Sunday, December 23, 2012

Luahan Rakyat Pahang Yang Mahukan Tanah

Pahang luas 3.6 juta hektar. Guna tanah Pahang :

Lebih dari separuh tanah Pahang adalah hutan. Hutan perlu dikekalkan bagi tadahan air dan bioekologi.

306,000 hektar atau 8.5% dikenalpasti sesuai untuk pembangunan.

Rakyat Pahang mahukan tanah. Samada buat tapak rumah atau pekebunan. Beratus ribu permohonan tanah dikemukakan.

WZWH percaya isu permohonan tanah tidak akan selesai sebab tanah itu terhad. Sampai bila-bila dari    datuk, ayah, anak dan cucu mahu tanah.

Lebih baik untuk jimat tanah kerajaan bina rumah flat berpuluh tingkat macam Singapura. Lebih elok kerajaan buka ladang tapi hanya bagi saham kepada rakyat.

Isunya bagi rakyat Pahang yang sudah lama meneroka, mendiami tapi tidak dapat geran tanah. Mereka mahu geran tanah.

Kelemahan kerajaan ialah tidak mengawal dan membendung penerokaan tanah haram ini dari zaman British hingga sekarang.

Penerokaan tanah haram mahu dihalalkan. Desakan demi desakan dituntut kepada kerajaan dalam setiap PRU demi PRU. Selalunya dekat PRU desakan ini ada yang diselesaikan.

Kerajaan tidak boleh diugut baik kerajaan BN atau PR yang memerintah. Sepatutnya semua tanah adalah milik kerajaan Pahang, tidak perlu diberi hak milik hanya perlu dipajak atau lease.

Setengah negara telah membekukan permohonan tanah. Walau bilionaire banyak duit pun tidak boleh beli tanah!

Namun rakyat Pahang merasakan ada hak mahu tanah. Rakyat Pahang yang marhein yang sudah meneroka mahu geran tanah.

Rakyat Pahang yang miskin kata kenapa rakyat Pahang yang kaya boleh dapat tanah yang luas?

Luahan rakyat marhein Pahang dalam blog WZWH begitu menyentuh hati. Lebih-lebih lagi bila rakyat Pahang yang marhein ini dikatakan seperti berikut:

Anonymous said...

otak bodoh suka merepek.nak tanah cari duit.kerja rajin-rajin.dapat duit belilah tanah.orang beli kau dengki.kau nak free aje.mintak dengan bapak kau lah wahai manusia pemalas!!December 23, 2012 8:48 AM

Maka ini luahan rakyat Pahang yang miskin ini:

Anonymous said...

Anon 8:48AM,

Awok ni memang banggang sesunguh. Aku dah agak dah otak kau memang simpan dalam tempurung lutut.

Aku mintak tanah tu sebab aku ada hak... anak jati Pahang, lahir kat Kuala Lipis pada tahun 1967. Dgn usia menjangkau 46 tahun, mempunyai anak 7 dan bekerja pula sebagai jaga kontrak dgn LKPP (Gaji kira2 RM900 sebulan) takkan tanah berjuta2 ekar milik kerajaan negeri tak boleh kasi seekar dua kat aku. 

Aku bukan pemalas...walaupun aku ni diketogeri sebagai OKU, pagi aku jadi jaga, ptg pulak terpaksa maengambil upah potong rumput rumah orang kaya2....

Awok anon biar betoi..awok tak perasan ker banyak2 tanah2 pahang diberi percuma kpd orang kaya2...awok tolong cek berapa banyak tanah tok Penghulu yg ada...takkan gaji dia cuma kira2 RM2,000 sebulan boleh ada banyak tanah..sana ada tanah, sini ada tanah. 

Ini cerita tok penghulu...belum cerita ADUN lagi. Belum cerita tanah yg dipajak kat Cina lagi...apalah awok ni. Bodoh sesangat...otak kat mane...pui!!

Awok janga mencabar aku...nati aku dedahkan satu2...

Aku geram betul dengan awok ni..awok sebut kalau nak milik tanah belilah sendiri...

Nah, awok cuba tengok pebdapatan aku vs perbelanjaan aku. Defisit tau...pukan Najib jer tau buat bajet defisit. Haramjadah!!!

PENDAPATAN KASAR
Gaji + elaun + o/time = RM1,250
Upah mesin rumput = RM250
Jumlah = RM1,500

PERBELANJAAN (jum ahli keluarga 9 org)
Belanja dapur = RM300
Belanja pasar = RM400
Belanja anak sekolah = RM350
Minyak motor = RM100
Utiliti = RM200
Elaun kangkang Isteri = RM400
(Sewa rumah Free..mak mertua kasi duduk percuma)
Jumlah = RM1,750

Jadi...macamana nak hidup!!!

Kekadang elau isteri terpaksa dikorbankan..tau selalu melepaslah aku..oii barua.

15 comments:

Anonymous said...

banyaok doh beri tanoh kemelayu ni...tak sempat dapat geran nye jual doh ke cina...itulah perangai melayu bodoh ni....kerajaan beri tanoh ke persatuan perajurit ...habis nye jual ke cina....suka mat dapat seribu sorang tu..teh mcm mana...

Anonymous said...

Anon 11:37pm,
Sekali lagi awok tunjukkan yg otak awok sama saiz dgn otak ikan....
Aku orang melayu jati, tanah yg aku patut dpt ialah dri jenis malay reserve. Tanah jenis ini takkan boleh jual kat cina..
Aku bukan nak bnyk sgt cuma 3 ekar je. Satu ekar boleh tnm dgn 200 pokok getah..jdi aku boleh tnm 600 pokoklah. Klu 6 pokok boleh dpt 1kg bermakna aku akan dpt 100kg atau rm300 sehari...oklah tu. ..

Anonymous said...

Anom 242012 0824am...,

anom eleven37 jenis maknusia dijangkiti virus vavi otak dah kena siplis tak leh buat apa2 lagi dah, hampir sama dgn otak pemimpin yang rakus dengan kebendaan.

Anonymous said...

Seorang rakyat anak Pahang jati layak memiliki tanah 25 ekar

Anonymous said...

Nak tanah kena jadi cina sebab umno pejuang melayu tulin.sebab tu di kelantan org cina paling banyak dapat tanah.peniaga pun ramai org cina. rumah dan kereta besar semuanya org cina punya sebab PAS perintah kelantan.

Di Pahang dan Johor umpamanya semua peniaga, kereta besar, rumah besar dan tanah2 banyak di miliki oleh org melayu. Klau di Pahang rezab melayu selamat. tak macam kelantan.rizab melayu dah habis.

Jadi kalau org melayu nak selamat dan nak tanah kena pastikan sokong UMNO tau.

Anonymous said...

Apa yang membebel dol. Nak selamat sokonglah Amnu, siasatlah beberapa daerah dan jajahan takluk di Pahang ni rizab Melayu dah dikantoikan kepada cina. Melayu minta siasat dan pergilah ke pejabat tanah dan daerah bertanyakan sesuatu mengenai tanah. Pegawai tu diantara cakap2, "apa, nak taw kita di sini ingat kerja bagi tanah kepada dia ker, kita sendiri pun tak ada tanah". Kawasan ini projek kerajaan dan ini rizab "mu layu"...

Anonymous said...

Soal tanah ni bukanlah soal org pas atau org umno. Kedua2 gulungan jika berkelayakan berhak mendapat tanah.

Ini kesah benar utk renungan bersama.
Dikiri kanan jln menuju ke resort taman negara endau rompin selepas Felda Selendang, beribu ekar hutan yg dulunya merupakan hutan simpan telah diceroboh oleh si pembala. Siapa gerangannya kena tanya MB. Sebhagian tanah yg diceroboh telah ditanam dgn kelapa sawit selain menempatkan rumah burung walid. Pihak yg mengusahakannya tak lain ialh taukeh cina.
Penduduk tempatan yg terdiri 50 org umno serta 40 org pas 'bersatu hati' turut mengusahakan tanah yg diceroboh dgn maksud utk penempatan generasi ke2 mereka.

Àpa ygnmendukacitakan, pihak pjb tanah rompin telah memberi amaran agar kerja2 pembersihan utk tanaman sawit patut dihentikan segera. Jurucakap kpd penduduk berkenaan mempersoalkan, mengapa cina boleh tapi kami seolah2 takde hak !?

Kutukandewata said...

isu tanah adalah isu yang sangat sensitif.

cuba bayangkan,rakyat pahang ada hampir 2 juta orang.kalaulah kerajaan nak beri 3 ekar untuk seorang cukup ke?

orang yang marah-marah adalah orang yang memohon tanah tapi sentiasa gagal.orang yang tak memohon tak ada pun yang marah kat kerajaan.

ada anon yang siap dengan penyata defisitnya meluahkan perasaan yang terbuku di hati.tak apa lah itu hak dia.

tanah yang ada bukan hak kita.hak seluruh rakyat negeri.

kalau di luluskan apa hal nya rakyat yang lain.ramai lagi yang jauh lebih susah.tak adil lah nama nya tu.

sebaik-baiknya tanah yang masih tinggal ni jadikan ladang rakyat.rakyat dapat saham pun dah kira ok.

tapi yang paling afdal dan berkat kumpul duit dengan titik peluh sendiri.belitanah dan usahakan.

dah ramai aku lihat di jerantut ni dapat ajetanah dah berkira nak jual.lepas tu mohon lagi sebab nak jual lagi.nampak sangat pemalasnya dan nak untung atas angin.inilah sifat melayu pemalas.

buat macam aku ni.tak dapat apa-apa pun.tak merungut pun.sebab aku tahu aku pun akan dapat juga tanah bial aku mati nanti.syukur alhamdulillah!!!!

Anonymous said...

aku mohon tanah dah lebih 20 tahun tapi masih tak bergerak. apa kerjanya mereka dipejabat tanah tu? orang lain punya cepat je, kalau orang melayu kampong mesti tak bergerak fail tu. mesti ada yang makan rasuah ni. patutlah anak2 muda perangai macam gampang sebab mak bapaknya makan rasuah. mb beri tanah hanya kepada orang2 singapura saja, orang melayu biar mampos tak bertanah..polisi bijak mb yang bengap

Anonymous said...

Kutukan Dewata,
Kamu ini tak ada perasan langsung..
Kamu duk ungkit pasal beli tanah...kamu bolehlah sebab kamu berkemampuan. Kami berpendapatan hanya cukup makan..

Kamu tak pertikaikan pulak bab ada bekas adun milik tanah beekar2...tanah pulak dikws strategik. Kemudian bila harga naik mereka jual..

Kamu bukan tak tau cerita koperasi Melayu jual tanah kat MCA-Kuala Dimensi pd harga cuma RM159 juta...sedangkan selepas itu syarikat tsb ambik untung atas angin dgn menjualkan pula kpd LPK dgn harga berbillion RM...kamu ni bengak gamaknya.

Shararizat yg kamu sanjung sangat tu.
.jual tanahnya kat Balik Pulau kat developer cina, apa haramjadahnya.

Kutukandewata said...

saudara,

kalau kita meminta tapi allah tak kabulkan bukan bermakna allah tak sayang kat kita.

orang yang selalu dapat apa yang dia minta adalah kerana allah saja nak beri sebab bab rezeki adalah hak mutlak allah.dia akan beri kepada siapa saja yang dia suka,

tahu tak kenapa begitu?

allah beri kepada seseorg acap kali adalah hanya ingin lihat apa yang dia buat dengan limpahan rezeki tersebut.harta adalah ujian allah.

kamu yang tak dapat apa yang kamu mintak sebenarnya adalah manusia yang beruntung.kenapa???

apabila kamu tak dapat kamu akan sentiasa berdoa kepada allah agar dapat apa yang kamu mintak.

tetapi kerana allah sayangkan kamu maka allah tangguhkan apa yang kamu mintak.kenapa begitu???

sebenarnya allah buat begitu adalah kerana allah sentiasa rindukan doa kamu.allah nak dengar doa kamu setiap hari.allah rindukan doa kamu.

bukan senang nak dapat kerinduan allah.ianya jauh lebih bernilai daripada seluruh harta dunia.

anon 7.26 am,sebenarnya allah amat sayangkan kamu!!!!!berdoalah sambil berusaha,insyaallah!allah rindukan doa kamu!!!!

Anonymous said...

Mazhab Ahlul Sunah meletakkan usaha, doa dan tawakal sebagai asabab kpd sesuatu kejayaan. Tawakal dah, doa dah cuma usaha belum cukup. Gamaknya pd PRU13 ini walaupun aku ahli UMNO tapi aku kena pangkah PEMBANGKANG pulak sebagai usaha terakhir..klu tengok apa yg berlaku diTrengganu & Perak selepas kerajaan negeri jatuh kpd mereka harapan mendapat tanah amat cerah...

Anonymous said...

di kelantan memang ramai orang melayu yang dapat tanah,orang cina dan siam sikit je yang dapat tanah.tapi orang melayu negeri lain yang duduk di kelantan jangan mimpi la nak dapat tanah,kerajaan kelantan takkan baginyer dengan alasan bukan orang kelantan.sedangkan sesama melayu islam jugak tapi cina ngan siam kelantan senang2 dapat tanah walaupun bukan islam seolah olah melayu asal negeri lain bukan islam takpun bermazhab lain takpun kurang warak macam melayu kelantan.mungkin itu sebabnya

sang sapurba said...

aku setuju dengan 6.51pm.

bagi aje pakatan memerintah.gerenti puak-puak cina dapat tanah hakmilik 999tahun seperti di perak.

orang melayu tetap terlopong.tengok aje kat kelantan berapa banyak balak pas beri kat pemimpin dap.

hidup dap!hidup lim guan eng!hidup kapal sink!

Anonymous said...

taman bunga kat jantet tu, tanah sape dulu yek?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024