya sekarang kalau mahu keluar rumah. Kalau mahu pergi buang air ke tandas kena bawa ikatan not wang tebal itu...kalau tidak bila naik rumah wang bergumpal pun hilang.
Ini merungsingkan dibenak fikiran orang-orang kampung. Ini masalah sosial anak-anak muda Ulu Tembeling yang jika kita tidak kawal atau cuba atasi akan merosakkan sistem masyarakat.
Kecurian getah orang kampung Ulu Tembeling berleluasa apa tindakan?
Bagi lima kampung besar di Ulu Tembeling cuma ada pondok kecil polis anggota ada dua orang. mungkin ada pelatih polis 2-3 orang. Kampung-kampung di Ulu Tembeling sangat luas kawasannya. Tidak termampu dua orang polis menjaga lebih 2,000 orang penduduk Ulu Tembeling.
Apa penyelesaian?
Apa tindakan Penghulu Ulu Tembeling, JKKK, ibu bapa bagi mengawal dan memantau kegiatan anak-anak muda Ulu Tembeling?
Apa tindakan pemimpin? Mana dia sumbangan parti-parti politik? Mungkin terlalu fokus kepada kuasa dan menumpukan kepada pembangunan fizikal maka lupa kepada pembangunan akhlak dan moral anak-anak muda.
Ini penyelesaian yang WZWH nampak:
- Hidupkan dan aktifkan aktiviti RELA disetiap kampung di Ulu Tembeling.
- Polis, Penghulu, JKKK, ibu bapa kenal pasti anak-anak muda yang makan syabu dan dadah untuk dihantar ke Pusat Pemulihan.
- Polis Jerantut memantau dengan kerap kegiatan sindiket beli getah curi Ulu Tembeling dan 'big pusher' Jerantut yang membekalkan syabu kepada pengguna anak-anak muda Ulu Tembeling.
- Pemadam Jerantut dan NGO perlu buat aktiviti di Ulu Tembeling.
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu turun padang mengadakan program ceramah dan sukan. Minta Putrajaya tambah dana kepada AADK menjalankan aktivitinya di Ulu Tembeling.
Jika anak-anak muda Ulu Tembeling hanyut dalam dunia khayalan ini tidak baik kerana pembangunan fizikal yang rancak dimasa depan akan memberi lebih banyak dilema dan konflik kepada anak-anak muda yang tidak ada persediaan.