Tuesday, January 28, 2014

Kenapa Tidak Pakatan Rakyat Letak Jawatan Semua Ahli Parlimen Dan ADUN Demi Menguatkan Pakatan Rakyat Di Mata Rakyat?




Speaker Selangor menunjukkan surat perletakan jawatan ADUN Kajang.

Lee Chin Cheh ADUN Kajang dari Pakatan Rakyat letak jawatan dengan alasan mahu kuatkan Pakatan Rakyat di Selangor!

Sebelum ini 2008 Wan Azizah letak jawatan ahli parlimen kerana beri laluan kepada Anwar Ibrahim. Selepas itu Timbalan KM Pulau Pinang letak jawatan ADUN beri laluan kepada calon yang Anwar Ibrahim suka!

Spekulasi bertiup kencang ADUN Kajang letak jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. Mendapat persetujuan dari PAS dan DAP dan grassroot PKR.

Portal pembangkang bercakap begitu. Pemuda PKR menyokong Anwar menjadi MB baru Selangor. Lim Chin Cheh juga merupakan Bendahari Pemuda PKR. Timbalan Speaker Selangor yang nama macam orang Kelantan sudah buat kenyataan bahawa orang luar boleh bertanding sebarang ADUN di Selangor. 

Kenyataan Perlembagaan Tubuh Negeri Selangor jelas MB mesti dipilih dari anak jati Selangor. Kalau di Pahang juga MB mesti anak jati Pahang.

Tuanku Sultan Selangor sudah tentu lebih prefer anak jati Selangor jadi MB.

Rakyat Selangor bertanya jika prestasi dan KPI Khalid MB sekarang tip top kenapa mahu tukar MB?

Di media sosial ramai komen mengaku dulu mengundi Pakatan Rakyat di DUN Kajang tapi dalam kes sebegini tidak berpuas hati kerana rakyat seolah-olah dipermainkan kerana wang rakyat banyak dibazirkan bila PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari.

Perletakan jawatan ADUN yang unnecessary tiada apa-apa masalah kesihatan dsb.

Rakyat akan fed up dan bosan dengan permainan politik caca marba begini. Akhirnya rakyat di DUN Kajang tidak akan mengundi Pakatan kerana mahu mengajar Pakatan. 

Kenapa tidak Pakatan Rakyat letak jawatan semua kerusi parlimen dan ADUN di seluruh Malaysia demi mahu menguatkan Pakatan Rakyat di mata rakyat.

Barulah dalam masa 60 hari boleh diadakan pre-PRU 14!

8 comments:

Anonymous said...

sibuk sangat orang parti orang,parti sendiri kukuhkan dan kuatkan dahulu...

Anonymous said...

Lepas ni mesti ada saiful berkari keluar lagi buat cerita diliwat lagi,kome tak mnyokong mana umno ni,tapi dengan perletakan jawatan ni lagi sedapla umno bn guna duit rakyat untuk tabur ke orang kajang,kadang2 bodoh juga adun pakatan ni,sdapla puok2 ni guna duit

Anonymous said...

macai bahalol tak nampak lagi kebodohan mereka,sesuai sangat la dgn nama parti kencing rakyat

Anonymous said...

Sempena menyambut tahun kuda...sesuai sangat lah pkr memperkuda pengundi kajang bagi melepaskan hajat pemimpin mereka.

Anonymous said...

aku seronok anuar perbodohkan penyokong pr.maaf ye cai guar tak dapat nak tolong sbb kebodohan cai dah terlalu kritikal

Anonymous said...

Dah lama tak dengar Umi Hafilda berceramah.Rindu pulak rasanya.

Anonymous said...

Pas kena bertanding dun kajang

Anonymous said...

allah dah tunjuk siapa anwar sebenarnya cuma penyokong pr je tak tahu menilai

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024