Saturday, December 22, 2012

Persediaan Program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia DUN Tahan



















Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Pahang akan dirasmikan oleh DSD Adnan Yaakob MB  Pahang di Kampung Labu (DUN Tahan), Jerantut esok Sabtu pada 22 Disember 2012.

Berbagai aktiviti dijalankan di Tembeling Tengah DUN Tahan termasuk di Kampung Labu, Kampung Chebong dan Kampung Merting dari pagi sampai malam sejak hari Jumaat hingga Sabtu.

Orangramai yang tinggal berdekatan di Tembeling Tengah dijemput hadir termasuk penduduk Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Mari kita menyambut kehadiran DSD Adnan Yaakob MB Pahang dengan sambutan ramai orang dan meriah. WZWH ucapkan selamat datang MB Pahang ke Kampung Labu, DUN Tahan Jerantut.

Berikut foto-foto persediaan program tersebut.
























































7 comments:

Anonymous said...

Wan, Sekarang ini memang banyak program membela rakyat...bagus UMNO ni.

Semalam telah diadakan satu perjumpaan antara pihak pejabat tanah dgn penduduk Kg Pisang di Balai Raya Kg Temin bagi menyelesaikan isu permohonan tanah yg tertunggak semejak 1975 lagi...tak selesai2. Ramai peneroka awal yg menebang hutan untuk dijadikan kebun yg telah meninggal dunia. Malang sungguh...

Untuk makluman Wan, ini adalah perjumpaan kali ke 3. Sebelum ini perjumpaan pernah diadakan iaitu menjelang pilihanraya 2004 dan 1988...

Inilah gamaknya cara UMNO untuk menyelesaikan masalah rakyat...syabas.

Semalam saya berpesan kpd sahabat2 yg berhimpunan diperkarangan Masjid Temin sebelum perjumpaan tsb, "tolong pangkah UMNO dalam PRU13 nanti pasti masalah tanah akan dpt diselesaikan". Ada sahabat menyampuk, "tanah ini bukan milik UMNO...kerajaan UMNO cuma mengurus bagaiman untuk mengagihkan kpd rakyat".
Dalam hati saya...patutlah permohonan lamabat diproses. Tak cerdik langsung...
Sepatutnya semasa perhimpunan bawa bendera UMNO dan BN dan tulis bina besar2, "kami penyokong tegar UMNO". Masa PRU pangkah saja bulan...

Wan, atas kapasiti AJK Pemuda UMNO Bhg tolong tengok sikit kes ini...Kesian mereka!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Pada posting akan datang DSD Adnan Yaakob MB Pahang menerangkan permohonan tanah di Pahang.

Anonymous said...

Berapa kali gon nak menerangkan status pemilikan tanah. Sekarang ni dah tak boleh pohon lagi. Semua projek kerajaan. Jangan cotoh negeri serambi melukah, rakyat mintak tak ada tanah alih2 syarikat ah pek mata sepak boleh dapat pajakan 50 tahun dengan nilaian komersial RM30 juta. Cuba teliti sejak tahun 1975 sampai ke hari ini, berapa puloh tahun tahun isu ini tak selesai sampai sekarang. Tok wakil gon baru sepenggal boleh dapat tanah dekat Jerantut Free eh Feri atas bukit dekat stesyen minyak, boleh beli tanah harga RM350 ribu seluas 6 ekar dekat Kolatahan. Jika rakyat tak pangkah Amano puak gon juga kata tak mengenang budi. Takan 55 tahun perintah tak boleh nak agih2 kekayaan khazanah alam kepada rakyat. Cuba sempualah dengan fikiran yang waras. Elaun tok wakil berapa sebulan. Projek Timbalan Ketua Bahagian berapa sebulan masyuk, projek Ketua Pemuda berapa pulak masyuknya, projek tok wakil berapa pula "tipunya" elok bebenaulah tu DS Najib nak tapis nama2 calon GE13 ni. Jika tak jadi calon kuarlah sekarang menayalak sama2 di pentas lain atau pembangkang pulak. Itulah taraf dan mentaliti pemimpin Amano ni...

Ceku ceku ah ceku ceku cat.

Anonymous said...

otak bodoh suka merepek.nak tanah cari duit.kerja rajin-rajin.dapat duit belilah tanah.orang beli kau dengki.kau nak free aje.mintak dengan bapak kau lah wahai manusia pemalas!!

Anonymous said...

Dia tak bodoh tapi dia tak nak diperbodohkan seperti kamu dijadikan keldai suruh angkat dan cuci najis pun sanggup. Cuci taik bini tiga empat orang pun juga dilakukan... Itulah masalah yang tak boleh diselesaikan!!!

Anonymous said...

Anon 8:48AM,

Awok ni memang banggang sesunguh. Aku dah agak dah otak kau memang simpan dalam tempurung lutut.

Aku mintak tanah tu sebab aku ada hak... anak jati Pahang, lahir kat Kuala Lipis pada tahun 1967. Dgn usia menjangkau 46 tahun, mempunyai anak 7 dan bekerja pula sebagai jaga kontrak dgn LKPP (Gaji kira2 RM900 sebulan) takkan tanah berjuta2 ekar milik kerajaan negeri tak boleh kasi seekar dua kat aku.

Aku bukan pemalas...walaupun aku ni diketogeri sebagai OKU, pagi aku jadi jaga, ptg pulak terpaksa maengambil upah potong rumput rumah orang kaya2....

Awok anon biar betoi..awok tak perasan ker banyak2 tanah2 pahang diberi percuma kpd orang kaya2...awok tolong cek berapa banyak tanah tok Penghulu yg ada...takkan gaji dia cuma kira2 RM2,000 sebulan boleh ada banyak tanah..sana ada tanah, sini ada tanah.

Ini cerita tok penghulu...belum cerita ADUN lagi. Belum cerita tanah yg dipajak kat Cina lagi...apalah awok ni. Bodoh sesangat...otak kat mane...pui!!

Awok janga mencabar aku...nati aku dedahkan satu2...

Aku geram betul dengan awok ni..awok sebut kalau nak milik tanah belilah sendiri...

Nah, awok cuba tengok pebdapatan aku vs perbelanjaan aku. Defisit tau...pukan Najib jer tau buat bajet defisit. Haramjadah!!!

PENDAPATAN KASAR
Gaji + elaun + o/time = RM1,250
Upah mesin rumput = RM250
Jumlah = RM1,500

PERBELANJAAN (jum ahli keluarga 9 org)
Belanja dapur = RM300
Belanja pasar = RM400
Belanja anak sekolah = RM350
Minyak motor = RM100
Utiliti = RM200
Elaun kangkang Isteri = RM400
(Sewa rumah Free..mak mertua kasi duduk percuma)
Jumlah = RM1,750

Jadi...macamana nak hidup!!!


Kekadang elau isteri terpaksa dikorbankan..tau selalu melepaslah aku..oii barua.

Anonymous said...

setuju benor ngan Anon 8:48

aku duk Jerantut doh bertahun..dari kecik mak ayah duk mohon geran..sampai la umur skrg duk mkn gaji tak lulus2..elok kalu SPRM buat audit kat pejabat tanoh kt kwsn kite plok..bukak file yg lame2, tgok brape banyok org duk seleweng dlm tu..kalu pesalah tu doh mati, kite mintok letak pagor besi kat kubor die..
dengor crite byk dah tanah jiran2 kene ambik kat anok beranok deme..
lambat bayar lesen, gamoknye hilang la tanoh tu..padehal anok beranok deme baru je mohon semalam..kite yg bayar lesen ni sampai bertahun-tahun,tak dapat2 gerannye..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...